Tahun ni kan, boleh dikatakan hampir semua orang menunggu kedatangannya. Tapi saya tak. Kenapa entah. Rasa biasa-biasa je. Nak sambut pun tak ada mood. Dulu, sanggup berjaga tetengah malam semata-mata nak tengok bunga api. Walaupun nampak sipi-sipi je sambutan dekat dataran tu dari bumbung rumah, tetap juga rela menunggu. Tapi semalam? Hmm...boleh pulak saya tidur dulu.
'Mengantuk, mengantuk nak tidur mana?
Mengantuk, mengantuk tolonglah saya.'
Masuk bilik je terus nampak katil nan indah. Apa lagi? Mim mim ba wau ta alif la kita.
'Yeay! Dah boleh tidur.
Uuu...wuuuu...dah boleh tidur!'
Pagi ni rasa segar luar biasa. Pepagi dah turun bawah, bagi ikan keli makan, bagi burung-burung yang selalu datang rumah saya tu makan, kemudian, saya leka tengok langit.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allah masih beri izin pada saya, menggunakan deria penglihatan ni untuk menatap kegembiraan makhluk-makhluk-Nya. Hari ni luar biasa sikit pemandangan dekat langit rumah saya. Sebelum ni bukannya tak ada burung berterbangan belah angkasa, ada je. Tapi...pagi ni banyaknya tak macam selalu. Cerianya burung-burung tu pun tak macam biasa mereka selalu berkicau. Serius, bila tengok diorang bahagia sangat kan, tanpa sedar saya pun turut berjangkit bahagia. Dek teruja sangat tengok suasana tu, saya pun lekalah ambil video. Ada saya share di IG Story saya.
Dan hari ni, burung yang datang makan dekat rumah saya pun berganda banyaknya. Mujur saya letak 'kamu' tu lebih sikit (sorry, saya selalu sebut 'kamu', ejaan sebenar tak tahu. Dia biji-bijian). As usual yang datang makan, burung pipit, merbuk dan balam ^^, Kenyang agaknya. Berebut masing-masing makan. Bila dah kenyang. Terbang. Begitulah mereka. Pipit dan Balam macam malu-malu dengan saya. Tapi Merbuk tu suka mengekor. Dia tak terbang tau. Dia berjalan. Ikut mana saya pergi. Maybe sebab dah biasa kot. Diorang tak anggap saya ni musuh. Tapi bila hulur tangan nak ambil, diorang terbang. Bila saya pusing, diorang datang balik dan ikut saya jalan.
Mirei May's bodyguard. Merbuk (^____^")
The reason why I keep looking at the sky. Yup! A.W.A.N. Saya suka tengok awan. Suka hunting awan. Nak-nak sekarang musim angin kuat. Pagi ni, Masya-Allah, angin sangat kencang bertiup. Seronok. Berapa banyak kali awan-awan atas langit tu marathon ditiup angin kencang. Siap buat macam-macam bentuk lagi. Dan saya pun beranganlah, tu bentuk gajah, bentuk kuda, bentuk Jerry lari dari kena kejar Tom. Semua ada ^^,
Kalau orang yang jiwanya berseni sangat, daun tu dia bakar ikut nombor 2.0.2.0 kat tengah-tengah. Tapi saya ni simple orangnya. Tulis terus Happy New Year 2020 dekat daun rambutan yang gugur dekat halaman rumah, senang. Yalah. Nak daun maple, jauh sangat kat Korea dan Kanada. Dulu ada jugak bawa balik Gingko dari Nami. Sekarang entah mana letak. Hilang sudah Gingko itu. Sedih. Maka, kita guna sajalah daun ni sambil bayangkan ala-ala Mohabbatein. Yeay!
Awan tu kalau sekali tengok, macam sayap burung. Dua kali tengok, bentuk ikan. Tiga kali tengok?
Yes, bentuk awan Cirrus ^^, cantik kan? Subhanallah.
TAHUN 2019
Tak salah mahu mengenang semula apa yang pernah saya lalui sepanjang 2019. Saya kongsi kegembiraan sajalah ya. Perasaan yang lelain tu, biarlah saya pendam sendiri ^^,
Kebahagiaan Pertama ^^,
Alhamdulillah...setelah 4 tahun menyepi dalam dunia penulisan, akhirnya saya kembali bercerita dengan semua ^^, My second baby. Now, I'm officially a mother of two. Umi pada dua orang 'anak lelaki' yang hebat. Lihat Aku Di Matamu, ditukar tajuknya pada Jatuh Cinta Sekali Lagi. Ironinya, masa mula-mula saya tulis bab satu novel ni dulu, dan sewaktu saya terfikir-fikir tajuk untuk novel ini, saya bubuh Aku Cinta Kamu sebagai tajuk sementara. Tak sangka, bila jadi novel, perkataan Cinta itu kekal. Tapi, saya tetap rindu pada tajuk Lihat Aku Di Matamu tu. Sobs!
Ni buku yang saya dapat daripada penerbit. Masa check stok, yang ni paling azab sikit keadaannya. Yalah. Print banyak kan, maybe masa nak wrap tu, heat gun letak dekat sangat kat buku. So shrink wrap tu mengecut dan kedutkan bahagian atas buku tu. I know the process, sebab saya pernah buat jugak masa nak wrap buku Encik Abang Kuda dulu sebelum hantar dekat kedai Uncle ^^, Mujur dapat adjust balik. Buku Abang Kuda tak jadi kedut. Alhamdulillah. Tapi yang ni, tak dapat diselamatkan. Disebabkan bahagian belakang dia pun tak berapa elok, maka, buku ni saya jadikan buku saya ^^, Saya tak jual pada pembaca. Dengan dialah saya guna buat teasers. Dengan dia jugak kami berOOTD. Dek kerap sangat buka tutup manja ni, tulang tepi dia jadi disaster dan...keadaan dia dah lusuh sikit ^^0"
Takpa sayang. Besar jasa awak pada Umi. Terima kasih sudi kongsikan cerita yang terkandung di dalam 'tubuh' awak. Doa Umi, semoga yang membelekmu, yang membacamu, yang menelusuri kisah 3M - Muzammil, Maira dan Myungsoo akan merasai kasih sayang itu. Umi hanya mahu mereka gembira baca cerita Umi. Dan bila Umi baca review kamu di Goodreads, Umi bersyukur kerana kamu dapat membahagiakan pembaca Umi yang patah hatinya. Umi gembira kerana dia menjadikan Emil, hero JCSL, untuk memandang kehidupannya ke arah yang lebih membahagiakan. Lebih bermakna, untuk menjadi lebih tabah. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Sememangnya, itu niat Umi. Mahu semua orang merasai kasih sayang daripada penulisan Umi, menerusi kamu sayang.
Kebahagiaan Kedua ^^,
How I wish he read my blog. Yes, yeorobun. Kebahagiaan kedua itu ialah bila saya dapat komen balasan daripada penulis kegemaran saya dekad ini. Tak lain tak bukan....dia...
Teme Abdullah.
Baru seminggu saya baca penulisan Teme. Baru seminggu saya jadi peminat dia. Dan saya dapat balasan daripada beliau. Rezeki. Penulis minat penulis? Itu biasa. ^^,
Malam tu saya baca entri dia yang bertajuk, 'Siri Jalanan Terakhir'. Saya rasa penulisan Teme masa tu agak beremosi. Seolah-olah dia dalam kesakitan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Bila saya buka IG dia, saya terkejut bila gambar Teme paling atas kat home saya. Lagi terkejut bila baca ayat terakhir Teme tu. Terasa lain macam. Lebih kurang sama dengan entri Siri Jalanan Terakhir yang baru saya baca. Makanya, dengan otak kosong saya pun komen. Saya hanya meluahkan apa yang hati saya rasa masa tu. Saya tak harap langsung Teme balas. Yang saya mahu, dia baca dan dia tahu bahawa dia didoakan oleh ramai orang termasuklah saya ^^,
Seorang yang bijaksana pernah menyebut dalam bukunya,
"What comes from the heart, goes to the heart."
Adakah komen saya tu sampai ke hati Teme membuatkan dia membalasnya dengan ceria? Hanya Teme saja punya jawapan. Namun saya sampai ke hari ini, masih tersenyum lebar mengingatinya walaupun kejadian tu dah berlalu tengah bulan 12, tahun lepas.
I treasure this Teme. Thank you for making me the happiest person on Earth. Hehe
Kekuatan Ketiga ^^,
Sebelum ni kebahagiaan. Kenapa tajuk kali ni kekuatan? Heee...sebab...ia...kekuatan?
Setelah hampir 4 bulan saya menggunakan gambar buku-buku saya (rujuk gambar bawah)...
....sebagai default picture saya, akhirnya saya ubah. Saya bubuh gambar teddy dalam raga basikal. Bukan di FB saja gambar tu berubah. Saya turut ubah gambar di Instagram saya : mireimay11, WhatsApp saya, Telegram saya, even blog ni pun. Saya ubah jugak. Perasan tak? ^^,
Saya seragamkan ia. Semuanya. Dengan hati-hati, saya beritahu pada sahabat di Facebook saya. Yang saya dah tukar gambar.
Pendek je mesej. Tapi like dan love yang diterima juga komen yang ada, mengejutkan saya. Bukan saya je. Yang dah like tak tinggal komen pun, tetiba muncul dan komen balik sebab terkejut tengok saya dapat like sebanyak itu (^____^")
Rule #1 untuk bahagia. JANGAN TENGOK LIKE. Saya begitulah. Setiap kali pos cerita atau status, tak kesah pun dapat like berapa banyak. Sikit saya syukur. Banyak pun saya syukur. Itu menunjukkan yang Facebook tak block post saya. Sahabat FB masih boleh nampak status2 dan teaser2 saya. Dan dalam dunia penulisan pun, saya tak suka nak bersaing dengan sesiapa kerana bagi saya, pesaing terhebat saya, adalah diri saya sendiri. If I can control myself, then I'm succeed. Begitulah jika mahu bahagia di media sosial. Terima segalanya dengan lapang dada. Tak bermakna yang tak like tu, tak suka dengan pos kita kan? ^^,
Ketika kita tiada lagi di dunia ini, yang kita bawa hanyalah nama dan amalan kita. Nama ini, penting. Dengan namalah, kita dipanggil. Dengan namalah, kita dikenali. Ketika saya bubuh gambar buku-buku saya, ramai yang request mahu jadi sahabat saya di FB. Setiap kali online, pasti ada. Bila saya ubah gambar, dah jarang dah orang add sekarang ^^,.
Jadi itulah maksud ujikaji saya. Orang tertarik nak kawan dengan saya di FB kerana gambar buku. Maka, saya kena kerja keras lagi, untuk orang benar-benar mengenali Mirei May di dalam dunia penulisan. Saya kena perkenalkan Mirei May pada semua. Dengan cara apa?
Dengan cara cerita-cerita sayalah ^^, Saya kena hasilkan karya yang lebih bermutu lagi selepas ini. Hanya pada Allah sajalah saya sandarkan harapan dan doa. Moga tahun 2020 ini, Allah bantu saya dengan memberikan idea-idea yang baik, melimpah ruah juga bermanfaat buat ummah. Aamiin ya rabbal alamiin.
Pembaca saya ada juga di kalangan remaja. Makanya, besar tanggungjawab ni untuk mendidik yang baik-baik agar selamat di hari perhitungan kelak. Doakan ya!
Happy New Year yeorobun!