Friday 23 January 2015

Encik Abang Kuda! (Versi Buku)

ENCIK ABANG KUDA!



N
AMA aku Khayla. Khayla sahaja. Pelajar tahun akhir, jurusan Pentadbiran Perniagaan, Universiti Putra Malaysia. Disebabkan aku ni pelajar senior dan banyak subjek-subjek teras Universiti aku dah khatam awal-awal semester dulu, jadi hujung semester ni aku hanya fokus pada satu subjek teras dan tiga subjek Elektif sajalah. Dan oleh sebab aku terlalu banyak masa terluang, nak kerja cari duit dekat The Mines kemalasan tu bermaharajalela, aku buat kerja gila dengan lima orang kawanku, kami mendaftar kelas menunggang kuda.

Kuda? Bukan kuda padi ye anak-anak. Kuda betul, yang orang selalu bawa racing tu. Tinggi-tinggi, besar, gagah perkasa....hah, kuda itu la. Asalnya aku pergi Pusat Ekuin UPM hanya nak ambil gambar atas kuda dan pekerja-pekerja di situ akan tarik tali kuda keliling sand paddock


Sumpah, aku ingatkan servis di sini macam tu. Sekali mereka kata mereka tak buat servis begitu di Pusat Ekuin UPM. Kalau nak tunggang kuda, kena daftar kelas menunggang dengan mereka. Belajar menunggang dan jika berminat, boleh sambung kelas lagi setelah 10 jam masa kelas menunggang itu tamat. 

Aku pandang kawan-kawan aku. Kawan-kawan aku, Kauthar, Yana, Shai, Zai dan Hanum semua menggeleng. Aku? Aku pun menggeleng juga. Bawa kuda sendiri? Tak ada orang pegang? Eh, boleh ke? Tak jatuh ke nanti? Nah, banyak gila benda negatif yang bersarang dalam kepala otak aku. 

Masa aku tengah kawtim dengan Tuan Haji, pengurus pusat ekuin itu, ada seorang lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi muncul dan parking betul-betul di sebelah aku. Terhenti terus perbualan kami mengenai kuda. Mata kini terarah pada Kawasaki Ninja ZX10R warna hijau yang diparkir elok di sebelahku.

Handsome! Motor dia....Memang peel aku, kalau nampak orang bawa motor besar, mesti mata dan mulut ni sebulat suara memuji ketampanan motosikal yang ditunggang, bukan penunggangnya. Mata ni dah terbiasa tengok penunggang-penunggang motosikal berkuasa tinggi di RnR. Nak jumpa yang handsome sampai angau, aku rasa memang jarang-jarang. Hehe. Selamba je aku mengata kan? Tak pasal-pasal kena boikot dengan Uncle Bikers nanti. Ampun pakcik!

Berbalik pada mamat motor besar yang parking sebelah aku tu. Sebaik sahaja dia menanggalkan topi keledarnya, semua mata di situ termasuklah Jade berpaling serentak ke arah lelaki itu. Terpegun. Untuk makluman, Jade itu kuda Mare ye. Mare dalam istilah kuda  ialah kuda betina. 

Berbaka thoroughbred, Jade merupakan kuda yang paling biasa digunakan untuk kelas menunggang. Kalau aku daftar belajar dengan Tuan Haji, dia akan beri aku tunggang Jade sebab dalam banyak-banyak kuda di sini, Jade agak rendah dan kecil tubuhnya. Sesuailah untuk aku yang berbadan langsing ni. Perasan sokmo!

Apa pula cerita panjang berjela pasal Jade ni? Mana mamat motor besar? Aku berpusing-pusing ke kiri dan ke kanan mencari bayang tubuh lelaki itu namun hampa. Bayang dia dah ditelan tandas lelaki. Haih, Khayla. Tu la kau. Apahal boleh melongo pula? Tak pasal-pasal aku dah kehilangan jejak lelaki itu. Wajarkah aku menunggu dia di depan tandas tersebut? 

Dang! Ingat semula tujuan kau datang ke sini Khayla. Kau datang sebab nak tunggang kuda, bukannya nak menggatal cari lelaki bawa motor besar. Silap haribulan, motor yang dia bawa tu motor pinjam. Saja nak bergaya depan awek. Ish, macam tak logiklah pula. Bukan ke orang yang menunggang kuda ni semuanya berduit belaka? Kaya raya? 

Ekuestrian kan sukan untuk golongan berada. Golongan pertengahan macam aku yang masih mengharap ihsan PaMa ni, mana mampu nak tunggang kuda bagai. Naik Merry Go Round tu pun entah-entah minta sponsor papa juga. No, no, no. Jangan melayang jauh sangat. Fokus semula pada percakapan Tuan Haji tu Khayla. Dia dah pandang senget tu. Fo~kus!

“Jadi ke nak daftar kelas menunggang ni?” Soal Tuan Haji padaku. Aku masih ragu-ragu.

“Kami ni, nama je pelajar tahun akhir pakcik. Tapi kelas kami ada certain masa tu pack sampai ke petang terutamanya hari Rabu dan Jumaat. Kalau seminggu sekali je kami datang belajar boleh tak?”

Ayat nak selamatkan diri. Nak belajar menunggang sekurang-kurangnya kena hadir ke kelas dua kali seminggu. Aku dan kawan-kawan dah terangkat-angkat kening. Masing-masing seakan dapat meneka bahawa itu hanya ayat nak lepaskan diri kami sahaja. Agenda terlindung. Apabila kami berkalih memandang Tuan Haji, dia sedang memegang dagu sambil mengangguk-angguk. Sudah! Dia fikir apa pula tu?

Hmm. Boleh juga kalau nak seminggu sekali saja datang kelas. Nanti saya arrangekan jadual.”

Tidak!!!! Aku rasakan kelima-lima mata kawanku dah terarah pada diri ini. Kalau renungan mereka itu laserlah, aku rasa aku dah jadi debu dah. Punyalah bahaya. Aku tahu kawan-kawanku sedang mengamuk pada aku ketika ini. Tapi apa yang boleh aku lakukan? Redha dan tabah sajalah apabila melihat nama aku, Kauthar, Hanum, Yana, Zai dan Shai dah bertepek di papan putih berhampiran bilik peralatan menunggang.

Err...bila boleh mula menunggang pakcik?” Tanya Zai, kawan baikku yang paling comel dan kecil antara kami berenam. 

Sempat jari Zai mengutil pinggangku. Merah-merah mukaku menahan sakit. Hukuman pertama. Ada lima lagi habuan yang bakal aku terima sekejap lagi.

“Hari ni dah penuh. Minggu depan bolehlah. Saya tak boleh letak semua nama dalam satu sesi. Kuda yang kita guna pun agak limited. Tiga orang boleh mula awal, kelas pukul 3.30 petang. Baki tiga orang lagi akan mula sejam kemudian. Dalam ramai-ramai ni, siapa yang volunteer nak masuk kelas hari Khamis pukul 3.30 petang?”

“Khayla!!” 

Aku menjengilkan mata. Semua kawan-kawanku sebulat suara meletakkan aku sebagai orang pertama menunggang kuda pada hari Khamis minggu depan. Berat betul hukuman nan satu ni. Patutkah aku pasrah?



“O
PPS...sori!” Ucapku sambil membantu tubuh di hadapanku ini mengambil helmetnya yang sudah bergolek di atas lantai batu. 

Akibat buru-buru nak masuk ke tandas selepas sesi suai kenal kuda-kuda yang ada di Pusat Ekuin ini, aku tak sedar terempuh lelaki yang baru keluar dari tandas di sebelah tandas perempuan. Tandas siapa sebelah tandas perempuan? Mestilah tandas lelaki kan? Dah ada dua jantina saja dalam dunia ini yang Allah ciptakan. 
 
Aku pegang hidung yang sedikit penyek. Kutarik-tarik dengan jari untuk memancungkannya semula. Helmet warna hitam yang aku hulurkan pada lelaki itu sikit pun tak mahu diambilnya. Tak nak ke ni? Kalau tak nak, aku rembat. Dahlah mahal helmet dia. Ada ke peralatan kuda yang murah-murah Khayla? 

Sekali lagi, tak ada! Nasib baik Pusat Ekuin ni sewakan peralatan menunggang untuk pelajar-pelajarnya. Ada boot dan helmet pelbagai saiz yang boleh aku gunakan untuk kelasku pada minggu hadapan. Mudahlah urusanku nanti. 

“Macam tu ke cara minta maaf?”

Aku terkejut. Uih? Kasarnya nada. Dengan hati penuh sebal, aku mendongak memandang lelaki yang berani naik angin pada perempuan lemah lagi tak berdaya seperti aku. Waduh, propa habis. Ikutkan perangai buas aku, silap haribulan aku dan mamat bawa motor besar ni dah bergusti depan tandas. Ingat aku tak berani nak lawan ke? Jangan ingat aku katik daripada dia, aku akan sewenang-wenangnya membiarkan dia memaki hamun aku sesuka hati. 

Ini Khayla. Aku dah terbiasa bergusti WWE dengan abang-abangku di rumah. Nak ajak beradu tenaga boleh saja. Sebaik sahaja mata kami bertentang, jantung aku terus gugur. Dari semangat nak beramuk, hati aku terus layu. Sumpah. Aku tertarik melihat matanya. Mata hijau lelaki itu sangat jarang dimiliki oleh orang-orang di Malaysia. Mat Salleh ke? 

Setahu aku hanya 1 hingga 2% saja populasi di dunia ini memiliki mata hijau seperti mamat depan aku ni. Kebanyakannya lahir di negara Eropah Utara. Entah-entah mamat ni orang Jerman tak? Tapi muka tu...muka tu tak macam Mat Salleh pun! Konfius habis ni.

“Hallo HÏ‹bscher! Ucapku laju dengan otak kosong. 

Mamat motor besar membesarkan lagi matanya. Terkejut kot aku cakap Jerman dengan dia. Aku cepat-cepat pekup mulut yang selamba memuntahkan pujian pada lelaki itu. Dalam hati tak putus-putus aku berdoa supaya dia tak faham apa yang aku katakan pada dia sebentar tadi. Kalau dia faham, naya aku. Mesti aku datang ke Pusat Ekuin ni pakai kotak, nak balut mukaku yang dah tebal sepuluh inci ni.

VerrÏ‹ckt!” Balas lelaki itu kasar sebelum merampas helmet di tanganku lalu melangkah menuju ke arah seekor kuda hitam yang telah siap menantinya di tepi jalan menuju ke out trail

Aku kekal melopong. Tak percaya yang lelaki itu pun tahu berBahasa Jerman. Malunya, malunya! Dia faham dan fasih cakap Jerman! Ya Rabbi, kenapalah aku boleh panggil dia handsome di luar sedar tadi? Patutnya aku kekalkan kehenseman tu pada motornya saja, bukan pada dia. Tengok! Tak pasal-pasal dia panggil aku gila.

Bunyi hentakan kaki kuda di belakangku membuatkan aku segera berpaling pada seorang penunggang lelaki yang asyik mengusap-usap kudanya. Terbeliak sekali lagi mataku melihat keindahan ciptaan Allah yang satu ini juga. Oh, aku tak nafikan, lelaki yang pandai menunggang kuda memang layak digelar Encik Prince Charming. Machonya dia menunggang sambil menggerak-gerakkan pinggangnya ke depan dan ke belakang mengikut gerakan kaki kuda tu. Daebak, daebak!

Muka yang kacak tu pun satu aset buatnya. Gilalah. Tak sia-sia aku menempel dekat Pusat Ekuin ni hari ini. Jumpa stok-stok lelaki edisi terhad saja. Haih, kalaulah kawan-kawan baik aku tak balik awal selepas mendaftar tadi, mesti mereka pun cair tengok lelaki atas kuda putih ni. Sebiji macam SM Faliq. Lebih macho dan gagah dia sikit saja dari pewaris konglomerat terkenal seantero negara itu.

Sampai di sisiku, lelaki memakai T-Shirt Polo belang biru dan putih itu melemparkan senyuman manisnya kepadaku. Aku balas sambil menundukkan sedikit kepala ke bawah. Tak boleh pandang lama-lama. Mamat motor besar yang tengah bersiap-sedia nak mount atas badan kuda tu leka pandang ke arah sini. Entah-entah ini kawan baik dia. Tak pun...girl....errr...boy....err...hish! Aku tepuk-tepuk muka.

Ya Allah, berdosa tuduh orang bukan-bukan Khayla. Husnuzon, husnuzon.’

“Kesian you kena angin lintang my sweetheart. Forgive him ya. Hari ni mood dia tak baik. Sebab tu dia marah-marah. Selalunya dia baik dengan semua orang.”

Sweetheart? Oh my, panas. Panas anak tekakku. Telinga aku yang hari-hari aku korek ni tak salah dengar kan? Dia panggil mamat motor besar tu sweetheart? SWEETHEART?

“Jalan dulu ya.” 

Sambil membuat bunyi cicak berdecit dan menghentakkan sikit hujung tumit ke badan si kuda putih kesayangannya, kekasih mamat motor besar mula memacu kudanya ke depan. Aku hanya balas dengan anggukan.

Oh, by the way...” Si dia menarik tali rein. Terhenti gerakan kudanya. Aku kembali mendongak tinggi ke arah lelaki berambut perang ini. “I’m Haikel. And you are?”

“Joyah.” Ucapku selamba. 

Selepas tahu mereka ni golongan songsang, tak ingin aku beritahu nama penuh pada Haikel. Nama pun pelik. Haikel. Sah bukan orang Malaysia ni. Sebab tu selamba badak saja mengaku gay. Ye ke dia mengaku dia gay? Kau jangan serkap jarang saja, Cik Mek Khayla. Dia panggil mamat motor besar tu sweetheart. Macamlah kau tak biasa panggil Kauthar, Yana, Shai, Zai dan Hanum tu sayang. 

Tapi sayang orang perempuan ni lain. Tak macam lelaki. Kalau kami panggil kawan kami sayang, bermakna kami sayang dia sebagai kawan semata-mata. Tak lebih. Itu prinsip aku la. Lampirkan perasaan sayang pada kawan-kawanku dengan menggelar mereka menggunakan panggilan manja seperti sayang, dear, sweetie berbanding panggil nama sebenar mereka. Tapi kalau lelaki yang panggil begitu....hish, tegak bulu romaku!

“Jo? What? Joyah?” 

Dia tersengih-sengih. Lucu mungkin sebab dengar nama tak komersil aku. Aah, abaikan, abaikan. Tak penting pun bagi dia mengetahui nama sebenar aku.

Kenapa? Encik ada masalah ke dengan nama saya?”

No! Please..don’t get me wrong. I think your name is cute. Ya la. Siapa yang mahu letak nama macam tu zaman moden ni kan? But, the way you mention your name with that attitude, I tak tahu kenapa, I terjatuh hati pada ketegasan you. You tak rasa malu nak memberitahu nama yang mak dan ayah you telah beri pada you, which is actually good for you. You nampak bangga sangat bila sebut nama you Joyah. Sesetengah orang ni, bila dah datang ke bandar, nama kampung begitu terus diubah. Khadijah jadi Katty la, Fatimah jadi Emma la and so on. But you....you are different my girlAnd I don’t know why, I think I like you.” 

‘Perli ke apa mamat ni?’ Aku garu kepala.

“Haikel!!!!” 

Mamat motor besar yang sudah berada di atas kudanya merenung tajam padaku. Kuda yang ditunggangnya pun dah tak sabar-sabar nak keluar ke Padang Ragut UPM namun dengan sebelah tangan memegang rein, dia masih selamba mengawal kuda hitam tersebut. Uhhh, sini macho. Sana berganda-ganda machonya walaupun muka seperti tertelan jeruk mangga asam boi. Tak tahu nak beri pada siapa untuk pegang mahkota Prince Charming Edisi Encik Abang Kuda

My sweetheart dah panggil. Gerak dulu ya. Oh ya, Joyah...” Dia masih melengah-lengahkan masa. “Nama sweetheart I depan tu Razin. Til we meet again. Nice to meet you, Joyah. Bye.”

Sempat dia mengenyitkan matanya kepadaku sebelum trot menghampiri mamat motor besar. Sekejapan, kedua-duanya diiringi dua orang penunggang Pusat Ekuin UPM mula memacu kuda masing-masing ke padang ragut. Aku gelengkan kepala.

Apa faedah yang aku dapat kalau Haikel beritahu nama mamat motor besar tu pada aku? Teringin pun tak di hati ini nak berkenalan dengan lelaki berlagak bagus macam tu. Sudahlah. Baik aku lepaskan hajat aku sekarang. Sekejap lagi Tuan Haji bilang dia mahu melepaskan pelajar-pelajar yang dah boleh menunggang sendiri ke sand paddock yang besar tu. Mereka nak buat canter sekali. Bolehlah aku tengok kuda-kuda ni berlari-lari anak dalam paddock. Haih, tak sabarnya nak pandai menunggang. Aku pun nak jadi seperti mereka dan....Aku toleh ke belakang. Bayang Haikel dan sweetheartnya sudah tidak kelihatan di mana-mana.

Tak sabar nak jadi macam diorang jugak. Satu hari nanti Khayla. Satu hari nanti....’


8 comments:

Unknown said...

hi, Mira...Cite sajer2 ya nie. Kenapa tak buat cerpen kalau dah ada idea. boleh isi kekosongan semantara tunggu novel seterusnya... hehe hanya cadangan sajer...

LaDy DeLLaZ said...

wahhh.. incik kuda~~
rindu nk tunggang kuda semula ye my? :)

Mirei May said...

Hi sis rozita..haha..saya x pndai buat cerpen sebenarnye...nukilan ni tercetus pun sbb tertgk helmet dlm stor..in shaa Allah, jika bkesempatan n ada idea nk tulis saya jadikn ni cerpen ya....smlm amik mood relakskn minda..^^o tu ayat jadi skema abes citer ni..tq dear sis sudi baca =))

Mirei May said...

Hahaha sweetheart..rindu gak nk ride D...sobs! Memang rindu pun..nak2 pula ramai yg kata my dh gain weight..super duper weight..semangat nk kurus cam dulu! *insertmukaorangpenuhsemangatkatsini* hiks~

itasukri said...

Mukadimah yg baik..

Teruskan may...ada bakatt...cerita menarik

Ku suka kudaa
Kak itasukri

Mirei May said...

Terima kasih, Kak Ita ^^,

hehe...May pun suka kuda...sebab tu tulis cerita tentang kuda ^^

Unknown said...

i know Jade.. She's lovely horse.. and beautiful too..

Mirei May said...

Owh wow!!! Salam kenal...ride di upm jugak ke? Segan plak sbb ada yg kenal Jade baca citer saya ^^ yeah..she's too lovely, cute and beautiful to handle...miss her so much ^^