Friday 6 July 2018

2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Bab 4)}





BAB 4


Akhirnya ketemu video yang dicari-cari selama ini...jazakallah Faizal Tahir ^^,


“Aduh!!”

Berterabur pendrive dan buku notaku di atas lantai apabila tubuh secara tak sengaja berlanggar dengan seseorang sejurus keluar dari bilik mesyuarat.

Sorry, Maira. I tak sengaja.”

Kelam-kabut wanita itu membantu aku mengemas barang-barangku semula. Suara gemersiknya, macam kukenal. Aku segera mendongak.


“Kak Sendora?” Tegurku perlahan. Dia menaikkan pandangannya sejenak sebelum tunduk semula lalu mengambil buku notaku.

“Hai...” Ringkas Kak Sendora menyapa. Aku tersengih. Leka aku meneliti hijab yang tersarung indah di kepala teman sekerjaku ini. Seingatku, Kak Sendora tak pakai tudung. Patutlah berbeza sungguh penampilan dia hari ini. Hampir aku tak mengenalinya jikalau dia diam, tak bersuara.

Sorry, Maira. Tak sengaja langgar you. You okay kan?”

Okay. Sikit je ni. Akak dari mana?” Soalku berbasa-basi. Kak Sendora menyengetkan tubuhnya lalu menunjuk ke arah bilik di hujung lorong. Tandas. Aku mengangguk. Faham.

“Ada meeting ke pagi ni? Dengan siapa?”

“Ha’ah. Dengan Encik Izham.”

“Bos?” Terjuih bibir mungil Kak Sendora ke depan. Tertawa aku melihat reaksinya itu.

Encik Izham, Ketua di Unit Komunikasi Korporat (UKK) Azrani Holdings, terkenal dengan sikap tegasnya. Dia sangat jarang mengukirkan senyuman membuatkan semua staf di sini agak takut dengan lelaki itu. Desas-desus mengatakan, Encik Izham tak suka mendengar pandangan orang lain. Hitam katanya hitamlah. Janganlah berani nak bangkang.

Tapi kenapa sepanjang 4 jam kami bermesyuarat, Encik Izham sangat berbeza daripada cakap-cakap teman sekerjaku? Dia yang kononnya garang dan suka meninggikan suara, sebenarnya amat lembut dalam pertuturan. Malah, ungkapan tak suka dengar pandangan orang lain sama sekali tak berasas! Pada pengamatanku, Encik Izham adalah seorang ketua yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Kerja yang kukira sukar untuk kulaksanakan dalam masa yang singkat, kini sudah nampak jalan penyelesaiannya.

Meeting pasal apa tadi?” Tanya Kak Sendora, ingin tahu.

Kak Sendora lapor diri di bahagian Akaun. Jadi, dia tak terlibat secara langsung dalam mesyuarat yang baru diadakan.

“Macam-macam. Tapi main focus pasal Annual Dinner. Saya kena liase dengan wartawan untuk buat coverage event tu nanti. Tahun ni Dato’ Imran akan bawa anak-anak yatim dari Teratak Firdausi untuk sertai kita.”

“Ooh...bila Annual Dinner?”

“Insya-Allah, pertengahan bulan 12 ni. Tapi tarikh sebenar belum diputuskan lagi. Nak minta persetujuan Dato’ dulu.”

I see. You ada kenal mana-mana wartawan ke untuk cover event tu? Kalau dah sampai tahap panggil wartawan, rasanya Annual Dinner tahun ni Dato’ nak buat gempak. Mesti ada projek mega yang dia nak uar-uarkan nanti tu. Kena buat bebetul tau. Jangan sambil lewa. Dato’ tak suka orang buat kerja cincai.”

So far, saya tak kenal sesiapa pun lagi, kak. Pertama kali galas tanggungjawab ni. Nervous tu memang ada. Tapi tadi Encik Izham ada bagi beberapa nama wartawan yang pernah buat write up pasal Azrani Holdings. Nanti saya cuba follow up dengan team tu. Hopefully diorang masih kerja dengan syarikat akhbar yang sama.”

Good. Follow up cecepat. Dapat front page bahagian Bisnes semua surat khabar tu nanti, bangga kita satu Malaysia.” Ucap Kak Sendora teruja. Tunduk saja aku sambil mengait senyum nipis.

“Insya-Allah, kak.”

Makin bersemangat aku mahu membuat yang terbaik pada tugasanku kali ini. Julung kali mengendalikan Annual Dinner syarikat, aku tahu kerjanya bukanlah mudah. Sebelum aku diterima bekerja di syarikat ini dulu, aku pernah menemani Mimi menyediakan bajet untuk keseluruhan kos makan malam tersebut sewaktu dia bertandang ke rumahku. Menurut Mimi, sebelum UKK ditubuhkan, banyak benda dia kena fikirkan. Bajet, publisiti lagi.

Walaupun ada campur tangan daripada staf di bahagian Pemasaran untuk urusan publisiti, tetap juga kerja-kerja itu dilonggokkan ke jabatan Mimi, Perakaunan akhirnya. Hanya setelah Unit Komunikasi Korporat diwujudkan, barulah semua kerja berkaitan perancangan acara syarikat dilaksanakan sepenuhnya oleh unit ini dan sekali gus, mengurangkan pertindanan kerja Puan Akauntan kita tu.

Harap-harap, AJK Annual Dinner yang telah dilantik tadi dapat memainkan peranan mereka sebaik mungkin. Aku pun nak kerja bersungguh-sungguh juga. Apatah lagi tema yang aku cadangkan ketika mesyuarat berlangsung, diterima hampir kesemua AJK termasuklah Encik Izham. Makin berkobar-kobar aku mahu memastikan Annual Dinner tahun ini berjalan dengan lancar.

“I nak sambung buat kerja.”

Err...saya pun. Terima kasih kak, beri nasihat tadi.”

“Aah...benda kecik je. Bye, Maira.” Kak Sendora menitip senyum manis kepadaku sebelum bergerak pergi.

“Kak Sendora.” Panggilku seraya melelar pergelangan tangannya. Tertoleh Kak Sendora lalu menghadapku semula. Aku tersenyum sambil mata tak henti-henti melekat pada seraut wajah berbujur sireh itu dan hijab yang dikenakannya. Duckscarves, trend wanita Malaysia masa kini. Sempurna sungguh penampilan Kak Sendora setelah menutup mahkotanya daripada penglihatan lelaki ajnabi. Sangat cantik dan tenang sekali wajah teman sekerjaku ini.


“Akak nampak anggun bila bertudung. Alhamdulillah...” Ucapku seikhlas hati. Kak Sendora tersentak. Dapat aku lihat rahangnya terjatuh seketika sebelum perlahan-lahan dia menundukkan wajah dan membalas genggaman tanganku padanya. Erat.

“Terima kasih. Sebelum ni suami I...err...akak, suami akak...”

Akak? Makin melebar sengihan aku. Terharu mendengar kata ganti diri yang Kak Sendora gunakan tatkala berbual denganku.

“Sebelum ni suami akak dah banyak kali suruh akak pakai tudung, Maira. Tapi akak buat endah tak endah permintaan dia. Sampailah semalam...” Dia berhenti berbual. Lama Kak Sendora merenungku.

Aku mengangguk-angguk. Semalam? Kenapa dengan ‘semalam’?

“Semalam baru terbuka hati akak nak tunaikan permintaan dia.” Akhirnya Kak Sendora menyambung bicara setelah puas menatap mataku.

“Alhamdulillah. Maira doakan akak terus istiqomah dalam menutup aurat.”

“Aamiin. Terima kasih. Maira...akak nak minta maaf ya.”

“Minta maaf pasal apa, kak? Akak takde buat salah dengan saya pun.”

“Ada...besar salah akak pada Maira. Akak harap Maira dapat maafkan akak.”

Dia merangkul aku sekilas sebelum cepat-cepat meleraikan pelukan kami. Terkebil-kebil mataku kerana tak faham tindakan Kak Sendora berbuat demikian. Usai menghadiahkan aku satu senyuman pilu, Kak Sendora terus meninggalkan aku terkulat-kulat di tengah lorong kecil itu.

‘Kenapa dengan Kak Sendora? Bila masa dia ada buat salah besar dengan aku?’

Walaupun fikiran masih dihujani tanda tanya, kaki tetap melangkah meninggalkan tempat pertemuan kami. Ketika melewati selekoh berhampiran kawasan kubikalku, aku ternampak kelibat seseorang melalui lorong ini dengan pantas. Aku segera menepi, memberi ruang pada dia untuk berjalan dahulu. Namun, aku tersentak tatkala susuk tubuh itu tiba-tiba mengubah haluannya lalu dengan sengaja menghentam bahuku sekuat hati.

Rempuhannya yang kasar itu membuatkan tubuhku condong 45 darjah ke belakang. Tak sempat aku nak imbangkan diri sementelah kasut yang kupakai bertumit 3 inci. Sekelip mata aku dah tergolek di atas karpet, betul-betul di hujung kaki orang yang melanggarku tadi. Gelap seketika pandanganku. Ya Allah. Kenapalah hari ni semua orang nak langgar aku? Hati menggerutu geram. Marah pada dia yang terang-terangan mahu pedajal diri ini.

Serves you right! Perempuan perampas! Tak sedar diri! Huh!” Pekik suara itu sinis, sebelum berlalu meninggalkan aku.

Cepat-cepat aku berpusing mengikut hentakan kaki gebu itu. Murni? Budak Akaun? Allah. Siapa yang dikatakan perempuan perampas? Aku ke? Apa yang aku dah rampas daripada Murni?

Ikutkan hati yang tengah sebal, nak saja aku campak buku nota berkulit tebal milikku ini ke kepala teman sekerjaku itu. Marahku meluap-luap. Terasa nak meletup satu pejabat. Namun mengenangkan perlakuan kami telah mendapat perhatian semua orang yang berada di bahagian kubikal ini, cecepat aku menenangkan diri walaupun aku tahu, luka dihina itu amat payah untuk sembuh dalam masa terdekat.

“Kau okay, Maira?” Syafinaz, rakan sejawatanku yang duduk di kubikal berhampiran tempat aku tergolek, datang membantu. Aku tawar senyum nipis. Hati masih bersedih dan marah pada Murni. Tak mampu nak beri senyum ikhlas.

“Bolehlah. Terima kasih, Syaf.”

“Sama-sama. Sabarlah, Maira. Aku pun tak faham kenapa Murni tetap nak langgar kau walaupun aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, kau dah bagi laluan pada dia.”

“Entahlah. Aku pun tak tau apa masalah dia. Siap gelar aku benda yang tak elok lagi. Harap-harap aku boleh bersabar, Syaf.”

“Aku tahu susah nak tahan sabar bila orang dah buat aniaya pada kita. Muka kau pun aku tengok tengah merah sekarang ni. Eh, aku ada stress ball. Kalau kau nak, aku boleh bagi kau pinjam.” Polos Syafinaz memberi cadangan. Aku sengih seraya menggeleng-geleng.

“Tak payahlah. Aku pun ada stress ball dekat meja aku.”

“Oh? Awalnya dah beli stress ball.”

Nope. Tak beli pun. Orang kasi.”

“Oh ye? Siapa bagi?” Merah-merah muka Syafinaz menggelakkan omonganku. Mungkin dia tak menjangka aku pun turut menyimpan stress ball walhal baru 3 bulan aku bekerja.

“Siapa lagi? Akauntan kitalah. Puan Mimi.”

Melambak tawa Syafinaz keluar. Dah ucap terima kasih pada gadis ceria itu sekali lagi, aku terus membawa diri ke meja kerjaku. Setengah jam lagi nak masuk waktu makan tengah hari. Selagi ada masa ni, lebih baik aku penuhi fikiranku dengan kerja sahaja. Sekurang-kurangnya, dapat juga aku melupakan kejadian buruk yang baru berlaku sebentar tadi.


“You buat apa? Kenapa you langgar dia? Tak baiklah, Murni. Kesian dia.”

Sendora menampar kuat paha gebu milik sahabat baiknya, Murni. Riaknya jelas tak senang melihat aksi pergaduhan percuma di depan mata. Lebih-lebih lagi ayat ‘Perempuan Perampas’ itu turut nyaring diperkatakan. Dalam hati, Sendora berasa kasihan pada Umairah. Dapat dilihat dengan mata kepalanya sendiri, Maira agak bingung apabila digelar begitu. Aah, bagaimana mahu diterangkan pada Maira tentang siapa Fizi itu sebenarnya? Dia tersepit. Di sini kawan sekerja, di sana kawan baik.

“Tak payah nak kesian. Perempuan tak ada maruah macam tu kena diajar. You tahu tak I nampak dia dengan siapa semalam?” Ujar Murni menahan geram.


Mata Sendora terbelalak. Jantungnya mula berkocak hebat. Semalam? Takkanlah sahabatnya ini berjalan-jalan juga di IOI City Mall? Sendora menanti Murni menyambung kata-kata. Apabila Murni sekadar memberi bahasa isyarat, Sendora terus mengeluh.

Fine! You nampak dia dengan siapa?”

Gedik saja kawan baiknya ni. Nak juga dia kena buka mulut. Apa salahnya cakap saja sampai habis? Sendora mencebik. Bosan.

“Fizi!”

What? Biar betul? Eii, you jangan main-main, Murni. Entah-entah pelanduk dua serupa tak? You jumpa diorang dekat mana?”

Sedaya upaya Sendora menahan getar suara sendiri. Dia tak mahu Murni terkesan nadanya sudah bertukar terkejut.

“Tak mungkinlah pelanduk dua serupa, babe. I yakin memang perempuan perampas tu yang ada dengan Fizi semalam. Lagipun I ada bukti.”

Bukti? Sudah. Puas Sendora berdoa dalam hati agar Murni tidak membuat tindakan serupa dengannya. Mengambil video dan gambar pasangan yang menjadi topik hangat Azrani Holdings sejak akhir-akhir ini lalu menghantar kepada teman baik mereka.

“You tahu kan adik ipar I baru balik dari Vienna?”

Murni memulakan cerita dan diangguk tenang oleh Sendora.

“Semalam flight dia sampai Malaysia. I pun pergilah jemput dia dekat KLIA dengan Ayaaz. Masa I tengah tunggu suami I cari Attar, I nampak ada seorang pilot tengah berborak dengan kawan dia depan Balai Ketibaan Antarabangsa. At first I leka tengok pilot tu sebab muka dia macam I kenal. Plus handsome giler kan? Siapa tak nak tengok?”



Murni tersengih-sengih macam kerang busuk. Terjongket hujung bibir Sendora ke atas. Sempat lagi mata sahabat baiknya ni meliar. Sabar sajalah.

“Lepas tu?”

“Ayaaz sampai dengan Attar, then kitorang pun siap sedia nak balik. Masa kami lalu sebelah kapten tu, I secara tak sengaja tertengok muka kawan dia. Bila I tengok lama-lama, baru I sedar lelaki tu Fizi. Fizi, you know, Fizi. Bila I nampak Fizi, so, I expect I akan nampak ‘dia’. Puas mata I meliar cari kereta Fizi sebab I rindu nak tengok kawan kita tu tapi bila I jumpa, hati I hancur. You tahu siapa yang ada dalam kereta tu?”

“Siapa?”

Walaupun sudah tahu jawapannya, Sendora tetap bertanya.

“Maira. Ya Allah. Sakitnya hati I ni. Rasa nak cekik-cekik je perempuan perampas tu. Apakan daya, Ayaaz terbawa laju masa tu. Kalau dia slow, memang I dah keluar kereta dan buat scene dekat KLIA.”

“Jangan serkap jarang, Murni. Entah-entah bukan Maira yang you nampak. Lagipun, cermin tingkap Fizi gelaplah. Mustahil mata you boleh tembus sampai ke dalam?”

“Apa tak bolehnya? Yang gelap, cermin tepi. Cermin depan kurang tinted. I tak rabunlah, Dora. I yakin tu Maira. Plus, I kan kata I ada bukti kukuh? Pilot yang I nampak tu rupanya kawan kitorang masa belajar dekat STJ dulu. Eshan Suhail. Dan kebetulan, malam tadi Han ada masukkan gambar dia dengan Fizi dekat dalam group WhatsApp kami. Siap mention lagi, Fizi datang dengan future wife dia, Umairah Husna. Hah! Sohihlah perempuan yang I nampak tu, Maira. Siapa lagi yang kita kenal ada nama kuno macam tu? Perempuan perampas tu je lah. And you know what, Dora? I dah screenshot mesej Han dan tunjuk pada Nas.” Ujar Murni seraya mengakhiri perbualan.

Sendora hembus nafas berat. Nampaknya, bangkai gajah sudah tak mampu ditutup-tutup lagi. Terlalu banyak cerita mengenai Maira dan Fizi telah sampai ke pengetahuan sahabat baik mereka berdua. Bertalu-talu pula tu dalam masa sehari. Tak sangka Murni bertemu pasangan ini di KLIA selepas dia tertangkap Maira dan Fizi mengunjungi District 21.

Nas...Maira...’ Getus Sendora perlahan, dihujani rasa bersalah.

Oh no! (insert suara Yusuf Iskandar please...thank you!)

Hopefully nothing happens to them ya...

Dan....

Seseorang di masa lalu, muncul membuat comeback ^^,
(For those who bought my first book, Encik Abang Kuda, I hope you still remember him)

Dengan penuh rasa syukur, tiba giliran untuk kredit gambar kepada mereka yang banyak membantu mengindahkan imaginasi saya selama ini: 

Terima kasih semuanya...

1) Instagram Belle Al Yahya 
2) Instagram Aidit Noh (gambar terakhir Fizi/Maira tu, Aidit berada di Vienna...so kebetulan sangat!
3) Instagram Uvejs Hadzi 
4) Google Model Muslimah
5) Google Adiela Ridzuan

Tak lupa juga...

Terima kasih pada semua kesayangan yang sudi bertandang ke belog cinta hati Mirei May...

^___^V



Yours truly writer,

Me ^^,

8 comments:

Unknown said...

Omg....!!!! 😍😍 love u yang...

Mirei May said...

😄😄😄 me too...💕 you...tengkiuuu forvur support yang

Fathi Fathiyah said...

Sis..saya tak sempat baca. Sedih!!!!������

Mirei May said...

Alaaa...sis dah selindung. Mian hae ^________^

LaDy DeLLaZ said...

cepat2 terbit buku my.. x sabar nk baca yg complete, since ada yg D x sempat baca lg tp da kne selindung... wuuuu~

Unknown said...

Alaaaa...tak smptse nk baca.phone akk merajuk seminggu.

Mirei May said...

Lady Dellaz : doakan ye D semoga dipercepatkan segala urusannya ^^, Terima kasih, sayang D ^^,

Mirei May said...

Kak Ma Ilyas : Huhuuu...Maaf Kak Ma, May dah selindung ^^,