Wednesday 28 October 2015

Updated Info Novel: Encik Abang Kuda ^^,

Assalammualaikum,

Alhamdulillah buku pertama saya dah pun menjengah dunia penulisan...
Pada yang berminat untuk mendapatkannya, boleh tengok details di bawah...

Terima kasih daun keladi...
Sayang semua banyak-banyak ^^,



TAJUK :   ENCIK ABANG KUDA 
PENULIS :  MIREI MAY
ISBN              :  978-967-13662-0-2


HARGA:

 SM : RM 28 + Postage: RM 7 = RM 35
 SS: RM 31 + Postage: RM 11 = RM 42
 
   

 EMEL: mireimay@yahoo.com

untuk urusan pembelian


CERITA-CERITA DALAM NOVEL:

1. Mini Novel Encik Abang Kuda
2. Cerpen Jangan Pernah Lukai Aku Lagi 1
3. Cerpen Suamiku Encik Stalker

Sinopsis:

“Adik suka lelaki yang loving, caring . Tapi yang paling penting sekali...dia mestilah pandai tunggang kuda macam Bang Han! Baru adik rasa hidup adik ni indah bak fairytales.”

Setiap kali ditanya tentang calon suami pilihan oleh abang-abangnya, pasti ketiga-tiga ciri ini yang meniti di bibir. Khayla Ilham Hakimi yakin, lelaki sebegitu wujud. Menunggu saat yang terbaik untuk muncul. Dan nak temui lelaki yang memenuhi ciri ketiga itu, satu saja jalan yang perlu Khayla ambil. Daftar kelas menunggang kuda!

Takdir yang tertulis memang indah. Hari pertama jejakkan kaki di Pusat Ekuin UPM, dia dipertemukan dengan seorang jejaka kacak, si pemilik Ninja Hijau! Loving  dan caring tu macam ada. Tapi tak kisahlah. Yang Khayla pentingkan sekarang ni, lelaki mata hijau itu sangat memenuhi ciri utama untuk dijadikan calon suami pilihan sebab...DIA PANDAI MENUNGGANG KUDA

Tatkala salam perkenalan mahu dihulur, mulut laser Encik Abang Kuda meranapkan terus impian yang berkepuk-kepuk di dada. Gara-gara insiden perlanggaran depan tandas perempuan membuatkan helmet lelaki itu jatuh tergolek atas lantai batu, Khayla dijerkah sekuat hati.

“Opps...sori!”
“Macam tu ke cara minta maaf?” - RAZIN
“Hallo Hϋbscher! ” – KHAYLA ILHAM HAKIMI
Verrϋckt!” 

Orang puji dia handsome, orang balik disumpah gila. Harap muka saja kacak tapi mulut...Na’uzubillah. Reject!!! 

Tambah perisa sakit hati, pengakuan jujur lagi ikhlas teman akrab Encik Abang Kuda membuatkan dunia Khayla semakin kelam dan usang.

“Kesian you kena angin lintang my sweetheart. Forgive him ya. Hari ni mood dia tak baik. Sebab tu dia marah-marah. Selalunya dia baik dengan semua orang.” - HAIKEL

APA DIA? SWEETHEART? My oh my. Patutlah tak segan-silu marah perempuan. Dia GAY rupanya!!!

RAZIN: Selepas menyedari Khayla merupakan gadis yang dicari-cari selama ini, dia kembali memasang strategi untuk memikat. Segala kesempatan yang ada, semua dia rembat janji budak helmet ini senantiasa dekat dengannya. Jatuh basikal, Razin tolong rawatkan. Keluarga Khayla tiada di Malaysia saat dia mengalami kecederaan, Razin bawa balik rumah sendiri jumpa mama kesayangan. Memang tak mahu lepas lagi sampai bila-bila. Baginya, Khayla Ilham Hakimi adalah miliknya seorang dan tak sabar nak halalkan hubungan yang terjalin ini. 

KHAYLA: Villa kotej Razin yang lengkap dengan kandang kuda dan padang rumput nan menghijau sangat mendamaikan hati. Ditambah-tambah kasih Mama Razin yang sangat menyayangi dirinya membuatkan Khayla tidak canggung tinggal bersama keluarga kecil ini. Di villa ini dia menemui cinta. Di kandang kuda ini juga kasihnya tersemai buat lelaki bermata hijau itu. Namun status ‘minat’ Razin yang amat diragui membuatkan perasaan halus itu dibuang jauh-jauh.

Mampukah Razin meluahkan isi hati jika Khayla awal-awal lagi dah sediakan jurang pemisah dan menganggap dirinya lelaki songsang semata-mata? 

Bagaimana reaksi Haikel tatkala pulang dari outstation di Jepun, ‘sweetheart’nya itu dah pun jatuh cinta pada orang lain? 

Dan apa pula kena-mengena Tisya, bekas kekasih Razin, dalam hidup Khayla selama ini? Semuanya bakal terjawab dalam ENCIK ABANG KUDA!

“Bang Han...adik dah jatuh cinta.”
“Good for you.”
“Tapi dia gay...”
“Bangkang!”

Saturday 7 March 2015

Encik Abang Kuda! 4 (Versi Buku)





S
EMUANYA berlalu dengan begitu pantas. Sekelip mata, Tuan Haji dan Aiden mengangkut basikal aku menaiki Toyota Hilux untuk dibawa pulang ke Pusat Ekuin UPM. Sekelip mata, Zen membawa aku ke kliniknya di Bandar Baru Bangi untuk memberikan rawatan kecemasan pada lututku. Sekelip mata, aku tahu dia ialah seorang doktor yang mempunyai klinik sendiri dan dikongsi bersama seorang doktor jelita yang dikenali sebagai Musliha. Semuanya sekelip mata!

Doktor Musliha. Fuh! Baik doktor tu. Jeles aku melihat kemulusan kulit Doktor Musliha. Cantiknya. Macam Kak Fazura. Kalau aku jadi Zen, tak ingin aku jadi kekasih Haikel. Baik aku sambar Doktor Musliha. Dahlah sama taraf, kerja sama, buka klinik sama-sama, cantik, sopan santun, lemah-lembut. Haih, kadang-kadang aku tak faham apa yang ada di dalam hati lelaki bernama Razin ni. 

Sunday 1 February 2015

Encik Abang Kuda! 3 (Versi Buku)


ENCIK ABANG KUDA! 3



P
EJAM celik pejam celik, hari Khamis pun tiba. Tamat saja kuliah Pengurusan Bank, aku terus bergegas pulang ke kolej. Kauthar dan Yana awal-awal dah beritahu aku mereka akan ke Pusat Ekuin dengan menaiki kereta Kauthar. Aku diajak sama. 

Sebab aku nak bina stamina sebelum melompat atas badan kuda karang, aku menolak untuk tumpang kereta Kauthar. Aku mahu tunggang basikal aku sendiri saja nanti. Jual mahal konon. Tak penat ke bawa basikal naik bukit tinggi tepi ladang kelapa sawit sebelum sampai Stadium UPM tu Khayla? Hmm...we’ll see on it! Aku ni suka mencabar diri. Kalau semput karang, adalah alasan aku nak mula lambat kelas menunggang tu.

Tepat pukul 3 suku petang, Kauthar mesej aku, kata dah sampai depan SGS (School of Graduate Studies). Dia dan Yana tunggu aku tepi jalan sebab dia risau aku naik basikal seorang diri. Nak iringi aku dari belakang katanya. Uh, terharu sungguh dengan keprihatinan kawan-kawan baikku sayang ini. 

Sunday 25 January 2015

Encik Abang Kuda! 2 (Versi Buku)


ENCIK ABANG KUDA! 2






H
ARI Sabtu hari tu, tiba-tiba aku dapat panggilan daripada abang ketigaku, ajak teman dia pergi shopping dekat Bangsar Shopping Centre. Bosan duduk rumah bujang seorang-seorang, katanya. Alang-alang ada dekat KL, nak jugalah feeling-feeling dating dengan adik sendiri. 

Ceh! Sarkastik sungguh abang aku tu. Nak cakap aku pun tak ada sweetheart la macam dia tapi dalam intonasi yang lembut tulang dari lidah, gitu? Sweetheart aku masih kabur-kabur, terlindung sebalik asap. Abang aku tu pula, baru saja girlfriend enam tahunnya disambar orang. 

Tragis sekali kisah cinta mereka. Sebab tu dia perlukan adik dia yang tak ada perasaan ni teman dia pergi jalan-jalan lepaskan tekanan. Apa-apalah bang. Demi ahli keluargaku yang tercinta, aku turutkan saja kehendak abang aku tu.

Friday 23 January 2015

Encik Abang Kuda! (Versi Buku)

ENCIK ABANG KUDA!



N
AMA aku Khayla. Khayla sahaja. Pelajar tahun akhir, jurusan Pentadbiran Perniagaan, Universiti Putra Malaysia. Disebabkan aku ni pelajar senior dan banyak subjek-subjek teras Universiti aku dah khatam awal-awal semester dulu, jadi hujung semester ni aku hanya fokus pada satu subjek teras dan tiga subjek Elektif sajalah. Dan oleh sebab aku terlalu banyak masa terluang, nak kerja cari duit dekat The Mines kemalasan tu bermaharajalela, aku buat kerja gila dengan lima orang kawanku, kami mendaftar kelas menunggang kuda.

Kuda? Bukan kuda padi ye anak-anak. Kuda betul, yang orang selalu bawa racing tu. Tinggi-tinggi, besar, gagah perkasa....hah, kuda itu la. Asalnya aku pergi Pusat Ekuin UPM hanya nak ambil gambar atas kuda dan pekerja-pekerja di situ akan tarik tali kuda keliling sand paddock