Sunday 18 July 2021

2021 : I Am DX Henshin Collector ^^,

 Assalammualaikum,

Encik Blog tersayang ^^,


Hujung tahun lepas saya ada kemas bilik stor. Masa tu buat besar-besaran jugalah sebab nak masuk barang baru, jadi barang-barang yang dah berzaman usianya, kenalah dibuang jika tak menepati syarat untuk disimpan lagi ^_^V Masa tengah sibuk-sibuk kemas tu, saya ada terbuka satu kotak besar. Saya pun tak pasti tu kotak khazanah siapa. Either me or my sisters. Nak dijadikan cerita, barang-barang dalam tu...memang bukan milik saya. Ia milik kakak sulung saya. Kakak saya pernah pesan, kalau jumpa kotak yang ada barang-barang dia, bagitau. Dia nak ambil, simpan kat rumah dia pula.

Sebagai seorang ahli arkeologi yang saya sendiri iktiraf, saya pun mulalah selongkar apa yang ada dalam kotak kakak saya tu. Sebelum selongkar, saya dah dapat keizinan kakak saya dulu untuk menapis barang yang tak boleh diguna lagi supaya dibuang. Plus, kakak saya memang percayakan saya bila bab-bab menapis barang ni sebabnya, kakak saya kata :

1) Saya ni orangnya teliti. Sebelum buang barang, saya macam buat kira-kira kebarangkalian. Habis segala formula tu muncul dalam fikiran. 

Ya, saya mengaku saya type sebegitu. Setiap kali sesiapa minta saya lupuskan barangan mereka, saya akan fikir macam ni : In future family saya akan cari balik tak benda ni? Kalau kebarangkalian tu memihak pada pencarian semula, saya akan simpan. Kalau tak, bye-bye lah. Anehnya, formula ni dipraktikkan semasa mengemas barang ahli keluarga saya saja. Barang saya T_T, selalunya saya akan terbuang. Bila nak guna semula, dah tak jumpa. Terpaksa beli baru. Tu pun kalau masih wujud lagi stoknya di muka Bumi. Baru-baru ni, saya terbuang usb cable kamera saya. Melilau saya cari dalam laci almari. Bila tak jumpa, kerah otak ni berfikir. Kat mana saya simpan usb tu ek? Fikir punya fikir punya fikir, baru teringat. Saya pernah kemas laci tu dulu. Banyak wayar usb sudah selamat dilupuskan dan kemungkinan, wayar kamera saya pun termasuk sekali. Sedih! 

Don't be like me, yeorobun. Bila buat kebarangkalian tu, pastikan ia diguna pakai untuk semua orang termasuklah diri sendiri.

Okay, kita sambung cerita semula. 

Masa saya selongkar kotak khazanah kakak saya kan, saya ada terjumpa satu album lama tau. Na, na, na. Bukan album gambar. 

Guess what

Album setem, gaiss ๐Ÿ’–


Terkejut saya tengok. Banyak gila koleksi setem kakak saya. Mostly from overseas. Ada setem Queen Elizabeth, setem bendera U.S, Swiss, etc kalau yang Malaysia punya pula, setem gambar pokok getah, padi dengan koko tu. Banyaknya, saya pun tak sempat nak kira sebab kakak saya susun berlapis-lapis. Bila jumpa album tu, saya terus call kakak saya, beritahu dia yang saya ada jumpa barang berharga dia. Bila dengar je album setem, tak tangguh dah, berdesup dia datang rumah. Bling-bling mata kakak saya bila jumpa semula setem-setem tu. 

Kakak kata ni hobi dia masa di sekolah menengah. Kebetulan mak cik saya belajar di US. Mereka selalu berutus surat. (zaman dulu kala, bestnya dapat pos-pos surat. Nanges sebab zaman ni dah tak dapat buat macam tu). Setiap kali mak ngah kirim surat, kakak akan gunting kemas-kemas setem dekat sampul yang dia dapat. Mak ngah pun kerap ke negara lain. Bila tahu kakak saya suka kumpul setem, mak ngah akan beli setem bergambar rare dekat tempat-tempat yang dia pergi dan selitkan sekali dalam surat. Huuuu no wonderlah saya tengok banyak gila setem cantik-cantik.

Now, album setem tu dah selamat berada dalam dakapan kakak saya. Tak dapat nak tunjuk kat sini sebab kakak dah bawa balik rumah dia. Dulu saya ada pergi rumah kakak. Nampak album setem tu disusun bersama-sama dengan novel ENCIK ABANG KUDA dan JATUH CINTA SEKALI LAGI saya dekat rak dalam bilik tidur dia. Perasaan bila manja-manja saya dihargai oleh kakak saya setara dengan album setemnya? Of courselah, I'M HAPPY ^^,

Since that, saya pun nak jadi macam kakak saya. Saya pun nak ada hobi sebagai collector juga. Semangat, semangat! 


Tapi....

Saya tak tahu nak collect apa. 

Hee...semangat eh bukan main, yo tak? Tapi blur, tak tau nak ngumpul apo. Sadis betul Mirei May ni. Makanya, impian tu terkuburlah seketika sampailah pertengahan tahun ni, bila kita non-stop jalani PKP kan, saya banyak isi masa senggang saya dengan menonton Youtube. Saya godek semula semua cerita masa saya zaman kanak-kanak. Seronok rasa bila dapat tonton cerita-cerita tu. Dek kerap sangat menonton, saya ada tersuka pada satu siri hero ni. Siri hero apa, biarlah rahsia ^^, Dan saya suka sangat-sangat pada alat henshin (bertukar!) yang hero tu gunakan.

Saya tak pernah tahu pun yang alat henshin hero-hero tu ada dijual di pasaran. Avengers? ์•„๋‹ˆ์•ผ. Saya tak minat nak kumpul barangan Avengers. Yang saya suka, kumpul barangan dari negara Matahari terbit ^^, Sebab saya suka dengar suara yang keluar dari alat henshin tu bertutur dalam bahasa Jepun. Tapi, alat yang saya cari ni, sirinya dah menjangkau usia 5 tahun. Ditambah pula, cerita tu dan heronya sangat-sangat popular dari permulaan siri sampailah ke hari ini. Makanya, alat henshin tu pun sudah habis dijual di pasaran Malaysia. *nanges* Kenapalah saya lambat tengok? *nanges lagi* Sekarang nak cari dah susah. *pinjam bahu sat untuk saya tumpang bersandar. Arigatou gozaimas*

Jamkkanman (bentar, bentar)...

Berdrama! Ngee...

Yes, di pasaran Malaysia memang dah habis. Tiada stok. Sold out. Tapi...berkat mencari tanpa lelah, akhirnya ada rezeki saya untuk memiliki alat henshin tersebut. *Happy*

Sekarang saya dah ada beberapa alat henshin sebagai koleksi. Adik tanya, nak buat apa semua benda ni? Saya kata, saya guna masa saya tengah menulis. Dia agak pelik jadi saya terangkan pada dia, ni akan jadi pengganti stress ball saya ^_^V 

Saya tak tahulah orang lain tapi saya nak share satu rahsia dengan kesayangan yang sedang baca entri ni.

Saya ada satu habit semasa menulis semua karya-karya saya.

Sewaktu siapkan manuskrip ENCIK ABANG KUDA dulu, saya suka pasang filem Harry Potter and The Sorcerer's Stone. Suaranya saya setkan sedang enak halwa telinga mendengar which is tak kuat sangat, tak perlahan sangat dan saya biarkan Harry, Ron dan Hermione bercakap-cakap sampai habis satu filem. Sesambil tu, saya akan menulis. Habis je filem Harry Potter, saya berhenti menulis. Kemudian berehat. Kalau penat sangat, saya tidur. Untuk manuskrip JATUH CINTA SEKALI LAGI pula, saya suka pasang Twilight. Dengar Edward Cullen main piano, sweet. Sampai mood sweet tu saya curahkan pula dalam JCSL. Dan untuk adik-adik Encik Abang Kuda dan Jatuh Cinta Sekali Lagi ni, peneman saya berkarya adalah alat-alat henshin saya ^^,

Mahal tak nak beli alat henshin?

Kalau siri tu baru bersiaran dan masih ditayangkan di TV, harga alat henshin tu standard RM 200 - RM 600. Tapi, bila ia dah jadi rare dan dah tiada stok sangat, harganya mencecah ribuan ringgit T_T. Saya bersyukur dapat beli yang harga standard. Kalau dah namanya rezeki T_T. 

Original memang mahal tapi...ada juga bootleg yang dijual sama harga dengan original punya. Yang ni kena hati-hati sebab ramai seller menipu semasa letak iklan di kedai online mereka. Especially kat Shopee sana. Kebiasaannya, seller akan letak gambar asli alat henshin japanese version. Tapi sebenarnya mereka jual yang cikai punya dan tak sama langsung dengan original. Gambar bubuh yang ori, bila customer beli, dapat barang, barang tak serupa seperti yang diiklankan. Pula tu. Harganya mahal, tak setara dengan kualiti. Berapa banyak review saya baca di Shopee tentang penipuan-penipuan ni. Sadis.

Makanya, bila kita tertarik nak jadikan sesuatu barang tu sebagai koleksi, kita kena tahu serba-serbi tentangnya. Bermula dari rupa bentuk alat henshin tu sendiri, warna dia, saiz ukuran dia everything, semua kena tahu. Then, packaging. Dekat box tu, apa yang ada. Bootleg seller dia pandai tau. Dia akan copy semirip mungkin box yang original and then claim tu ori. Collector kena tahulah, either tu betul atau tidak. 

Macam saya, first thing first, saya akan tengok nama pengeluar (i.e : Bandai) dan juga tulisan dekat box. Original henshin merchandise, DX box-nya ditulis dalam bahasa Jepun. Tak dinafikan ada juga yang original China. Tapi kalau kalian suka yang suara Jepun, belilah yang Jepun. Kalau suka yang chinese version, belilah yang China punya. Terserah. Pilihan masing-masing. Cuma kalau suka Jepun tapi seller sorok fakta dan claim jual Jepun walhal dia hanya ada stok chinese version, hmm...part ni kita kena hati-hati. Saya jumpa ramai seller tak bertanggungjawab macam ni di Shopee tu. Hati-hati ya.

Tapi, macam mana nak hati-hati?

Sebelum beli, pastikan korang kenal dan dapat bezakan tulisan Jepun, China dan Korea. Yes, jangan terkejut. Ada juga alat henshin Korean version. Memanglah saya suka Jong Suk oppa (tiber), tapi alat henshin suara Korea, feelnya kurang berbanding suara Jepun. Jepun ni bila bercakap, penuh perasaan. Suara manlyI like. Korean version, dia macam oppa-oppa sikit. Control. China punya lagilah. Main belasah je cakap laju-laju dan sebutan henshin tu akan diubah ke bahasanya sendiri. Tak best. That's why, alat henshin japanese version jadi pilihan hati saya sebab origin siri ini kan dari negara Matahari terbit tu ^^,

Contoh DX-box versi Jepun 


Tengok tulisan warna biru kat sebelah perkataan DX tu. Yang tu tulisan Jepun. Gambar: ihsan Google.


Contoh DX- box versi Korea

Again, tengok tulisan warna biru dekat sebelah perkataan DX. Yang ni tulisan Korea. Gambar : ihsan Google.


Contoh DX versi China


Gambar: ihsan Google

Kalau Bandai China, iklan dia selalu tak bubuh kotak tau. Dia akan bubuh alat henshin tu terus. In some cases, diorang akan letak iklan kotak japanese version di depan dulu, kotak chinese version di belakang. Memang mengelirukan. So, pada collector japanese version, be careful. Kalau tak pasti, chat saja seller tu dan direct tanya, ni japanese version or chinese version. Kalau seller kata, sama macam movie, jangan beli. Tu chinese version. Seller yang jujur dia akan terus kata suara Jepun ^_^V

Menyekat rezeki orang ka, May? For you to decideIf I had to choose between seller yang tak jujur or collector yang tiada pengalaman namun berharap memiliki sesuatu, saya pilih membantu collector. Barang-barang ni bukan murah. Mostly orang yang mencari barang ni, adalah orang yang betul-betul berharap. Saya tak mahu harapan mereka musnah dek kerana ketidak jujuran seller. Perasaan dikhianati tu, awak, sakit bukan? I want them to be happy ^^,

Kalau anda berminat pada sesuatu alat henshin DX, saya cadangkan sebelum beli, silalah tengok video unboxing dari dua Youtuber ni :

1) J Hobby Studio

2) Maenan TV

Sekurang-kurangnya dapat ilmu dan dapat lihat macam mana bentuk alat henshin yang kita ingini tu dulu sebelum kita beli. Kan? ^^,  (p/s : kotak Kamen Rider ni, contoh saja tau. Saya collect barang lain).

Sampai ketemu di lain cerita.

Jaga diri baik-baik ya semua.

Ingat, walaupun ada di kalangan kita dah terima dua dos vaksin, teruskan memakai pelitup muka bila berada di tempat awam. Kes masih tinggi. Seeloknya kita kekallah memakai mask sampailah Covid hilang di muka Bumi.


Selamat malam.


Salam sayang,

Mirei May

Umi kepada

ENCIK ABANG KUDA dan JATUH CINTA SEKALI LAGI ^^,

์‚ฌ๋ž‘ํ•ด์š”

๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน