ENCIK ABANG KUDA!
N
|
AMA aku Khayla. Khayla sahaja.
Pelajar tahun akhir, jurusan Pentadbiran Perniagaan, Universiti Putra Malaysia.
Disebabkan aku ni pelajar senior dan banyak subjek-subjek teras Universiti aku
dah khatam awal-awal semester dulu, jadi hujung semester ni aku hanya fokus
pada satu subjek teras dan tiga subjek Elektif sajalah. Dan oleh sebab aku
terlalu banyak masa terluang, nak kerja cari duit dekat The Mines kemalasan tu
bermaharajalela, aku buat kerja gila dengan lima orang kawanku, kami mendaftar
kelas menunggang kuda.
Kuda? Bukan kuda padi ye anak-anak. Kuda betul,
yang orang selalu bawa racing tu. Tinggi-tinggi, besar, gagah
perkasa....hah, kuda itu la. Asalnya
aku pergi Pusat Ekuin UPM hanya nak ambil gambar atas kuda dan pekerja-pekerja
di situ akan tarik tali kuda keliling sand
paddock.
Sumpah, aku ingatkan servis di sini macam tu.
Sekali mereka kata mereka tak buat servis begitu di Pusat Ekuin UPM. Kalau nak
tunggang kuda, kena daftar kelas menunggang dengan mereka. Belajar menunggang
dan jika berminat, boleh sambung kelas lagi setelah 10 jam masa kelas
menunggang itu tamat.
Aku pandang kawan-kawan aku. Kawan-kawan aku,
Kauthar, Yana, Shai, Zai dan Hanum semua menggeleng. Aku? Aku pun menggeleng
juga. Bawa kuda sendiri? Tak ada orang pegang? Eh, boleh ke? Tak jatuh ke
nanti? Nah, banyak gila benda negatif yang bersarang dalam kepala otak aku.
Masa aku tengah kawtim dengan Tuan Haji, pengurus pusat ekuin itu, ada seorang
lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi muncul dan parking betul-betul di sebelah aku. Terhenti terus perbualan kami
mengenai kuda. Mata kini terarah pada Kawasaki Ninja ZX10R warna hijau yang
diparkir elok di sebelahku.
Handsome! Motor dia....Memang peel aku,
kalau nampak orang bawa motor besar, mesti mata dan mulut ni sebulat suara
memuji ketampanan motosikal yang ditunggang, bukan penunggangnya. Mata ni dah
terbiasa tengok penunggang-penunggang motosikal berkuasa tinggi di RnR. Nak
jumpa yang handsome sampai angau, aku
rasa memang jarang-jarang. Hehe.
Selamba je aku mengata kan? Tak pasal-pasal kena boikot dengan Uncle Bikers nanti. Ampun pakcik!
Berbalik pada mamat motor besar yang parking
sebelah aku tu. Sebaik sahaja dia menanggalkan topi keledarnya, semua mata di
situ termasuklah Jade berpaling serentak ke arah lelaki itu. Terpegun. Untuk
makluman, Jade itu kuda Mare ye. Mare dalam istilah kuda ialah kuda
betina.
Berbaka thoroughbred, Jade merupakan kuda
yang paling biasa digunakan untuk kelas menunggang. Kalau aku daftar belajar
dengan Tuan Haji, dia akan beri aku tunggang Jade sebab dalam banyak-banyak
kuda di sini, Jade agak rendah dan kecil tubuhnya. Sesuailah untuk aku yang
berbadan langsing ni. Perasan sokmo!
Apa pula cerita panjang berjela pasal Jade ni?
Mana mamat motor besar? Aku berpusing-pusing ke kiri dan ke kanan mencari
bayang tubuh lelaki itu namun hampa. Bayang dia dah ditelan tandas lelaki. Haih, Khayla. Tu la kau. Apahal boleh
melongo pula? Tak pasal-pasal aku dah kehilangan jejak lelaki itu. Wajarkah aku
menunggu dia di depan tandas tersebut?
Dang! Ingat semula tujuan kau
datang ke sini Khayla. Kau datang sebab nak tunggang kuda, bukannya nak
menggatal cari lelaki bawa motor besar. Silap haribulan, motor yang dia bawa tu
motor pinjam. Saja nak bergaya depan awek. Ish,
macam tak logiklah pula. Bukan ke orang yang menunggang kuda ni semuanya
berduit belaka? Kaya raya?
Ekuestrian kan sukan untuk golongan berada.
Golongan pertengahan macam aku yang masih mengharap ihsan PaMa ni, mana mampu
nak tunggang kuda bagai. Naik Merry Go
Round tu pun entah-entah minta sponsor papa juga. No, no, no. Jangan melayang jauh sangat. Fokus semula pada
percakapan Tuan Haji tu Khayla. Dia dah pandang senget tu. Fo~kus!
“Jadi ke nak daftar kelas menunggang ni?” Soal
Tuan Haji padaku. Aku masih ragu-ragu.
“Kami ni, nama je pelajar tahun akhir pakcik.
Tapi kelas kami ada certain masa tu pack sampai ke petang
terutamanya hari Rabu dan Jumaat. Kalau seminggu sekali je kami datang belajar
boleh tak?”
Ayat nak selamatkan diri. Nak belajar menunggang
sekurang-kurangnya kena hadir ke kelas dua kali seminggu. Aku dan kawan-kawan
dah terangkat-angkat kening. Masing-masing seakan dapat meneka bahawa itu hanya
ayat nak lepaskan diri kami sahaja. Agenda terlindung. Apabila kami berkalih
memandang Tuan Haji, dia sedang memegang dagu sambil mengangguk-angguk. Sudah!
Dia fikir apa pula tu?
“Hmm. Boleh
juga kalau nak seminggu sekali saja datang kelas. Nanti saya arrangekan
jadual.”
Tidak!!!! Aku rasakan kelima-lima mata kawanku
dah terarah pada diri ini. Kalau renungan mereka itu laserlah, aku rasa aku dah
jadi debu dah. Punyalah bahaya. Aku tahu kawan-kawanku sedang mengamuk pada aku
ketika ini. Tapi apa yang boleh aku lakukan? Redha dan tabah sajalah apabila
melihat nama aku, Kauthar, Hanum, Yana, Zai dan Shai dah bertepek di papan
putih berhampiran bilik peralatan menunggang.
“Err...bila
boleh mula menunggang pakcik?” Tanya Zai, kawan baikku yang paling comel dan
kecil antara kami berenam.
Sempat jari Zai mengutil pinggangku. Merah-merah
mukaku menahan sakit. Hukuman pertama. Ada lima lagi habuan yang bakal aku
terima sekejap lagi.
“Hari ni dah penuh. Minggu depan bolehlah. Saya
tak boleh letak semua nama dalam satu sesi. Kuda yang kita guna pun agak limited.
Tiga orang boleh mula awal, kelas pukul 3.30 petang. Baki tiga orang lagi akan
mula sejam kemudian. Dalam ramai-ramai ni, siapa yang volunteer nak
masuk kelas hari Khamis pukul 3.30 petang?”
“Khayla!!”
Aku menjengilkan mata. Semua kawan-kawanku
sebulat suara meletakkan aku sebagai orang pertama menunggang kuda pada hari
Khamis minggu depan. Berat betul hukuman nan satu ni. Patutkah aku pasrah?
“O
|
PPS...sori!” Ucapku sambil membantu
tubuh di hadapanku ini mengambil helmetnya yang sudah bergolek di atas lantai
batu.
Aku pegang hidung yang sedikit penyek.
Kutarik-tarik dengan jari untuk memancungkannya semula. Helmet warna hitam yang
aku hulurkan pada lelaki itu sikit pun tak mahu diambilnya. Tak nak ke ni?
Kalau tak nak, aku rembat. Dahlah mahal helmet dia. Ada ke peralatan kuda yang
murah-murah Khayla?
Sekali lagi, tak ada! Nasib baik Pusat Ekuin ni
sewakan peralatan menunggang untuk pelajar-pelajarnya. Ada boot dan helmet pelbagai saiz yang boleh aku gunakan untuk kelasku
pada minggu hadapan. Mudahlah urusanku nanti.
“Macam tu ke cara minta maaf?”
Aku terkejut. Uih? Kasarnya nada. Dengan hati penuh sebal, aku mendongak
memandang lelaki yang berani naik angin pada perempuan lemah lagi tak berdaya
seperti aku. Waduh, propa habis. Ikutkan perangai buas aku, silap haribulan aku
dan mamat bawa motor besar ni dah bergusti depan tandas. Ingat aku tak berani
nak lawan ke? Jangan ingat aku katik daripada dia, aku akan sewenang-wenangnya
membiarkan dia memaki hamun aku sesuka hati.
Ini Khayla. Aku dah terbiasa bergusti WWE dengan
abang-abangku di rumah. Nak ajak beradu tenaga boleh saja. Sebaik sahaja mata
kami bertentang, jantung aku terus gugur. Dari semangat nak beramuk, hati aku
terus layu. Sumpah. Aku tertarik melihat matanya. Mata hijau lelaki itu sangat
jarang dimiliki oleh orang-orang di Malaysia. Mat Salleh ke?
Setahu aku hanya 1 hingga 2% saja populasi di
dunia ini memiliki mata hijau seperti mamat depan aku ni. Kebanyakannya lahir
di negara Eropah Utara. Entah-entah mamat ni orang Jerman tak? Tapi muka
tu...muka tu tak macam Mat Salleh pun! Konfius habis ni.
“Hallo HÏ‹bscher!” Ucapku laju dengan otak kosong.
Mamat motor besar membesarkan lagi matanya.
Terkejut kot aku cakap Jerman dengan dia. Aku cepat-cepat pekup mulut yang
selamba memuntahkan pujian pada lelaki itu. Dalam hati tak putus-putus aku
berdoa supaya dia tak faham apa yang aku katakan pada dia sebentar tadi. Kalau
dia faham, naya aku. Mesti aku datang ke Pusat Ekuin ni pakai kotak, nak balut
mukaku yang dah tebal sepuluh inci ni.
“VerrÏ‹ckt!” Balas lelaki itu kasar sebelum merampas helmet
di tanganku lalu melangkah menuju ke arah seekor kuda hitam yang telah siap
menantinya di tepi jalan menuju ke out trail.
Aku kekal melopong. Tak percaya yang lelaki itu
pun tahu berBahasa Jerman. Malunya, malunya! Dia faham dan fasih cakap Jerman!
Ya Rabbi, kenapalah aku boleh panggil dia handsome di luar sedar tadi?
Patutnya aku kekalkan kehenseman tu pada motornya saja, bukan pada dia. Tengok!
Tak pasal-pasal dia panggil aku gila.
Bunyi hentakan kaki kuda di belakangku
membuatkan aku segera berpaling pada seorang penunggang lelaki yang asyik
mengusap-usap kudanya. Terbeliak sekali lagi mataku melihat keindahan ciptaan
Allah yang satu ini juga. Oh, aku tak nafikan, lelaki yang pandai menunggang
kuda memang layak digelar Encik Prince
Charming. Machonya dia menunggang sambil menggerak-gerakkan pinggangnya ke
depan dan ke belakang mengikut gerakan kaki kuda tu. Daebak, daebak!
Muka yang kacak tu pun satu aset buatnya.
Gilalah. Tak sia-sia aku menempel dekat Pusat Ekuin ni hari ini. Jumpa
stok-stok lelaki edisi terhad saja. Haih,
kalaulah kawan-kawan baik aku tak balik awal selepas mendaftar tadi, mesti
mereka pun cair tengok lelaki atas kuda putih ni. Sebiji macam SM Faliq. Lebih
macho dan gagah dia sikit saja dari pewaris konglomerat terkenal seantero
negara itu.
Sampai di sisiku, lelaki memakai T-Shirt Polo
belang biru dan putih itu melemparkan senyuman manisnya kepadaku. Aku balas
sambil menundukkan sedikit kepala ke bawah. Tak boleh pandang lama-lama. Mamat
motor besar yang tengah bersiap-sedia nak mount atas badan kuda tu leka
pandang ke arah sini. Entah-entah ini kawan baik dia. Tak pun...girl....errr...boy....err...hish! Aku tepuk-tepuk muka.
‘Ya Allah,
berdosa tuduh orang bukan-bukan Khayla. Husnuzon, husnuzon.’
“Kesian you kena angin lintang my sweetheart.
Forgive him ya. Hari ni mood dia tak baik. Sebab tu dia
marah-marah. Selalunya dia baik dengan semua orang.”
Sweetheart? Oh my, panas. Panas anak tekakku. Telinga aku yang hari-hari aku
korek ni tak salah dengar kan? Dia panggil mamat motor besar tu sweetheart? SWEETHEART?
“Jalan dulu ya.”
Sambil membuat bunyi cicak berdecit dan
menghentakkan sikit hujung tumit ke badan si kuda putih kesayangannya, kekasih
mamat motor besar mula memacu kudanya ke depan. Aku hanya balas dengan
anggukan.
“Oh, by the way...” Si dia menarik tali rein. Terhenti gerakan kudanya. Aku
kembali mendongak tinggi ke arah lelaki berambut perang ini. “I’m Haikel.
And you are?”
“Joyah.” Ucapku selamba.
Selepas tahu mereka ni golongan songsang, tak
ingin aku beritahu nama penuh pada Haikel. Nama pun pelik. Haikel. Sah bukan
orang Malaysia ni. Sebab tu selamba badak saja mengaku gay. Ye ke dia mengaku
dia gay? Kau jangan serkap jarang saja, Cik Mek Khayla. Dia panggil mamat motor
besar tu sweetheart. Macamlah kau tak biasa panggil Kauthar, Yana, Shai,
Zai dan Hanum tu sayang.
Tapi sayang orang perempuan ni lain. Tak macam
lelaki. Kalau kami panggil kawan kami sayang, bermakna kami sayang dia sebagai
kawan semata-mata. Tak lebih. Itu prinsip aku la. Lampirkan perasaan sayang
pada kawan-kawanku dengan menggelar mereka menggunakan panggilan manja seperti
sayang, dear, sweetie berbanding panggil nama sebenar mereka. Tapi kalau lelaki
yang panggil begitu....hish, tegak
bulu romaku!
“Jo? What? Joyah?”
Dia tersengih-sengih. Lucu mungkin sebab dengar
nama tak komersil aku. Aah, abaikan,
abaikan. Tak penting pun bagi dia mengetahui nama sebenar aku.
“Kenapa?
Encik ada masalah ke dengan nama saya?”
“No! Please..don’t get me wrong. I
think your name is cute. Ya la. Siapa yang mahu letak nama macam tu zaman
moden ni kan? But, the way you mention your name with that attitude, I
tak tahu kenapa, I terjatuh hati pada ketegasan you. You tak rasa malu nak
memberitahu nama yang mak dan ayah you telah beri pada you, which is
actually good for you. You nampak bangga sangat bila sebut nama you Joyah.
Sesetengah orang ni, bila dah datang ke bandar, nama kampung begitu terus
diubah. Khadijah jadi Katty la, Fatimah jadi Emma la and so on. But
you....you are different my girl. And I don’t know why, I
think I like you.”
‘Perli ke apa mamat ni?’ Aku garu kepala.
“Haikel!!!!”
Mamat motor besar yang sudah berada di atas
kudanya merenung tajam padaku. Kuda yang ditunggangnya pun dah tak sabar-sabar
nak keluar ke Padang Ragut UPM namun dengan sebelah tangan memegang rein, dia masih selamba mengawal kuda
hitam tersebut. Uhhh, sini macho.
Sana berganda-ganda machonya walaupun muka seperti tertelan jeruk mangga asam
boi. Tak tahu nak beri pada siapa untuk pegang mahkota Prince Charming Edisi Encik Abang Kuda.
“My sweetheart dah panggil. Gerak dulu
ya. Oh ya, Joyah...” Dia masih melengah-lengahkan masa. “Nama sweetheart
I depan tu Razin. Til we meet again. Nice to meet you, Joyah. Bye.”
Sempat dia mengenyitkan matanya kepadaku sebelum
trot menghampiri mamat motor besar.
Sekejapan, kedua-duanya diiringi dua orang penunggang Pusat Ekuin UPM mula
memacu kuda masing-masing ke padang ragut. Aku gelengkan kepala.
Apa faedah yang aku dapat kalau Haikel beritahu
nama mamat motor besar tu pada aku? Teringin pun tak di hati ini nak berkenalan
dengan lelaki berlagak bagus macam tu. Sudahlah. Baik aku lepaskan hajat aku
sekarang. Sekejap lagi Tuan Haji bilang dia mahu melepaskan pelajar-pelajar
yang dah boleh menunggang sendiri ke sand
paddock yang besar tu. Mereka nak buat canter
sekali. Bolehlah aku tengok kuda-kuda ni berlari-lari anak dalam paddock. Haih, tak sabarnya nak pandai menunggang. Aku pun nak jadi seperti
mereka dan....Aku toleh ke belakang. Bayang Haikel dan sweetheartnya
sudah tidak kelihatan di mana-mana.
‘Tak sabar
nak jadi macam diorang jugak. Satu hari nanti Khayla. Satu hari nanti....’
8 comments:
hi, Mira...Cite sajer2 ya nie. Kenapa tak buat cerpen kalau dah ada idea. boleh isi kekosongan semantara tunggu novel seterusnya... hehe hanya cadangan sajer...
wahhh.. incik kuda~~
rindu nk tunggang kuda semula ye my? :)
Hi sis rozita..haha..saya x pndai buat cerpen sebenarnye...nukilan ni tercetus pun sbb tertgk helmet dlm stor..in shaa Allah, jika bkesempatan n ada idea nk tulis saya jadikn ni cerpen ya....smlm amik mood relakskn minda..^^o tu ayat jadi skema abes citer ni..tq dear sis sudi baca =))
Hahaha sweetheart..rindu gak nk ride D...sobs! Memang rindu pun..nak2 pula ramai yg kata my dh gain weight..super duper weight..semangat nk kurus cam dulu! *insertmukaorangpenuhsemangatkatsini* hiks~
Mukadimah yg baik..
Teruskan may...ada bakatt...cerita menarik
Ku suka kudaa
Kak itasukri
Terima kasih, Kak Ita ^^,
hehe...May pun suka kuda...sebab tu tulis cerita tentang kuda ^^
i know Jade.. She's lovely horse.. and beautiful too..
Owh wow!!! Salam kenal...ride di upm jugak ke? Segan plak sbb ada yg kenal Jade baca citer saya ^^ yeah..she's too lovely, cute and beautiful to handle...miss her so much ^^
Post a Comment