BAB 2
‘Saya akan jaga awak baik-baik, Maira.
Awak selamat dengan saya.’
Ibarat menanam
tebu di tepi bibir! Kata-kata yang dia luahkan tadi langsung tak boleh diguna pakai.
Menyesal aku ikut lelaki ini tadi. Apa tidaknya. Tengoklah dekat mana aku
berdiri sekarang.
‘Ya Allah Ya Tuhanku. Selamatkanlah
aku. Kuatkanlah tanganku untuk berpaut pada besi ini. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.’
“Maira!!!!”
Dalam aku
kalut-kalut dan cuba menghentikan getaran pada kedua-dua belah kaki yang asyik
menggigil sedari tadi, aku terdengar suara Fizi melaung dan memanggil namaku.
Mata kucelikkan sebelah. Mencari dari mana datangnya suara itu. Nun di
kejauhan, aku ternampak Fizi melambai-lambai ke arahku bersama senyuman tak
lekang-lekang di bibir. Seorang lelaki berT-shirt kuning kelihatan membantu
menanggalkan abah-abah pada pinggangnya.
“You can do this, love! Fighting!!!!”
‘Fighting’ kepala
otak dia. Ingat sini Korea ke? Aku kembali memejamkan mata rapat-rapat. Suara
seorang lelaki Melayu yang memberi tunjuk ajar padaku buat kali terakhir terasa
sayup-sayup di pendengaran. Tak sabar aku mahu menghabiskan permainan ini dan
kembali menjejakkan kaki ke Bumi. Aku tak suka terapung di udara!!!
“Makkkkkk!!!!!!”
Hanya itu mampu
kulafazkan di saat aku ditolak keluar dari tempat kurungan. Sepanjang masa aku berteriak
ketakutan. Tak pernah sedetik pun aku mengurangkan kadar jeritanku. Sentiasa
menjadi penyanyi opera. Tatkala Roller
Glider itu menjunam laju dan melengkok-lengkok mengikut besi paip itu, makin
berganda jeritan suaraku. Utuh aku memegang handle
Roller Glider. Tak aku lepas-lepaskan
langsung. Aku dengar Fizi berteriak girang. Tak sudah-sudah suara ‘Wow’ dia
memetir di dalam District 21. Allahu Rabbi! Kenapalah aku terjatuh cinta pada
lelaki yang suka membuat kerja-kerja lasak? Tak pepasal aku disuruh meniru
hobinya ini.
(Roller Glider. Video taken by...me! ^^,)
“Lantai......”
Penuh dramatik aku
melepet di atas lantai besi berhampiran petak penamat Roller Glider sejurus sahaja aku berjaya menamatkan mimpi ngeriku
itu. Fizi datang berteleku di sebelah. Muka kejinya usah cakaplah. Belum sempat
aku menarik nafas panjang, sibuk dia menunjukkan video yang diambilnya tadi.
Merah-merah muka putih bersih Fizi mentertawakan aku. Sakit jiwa.
“Awesome, love! Tak sangka awak boleh
main Roller Glider. First attempt tau. Awak tak teragak-agak
pun. Selamba je keluar lepas kena tolak. Hee...bestlah
ada makwe yang sama minat dengan kita. You’re
so brave. I love you so much!!!”
Terima kasih sebab
ungkapkan perkataan keramat tu, Fizi. Tapi...banyaklah kau punya ‘brave’. Tahu
tak aku tengah semput ni? Susah aku nak
susun semula pernafasanku. Aku mencebik pada Fizi yang masih galak ketawa.
Tanpa mempedulikan dia lagi, aku terus mengatur langkah menuju ke permainan
kedua. Tubby Ride. Dalam
banyak-banyak permainan, Tubby Ride
kulihat agak kurang mencabar fizikal. Sekadar pelampung yang ditolak turun dari
gelongsor gergasi. Rasanya tak gugur jantung kut kalau aku cuba permainan ni.
“Nak menghadap
depan ke belakang?” Soal pekerja District 21 tatkala aku dan Fizi sudah bersiap
sedia duduk di atas pelampung masing-masing.
“Depan.” Balasku
pantas. Yakin.
“Belakang!”
Mencelang mataku
pada Fizi. Dia tersengih-sengih macam kerang busuk sambil menunjukkan tanda
‘peace’. Dapat saja kata putus daripada Fizi, pekerja itu terus membetulkan arah
pelampung kami. Aku telan liur bertalu-talu. Takut.
“You know what, Fizi? Saya dah tahu dah
apa sebenarnya perasaan saya pada awak.”
“Aaahhh...jangan
cakap kuat-kuat. Saya tahu awak
cintakan saya, Maira. So much. Just like
I really do.”
“Ha...ha. Funny. No. I don’t love you. In
fact, I hate....youuuuuuuuuu. Makkkkk!!!!” Jeritan batinku bergema semula.
Terkekek-kekek
Fizi mentertawakan diri ini sebelum dia pun turut menjerit seperti aku juga. Kurang
asam punya pekerja District 21. Waktu aku tengah leka bersembang dengan Fizi
jugalah dia menolak kami turun.
“Hei, kenapa
nangis ni?” Tanya Fizi cuak sejurus kami sampai ke garisan penamat. Ditarik aku
ke tepi dinding dan aku, tersipu-sipu malu sambil berusaha mengelap air mata
kering-kering.
“Sorry. Tadi masa kita terhentak dekat
bucu tu, perut saya terasa sakit sangat. Saya tak boleh solat, awak. Dan sekarang...saya
tengah senggugut.”
Walaupun diulit
rasa malu, aku terpaksa berterus-terang pada Fizi. Aku tak mahu dia menganggap
aku enyeh (mengada-ngada) kerana
mudah sangat menitiskan air mata padahal ada benda penting yang aku
selindungkan daripada pengetahuannya.
“Ya Allah.
Maira....” Muka Fizi bertukar merah. Malu. Aku makin menundukkan wajah. Segan
padanya. “Kenapa tak bagitahu saya yang awak tak sihat? Kalau saya tahu, tak
adalah saya ajak awak datang ke sini. Masih sakit tak ni? Maksud saya, perut
awak tu?”
Aku mengangguk.
Fizi mengetap bibirnya kuat-kuat.
“Kalau awak nak
main semua permainan ni, awak mainlah. Saya tak kesah. Saya boleh tunggu.”
Aku cuba memujuk
Fizi. Dari riak wajahnya itu, aku tahu dia sedang menimbang-nimbang untuk
keluar.
“Tak seronoklah
saya seorang je main. Saya bawa awak ke sini tadi sebab saya nak main semua
permainan ni dengan awak. Kalau saya tahu awak tengah senggugut sekarang, baik saya
ajak awak pergi tengok wayang je. Eh? Ye tak ye kan? Kat sini pun ada wayang jugak.
Hmm...apa kata?” Dijongket-jongket kening tebalnya sambil tersenyum nakal.
“Apa kata apa?”
Tanyaku pelik.
“Apa kata kita
pergi tengok wayang je? Nak tak?” Usul Fizi tanpa disangka-sangka.
Aku terdiam. Hati
dipupuk rasa bersalah. Kerana aku, Fizi nak berhentikan permainannya. Mana
boleh? Ingat murah ke nak masuk ke tempat ni?
‘Perut, mian haeyo (saya minta maaf).
Aku tahu kau tengah sakit. Tapi aku tak boleh tengok muka orang yang aku sayang,
kecewa. Aku tahu, dah lama dia rancang nak bawa aku ke sini. Kalau tak, masakan
dia belikan aku kasut Nike ni? So, I’m sorry, perut. Kita bertahan ek. Demi
Fizi. Demi pengalaman. Dan yang paling penting...demi adrenaline rush.’
“Gelak pulak. Saya
tanya bebaik ni, love. Nak pergi
tengok wayang tak? Offer sekali je
tau. Baik awak buat keputusan cecepat.” Unjur Fizi buat kesekian kalinya. Aku
pantas menggeleng. Malaslah nak tengok wayang. Dia juga yang kata tadi tak ada
cerita menarik ditayangkan sekarang.
“Awak...nak pinjam
telefon awak boleh?” Pintaku sambil buat muka comel.
“Kenapa?”
Walaupun keningnya
berkerut seribu, tetap juga iPhone 7 itu dihulurkan padaku. Aku semakin seronok
melorek senyuman.
“Ada lah.” Skrin
telefon Fizi kupicit-picit. “Err...alamak. Tak reti pulak nak guna iPhone. Awak...tadi
sebelum kita masuk District 21, awak ada ambil gambar saya dekat map kan? Boleh tak awak tunjukkan gambar
tu dekat saya?”
Telefon kembali
bertukar tangan. Makin berkecamuk air muka Fizi. Aku yakin, dia mesti tak faham
sebab-musabab aku mahu melihat gambar itu. Fizi merapatkan tubuhnya hampir ke
bahuku setelah berhasil mencari gambar yang kumaksudkan. Tak pula aku menegah
perbuatannya itu walaupun cara kami berdiri amat rapat ketika ini. Tumpuanku
terarah sepenuhnya pada telefon bimbit Fizi.
“Love tengok apa tu?”
Aku dengar Fizi
bertanya. Gambar yang memaparkan keseluruhan peta kawasan riadah ini aku zoom
beberapa kali. Tulisan yang tampak kecil pada mulanya, kini sudah mampu dibaca
oleh kami berdua.
“Tengok ride apa yang saya boleh main lagi. Susah-payah
awak memandu dan bawa saya ke mari, takkanlah saya nak sia-siakan semua kudrat
awak tu, Fizi. Saya terharu sebab awak bersungguh-sungguh nak happykan saya. Terima kasih, awak. Now, saya betul-betul tengah bahagia. Tapi
kan. Andai kata awak tak bawa saya masuk sini, cukup dengan adanya awak di sisi
saya sajalah, itu pun dah boleh membuatkan saya happy, awak. Wallahi. Tak tipu.”
Aku menghentikan
bicara apabila perasan Fizi sibuk mengipas diri sendiri sambil mulut tak
henti-henti mengulum senyum sementara telinganya pun, turut bertukar merah. Tersentil
lidahku ke depan. Tak sangka dengan ayat pick
up line yang tak berapa nak jadi tu, Fizi bereaksi sebegini rupa.
“So, nak continuelah ni?” Tanya Fizi girang, inginkan kepastian. Aku
mengangguk. Yakin dan bulat dengan keputusanku.
“Of course! Tapi saya pilih ride yang tak perlu melompat-lompat dan
bersengayut tinggilah. Takpe ke?”
“That’s my girl! Sure, no problem. Pilihlah, awak nak main yang mana satu. Saya ikut
je. Kuat semangat awak, Maira. Ni yang makin sayang ni.”
“Oh, please. Jangan cakap awak sayang
saya selalu.”
“Kenapa? Tak
boleh?”
“Tak...nanti
panggilan tu cepat basi.” Aku berseloroh. Makin melambak tawa lelaki kesayanganku
ini. Aku kembali melihat ke arah peta.
“Awak...Free Fall tu apa?”
Kutunjuk gambar
berwarna biru kepada Fizi. Fizi juihkan bibirnya ke arah seorang perempuan
bertudung litup yang sedang bersiap-sedia mahu membuat terjunan. Tersembul biji
mataku keluar. Erk! Bungee Jumping
atas darat? Teringat Roller Glider
yang baru kumain tadi. Sama saja ngerinya. Pangkah!
“Kenapa tengok ride lain?”
Fizi dah
ketawa-ketawa. Pasti dia dapat agak aku dah kecut perut tatkala mendengar
jeritan batin perempuan itu sewaktu melompat turun dari pelantar. Lebih kurang
saja nilai oktaf kami. Silap hari bulan, suaraku lagi nyaring daripada suara
perempuan bertudung litup tu. Tak mahulah menjadi perhatian sekali lagi.
“Saja. Tak thrilllah ride tu. Saya nak tengok yang lain.”
Poyo je bunyinya. Susah
betul aku nak mengaku bahawa aku takut untuk mencuba Free Fall.
“Kenapa? Cubalah
dulu. Rasanya Free Fall ni takdelah
mengerikan sangat berbanding Maze dan
Sky
Trail. Cuma kena melompat turun je. Saya yakin awak boleh buat.”
“Ha...ha.” Aku
kembali membuat muka serius. “Takut!” Balasku kemudian membuatkan tawa Fizi
pecah semula.
“Kalau takut, tak
payahlah kita main yang ni. Kita main ride
yang lain. Tak silap saya, Free Fall
ni ada dua jenis. Satu yang ni...” Fizi tunjuk pada ‘Bungee Jumping Darat’.
“Dan satu lagi yang tu....”
Dihalakan pula
jari telunjuknya ke arah satu binaan yang tegaknya 90 darjah. Seorang budak
lelaki Melayu dalam lingkungan umur belasan tahun kelihatan berbaring di atas
gelongsor curam itu sambil menggenggam erat sesuatu. Handle ala-ala Roller Glider
juga. Ya Rabbi. Kenapalah permainan di sini semuanya ngeri-ngeri belaka? Helaan
nafas makin tak teratur apabila budak lelaki itu mula ditarik perlahan-lahan.
Macam aku pula yang nak main permainan ini. Debarannya melebihi naik roller coaster. Tak takut ke dia? Tegak
90 darjah tu.
Aku memejamkan
mata apabila budak lelaki itu melepaskan alat pemegang lalu meluncur turun
dengan lajunya. Terkeluar suara garau budak itu sebelum aku terdengar dia
mengaduh kesakitan. Apabila mata kucelikkan, aku nampak dia dah tergolek di
atas lantai sambil tak henti-henti ketawa dan menggosok punggung sendiri.
“Apa dah jadi,
awak?” Soalku kaget. Fizi masih dalam tawanya.
“Terlebih landing. Dia paksa sangat diri tu turun
laju-laju. Dia ingat gelongsor ni sama macam dekat taman permainan kanak-kanak
agaknya. Tak pepasal meluncur terus atas simen.”
“Euww!!! Tak
naklah Free Fall yang ni. Ngeri!”
“Habis tu, nak main
Free Fall yang mana satu?”
Fizi kembali memusatkan
perhatiannya padaku. Renungan Fizi terlalu lembut dan dipenuhi rasa cinta,
membuatkan jantungku kembali berdegup kencang. Sambil tersipu-sipu malu, aku
menala pandanganku pada ‘Bungee Jumping Darat’ tadi. Melekuk lesung pipit Fizi
apabila dia menarik senyumannya. Gembira.
“Jom!”
Assalammualaikum dan Selamat Malam pembaca tersayang ^^,
Alhamdulillah, novel JATUH CINTA SEKALI LAGI akan terbit pada bulan JULAI 2019 di bawah syarikat penerbitan SUARA HATI PUBLICATION. PRE-ORDER dah pun dibuka sekarang. May pun akan ambil order juga. So, kalau sesiapa nak beli dengan May, can approach me through my Facebook : Mirei May II, emel May : mireimay312@yahoo.com, instagram May : mireimay11 ataupun tinggalkan komen di group Facebook secret kita. Pada pembaca yang beli dengan May, akan dapat special gift dan tanda tangan, itu wajib ^^0
대단히 감사합니다
Yours truly writer,
Alhamdulillah, novel JATUH CINTA SEKALI LAGI akan terbit pada bulan JULAI 2019 di bawah syarikat penerbitan SUARA HATI PUBLICATION. PRE-ORDER dah pun dibuka sekarang. May pun akan ambil order juga. So, kalau sesiapa nak beli dengan May, can approach me through my Facebook : Mirei May II, emel May : mireimay312@yahoo.com, instagram May : mireimay11 ataupun tinggalkan komen di group Facebook secret kita. Pada pembaca yang beli dengan May, akan dapat special gift dan tanda tangan, itu wajib ^^0
대단히 감사합니다
Yours truly writer,
Mirei May
4 comments:
Saya ������ Saya suka Fizi-Maira. Pendeknye sis, pjgkan lagi. Tak.puas baca..hehe
Sape yg penah pegi District 21 maybe boleh fikir keadaan dalam tu yang.. 😁😁 BEST...!!
Fathi Fathiyah : yeayyy...ada peminat Maira-Fizi...hehehehe...pendek sangat ek? Okay, sis bagi sambungan jap lagi...Jemput baca tau ^^, terima kasih, sayang sudi baca cerita sis...xoxo
Nursyamimi yazid: Kan yang? Aaaaa, I windu District 21...wish dapat pi dengan Mie pulak ke sana...kita main Trampoline je...dah tua ni, seram pulak nak try Roller Glider...berangan bolehlah...ahahaha ^____^V terima kasih yang, sudi baca lagi...xoxo
Post a Comment