Saturday 3 December 2022

Happy Birthday, Mirei May ^^,

Assalammualaikum Encik Blog,


Allah selamatkan kamu, 

Allah selamatkan kamu,

Allah selamatkan Mirei May sayang,

Allah selamatkan kamu...


😍🎂


Alhamdulillah. Apa khabar, Encik Blog? I miss you. Lamanya tak menulis-nulis kat sini kan Encik Blog? Hampir setahun dah. Last update New Year's eve tahun lepas. Ya Rabbi lamanya. Blog ini tidak pernah dilupakan. Saya selalu je singgah sini, Encik Blog. Cuma kerajinan untuk update tu je, tak buat. I'm sorry. Mian hae...

Encik Blog tersayang,

Today is my birthday! Syukur Alhamdulillah. Allah masih izinkan saya bernafas, sihat tubuh badan untuk raikan hari pertambahan umur ini bersama keluarga tersayang 😄 Hari ni Allah bangunkan saya dengan satu perasaan kosong. Kosong yang putih. Yang bersih. Yang bergantung pada saya untuk mencorakkan hari istimewa saya ni bagaimana, semuanya kehendak saya. Doa saya sebelum tidur malam tadi Allah makbulkan. Alhamdulillah. Kalau tahun lepas, bangun tidur saja saya dah sedih melampau. Dan seharian tu, I'm not happy at all. Tapi tahun ni beda.

Benarlah kan. Kita adalah apa yang kita doakan. Dan kita jangan sesekali putus doa pada Allah. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya sendiri ^^, Sampai saat ni, sewaktu saya menulis di sini, hati kosong tu masih saya rasai. Dia tak negatif tau. Macam mana nak cakap ek? Dia kosong yang bersih. Dan saya suka sangat perasaan ni. Sebab...memang niat dan impian saya nak isikannya dengan perkara-perkara yang mendatangkan bahagia pada saya.

Hari ni awal saya bangun. Saya tak tengok telefon langsung, terus siap-siap untuk Solat Subuh. Lepas Subuh, saya mengaji dua surah. Dan kebetulan, saya dah sampai Surah Al-Fath hari ni. Kemudian saya lajakkan ke Surah Al-Hujurat. Sambil baca, fahamkan terjemahannya. That feeling...is indescribable. Masa tengah mengaji, mesej bertalu-talu masuk dalam fon. Tau dah tu daripada siapa. Hehehe... my loved ones wish birthday. Domo arigatou, minna!

I wish to write more, but I can't. In shaa Allah nanti saya muncul lagi di sini. Memandangkan masih awal pagi, banyak benda saya tak buat lagi ni. Sebelum kena ceramah, mari kita Shut Down, Shut Down (bukan lagu BlackPink tau. Tapi nak nyanyi macam BlackPink boleh juga. Dialu-alukan). Hari ni mak request saya buat Nasi Ayam dan bake my own birthday's cake 😂 Kesian kan? Ahahaha. Dahlah kesian hadiah birthday yang saya beli sendiri belum dihantar lagi oleh Ninja Van. Mudahkanlah urusan Ninja Van hantar hadiah saya tu. I want it so badly. *nanges*. T-Planner Teme Abdullah pun tak dapat lagi. Orang lain ramai dah dapat. *nanges lagi*

Sabar May. Lets pray for miracle. Semoga hari ni ada keajaiban datang untuk menggembirakan saya. Yakin! V^________^V Senyum lebar-lebar balik.

Sebelum saya undur diri, boleh tak nak minta kesayangan yang baca blog saya ni doakan saya?

In Shaa Allah, andai tiada aral, saya nak mengerjakan umrah buat pertama kali dalam hidup saya bersama keluarga tersayang. Saya nak sangat ke Mekah, jadi tetamu Allah. Perasaan nak jumpa Allah, meluap-luap sangat. Sambil menulis ni pun, I'm shaking you know. Rasa rindu tu kuat sangat. Kadang kalau saya bersendiri kan, saya suka tengok gambar Kaabah. Mesti seronok kan, dapat jejakkan kaki ke sana?

Kami rancang nak pergi hujung tahun depan. Doakan Mirei May dan keluarga dapat menunaikan umrah tahun 2023 ya semua. Aamiin 😊

Terima kasih.


Sampai ketemu lagi di lain cerita ^^,

Jaga diri baik-baik.


Salam sayang,

Mirei May 😊🌺

Friday 31 December 2021

Embracing 2022 ^^,

 Assalammualaikum semua,

Apa khabar Encik Blog? I miss you.

My dearest blog,


Alhamdulillah. Di ambang tahun baharu, Allah masih izinkan saya mencoret-coret sesuatu untuk kesayangan yang selalu hadir membaca segala cerita di sini. Terima kasih untuk 2021 yang penuh cabaran. Ahlan wa sahlan 2022. Doa saya, semoga tahun ni tahun yang membawa kegembiraan buat semua orang. Baik pada diri saya, keluarga saya, sahabat-sahabat saya juga pada mereka yang saya kenali mahupun yang tidak saya kenal.

Aamiin 🌺

Friday 13 August 2021

2021 : Lengkap Vaksin & My Final C ^^,

Assalammualaikum semua ^^,

Rabu lepas saya on IG.

Update gambar, balas-balas DM...

Dan saya janji dengan sahabat di sana nak cerita tentang pengalaman saya disuntik vaksin pada hari Jumaat, which is hari ni.

So....

Here we go! ^^, 

Jemput baca ya, pengalaman tak seberapa ni. Bismillah.

Sunday 18 July 2021

2021 : I Am DX Henshin Collector ^^,

 Assalammualaikum,

Encik Blog tersayang ^^,


Hujung tahun lepas saya ada kemas bilik stor. Masa tu buat besar-besaran jugalah sebab nak masuk barang baru, jadi barang-barang yang dah berzaman usianya, kenalah dibuang jika tak menepati syarat untuk disimpan lagi ^_^V Masa tengah sibuk-sibuk kemas tu, saya ada terbuka satu kotak besar. Saya pun tak pasti tu kotak khazanah siapa. Either me or my sisters. Nak dijadikan cerita, barang-barang dalam tu...memang bukan milik saya. Ia milik kakak sulung saya. Kakak saya pernah pesan, kalau jumpa kotak yang ada barang-barang dia, bagitau. Dia nak ambil, simpan kat rumah dia pula.

Sebagai seorang ahli arkeologi yang saya sendiri iktiraf, saya pun mulalah selongkar apa yang ada dalam kotak kakak saya tu. Sebelum selongkar, saya dah dapat keizinan kakak saya dulu untuk menapis barang yang tak boleh diguna lagi supaya dibuang. Plus, kakak saya memang percayakan saya bila bab-bab menapis barang ni sebabnya, kakak saya kata :

Sunday 11 July 2021

2021 : MEMORI PKP ^^,

 Assalammualaikum,

Hai Encik Blog!!!

Do you miss me? ^^,


Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan Julai. Sekejap je kan Encik Blog, dah nak akhir tahun? Bila tibanya Julai, saya akan jadi sentimental sikit. Bulan ni, ramai kesayangan saya sambut birthday ^^, Dan 2 Julai yang lalu, andai diputar semula masa ke dua tahun lepas, hari jadi anakanda kedua saya, JATUH CINTA SEKALI LAGI. Dah dua tahun dah JCSL. Memori yang terbina sewaktu menyiapkannya dulu, tak pernah padam dari ingatan. ^^, Sekarang dia dah jadi big boy. Beshar dah anak Umi. Saengil Chuka Hamnida, sayang. Semoga terus membahagiakan pembaca-pembaca Umi ya. Semoga sabar dengan segala dugaan yang Allah titipkan buat kita. Yang baik hatinya, pasti akan nampak segala kebaikan dalam dirimu. Hari-hari kita kena jadi kuat. Aracci? Umi sayang awak. Hangsang geurigo yeongwonhi. Sama juga dengan abang, ENCIK ABANG KUDA. Umi sayang kedua-dua anak Umi ^^, Hearts!

Wednesday 17 February 2021

2021 : IMPIAN

 Assalammualaikum semua,

Oraenmaniya ^^,

Hai Encik Blog. Do you miss me? ^^,

I miss you. Berry-berry much. Jinjja! ^^,

Encik Blog,

"Telling someone how you feel is as hard as translating ancient documents."

Sunday 3 January 2021

Saturday 12 December 2020

I Am Umi to Two Adorable Sons ^^,

 Assalammualaikum,

Mereka anugerah terindah buat saya 

My two adorable sons ^^,


Disember 2020, genap usia anakanda sulung, Encik Abang Kuda, 5 tahun.
Anakanda kedua, Jatuh Cinta Sekali Lagi, 1 tahun 5 bulan.
Time sure flies real fast.
Selamat Hari Lahir anak-anak Umi. ❤

Mereka tanggungjawab saya.
Tinggalan saya di dunia ini nanti.
Moga Allah reda dan permudahkan segalanya buat kami.
Aamiin Ya Mujiib.

Ya.
Saya umi pada dua anak ^^,

#EncikAbangKuda ❤❤❤
#JatuhCintaSekaliLagi ❤❤❤

And I'm so proud with my sons. Syukur dapat melalui journey yang menyeronokkan bersama mereka.
Cinta...selamanya ^^,


Untuk sebarang pertanyaan, boleh e-mel saya: mireimay@yahoo.com. 

Fi hifzillah.

Hearteru,

Mirei May ❤❤❤

Monday 28 September 2020

Saya Ada Emel Baru ^^

Assalammualaikum


Selamat malam semua  

^^,

Saya ada sesuatu nak beritahu. Sejak minggu lepas, saya kehilangan akses untuk buka emel saya. Macam-macam cara dah saya cuba buat untuk dapatkan semula emel tu tapi...tak berjaya. T_T My beloved family suruh saya buat emel baru but I refused. Emel tu banyak simpan kenangan dengan pembaca-pembaca saya. Ada yang dah lost contact tapi bila saya baca semula emel pemberi semangat mereka, saya rasa masih dapat bercakap dengan mereka. 

Mungkin semua ni ada hikmah Allah nak tunjuk. Nothing is permanent in this world. Sampai masanya, semua akan pergi. Saya tahu tu but I keep in denial. Saya usaha juga nak dapatkan akses pada emel tu. I'm not giving up. Mungkin suatu masa nanti, saya akan dapat kembali emel lama saya. Entah bila akan dapat semula, wallahu a'lam. Jadi, setelah menenangkan hati, akhirnya saya ikut saranan family. Saya buat emel baru. 

Pada kesayangan yang ada hantar emel dekat saya baru-baru ni (untuk beli buku @ bercerita), saya minta maaf sebab tak balas. Harap kalian tak serik untuk cuba berhubung dengan saya ya.

Apa-apa nanti, kalau nak tanya dan beli novel Encik Abang Kuda, Jatuh Cinta Sekali Lagi, hantar dekat sini tau ^^,


Senang je kan nak ingat alamat emel tu? So, lets keep in touch again, kesayangan Mirei May ^^, Hope to hear from you soon

Pada yang masih ingat alamat emel lama saya, jangan hantar apa-apa dekat emel tu. Kotlah kalian nak buat lawak, huhuhuhu...I'm serious ni tau. Saya tak dapat reply sebab emel tu tak boleh buka T_T Jadi, bagilah sepatah dua kata dekat emel baru saya ni. I'm waiting! ^^0

Okay semua. Saya nak kembali menyepi. Panjang umur, saya update blog ni lagi. Siapa tahu, dengan cerita baru yang lebih menggembirakan? Tapi kalau dah rindu sangat nak bercakap dengan saya (hehe) yang tak boleh dibendung-bendung lagi, emel saja saya. In Shaa Allah, pantas saya membalasnya nanti. ^_^V

Jaga diri bebaik ya. Saya doakan semoga sesiapa yang datang ziarah blog saya ni dirahmati dan dilindungi Allah selalu. Aamiin.

Salam sayang...selamanya.

I love you!!! Saranghae!!!


Yang ikhlas,

Mirei May ^^,

Umi kepada Encik Abang Kuda & Jatuh Cinta Sekali Lagi ^^,

Saturday 29 August 2020

Hargai Yang Kecil-kecil ^^,



Assalammualaikum,


Hectic weeks!

Dah dua minggu saya menyepikan diri dari dunia media sosial. Fokus utama saya hanyalah pada kehidupan realiti sampai saya kurang beri perhatian pada kehidupan sebagai penulis novel. Rindu sebenarnya dengan pembaca. Tapi dek kerana kesibukan melakukan sesuatu, saya terpaksa meninggalkan seketika dunia FB, IG dan blog. Sampailah Awal Muharram hari tu, tetiba je hati ni macam dipanggil-panggil mahu menulis sesuatu di maya. Jadi saya log in Facebook, dan saya mula menulis tarikh Hijriah berserta ucapan tahmid Alhamdulillah dekat situ. My first update after a very long time tak usik media sosial. Ringkas je pun ayatnya. Masa tulis status pendek tu kan, hati saya rasa tenang sangat. Tak ada perasaan lain dalam hati waktu tu. Saya rasai kekosongan yang tenang.

Kosong.

Tenang.

Can you imagine that?

A beautiful feeling ever.

Thursday 13 August 2020

Rindu : May di Istana Gyeongbok 경복궁



Assalammualaikum


Hai blog ^^, Do you miss me? Blog, semakin menghampiri September, semakin kuat ingatan dan kerinduan ini pada kampung halaman oppa. Ecewah! Hehehe...hari ni kerana kerinduan yang meluap-luap tu, saya share teaser terakhir dekat Facebook ^^, 

Tapi sebelum tu saya nak bagitau, selain Pulau Nami, tempat ni juga adalah tempat yang paling istimewa di hati saya. Rasa nak duduk situ lama-lama.

Tempat apa tu?

Haaa...sila klik button 'Read more' di bawah ^^,



Sunday 9 August 2020

Tulis Saja Apa Mahumu...



Assalammualaikum


Tulis saja apa mahumu. Kelak yang disoal itu engkau, bukannya aku. 

Amboi, boleh buat lagu tu. Hehe...Hai blog. Selamat malam. Hari ni hari Ahad. Pukul 10.25 malam masa entri ini ditaip. Selalunya waktu-waktu macam ni saya dah beradu. Malam ni lain. Tetiba rasa nak mencoret-coret sebentar di blog. And here we are. Membiarkan jari-jemari mengetuk papan kekunci dan hati berkata-kata sambil otak cuba mencerna ayat yang lebih molek untuk dipersembahkan ke bentuk ayat lengkap. Jemputlah baca nukilan di bawah.

What to story tonight? Hmm...*ketuk-ketuk tepi bibir*

Apa kata kita tulis macam tajuk entri ni? Tulis Saja Apa Mahumu...yup! Apa yang saya tulis ni, muncul secara spontan tau. Harap tak merapu. Bismillah.

Saturday 8 August 2020

Cinta Berputik di 남이섬 Nami


Assalammualaikum ^^,
안녕하세요

Hari tu saya ada cerita serba sedikit tentang pengalaman saya di Hongdae. Kali ni saya nak cerita tentang Namiseom pula, atau bahasa Melayunya, Pulau Nami.

Sesiapa yang belum pernah datang ke Korea, pasti akan masukkan Pulau Nami sebagai salah satu tempat yang mereka teringin sangat nak lawati. Probably, tu lah yang akan ditulis dulu dalam itinerary. Like me.

Sejujurnya, saya tak pernah tengok pun drama Winter Sonata. We know that, Winter Sonata lah yang melonjakkan populariti Pulau Nami among foreigners. Sejak tu, berduyun-duyun pelancong datang ke sini dan bila ditanya tempat menarik di Korea yang mana mereka nak lawati, Pulau Nami mesti diselitkan antara list yang teratas ^^, Mesti punyalah. Jadi, seorang Mirei May ni pergi ke Pulau Nami, bukan kerana Winter Sonata. Saya pergi, sebab tet ta rara...nanti saya cerita. Kenalah baca post ni sampai habis dulu.

Days before my flight to Korea, saya sentiasa search Nami. Dan kalau nak tahu, Pulau Nami ni dinamakan sempena nama seorang Jeneral yang terkenal di Korea. Nama Jeneral tu, Jeneral Nami. Semasa hayatnya, Jeneral Nami dah menyertai banyak perang dan beliau merupakan seorang yang sangat sangat sangat berani. Malangnya pada usia yang masih muda, 26 tahun, Jeneral Nami meninggal dunia.

Saya ada baca banyak review tentang Pulau Nami daripada mereka yang dah pernah berkunjung ke sini. Ramai yang kata suka datang. Tak dinafikan, ada juga yang kata tak best. Pulau Nami biasa-biasa saja. Tapi saya fahamlah. Persepsi dan kegemaran manusia berlainan. Saya, selagi tak rasai sendiri pengalaman tu, saya akan keep adoring that place. Takkan terpengaruh dengan cakap orang lain. Jadi, bila diizinkan berkunjung ke sini, semestinyalah saya akan teruja dan tak sabar sangat nak menjelajah Pulau Nami. I know you do too.


Kincir air and my love ^^, Credit picture : Instagram namiisland_naminara

Tuesday 4 August 2020

Sweet Memories : May @ Hongdae 홍대



Assalammualaikum
안녕하세요

Raya Aidiladha hari tu, saya jumpa sepupu dekat kampung. Sepupu saya memang collect semua novel-novel saya. Siap beli lagi. Terharu sangat. So, masa jumpa tu, excitedlah kami bercerita pasal novel saya. Oh ya. Nama sepupu saya Siti. Siti kata, dia dah boleh imagine macam mana Korea lepas baca JCSL. Alhamdulillah. Sejujurnya, saya tak pernah pun tunjuk gambar-gambar saya masa dekat Korea dulu pada sesiapa. Sebelum ni kalau share apa-apa teaser dekat Facebook, saya selalu letak gambar hero dan heroin semata-mata. Even my family pun tak tengok gambar-gambar tu. Balik Malaysia je, saya terus simpan dalam laptop, buat memori ^^0

Nak dijadikan cerita, lepas borak-borak dengan Siti, saya terfikir. Ha'ah kan? Kenapalah saya tak jadikan gambar-gambar saya di Korea sebagai background bila saya buat teaser. Makanya, dengan semangat berkobar-kobar, seorang Mirei May ni gigihlah mengedit gambar-gambar yang dia rasakan perlu, untuk diletak sebagai background.

Niat saya masa share teaser tu, saya nak kongsi keindahan Hongdae dengan pembaca-pembaca. Nak tunjuk macam mana rupa bentuk muka bumi Hongdae yang sebenarnya pada pembaca-pembaca saya seperti yang hero dan heroin nikmati. Tapi...lepas cari punya cari, saring punya saring dan pilih punya pilih, saya tak jumpa satu pun gambar yang sesuai. Baru teringat. Kat Hongdae dulu saya sibuk posing. Gambar bangunan dan gambar jalan dia sikit je saya ambil. Bukan tak ada. Ada. Tapi gambar bangunan tu saya ambil bentuk Potrait, bukan Landscape (Dah macam Microsoft Words pulak). Nak letak gambar buku dan main teaser dekat gambar tu agak tak sesuai dan terhad. Jadi, idokler saya nak share gambar saya berposing peluk pokok untuk buat background teaser kan? Saya tak mau ada gambar sendiri dekat media sosial (uhuk! Dulu ada share gambar kat IG. Yang dah lama follow saya sebelum novel kedua terbit, pernahlah tengok rupa saya. Sekarang, seiring peningkatan usia, terasa nak work behind the screen saja ^^,). Makanya, no choice, saya pilihlah gambar bangunan + pokok-pokok masa saya on the way nak ke MBC. Relate jugaklah dengan teaser yang saya share tu sebab pemandangannya sama saja ^^,




Tuesday 18 February 2020

Sunday 5 January 2020

Ulang Cetak Jatuh Cinta Sekali Lagi ^^,


Alhamdulillah

Segala puji hanya bagi Allah

Dia Yang Maha Memberi Rezeki
Dia Yang Maha Memberi Petunjuk
Dialah jua Yang Maha Mengabulkan Permintaan

Permulaan tahun baru yang bermakna buat kami berdua
Umi Mirei May dan anakanda Jatuh Cinta Sekali Lagi


Dia di tengah-tengah itu bersama temannya yang lain

Alhamdulillah bini'matihi tatimmus solihaat


Terima kasih Allah

Engkau yang menggerakkan hati pembaca-pembaca itu

untuk mendapatkan novel Jatuh Cinta Sekali Lagi ku

Pujian ini dan rasa syukur ini, hanya layak kupersembahkan buatmu


Terima kasih pembaca

atas sokongan kalian pada karyaku lagi

Doaku, agar kasih sayang yang kucurahkan dalam karya ini

sampai terus ke hatimu dan semoga ada manfaat yang boleh diambil darinya


2020 juga permulaan yang baik buat manja sulungku, Encik Abang Kuda

Dia kembali mendapat permintaan

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah


Keep flying high my sons
Mari kita hiburkan pembaca dengan kisah kita ^^,



Tadi pergi tempat biasa
Tempat saya selalu mencari ilham
Mungkin perlu ucap selamat tinggal padanya selepas ni
Persekitarannya dah tak senyaman dulu
Tapi tetap saya temui sesuatu yang saya cari di sana ^^,

Sebelum pulang, tinggalkan jejak di pasir
Anakku Jatuh Cinta Sekali Lagi
축하해요!

Sunday 22 September 2019

2019 : Soar High, Love Endlessly ^^,



Suatu ketika dahulu,
Saya menceriakan pembaca blog ini dengan cerita bergenre komedi,


Tuesday 9 July 2019

2019 : LIHAT AKU DI MATAMU dah terbit!!!! ^^,

Assalammualaikum,


Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Dia Yang Maha Memberi Rezeki.

Dia jugalah Yang Maha Mengabulkan Segala Permintaan.

Setelah 6 tahun menunggu...penuh rintangan, halangan, gembira, suka duka pengalaman yang dirasai sepanjang penulisan novel ini, akhirnya LIHAT AKU DI MATAMU menemui titik penamatnya. Dan yang paling membahagiakan, LADM juga turut berjaya diterbitkan. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.


Friday 6 July 2018

2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Bab 4)}





BAB 4


Akhirnya ketemu video yang dicari-cari selama ini...jazakallah Faizal Tahir ^^,


“Aduh!!”

Berterabur pendrive dan buku notaku di atas lantai apabila tubuh secara tak sengaja berlanggar dengan seseorang sejurus keluar dari bilik mesyuarat.

Sorry, Maira. I tak sengaja.”

Kelam-kabut wanita itu membantu aku mengemas barang-barangku semula. Suara gemersiknya, macam kukenal. Aku segera mendongak.

Thursday 5 July 2018

2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Bab 3)}




BAB 3
My oh my! Look what I’ve  found here.”

Video berdurasi 3 minit itu ditonton buat kali kedua. Puas hati kerana kedua-dua wajah itu sangat jelas dalam rakaman.

Dora! Let’s go.” Panggil suaminya yang baru selesai mengambil barangan peribadi milik mereka di dalam loker. Dora simpan telefon ke dalam saku pouch. Renungan masih dipaku pada pasangan kekasih itu yang terlalu teruja mendaki anak tangga. Dia mencebik. Sakit hati melihat pemandangan di depan mata.

2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Bab 2)}




BAB 2

‘Saya akan jaga awak baik-baik, Maira. Awak selamat dengan saya.’

Ibarat menanam tebu di tepi bibir! Kata-kata yang dia luahkan tadi langsung tak boleh diguna pakai. Menyesal aku ikut lelaki ini tadi. Apa tidaknya. Tengoklah dekat mana aku berdiri sekarang.

Monday 25 June 2018

2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Bab 1)}




BAB 1

Mungkin belum pernah kau rasa
Hati yang berkecai sejuta
Jika ada lain ku rela kau pergi
Mungkin cuba untuk lebih setia

“Assalammualaikum...” Sapaku lembut sejurus saja berhasil menyelongkar beg sandang Carlo Rino dan mengeluarkan Oppo kesayangan. Lagu Mungkin dendangan Dia Band terhenti apabila aku meleretkan jari telunjuk ke warna hijau di atas skrin.

Friday 25 May 2018

2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Prolog)}





PROLOG
“Doktor kata apa tadi?”

Suara si dia mewarnai corong telefon bimbitku. Seperti biasa layanannya tiada yang kurang. Sentiasa dipenuhi pengertian membuatkan tubuh yang pada mulanya lemah, mula beransur sihat. Pelik betul rasanya pabila hati dihujani dengan perasaan cinta. Selemah mana pun aku pada saat itu, saat terdengar saja suaranya memberi salam, hilang terus duka nestapa yang membelenggu. Aku serta-merta menjadi sihat.

Cinta itu Anugerah dari Allah.

Sunday 22 October 2017

Cerpen: Hati Ini




Pagi di SMK Seri Kenanga...

23 Oktober 2017.
Permulaan minggu baru.
Baru selesai perhimpunan pagi.
Guru-guru masih di bilik guru.
Anak-anak murid kebanyakannya sedang melepak di koridor dan belakang kelas.

Hanya segelintir saja duduk di meja tengah untuk mendapatkan sejuk angin kipas yang berpusing ligat, sambil cuba menenangkan seorang budak perempuan yang paling cantik di antara 18 orang pelajar di kelas 3 Rancangan Khas 1.

"Sabar. Kalau tak betul, buat apa nak respon?" 

Wednesday 13 September 2017

Tips Untuk Mengelakkan Hasad Dengki

Laa hawla walaa quwwata ilaa bilaahil aliyyil adzim...

Ingatan ini untuk pedoman diri sendiri dan juga semua...
In Shaa Allah...
Moga kita sentiasa dalam perlindungan Allah...
Dan terhindar daripada hasad dengki serta fitnah dunia...

Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin

4 Tips untuk Mengelakkan Hasad Dengki
(sumber: Bahagian Dakwah)


1) LETAKKAN SIFAT YANG BAIK-BAIK (Mahmudah) dalam diri kita.  Tanamkan dalam jiwa.

2) SELALU BACA DAN HAFAL AYAT AL-QURAN. Yakin dengan nama Allah iaitu Asmaul Husna dan baca selalu nama Allah ini. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

3) JANGAN BERHENTI BERDOA kerana jika kita jarang berdoa, maka senanglah syaitan nak hasut kita dan kotorkan hati kita.

4) SENTIASA BERSYUKUR. Bersyukur ini ialah kelebihan yang Allah beri pada setiap hambaNYA. Perbanyakkan syukur, maka terjauhlah kita dari perasaan hasad dengki. In Shaa Allah...orang yang bersyukur, dia akan rasa pemberian Allah itu cukup untuk dirinya. Orang yang bersyukur juga akan yakin pada kelebihan yang ada pada dirinya dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri tanpa perlu memandang rezeki yang ada pada orang lain.


Aamiin

Wednesday 28 October 2015

Updated Info Novel: Encik Abang Kuda ^^,

Assalammualaikum,

Alhamdulillah buku pertama saya dah pun menjengah dunia penulisan...
Pada yang berminat untuk mendapatkannya, boleh tengok details di bawah...

Terima kasih daun keladi...
Sayang semua banyak-banyak ^^,



TAJUK :   ENCIK ABANG KUDA 
PENULIS :  MIREI MAY
ISBN              :  978-967-13662-0-2


HARGA:

 SM : RM 28 + Postage: RM 7 = RM 35
 SS: RM 31 + Postage: RM 11 = RM 42
 
   

 EMEL: mireimay@yahoo.com

untuk urusan pembelian


CERITA-CERITA DALAM NOVEL:

1. Mini Novel Encik Abang Kuda
2. Cerpen Jangan Pernah Lukai Aku Lagi 1
3. Cerpen Suamiku Encik Stalker

Sinopsis:

“Adik suka lelaki yang loving, caring . Tapi yang paling penting sekali...dia mestilah pandai tunggang kuda macam Bang Han! Baru adik rasa hidup adik ni indah bak fairytales.”

Setiap kali ditanya tentang calon suami pilihan oleh abang-abangnya, pasti ketiga-tiga ciri ini yang meniti di bibir. Khayla Ilham Hakimi yakin, lelaki sebegitu wujud. Menunggu saat yang terbaik untuk muncul. Dan nak temui lelaki yang memenuhi ciri ketiga itu, satu saja jalan yang perlu Khayla ambil. Daftar kelas menunggang kuda!

Takdir yang tertulis memang indah. Hari pertama jejakkan kaki di Pusat Ekuin UPM, dia dipertemukan dengan seorang jejaka kacak, si pemilik Ninja Hijau! Loving  dan caring tu macam ada. Tapi tak kisahlah. Yang Khayla pentingkan sekarang ni, lelaki mata hijau itu sangat memenuhi ciri utama untuk dijadikan calon suami pilihan sebab...DIA PANDAI MENUNGGANG KUDA

Tatkala salam perkenalan mahu dihulur, mulut laser Encik Abang Kuda meranapkan terus impian yang berkepuk-kepuk di dada. Gara-gara insiden perlanggaran depan tandas perempuan membuatkan helmet lelaki itu jatuh tergolek atas lantai batu, Khayla dijerkah sekuat hati.

“Opps...sori!”
“Macam tu ke cara minta maaf?” - RAZIN
“Hallo Hϋbscher! ” – KHAYLA ILHAM HAKIMI
Verrϋckt!” 

Orang puji dia handsome, orang balik disumpah gila. Harap muka saja kacak tapi mulut...Na’uzubillah. Reject!!! 

Tambah perisa sakit hati, pengakuan jujur lagi ikhlas teman akrab Encik Abang Kuda membuatkan dunia Khayla semakin kelam dan usang.

“Kesian you kena angin lintang my sweetheart. Forgive him ya. Hari ni mood dia tak baik. Sebab tu dia marah-marah. Selalunya dia baik dengan semua orang.” - HAIKEL

APA DIA? SWEETHEART? My oh my. Patutlah tak segan-silu marah perempuan. Dia GAY rupanya!!!

RAZIN: Selepas menyedari Khayla merupakan gadis yang dicari-cari selama ini, dia kembali memasang strategi untuk memikat. Segala kesempatan yang ada, semua dia rembat janji budak helmet ini senantiasa dekat dengannya. Jatuh basikal, Razin tolong rawatkan. Keluarga Khayla tiada di Malaysia saat dia mengalami kecederaan, Razin bawa balik rumah sendiri jumpa mama kesayangan. Memang tak mahu lepas lagi sampai bila-bila. Baginya, Khayla Ilham Hakimi adalah miliknya seorang dan tak sabar nak halalkan hubungan yang terjalin ini. 

KHAYLA: Villa kotej Razin yang lengkap dengan kandang kuda dan padang rumput nan menghijau sangat mendamaikan hati. Ditambah-tambah kasih Mama Razin yang sangat menyayangi dirinya membuatkan Khayla tidak canggung tinggal bersama keluarga kecil ini. Di villa ini dia menemui cinta. Di kandang kuda ini juga kasihnya tersemai buat lelaki bermata hijau itu. Namun status ‘minat’ Razin yang amat diragui membuatkan perasaan halus itu dibuang jauh-jauh.

Mampukah Razin meluahkan isi hati jika Khayla awal-awal lagi dah sediakan jurang pemisah dan menganggap dirinya lelaki songsang semata-mata? 

Bagaimana reaksi Haikel tatkala pulang dari outstation di Jepun, ‘sweetheart’nya itu dah pun jatuh cinta pada orang lain? 

Dan apa pula kena-mengena Tisya, bekas kekasih Razin, dalam hidup Khayla selama ini? Semuanya bakal terjawab dalam ENCIK ABANG KUDA!

“Bang Han...adik dah jatuh cinta.”
“Good for you.”
“Tapi dia gay...”
“Bangkang!”

Saturday 7 March 2015

Encik Abang Kuda! 4 (Versi Buku)





S
EMUANYA berlalu dengan begitu pantas. Sekelip mata, Tuan Haji dan Aiden mengangkut basikal aku menaiki Toyota Hilux untuk dibawa pulang ke Pusat Ekuin UPM. Sekelip mata, Zen membawa aku ke kliniknya di Bandar Baru Bangi untuk memberikan rawatan kecemasan pada lututku. Sekelip mata, aku tahu dia ialah seorang doktor yang mempunyai klinik sendiri dan dikongsi bersama seorang doktor jelita yang dikenali sebagai Musliha. Semuanya sekelip mata!

Doktor Musliha. Fuh! Baik doktor tu. Jeles aku melihat kemulusan kulit Doktor Musliha. Cantiknya. Macam Kak Fazura. Kalau aku jadi Zen, tak ingin aku jadi kekasih Haikel. Baik aku sambar Doktor Musliha. Dahlah sama taraf, kerja sama, buka klinik sama-sama, cantik, sopan santun, lemah-lembut. Haih, kadang-kadang aku tak faham apa yang ada di dalam hati lelaki bernama Razin ni. 

Sunday 1 February 2015

Encik Abang Kuda! 3 (Versi Buku)


ENCIK ABANG KUDA! 3



P
EJAM celik pejam celik, hari Khamis pun tiba. Tamat saja kuliah Pengurusan Bank, aku terus bergegas pulang ke kolej. Kauthar dan Yana awal-awal dah beritahu aku mereka akan ke Pusat Ekuin dengan menaiki kereta Kauthar. Aku diajak sama. 

Sebab aku nak bina stamina sebelum melompat atas badan kuda karang, aku menolak untuk tumpang kereta Kauthar. Aku mahu tunggang basikal aku sendiri saja nanti. Jual mahal konon. Tak penat ke bawa basikal naik bukit tinggi tepi ladang kelapa sawit sebelum sampai Stadium UPM tu Khayla? Hmm...we’ll see on it! Aku ni suka mencabar diri. Kalau semput karang, adalah alasan aku nak mula lambat kelas menunggang tu.

Tepat pukul 3 suku petang, Kauthar mesej aku, kata dah sampai depan SGS (School of Graduate Studies). Dia dan Yana tunggu aku tepi jalan sebab dia risau aku naik basikal seorang diri. Nak iringi aku dari belakang katanya. Uh, terharu sungguh dengan keprihatinan kawan-kawan baikku sayang ini. 

Sunday 25 January 2015

Encik Abang Kuda! 2 (Versi Buku)


ENCIK ABANG KUDA! 2






H
ARI Sabtu hari tu, tiba-tiba aku dapat panggilan daripada abang ketigaku, ajak teman dia pergi shopping dekat Bangsar Shopping Centre. Bosan duduk rumah bujang seorang-seorang, katanya. Alang-alang ada dekat KL, nak jugalah feeling-feeling dating dengan adik sendiri. 

Ceh! Sarkastik sungguh abang aku tu. Nak cakap aku pun tak ada sweetheart la macam dia tapi dalam intonasi yang lembut tulang dari lidah, gitu? Sweetheart aku masih kabur-kabur, terlindung sebalik asap. Abang aku tu pula, baru saja girlfriend enam tahunnya disambar orang. 

Tragis sekali kisah cinta mereka. Sebab tu dia perlukan adik dia yang tak ada perasaan ni teman dia pergi jalan-jalan lepaskan tekanan. Apa-apalah bang. Demi ahli keluargaku yang tercinta, aku turutkan saja kehendak abang aku tu.