Sunday 18 July 2021

2021 : I Am DX Henshin Collector ^^,

 Assalammualaikum,

Encik Blog tersayang ^^,


Hujung tahun lepas saya ada kemas bilik stor. Masa tu buat besar-besaran jugalah sebab nak masuk barang baru, jadi barang-barang yang dah berzaman usianya, kenalah dibuang jika tak menepati syarat untuk disimpan lagi ^_^V Masa tengah sibuk-sibuk kemas tu, saya ada terbuka satu kotak besar. Saya pun tak pasti tu kotak khazanah siapa. Either me or my sisters. Nak dijadikan cerita, barang-barang dalam tu...memang bukan milik saya. Ia milik kakak sulung saya. Kakak saya pernah pesan, kalau jumpa kotak yang ada barang-barang dia, bagitau. Dia nak ambil, simpan kat rumah dia pula.

Sebagai seorang ahli arkeologi yang saya sendiri iktiraf, saya pun mulalah selongkar apa yang ada dalam kotak kakak saya tu. Sebelum selongkar, saya dah dapat keizinan kakak saya dulu untuk menapis barang yang tak boleh diguna lagi supaya dibuang. Plus, kakak saya memang percayakan saya bila bab-bab menapis barang ni sebabnya, kakak saya kata :

Sunday 11 July 2021

2021 : MEMORI PKP ^^,

 Assalammualaikum,

Hai Encik Blog!!!

Do you miss me? ^^,


Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan Julai. Sekejap je kan Encik Blog, dah nak akhir tahun? Bila tibanya Julai, saya akan jadi sentimental sikit. Bulan ni, ramai kesayangan saya sambut birthday ^^, Dan 2 Julai yang lalu, andai diputar semula masa ke dua tahun lepas, hari jadi anakanda kedua saya, JATUH CINTA SEKALI LAGI. Dah dua tahun dah JCSL. Memori yang terbina sewaktu menyiapkannya dulu, tak pernah padam dari ingatan. ^^, Sekarang dia dah jadi big boy. Beshar dah anak Umi. Saengil Chuka Hamnida, sayang. Semoga terus membahagiakan pembaca-pembaca Umi ya. Semoga sabar dengan segala dugaan yang Allah titipkan buat kita. Yang baik hatinya, pasti akan nampak segala kebaikan dalam dirimu. Hari-hari kita kena jadi kuat. Aracci? Umi sayang awak. Hangsang geurigo yeongwonhi. Sama juga dengan abang, ENCIK ABANG KUDA. Umi sayang kedua-dua anak Umi ^^, Hearts!