Thursday 5 July 2018

2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Bab 3)}




BAB 3
My oh my! Look what I’ve  found here.”

Video berdurasi 3 minit itu ditonton buat kali kedua. Puas hati kerana kedua-dua wajah itu sangat jelas dalam rakaman.

Dora! Let’s go.” Panggil suaminya yang baru selesai mengambil barangan peribadi milik mereka di dalam loker. Dora simpan telefon ke dalam saku pouch. Renungan masih dipaku pada pasangan kekasih itu yang terlalu teruja mendaki anak tangga. Dia mencebik. Sakit hati melihat pemandangan di depan mata.


Hei, hunny. What’s wrong? You tengok siapa?”


Meliar mata suaminya ke sekeliling District 21. Mencari subjek yang membuatkan Dora tak henti-henti mencebik jelak. Dora menggeleng lantas menyilangkan tangannya ke lengan Nadim. Laju dia menarik suaminya keluar dari pusat itu. Tambahan pula dia ternampak sesuatu yang membuatkan darahnya mendidih geram. Lagilah Dora tak sabar nak lari jauh-jauh.

“I nampak dua belangkas ofis I tadi. Betullah khabar angin tu. Diorang memang ada skandal. Sohih!”

“Belangkas mana pulak ni? Siapa yang ada skandal? I kenal ke diorang tu?”

“Yang perempuan tu you tak kenal sebab dia baru kerja dekat Azrani Holdings. Tapi yang lelakinya....You kenal sangat, sayang.”

“Oh ye? Siapa?” Tanya suaminya, tak sabar-sabar nak mencedok rahsia. Dora tersenyum. Sinis.

“Masa kita makan karang, I cerita dekat you. Tapi video sejoli tu I dah hantar pada kawan I. Oh my God. I harap dia tabah bila tengok gambar dan video tu. I boleh rasa perasaan dia sekarang. Must be heartbroken melampau.”

“Yang....”

Yes!” Dora lentokkan kepalanya ke lengan sasa suaminya.


“You tak risau ke tershare sesuatu yang mendatangkan fitnah? Tak takut tindakan you tadi boleh bagi impak besar pada kehidupan orang lain? Tak takut?” Lembut bicara suaminya namun menikam teruk ke dasar hati Dora. Dora tegakkan kepala. Anak mata suaminya dicari-cari. Apabila pandangan mereka berlaga, dia nampak ada riak kurang senang di mata itu.

“You dah hantar video dan mesej pada kawan you tu kan? Let see dia dah baca ke belum mesej you. Kalau belum, baik you betulkan semula keadaan. Siapa tahu couple yang you nampak tu datang dengan keluarga atau kawan memasing tapi terjumpa secara tak sengaja dekat sini? I bukannya apa, yang. Zaman sekarang ni banyak sangat benda-benda tular berlaku. Kesannya bagi kemudaratan pada maruah orang yang ditularkan. I tak nak isteri I dapat dosa. At the same time, I pun terpalit sama dapat dosa you tu. Cukuplah dosa you tak pakai tudung, I kena tempiasnya, yang. Berbuih mulut I ni nasihatkan you supaya you kenakan hijab masa kita keluar rumah. Tapi you buat batak je. Sikit pun nasihat I you tak ambil peduli. Tapi aib orang lain, you sibuk-sibuk nak selak. Tak baik. Kelak nanti, benda tu terbalik dan terjadi pada you, merana you. Aa-aa-aa-aah, I tak habis cakap lagi. Syutt...”

Ditekan jari telunjuknya ke bibir isteri sendiri. Tak beri keizinan Dora menyampuk. Nadim sambung kata-katanya yang terganggu akibat protes si isteri.

Check semula mesej WhatsApp you. Tengok sama ada orang tu ada balas apa-apa tak? Kalau dia tak baca mesej you lagi, menjadi tanggungjawab you untuk betulkan keadaan supaya hati pihak yang menerima mesej tu terjaga. Kita tak tahu kisah di sebaliknya. Lain kali sayang, jangan cepat menyebarkan sesuatu berita yang kita tak tahu hujung pangkalnya dan jangan....” Ditarik hidung mancung isterinya. “...sibuk jaga tepi kain orang lain.”

Tut! Tut!

Dora teguk liur laju-laju. Di saat dia mula menyesali tindakan sendiri yang terburu-buru mengikut rasa hati, mesej baru masuk ke dalam aplikasi WhatsAppnya mendatangkan debaran yang maha hebat di dada Dora.

‘Thank you Dora for your concern. Really appreciate ‘this’.’

Ya Rabbi! Apa yang dia dah lakukan? Bertalu-talu gambar ‘Smiley’ menangis memenuhi WhatsApp daripada temannya itu. Nadim menatap mata isterinya yang digenangi air. Perlahan-lahan kepala isterinya ditarik lalu didaratkan ke dada bidangnya.

The damage has been done. Doalah sayang moga ketiga-tiga mereka cekal hadapi dugaan ni.”

What should I do, yang? I dah beritahu dia pasal Fizi dan budak baru tu. Dia pun dah balas mesej I.”

Dora terus mengongoi. Nadim capai telefon di tangan isterinya. Dengan sebelah tangan tak henti-henti menepuk bahu si isteri sambil cuba untuk menenangkannya, Nadim menaip mesej balasan untuk teman baik Dora. Hantar! Dia menanti maklum balas daripada pihak di sana. Apabila mesej itu kekal bertanda satu calit, Nadim terus mengeluh. Hampa.



“Doalah yang terbaik. Moga tak ada apa-apa yang buruk, berlaku.”


Mok Cik Mairo!!!!”

Suara di talian kedengaran menjerit dan cuba menyaingi bunyi bising di tempatnya. Aku tergelak nipis. Tangan masih ligat mengelap rambut yang kebasahan. Keluar saja dari bilik air, tanpa disangka-sangka, aku mendapat panggilan daripada teman baikku, Mimi Harleena.

“Yuhuu, ada apa mok cik?”

Disebabkan Mimi pun berasal dari Negeri Sembilan, hampir semua perkataan yang disebutnya nak diubah dengan huruf O. ‘Kena’ akan jadi ‘Kono’. Itu biasalah. Dalam loghat Negeri, kita memang sebut ‘Kono’ pun. Cuma dua perkataan ni saja aku kurang berkenan sikit. Ada ke patut Maira ditukarnya menjadi Mairo dan mak cik menjadi mok cik? Jauh panggang daripada api tu. Sabar sajalah Mimi ni.

Perhatian kembali memusat pada Mimi yang terjerit-jerit meminta suaminya, Mateen, supaya memperlahankan volume TV mereka. Ya Allah, kawan baikku ini. Tak sakit ke anak tekak tu menjerit-jerit sedari tadi? Aku yang dengar ni pun dah panas telinga. Bingit. Takkanlah Mimi tak rasa apa-apa pada peti suaranya? Sudahnya, telefon aku tetapkan ke mod loudspeaker. Membiarkan suara Mimi berkumandang bebas di dalam kamar tidurku.

“Woit! Aku datang rumah kau tadi. Kau pergi mana ha?”  Jerkah Mimi. Tercampak sikat yang kupegang ke atas meja solek.


“Pukul berapa kau datang? Kenapa tak bagitau aku?” Tanyaku sambil berusaha menepis rasa debar.

“Pukul 12 lebih. Saja je aku nak surprisekan kau. Sesambil tu buat spot check sekalilah. Nak tengok, anak dara ni melekat kat rumah ke tidak hujung-hujung minggu macam ni. Aku tengok kereta kau ada. Bila aku tekan loceng, kau tak keluar-keluar. Kau poei mano ha budak? Balik kampung ek? Ke...ikut mak dan ayah kau pergi kenduri tunang Geena?”

Semua cerita mengenaiku, semuanya berada di dalam poket Mimi. Antara kami berdua memang tiada rahsia sementelah Mimi pun rapat dengan keluarga aku. Hubungan kami dah macam adik-beradik, bukan sahabat baik semata. Lantaran itu, berita mengenai pertunangan Geena turut aku kongsikan bersama kawan baikku ini. Malah, Mimi juga mengenali sepupuku itu apabila kami pernah mengajak Geena keluar bersama-sama suatu ketika dahulu.

“Taklah. Aku tak balik kampung pun. Pergi kenduri Geena pun bukan.”

Uiks? Habis tu kau pergi mana? Bau ikan kuat sangat ni. Cer citer dengan aku. Kau keluar dengan siapa sebenarnya, mok cik?”

Aku sedut nafas dalam-dalam lalu menghembusnya perlahan-lahan. Berharap Mimi takkan menjerit apabila terdengar nama ini disebut.

“Aku keluar dengan Fizi. Kami pergi District 21.”

“Fizi? IOI City Mall sana?”

Aku mengangguk. Betul tekaanku. Mimi memang terkejut beruk.

“Keluar berdua je ke?”

“Ha lah. Berdua. Lepas main-main dekat situ, kami pergi makan. On the way balik, singgah airport sekejap sebab Fizi nak jumpa kawan dia.”

“Siapa?” Tanya Mimi, tak sabar.

“Entahlah. Pilot. Aku tak nampak muka sebab dia belakangkan aku. Aku duduk dalam kereta je sementara tunggu diorang habis berborak. Pilot tu baru sampai dari Korea. Kebetulan Fizi ada pesan barang. So, dia pun pergilah ambil dekat kawan dia tu. Lepas jumpa pilot tu, kitorang terus balik Melaka. The end.”

“Hmmm....”

Panjang betul Mimi mengeluh. Aku sekadar mendiamkan diri. Tugasan mengering dan menyikat rambut, aku sempurnakan setangkas yang boleh. Mata dah mengantuk. Esok aku nak kerja. Badan yang keletihan setelah seharian membuat aktiviti lasak bagaikan tak sabar-sabar minta dimanjakan.

“Lain kali, no-no-no keluar berdua dengan Fizi ek. Aku tahu kau keluar jauh-jauh dengan mamat tu lagi, siaplah. Aku report dekat mak kau.”

“Lah? Takkanlah sebab aku keluar berdua dengan Fizi sampai kau nak report dengan mak aku pulak? Kau tahu kan aku tengah cari masa yang sesuai untuk perkenalkan Fizi pada keluarga aku? Janganlah potong jalan dulu, Mimi. Fizi okay. Dia jaga aku dengan baik tadi.”

“Ya. Aku tahu dia okay. Tapi entahlah...ada sesuatu pada dia tu yang membuatkan aku susah nak....”

Weh aku dah mengantuklah. Kita sambung borak esok boleh? Kat ofis.”

Bukannya aku sengaja mencipta alasan. Memang betul pun aku tengah mengantuk sekarang. Bunyi menguap dah menjadi muzik latar. Aku jamin Mimi boleh dengar suara aku menguap tak henti-henti sejak dari awal dia menelefonku.

“Hmm...tidurlah. Aku pun nak tidur jugak ni. Sorrylah kacau kau malam-malam buta. Kita jumpa dekat ofis esok naa. Good night, kak. Bye. Assalammualaikum.”

Kak pula dah? Aku tersengih. Lucu mengenang panggilan Mimi padaku.

Alright, kak. Jumpa esok kat ofis, Insya-Allah. Good night. Waalaikumussalam.”

Aku memerhati skrin Oppo yang telah senyap tanpa suara Mimi. Wajah mak dan ayah yang kububuh sebagai wallpaper kini mengambil alih. Perlahan-lahan, aku menyentuh gambar kedua insan kesayanganku itu sambil menguntum senyum nipis.

“Fizi kata, lepas mak dan ayah balik dari Kulai, dia nak datang rumah kita. Dia nak minta izin untuk berkawan dengan Maira. Mak, ayah...kenapa Maira rasa tak sedap hati malam ni?” Bisikku resah. Lama aku termenung dan memerhati raut wajahku dari biasan cermin. Ingatan melayang penuh pada Fizi dan kenangan-kenangan manis kami.

Mungkin belum pernah kau rasa....hati yang berkecai sejuta.....

Baru teringatkan dia, encik empunya diri dah muncul! Kujeling nama yang terpapar pada skrin. Puddin’? Ya Rabbi. Bila masa lah Fizi ubah namanya pada Puddin’ ni? Bersama tawa yang liat mahu berhenti, punat terima segera kutekan.

“Hai, love. Dah tidur ke? Saya dah terlelap tadi, tapi bila teringat yang saya masih belum cakap semua ni pada awak, terus terbangun balik. Thank you, love. Walaupun tengah kalut menahan sakit perut, awak tetap happy ikut saya main semua ride dekat sana. Saya betul-betul seronok hari ni sebab dapat luangkan masa berdua dengan awak. Insya-Allah, esok kita jumpa dekat ofis. Good night. Sweet dreams. I love you. Assalammualaikum.”

Tuttttt!!!!

Ternganga mulut ini apabila bunyi dering menggantikan suara garau Fizi. Belum sempat aku membalas semua kata-katanya, dia dah matikan talian. Ini nak marah ni.

‘Not good, awak!!! Tetiba putuskan panggilan. Saya tak sempat balas apa pun lagi.’

Hantar! Sesaat kemudian, masuk satu mesej ke dalam telefonku.

‘Ahahahahaa!!! Gotcha! Are you happy now, my love?’

‘Kenapa tanya soalan macam ni? Mestilah saya happy. Dah lama teringin nak pergi District 21. Hari ni impian saya termakbul. Terima kasih, awak. Saya pun seronok sebab dapat luangkan masa dengan awak hari ni.’

Lambat sikit balasan daripada Fizi. Aku nampak bersungguh-sungguh dia menaip pada WhatsApp.

‘Sama-sama. Entahlah. Tadi saya mimpikan awak. Dalam mimpi saya tu, saya nampak awak tengah risaukan sesuatu tapi awak tak nak cakap dengan saya. Lagi teruk, awak lari tinggalkan saya. Hei, love. Awak tengah tak sedap hati ke sekarang ni?’


Aku telan liur bertalu-talu. Tak sangka gerak hati kami serupa.

‘Saya nak lari tinggalkan awak? Tak mungkinlah, Fizi. Jangan percaya sangat pada mimpi. Tu semua mainan tidur. Tadi saya memang ada rasa tak sedap hati. Mungkin sebab badan saya letih agaknya. Biasalah kan? Kalau letih, mudah je benda-benda negatif nak masuk dalam hati kita. Tapi lepas saya dengar suara awak malam ni, terbang terus semua aura tak best tu. I’m happier than ever now. Yeay...bangga tak Fizi sebab suara awak ada magnet kesembuhan dekat hati saya?’

‘Gila tak bangga? Mestilah saya bangga.’

Dibubuh gambar ikon hidung kepadaku. Terangkat-angkat bahuku menahan tawa.

‘Awak, saya dah mengantuk.’

‘Me too. Saya pun nak sambung tidur semula. Selamat malam sayang (please jangan nyanyi lagu FT. Saya jealous). Dan jangan lupa ambil wuduk dan baca Surah Al-Mulk sebelum tidur ya.’

‘Opps terlambat. Dah nyanyi pun, awak. Hehee...Insya-Allah. Thank you for your reminder. Awak baca tak?’

‘Saya lagi advance. Pasang terus dekat handset.’

Berderai tawaku tatkala membaca mesej terakhir Fizi. Hish, dia ni. Macam manalah rasa kasihku tak tumpah pada Fizi? Bicaranya sentiasa menceriakan hidupku. Dalam sendanya, ada juga unsur nasihat terselit.

Ya Allah...mungkin benar kata-kataku pada Fizi tadi bahawa rasa tak sedap hati ini disebabkan badan aku berasa letih semata. Jika diberi nikmat bernafas lagi esok, aku harap rasa resah ini akan berkurangan atau lebih baik, hilang terus dari bermukim di hati ini.

Aku merebahkan tubuhku di atas tilam. Usai membaca doa dan memasang Surah Al-Mulk di telefon, aku terus memejamkan mata.



Layan sebentar lagu kesukaan saya daripada penyanyi lelaki kesukaan saya, Faizal Tahir

Terima kasih

Tak lama dah...nanti saya buka order untuk beli novel JATUH CINTA SEKALI LAGI...Follow rapat-rapat ya ^^,


Yours truly writer,

Mirei May

4 comments:

Fathi Fathiyah said...

Salah satu doa yg Allah makbulkan, doa org yg dizalimi. Sis Mirei, jgn menghilang lagi. Saya sukaaaa sgt baca citer2 sis. Terasa saya yg jd heroin tu tau. Semua citer sis yg saya baca, semua gitu. Xtaula kenapa 😘😘😘 Penulisan sis buat saya rindu bila x dpt baca. Bila sis lama x tulis, saya ssdih. Tcari2 manala novelis kesygan saya ni pergi. Rupa2nya..

😊 Allah bg ujian utk jdkan sis lebih kuat dan tabah. Pengalaman mematangkan kita. Saya nmpk pada penulisan sis yg lebih bagus, penuh dgn titipan nasihat dan agama. Cth: Cerpen Sayang, Cinta Ini dan Cerpen Hati Ini. Saya suka sgt. Teruskan berkarya sis Mirei. Saya akan sokong sis selamanya 😘😘 terima kasih utk bab ni. Dah boleh sediakan tisu siap-siap kan? Oh my Fizi, oh my Maira 😭😭 jgn pisahkn mereka sis!! Saiya takuat

Mirei May said...

Fathi fathiyah : πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ jenuh nak faham apalah saiya takuat tu? Baruvfaham..Belum boleh sedia tisu lagi, dear...takde yg sedih pun lagi...eh, sedih ke cerita ni? Hehehehe

Luah hnya sekali...untuk beritahu pada semua yang bertanya sampai tak tau bgaimana mau terangkan...bila sis pandang semula pengalaman itu nanti, doa sis I can keep moving forward...cukup sis terangkan di sini, sis takkan luah lagi...terima kasih sayang atas kata2 yg indah tu...sis akan terus buat kesilapan baru (lumrah manusia spt sis s/ada sedar atau tak, kesilapan tetap berlaku)...moga Allah pimpin hati ini untuk meminta maaf dan memaafkan...terima kasih, sayang πŸ™

Unknown said...

Mimi.....!!!! 😱😱 finally muncul juga nama itu... Hahahaha... Tggu nama lagi 1 plak... Hehehehe.... Good job sayang... Well done... Love u...

Mirei May said...

Ahahahaha...yes!!! Finally πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† lepas ni agak berturut jugak tau Mie muncul...yeayyeay...suka bila mie hepi baca part ni..makacih ikuti cerita kita, yang...I love you too πŸ˜ŠπŸ’•