Wednesday 28 October 2015

Updated Info Novel: Encik Abang Kuda ^^,

Assalammualaikum,

Alhamdulillah buku pertama saya dah pun menjengah dunia penulisan...
Pada yang berminat untuk mendapatkannya, boleh tengok details di bawah...

Terima kasih daun keladi...
Sayang semua banyak-banyak ^^,



TAJUK :   ENCIK ABANG KUDA 
PENULIS :  MIREI MAY
ISBN              :  978-967-13662-0-2


HARGA:

 SM : RM 28 + Postage: RM 7 = RM 35
 SS: RM 31 + Postage: RM 11 = RM 42
 
   

 EMEL: mireimay@yahoo.com

untuk urusan pembelian


CERITA-CERITA DALAM NOVEL:

1. Mini Novel Encik Abang Kuda
2. Cerpen Jangan Pernah Lukai Aku Lagi 1
3. Cerpen Suamiku Encik Stalker

Sinopsis:

“Adik suka lelaki yang loving, caring . Tapi yang paling penting sekali...dia mestilah pandai tunggang kuda macam Bang Han! Baru adik rasa hidup adik ni indah bak fairytales.”

Setiap kali ditanya tentang calon suami pilihan oleh abang-abangnya, pasti ketiga-tiga ciri ini yang meniti di bibir. Khayla Ilham Hakimi yakin, lelaki sebegitu wujud. Menunggu saat yang terbaik untuk muncul. Dan nak temui lelaki yang memenuhi ciri ketiga itu, satu saja jalan yang perlu Khayla ambil. Daftar kelas menunggang kuda!

Takdir yang tertulis memang indah. Hari pertama jejakkan kaki di Pusat Ekuin UPM, dia dipertemukan dengan seorang jejaka kacak, si pemilik Ninja Hijau! Loving  dan caring tu macam ada. Tapi tak kisahlah. Yang Khayla pentingkan sekarang ni, lelaki mata hijau itu sangat memenuhi ciri utama untuk dijadikan calon suami pilihan sebab...DIA PANDAI MENUNGGANG KUDA

Tatkala salam perkenalan mahu dihulur, mulut laser Encik Abang Kuda meranapkan terus impian yang berkepuk-kepuk di dada. Gara-gara insiden perlanggaran depan tandas perempuan membuatkan helmet lelaki itu jatuh tergolek atas lantai batu, Khayla dijerkah sekuat hati.

“Opps...sori!”
“Macam tu ke cara minta maaf?” - RAZIN
“Hallo Hϋbscher! ” – KHAYLA ILHAM HAKIMI
Verrϋckt!” 

Orang puji dia handsome, orang balik disumpah gila. Harap muka saja kacak tapi mulut...Na’uzubillah. Reject!!! 

Tambah perisa sakit hati, pengakuan jujur lagi ikhlas teman akrab Encik Abang Kuda membuatkan dunia Khayla semakin kelam dan usang.

“Kesian you kena angin lintang my sweetheart. Forgive him ya. Hari ni mood dia tak baik. Sebab tu dia marah-marah. Selalunya dia baik dengan semua orang.” - HAIKEL

APA DIA? SWEETHEART? My oh my. Patutlah tak segan-silu marah perempuan. Dia GAY rupanya!!!

RAZIN: Selepas menyedari Khayla merupakan gadis yang dicari-cari selama ini, dia kembali memasang strategi untuk memikat. Segala kesempatan yang ada, semua dia rembat janji budak helmet ini senantiasa dekat dengannya. Jatuh basikal, Razin tolong rawatkan. Keluarga Khayla tiada di Malaysia saat dia mengalami kecederaan, Razin bawa balik rumah sendiri jumpa mama kesayangan. Memang tak mahu lepas lagi sampai bila-bila. Baginya, Khayla Ilham Hakimi adalah miliknya seorang dan tak sabar nak halalkan hubungan yang terjalin ini. 

KHAYLA: Villa kotej Razin yang lengkap dengan kandang kuda dan padang rumput nan menghijau sangat mendamaikan hati. Ditambah-tambah kasih Mama Razin yang sangat menyayangi dirinya membuatkan Khayla tidak canggung tinggal bersama keluarga kecil ini. Di villa ini dia menemui cinta. Di kandang kuda ini juga kasihnya tersemai buat lelaki bermata hijau itu. Namun status ‘minat’ Razin yang amat diragui membuatkan perasaan halus itu dibuang jauh-jauh.

Mampukah Razin meluahkan isi hati jika Khayla awal-awal lagi dah sediakan jurang pemisah dan menganggap dirinya lelaki songsang semata-mata? 

Bagaimana reaksi Haikel tatkala pulang dari outstation di Jepun, ‘sweetheart’nya itu dah pun jatuh cinta pada orang lain? 

Dan apa pula kena-mengena Tisya, bekas kekasih Razin, dalam hidup Khayla selama ini? Semuanya bakal terjawab dalam ENCIK ABANG KUDA!

“Bang Han...adik dah jatuh cinta.”
“Good for you.”
“Tapi dia gay...”
“Bangkang!”

24 comments:

LaDy DeLLaZ said...

all the best my dear~!!
<3 <3 <3

zana-norzana said...

all the best

NIK said...

Nk oder...

Unknown said...

Contact me ummusyakirah@gmail.com

Anonymous said...

Nak~, emel: sitifatimah270919@gmail.com

Anonymous said...

Very nice. I'm really enjoy reading. Plz email kn how to buy ur mini novel eirasayuti@gmail.com

Unknown said...

Nak jugak...x sabar nak baca

Mirei May said...

Assalammualaikum semua,

Maaf baru dapat nak balas dengan lapang dada ni...hehehe...manuskrip dah siap edit dan in shaa Allah, lepas ni shoot hantar terus ke pencetak....nanti May balas emel sorang-sorang ye...maaf, maaf....cik penulis kelam-kabut wat kilija...hehehe...LOVE ALL....Terharuuuuuu T_T

Anonymous said...

may nak order novel jugak!
email : halimah_7@yahoo.com

Mirei May said...

halimah dearie...saya dah beri emel pada awak...TQ dear ^^,

Unknown said...

Nak jugak ! :D
Email : deenaizzan93@gmail.com

Anonymous said...

nak order boleh x?? sbb saya baru kenal cik penulis ni....please!!!

Mirei May said...

Deena: nanti saya emel awak ye...awak nk order masa buku dh sampai kan? Hehe...saya dh buat note...nanti saya emel awak ye

Mirei May said...

Anon: boleh lagi awak...nanti emel saya ya: mireimay312@yahoo.com tuk details pmbelian ^^, tima kasih sudi nk dptkn mini novel ni dan sudi cari blog saya...terharu...

Unknown said...

SAYA BERMINAT DENGAN NOVEL SIS,BOLEH BAGI CARA MACAM MANA NAK ORDER MINI NOVEL INI...OYA,BRAPA MUKA SURAT NOVEL ENCIK ABANG KUDA NI,SIS??
NI ALAMAT EMAIL SAYA : dan8anne@yahoo.com.my

Unknown said...

SAYA BERMINAT DENGAN NOVEL SIS,BOLEH BAGI CARA MACAM MANA NAK ORDER MINI NOVEL INI...OYA,BRAPA MUKA SURAT NOVEL ENCIK ABANG KUDA NI,SIS??
NI ALAMAT EMAIL SAYA : dan8anne@yahoo.com.my

Mirei May said...

ayranne dye: saya dah emel pada awak ye..tima kasih ^^,

Unknown said...

Stok abg kuda ni ada lagi tak? Nak order. Please email kan detail.. itupun kalau stok ada lagi. hezrinabdullah@yahoo.com

Mirei May said...

Sis Hezrin Abdullah: Saya dah emel sis...nanti sis check emel ya...Tima kasih sis ^^,

Unknown said...

saya nak order buku encik abang kuda. add email zoorainiemansor@yahoo.com

Mirei May said...

Zoorainiemansor: saya dah emel sis...nanti check emel ye sis...Terima kasih sudi beli EAK ^^,

Nuraishah said...

Sis novel ni ada lagi tak? Baru tahu nak order boleh?

Mirei May said...

Ada lagi sayang...emel sis ya : mireimay312@yahoo.com untuk urusan pembelian...terima kasih 😊😊

Mirei May said...

My New Email : mireimay@yahoo.com

Untuk urusan pembelian novel, boleh emel saya di alamat baru ni ya. Emel lama dah tak pakai lagi. Terima kasih 😊💕🌸