Sunday 25 January 2015

Encik Abang Kuda! 2 (Versi Buku)


ENCIK ABANG KUDA! 2






H
ARI Sabtu hari tu, tiba-tiba aku dapat panggilan daripada abang ketigaku, ajak teman dia pergi shopping dekat Bangsar Shopping Centre. Bosan duduk rumah bujang seorang-seorang, katanya. Alang-alang ada dekat KL, nak jugalah feeling-feeling dating dengan adik sendiri. 

Ceh! Sarkastik sungguh abang aku tu. Nak cakap aku pun tak ada sweetheart la macam dia tapi dalam intonasi yang lembut tulang dari lidah, gitu? Sweetheart aku masih kabur-kabur, terlindung sebalik asap. Abang aku tu pula, baru saja girlfriend enam tahunnya disambar orang. 

Tragis sekali kisah cinta mereka. Sebab tu dia perlukan adik dia yang tak ada perasaan ni teman dia pergi jalan-jalan lepaskan tekanan. Apa-apalah bang. Demi ahli keluargaku yang tercinta, aku turutkan saja kehendak abang aku tu.


Memandangkan aku pun dah letih menghadap assignment Exchange Rate International Finance  yang banyak appreciates, depreciates tu, lepas siap-siap ala kadar, aku pun terus turun dekat Kafe Kolej 14 sebab dekat situlah abang sengal aku tu tunggu. Masuk saja dalam Civic dia, encik abang terus pecut ke Bangsar. 

Aku dekat sebelah dah kecut perut. Sepanjang masa dia membebel kata aku kemut sangat bersiap. Tahulah dia dah biasa bawa ‘kereta’ dekat atas yang tak ada traffic lights tu. KL ni banyak traffic lights. Jammed pun boleh tahan banyak. Dahlah aku tak kahwin lagi ni. Hish. Sesuka hati saja dia mencilok-cilok potong kereta lembab yang duduk lane laju. 

Sebab abang aku dah jadi Lewis Hamilton Malaya, 30 minit saja kami dah sampai di BSC. Parking siap, terus dia tarik tangan aku ke Morelli's Gelato. Patutlah pun bawa kereta macam Speedy Gonzales. Mengidam rupanya. Morelli’s memang favourite dia.

“Bang Han, cer teka adik buat apa sekarang?” 

Berry Pavlova aku sumbat dalam mulut. Eshan Suhail yang aku panggil Bang Han, nasib baik tak Backhand, acuh tak acuh saja angkat muka. Dah jumpa La Dolce Vita dia, mana minat nak pandang adik dia ni. Geram!

“Makan?” Tekanya senada. Aku mencebik.

“Adik...kan kan? Adik....belajar menunggang kuda! Kelas mula minggu depan. Hari Khamis!” Ucapku bangga diri. 

Bang Han diam dua saat. Kepala terangguk-angguk. Strawberi yang berketul-ketul dalam cawan dia, disumbat satu persatu. Dia dengar ke tak apa yang aku cakap ni? Ke masih di kayangan lagi?

You what? Masuk riding school? Serious? Adik abang ni?” Ditunjuk aku atas bawah. Aku dah tarik muka. Kalau dia keluarkan...

Bahahaha....adik aku belajar naik kuda. Waakakakakakaka....” 

Hmm...keluar dah gelak ‘annoying’ dia tu.

Sepenuh perasaan dia menggelakkan aku. Respon yang paling aku tak gemar daripada Bang Han. Gelak dia sangat menjengkelkan. Orang  lain gelak ‘hahaha’ je. Dia pula boleh tambah ‘ba’ dekat depan ‘hahahaha’. 

Apabila dia tambah lagi ‘wakaka’ dekat belakang gelaknya tu, maksudnya dia memang memperkecilkan kebolehan aku ni. Aku buat bodoh saja walaupun Marion Caunter yang baru datang ke Morelli’s ini bersama suami dan anak-anaknya dah pandang pelik pada Bang Han yang masih asyik ketawa.

Serious adik abang nak belajar menunggang? Dulu Bang Han ajak ride dekat BKEC tak mahu. Jual mahal.”

“Serius la adik nak riding. Dah daftar dah pun dekat Pusat Ekuin UPM dengan kawan-kawan adik hari tu. Bukit Kiara tu terlalu kaya sangatlah Bang Han suasananya. Adik tak minat. Adik suka yang....”

“Yang sedang-sedang saja.” Cantas Bang Han sambil tersenyum. “Papa dan mama tahu?” 

Aku geleng. Eshan tarik nafas berat. Patutlah main daftar saja. Kalau mama tahu, memang satu purnama masuk ke bulan sabit mama akan melenting pada adik. Satu-satunya anak perempuan. Tersembam atas karpet sikit, bagi rawatan macam rawat orang patah walaupun calar adik betul panjang dua inci.

“Bang Han je yang tahu ni. Syutt....jangan cakap dengan mama tau.”

“Yuran dah bayar?” 

Vanilla pula menjadi mangsa mulut Bang Han. Sekali lagi aku mengangguk.

“Pakai duit biasiswa. Hehe. Murah je Bang Han. Sepuluh jam kelas, seratus ringgit. Special price pada student UPM.”

“Hati-hatilah. Dengar cakap instructor. Jangan ikut kepala adik je. Diorang berpengalaman. Adik baru nak belajar. Pape roger Bang Han, kay. Kalau Bang Han tak fly, Bang Han datang tengok adik ride.”

No!!!! Tak nak, tak nak. Bang Han dah pro. Adik baru nak menunggang. Malu la Bang Han tengok adik ride. Tak naklah.”

“Siapa suruh bagitau hari adik menunggang tu? Kalau Bang Han free hari Khamis, Bang Han datang. Pusat Ekuin tu Bang Han tahu kat mana. Tepi highway Kajang Silk tu kan?”

“Entah, entah. Tak tahu, tak tahu.”

Aku buat muka tak bersalah. Cepat-cepat Bang Han tarik tangan aku dan nak calitkan chocolate sauce ke mukaku. Beria-ia aku mengelak sambil tergelak-gelak.

“Jo? Joyah?”

Wieee...siapa pula yang teriak nama tu dekat sini? Bunyi macam pernah kudengar. Aku dan Bang Han serentak menoleh ke meja di sebelah kami. No way! Yes way! Haikel?

“Joyah?” 

Bang Han dah terjungkit kening tebalnya. Aku bagi hint ‘panjang ceritanya’ melalui mimik mukaku. Terus dia diam. Namun tangan aku tetap juga abangku tu pegang. Apa pulalah agenda si Backhand ni?

“Hai, ingatkan salah orang tadi.”

Mamat peramah ini terus datang ke meja kami dan bersalaman dengan Bang Han. Pada aku, dia hanya mengangkat sebelah tangannya saja. Aku mengangguk hormat. Ayoyo, kecilnya dunia. Kenapalah boleh terjumpa Haikel dekat sini? Kalau ada Haikel, maknanya? Aku pusing 360 darjah mencari bayang itu. Kosong! Nasib baik. Lega hati ini.

“Sorang je ke? Sweetheart encik mana?”

Huhu. Apahal mulut terlebih ramah tanya pasal kekasih Haikel? Cari nahas, cari nahas. Bang Han dah pandang makin pelik pada aku. 

“Zen ke gents. Tadi dia ada sini. Ni makanan dia la ni.”

Makin terbeliak mata Bang Han mendengar ayat yang keluar daripada mulut Haikel. Aku dah tak senang duduk.

Bang Han, boleh tak kalau kita blah?’

Okay, jom!’

Telepati dua beradik pantas bercantum. Aku kemas apa yang patut. Sumbat laju-laju baki Strawberry Pavlova dan Bang Han pun ikut sama. 

Sorry ye, Encik Haikel. Kitorang nak cepat ni. Nak pergi makan kenduri. Jumpa di Pusat Ekuin nanti?”

Sure! Nice meeting you again Joyah and....”

“Eshan.”

Bang Han memperkenalkan diri. Haikel mengangguk sambil tersenyum lebar. Apabila tangan Bang Han dan dia bercantum, makin pelik ekspresi muka Haikel. No! Kau dah ada mamat motor besar. Jangan nak tarik abang kesayangan aku ni ke dunia korang. Aku tak izinkan!!!! Cepat-cepat aku peluk Bang Han kuat-kuat. Tangan yang bercantum tu sengaja aku leraikan.

Okay...see ya Encik Haikel. Daa!!!”

Sekelip mata, aku terus mengheret Bang Han pergi dari situ. Tak aku kalih-kalih ke belakang sebab aku tahu, mamat peramah, handsome dan songsang itu pasti pandang ke arah kami berdua. Bulu roma aku dah tegak. Malah, masa aku peluk Bang Han tadi pun, abang aku yang handsome macam retis Korea ni pun turut dapat goosebump apabila Haikel pandang dua tiga macam pada dia tadi. Kasihan abang aku. Baru saja kena tinggalkan dengan Kak Lana, dah kena himpit dengan kaum sejenisnya. Hiii!!! Aku tak izinkan abang aku kena ngorat!!! Over my dead body!

“Mana jiran sebelah?” 

Razin merapatkan kerusi ke meja. Meja yang masih dipenuhi cawan-cawan panjang Morelli’s diperhatikan. Haikel masih dengan tawanya. Entah apa yang menarik hati dia pun tak tahulah. Keluar saja dari tandas tadi, Razin tengok hanya ada Haikel di kawasan makan-makan itu. Budak helmet dan kekasih dia, dah hilang. 

“Zen, aku rasa ada orang dah salah faham la.”

“Salah faham apa?” 

Dah baca Bismillah, secepat kilat Razin menyudu Mango Gelato.

“Pasal kita.”

Haikel makin galak ketawa. Apabila Razin menjongket kening, dia balas dengan geleng-geleng. Nantilah, belum sampai masanya dia buka cerita pada sweetheartnya itu. One fine day. One fine day ya, Joyah and Zen.

Pada yang nak tahu...ini canter..


Ni rising trot...macam Haikel buat masa nak pergi ke Razin..

4 comments:

Unknown said...

ingat suka2 jer buat cite nie.. tapikan ok juga. mesti ada sambungan nie sebab mcm tergantung jer...

Mirei May said...

TQ sis rozita sudi klik2 citer ni...=)) asalnya memang suka2 nak wat..tapi cam ter 'encourage' tuk tambah2 lagi beberapa part pasni..^^, *smile*

itasukri said...

Waaaa nape riing trot punya vid akak x dpt tgkkk

Mirei May said...

kalau baca thru fon memang tak dapat tengok kak ita..tengok guna laptop boleh ^^0