Saturday 7 March 2015

Encik Abang Kuda! 4 (Versi Buku)





S
EMUANYA berlalu dengan begitu pantas. Sekelip mata, Tuan Haji dan Aiden mengangkut basikal aku menaiki Toyota Hilux untuk dibawa pulang ke Pusat Ekuin UPM. Sekelip mata, Zen membawa aku ke kliniknya di Bandar Baru Bangi untuk memberikan rawatan kecemasan pada lututku. Sekelip mata, aku tahu dia ialah seorang doktor yang mempunyai klinik sendiri dan dikongsi bersama seorang doktor jelita yang dikenali sebagai Musliha. Semuanya sekelip mata!

Doktor Musliha. Fuh! Baik doktor tu. Jeles aku melihat kemulusan kulit Doktor Musliha. Cantiknya. Macam Kak Fazura. Kalau aku jadi Zen, tak ingin aku jadi kekasih Haikel. Baik aku sambar Doktor Musliha. Dahlah sama taraf, kerja sama, buka klinik sama-sama, cantik, sopan santun, lemah-lembut. Haih, kadang-kadang aku tak faham apa yang ada di dalam hati lelaki bernama Razin ni. 


Yo, Khayla. Apahal kau sibuk-sibukkan kehidupan orang pula ni? Kau kena fikirkan diri kau sekarang. Zen kata nak hantar kau balik rumah mama dan papa kan? Dah bersedia ke nak jumpa mama, the drama queen?

“I nak solat Maghrib kejap. Lepas tu I hantar you balik rumah parents you. You nak join I solat?” Soal Razin sambil menyingsing lengan baju yang dipakai. Kasutnya pun dah ditukar pada selipar Jepun. Sempoi betul doktor seorang ni.

No, thanks. Saya tak boleh solat.”

“Okay.”

Mungkin dia seorang doktor, jadi isu bendera merah ini tak malu sangat bagi Razin. Kalau lelaki lain agaknya, dah menonong masuk ke bilik air dan hantuk-hantuk kepala dekat pili sebab tertanya soalan yang tak sepatutnya. Razin kulihat relaks saja. Boleh lagi dia bersiul-siul lagu Panda sewaktu menapak ke bilik air di hujung klinik. 

Five little pandas jumping on the bed, one fell off and bumped his head. Mama called the doctor and the doctor said...no more panda’s jumping on the bed!

Hei, aku tahu lagu tu. Tu lagu Tomok nyanyi dengan Arrian dekat shopping mall. Sangat kiut Arrian sambung nyanyian ayahnya. Pagi-pagi mesti aku buka Instagram Tomok sebab nak tengok video-video Arrian dan video Panda tu la yang paling aku gemari sekali. Tak sangka Razin pun stalker Instagram Tomok. Ngeh ngeh. Dia ada Instagram juga ya? Apa nama ID dia? Meh sini aku add

Eh, wait seminit Khayla. Tomok. Lelaki. Arrian. Lelaki. Razin. Lelaki. Dan kecenderungan Razin.....No!!!! Kenapa dia menghapuskan mimpi-mimpi indahku bersama Arrian yang comel? Kenapa?

“You okay? Dari tadi I tengok muka you berkerut-kerut. Sakit lagi ke lutut tu? Patutnya dah tak rasa pape sebab letak bius.”



Eh, bila masa dia muncul? Bila masa dia berdiri depan aku ni? Bila masa dia....mana aku nak sorokkan muka ni? Apabila aku angkat kepala tadi, gugur terus jantung tengok muka kacak Razin diliputi air wuduk. Menitis-nitis air di hujung rambut jatuh ke muka Razin. Dang! Syuhhh jauh-jauh perasaan halus-mulus ni. Jangan jatuh chenta. Jangan jatuh chenta. Tolonglah!

I'm okay. Sure thing. Solatlah cepat. Waktu nak habis ni. Kang Maghrib gajah pula doktor. Hehe...” 

Kekok betul apabila Khayla binti Ilham Hakimi dah merenyam macam perempuan tak pernah tengok lelaki. Razin sekadar tersenyum. Senyuman yang sekali lagi telah mencairkan hatiku. Karang ada pula yang kena tidur di klinik Razin ni karang sebab tetiba paras gula dalam darah dia meningkat mendadak. 

Dah buat signal mata suruh Razin masuk dalam bilik rawatan cepat-cepat dan dia ikut saja arahanku, terus aku sandarkan belakang badan pada kusyen empuk yang tersedia di sini. Nasib baik dia ikut cakap aku. Kalau leka nak main pandang-memandang sampai kau terpikat nanti, entah bila aku akan sampai rumah. 

Tahukah Razin bahawa rumah aku bukan berada di Selangor mahupun Kuala Lumpur? Rumah aku nun di Melaka sana. Kerja gila balik rumah mama dan papa malam-malam begini. Dengan anak teruna entah siapa-siapa pula tu. Sebelum aku kena bambu dengan mama dan papa, baik aku telefon back up aku. Tapi.....

Handset aku dah kiok.” 

Aku pekup tangan ke kepala. Muka memang loser habis. Tak dapat nak call Abang Zahrein a.k.a Bang Ren. Bang Ren suka back up aku walaupun kadang-kadang ikut juga perangai sengal Bang Han membuli aku. Tapi dia semenggah sikit la berbanding Bang Han. Dah buli pujuk balik. Bang Han, lepas buli dibiarkan aku melalak seorang diri. Pepandailah pujuk diri sendiri. Se~ngal! Tapi si Sengal tu la paling hebat di mataku berbanding lelaki-lelaki lain yang aku kenali. Tabah dan cukup kuat hadapi dugaan.

Fikiranku masih menerawang. Segala semangat disedut-sedut keluar sejurus selepas mendapat surat perlepasan cuti yang dikeluarkan oleh Klinik Razin dan Musliha. Lima hari cuti yang dia berikan pada aku. 

Amboi. Over betul ek doktor Encik Abang Kuda seorang ni? Kawan aku, si Edward yang patah kaki tu pun doktor dia bagi cuti empat hari je. Hari kelima dah muncul dekat kuliah Dr. Kenny semula. Aku ni, setakat berjahit lutut, cuti nak dekat seminggu. Bagus betul kalau kenal rapat Doktor Razin. Boleh dapat perlepasan lama. Tu baru kawan, kalau bini? Aigoo, merenyam lagi sekali la pulak aku ni. Dush, dush!

Lama juga aku duduk di kusyen luar ni. Mata dah mula mengantuk. Perut pun berbunyi-bunyi. Panjangnya wirid Razin. Mungkin dia tunggu Solat Isyak sekali agaknya. Tengok waktu, dah nak hampir masuk. Dia nak solat teruslah tu.

“Adik. Doktor Razin beri pinjam telefon dia. Dia kata dia nak Solat Isyak sekejap. Dia suruh adik telefon rumah, beritahu keluarga adik yang dia akan hantar adik balik malam ni.”

Terpisat-pisat aku bangun tatkala suara jururawat berbaju kerja pink itu menegurku. Boleh pula aku terlelap. Sekelip mata tu. Padanlah Bang Han gelar aku ni saudara Nobita. 10 saat dah terlentok!

Sepeninggalan cik jururawat, aku menekan-nekan telefon Razin. Payah betul bagi seorang pengguna Samsung menggunakan Iphone. Payah sebab aku ni technophobia. Alergik dan lembap mengaplikasikan penggunaan gadget cecanggih. Pasal tu telefon aku zaman Tok Kaduk saja. Tak canggih mana. Haih, nak minta tolong siapa ni?

Dalam aku kalut-kalut mengusik telefon Razin, tetiba Iphone 6 hitam itu berbunyi. Sudah. Nombor siapa pula ni? Panjang berjela sungguh. Dari kepanjangan nombor yang tertera, silap-silap ni panggilan dari luar negara. Siapa kat oversea? Aku berfikir-fikir. 

Haikel? 

Tidak!!!!

“Nak jawab ke tak nak ek?”

Asyik sangat mengira-ngira jari, panggilan tu berhenti dengan sendirinya. Aku tarik nafas lega. Baru nak hembus, sekali lagi nombor itu naik di skrin. Grr!!! Bersungguh betul Mamat Songsang 2 ni nak cakap dengan Razin. Kali ni aku dah tak fikir panjang dah. Redah sajalah jawab.

Errr...hel....he....hello!”



“Zen?”

Agak-agaklah pun nak teka tu. Suara perempuan ni kan. Aku julingkan mata ke atas. Dari suara itu memang sah lelaki yang menelefon Razin ni tak lain tak bukan si sweetheart dia, Haikel.

“Doktor Razin takde. Dia tengah solat. Ni siapa?” 

Pandai sungguh aku berlakon. Konon pura-pura tak tahulah siapa pemanggilnya. Dalam hati tak sedar tu, puas aku hembus-hembus sambil menyeru nama Haikel agar dia tidak mengenaliku.

Senyap saja suasana di hujung talian. Aku jarakkan muka daripada telefon Razin. Masih bernyala. Detik pun berjalan. Mustahil Haikel dah putuskan panggilan.

“Hei Joyah! My God! Macam mana you boleh pegang telefon Zen?”



Punyalah riang dia bersuara. Bersulam tawa tu tak menahan. Ish...Aku betul-betul rasa nak pengsan sekarang. Dia boleh kenal suara aku?

“You Joyah kan? Hei, jangan nak menipu. I kenal la suara you. Sama je dekat luar dan dalam telefon. Eh, kejap. Zen mana? You buat apa dengan sweetheart  I malam-malam ni? Dating ek?”

“Mana ada dating! Doktor Razin tengah solat....oppsss....”

Bukankah itu menunjukkan bahawa aku memang mengakui diri aku yang sedang bercakap dengannya ketika ini? Melepet terus aku di atas kusyen. Kantoi!

Haaaaa....hahahaha!!! Sah la you ni Joyah. I teka je tadi. Hey, what’s up girl? Sehari je I ada di Yokohama, you dah caras sweetheart  I ya.”

“Tak, tak. Mana ada. Huhu. Saya jatuh basikal. Doktor Razin tolong rawat saya. Since, you know your sweetheart kan doctor. Sumpah. Saya takde niat nak rampas doktor daripada Encik Haikel. Sumpah, takde. Huhu....”

Haikel kekal ketawa besar. Tak marah ke dia apabila tahu aku sedang bersama Razin sekarang ni?

“Relaks la. I percaya sweetheart I takkan menduakan I. Dia setia pada I je. Tapi tak tahulah you kan? Mana tahu diam-diam you simpan perasaan pada dia ke? Who knows?”

Hek? Merepek!!! Tak! Saya tak sukakan doktor pun. Kenal dia rapat-rapat pun tak. Mana boleh main suka orang macam-macam tu saja? Kalau saya nak jatuh cinta dengan lelaki, kenalah lelaki tu yang tunjukkan effort untuk dapatkan saya. Bukannya saya yang terhegeh-hegeh serah diri pada dia. Faham tak? Plus, saya tak layan gay.”

Gay? Siapa gay?”

Aku tak pasti dia nak mengejek aku atau Haikel tetiba dihempap Mount Fuji dekat Jepun tu, aku tak tahulah. Boleh pula dia masuk mode nak main-mainkan ayat aku tadi. Perlu ke aku ulang semula bahawa gay yang aku maksudkan tu mereka berdua? Hish!

Nobody.”

“Sayangku Khayla. See. I dah tahu nama penuh you.”

“Mana Encik Haikel tahu?” Dadaku berkocak kuat seperti dilanda tsunami nadanya. 

Aah, tak kisahlah daripada mana I tahu. Tapi I lagi suka panggil you Joyah. Sesuai dengan mulut you yang tak berlapik masa gelar kami ni golongan songsang. Salah ke kalau menjadi gay?”

“Salah! Tak ingat dosa ke? Kisah kaum Nabi Luth yang ditelan Bumi sebab mengamalkan gaya hidup songsang, lelaki berpasangan dengan lelaki, perempuan berpasangan dengan perempuan, homoseksual, lesbian sana-sini memberi pengajaran kepada kita, orang Islam. Kenapa Encik Haikel nak masuk juga dalam golongan yang dilaknat Allah di atas muka Bumi ni? Insaflah Encik Haikel. Encik dan doktor sama-sama kerja bagus. Berkhidmat untuk masyarakat.”

“Mana you tahu kerja I berkhidmat untuk masyarakat?”

Perbualan kami hari ni banyak bertanya...Mana you tahu? Mana you tahu? Dah macam ulang lagu Taufik Batisah. Awak Kat Mana? Aw...awak kat mana? 

“Entah. Instinct.”

You are very something, Joyah. That’s why I like you.”

Sorry, I don’t like you.”

“Mak aii, cepatnya kena reject.” 

Dia ketawa besar. Aku masih mencebik-cebik. Mata meliar mencari kelibat Razin. Awak Kat Mana...aw...Awak Kat Mana, Doktor Razin?

“Lain kali hati-hati bawak basikal tu. Still wondering, macam mana you boleh jatuh basikal? You berangan ke? Ke banyak kutuk I dan Zen, Allah bayar cash?”

Eee...dia ni kan. Sibuk saja nak tahu punca aku jatuh basikal. Dahlah semua yang dia teka tu benar belaka. Rasa nak ketuk-ketuk je mamat terlebih peramah ni dengan telefon Razin. Biar center semula otak dia tu, jangan tahu nak perli orang semata-mata. 

“Dah ditakdirkan saya nak jatuh basikal hari ni. Siapalah saya nak tolak ketentuan Ilahi? Betul tak? Saya anggap kejadian yang berlaku pada saya hari ni sebagai hikmah untuk saya lebih berwaspada pada masa hadapan. Siapa tahu, lepas saya jatuh ni terbuka pula rezeki saya pada yang lain.”

“Contohnya....jodoh?”

Erk! Aku tak terfikir pun pasal jodoh. Sesuka hati saja dia teka begitu. Siapa jodoh aku? Dahlah boyfriend samar-samar, bayang tak nampak jalan, pakai high beam pun tetap tak kelihatan, boleh pula dia masuk soal jodoh dengan aku. Senget betul Haikel malam ni. Tak kelakar langsung tekaan kau tu, okay. 

“Encik Haikel nak cakap dengan doktor kan? Dia tak ada lagi la. Ada pesanan? Kalau nak suruh saya sampaikan sesuatu, lebih baik encik cakap sebab saya nak guna telefon ni untuk telefon parents saya. Handset saya dah rosak. Doktor kata nak tolong hantar saya balik rumah. Nanti dia dah muncul, saya pulak tak sempat telefon papa lagi. Cakaplah. Encik Haikel nak suruh saya cakap apa pada doktor?”

Simple saja, Joyah. Pesan dengan dia, peluang depan mata. Grab it fast. Okay, send my regards to your parents kay. Sampaikan salam I pada sweetheart I tu juga. Ada masa I call dia lagi. Thank you sebab sudi layan I berbual. I sepi dekat sini sorang-sorang. Dapat cakap dengan you, I happy sangat. Kita jumpa lagi tiga minggu. Take care. Semoga you cepat sembuh. Assalammualaikum.”

Tut!!!!!!

Simple? Berselirat kepala otak ni nak mencerna setiap pesanan Haikel padaku ada la. Rasanya yang awal tu je pesanan dia. Yang lain tu hanya suruh aku kirim salam pada mama dan papa berserta Razin. Urghh....lagi tempah naya kalau sampaikan salam Haikel pada mama dan papa. Mahu ke akar umbi mereka mencedok cerita. Tapi, tak baiklah pula kalau aku tak sampaikan salamnya itu. Dia ikhlas memberi salam. Tak salah Khayla. Tak salah. 

“Dah telefon family you kata kita nak bertolak sekarang?”

Waaa!!! Seorang lagi Encik Invisible muncul tetiba. Nyaris nak tercampak telefon Razin yang aku pegang di atas lantai. Kelam-kabut dia menyambut telefon mahalnya. Dalam kalut-kalut aku dan dia cuba menyelamatkan Mr Black Iphone 6, malang bagiku. Boleh pula telefon itu bertukar arah sebelum terhentak elok atas lututku yang baru siap dijahitnya tadi. Automatik muka aku bertukar menjadi naga berapi. Sakitnya!!!! Tergigil-gigil tanganku tatkala memegang lutut yang turut menggeletar. Habislah. Bentan dah luka aku.

Haa...kan. You ni suka berangan la, Khayla. Kan dah sakit lutut tu. Meh sini I tengok.”

Dengan air mata berjuraian di pipi, aku membiarkan Razin membelek-belek luka di lututku. 

“Sakit?” Soalnya. 

Aku kumam bibir. Lambat-lambat aku menganggukkan kepala. Muka budak kecik menangis dah jadi santapan mata Razin hari ni. Banyak kali aku tayang muka hodoh depan dia. Razin mendekatkan bibir dia di lututku. Apakah? Sexual harassment? Tanpa aku sangka, dia meniup lembut pada tempat yang menjadi persinggahan telefon bimbitnya tadi. Aku terkedu. Oh My! Encik Abang Kuda dah jadi Prince Charming!

“I dah bubuh spell pada tiupan I tadi. You takkan rasa sakit dah. Now, jom. Kita gerak ke rumah parents you. Tapi sebelum tu kita singgah makan dulu ya. I dah lapar dan I pasti you pun lapar juga kan?”

Dia tersenyum manis. Aku tetap membisu. Hanya tangan kuhulurkan menyambut lengan Razin yang berlapik dengan baju T-shirt lengan panjangnya untuk membantu aku duduk di atas kerusi roda sebelum perlahan-lahan dia menolak aku keluar dari kliniknya. 

Doctor, all the best.”

Good night, doc. Khayla...jemput datang ke sini lagi ya.”

Semua jururawat yang berpapasan dengan kami semuanya memberi senyuman penuh makna pada Razin. Ahh, aku malas nak teka kenapa mereka jadi begitu. Yang aku kisahkan sekarang hati aku ni. Dia kata dia tiup spell untuk hilangkan kesakitan lutut aku. Kenapa aku rasa dia seperti mencurahkan sebotol love potion di hati ini? 

Four miracle words

OTAK AKU DAH SENGET!


~Kesengalan saya hanya sekejapan saja...As I said earlier, cerita ni diupdate bila saya dalam mood sengal saya...maaf jika ia tak sempurna... emel: mireimay312@yahoo.com untuk beli buku Encik Abang Kuda ~

9.20 p.m...today


12 comments:

Unknown said...

bestnya suka2 good luck Dr zen.. nak lagiiiii tq

Mirei May said...

Makacih kerana suka ya sis Miza Lan dearie..In Shaa Allah, nanti saya cari balik mood sengal saya..boleh update lagi nanti...hehehe...^_^V

Anonymous said...

Haha.Mmg sengal cite ni.Best nk lagi!!!!!

Mirei May said...

heheeeeeee....boleh..tapi ari2 jadi sengal, pening la saya...in shaa Allah, nanti saya update citer ni lagi ek..peace! tq cik anon! ^_^V

Anonymous said...

Sis. Boleh ika tabik sis? Cite sedih ika nanges. Cite sengal ika gelak besar.Sis bbakat.Teruskn menulis sis. I will support you forever :) menanti smbungn semua cite sis....keep up the good work sis!

Mirei May said...

Ika sayang...sedih cmpur terharu bila baca tggapan ika pada sis..T_T sis menulis apa yg sis rasa ika..mungkin emosi tu tersampai pada pmbaca..tapi ada gak yg tak sampai kan? In shaa Allah, ada pmbaca spt ika yg sentiasa sokong sis, tak kira la sedap ke tak sedap sis buat (honestly)...hahahahaha..terima kasih ya sayang...sgt2 sis hargai..andai tlmbt pos citer, arap2 ika fahami la situasi sis ek..kebuntuan cari & susun ayat tu tetap ada ^^0 sis masih belajar utk baiki lagi cara penulisan sis..no one is perfect sayang! Luv ya ^_^V

zana-norzana said...

Thanks May. Bestlah en. kuda 4 ni..
harap cepat jadi sengal ya..... tak sabar nak sambungan en. kuda........

besttttt teruskan.

Unknown said...

salam. lama baru abg kuda nie muncul balik. Sekali sekala bila Mira buat cite sengal nie reminds me of satu blog yg akak suka baca cite dia selalunya kesengalan tu memang ada. suka cite yg santai begini. Keep it on... I like it.

Mirei May said...

sis zana-norzana: terima kasih kak..hehehe..teruskan jadi sengal? Alamak...dah ramai yg doakan saya cepat sengal kak..hahaha..tapi ari ni mood saya tertwist dari sengal..in shaa Allah,dh jumpa nanti saya tulis cecepat ek...^_^V

Mirei May said...

Terima kasih sudi baca ya sis rozita..saya suka tulis dua-dua genre..tangkap leleh mmg sinonim kot ngan cerita2 saya..In shaa Allah, ada idea dan kesengalan muncul lagi, saya update cerita ni.. smile! ^^,

Unknown said...

Lme stop bce blog mai nie..busy..
cite nie mmg best..terasa kesengalannye..huhu
Xsbar nk p amik novel encik abg kuda nie kt mai..jmpa nnti ye..miss you so much..

Mirei May said...

darlingku burnnnnn....nak mai Melaka, habaq aja...berdesup May pi cari burn...miss you...ai mis yu so mash...abam kuda pun miss you too...muah muah...