Sunday 1 February 2015

Encik Abang Kuda! 3 (Versi Buku)


ENCIK ABANG KUDA! 3



P
EJAM celik pejam celik, hari Khamis pun tiba. Tamat saja kuliah Pengurusan Bank, aku terus bergegas pulang ke kolej. Kauthar dan Yana awal-awal dah beritahu aku mereka akan ke Pusat Ekuin dengan menaiki kereta Kauthar. Aku diajak sama. 

Sebab aku nak bina stamina sebelum melompat atas badan kuda karang, aku menolak untuk tumpang kereta Kauthar. Aku mahu tunggang basikal aku sendiri saja nanti. Jual mahal konon. Tak penat ke bawa basikal naik bukit tinggi tepi ladang kelapa sawit sebelum sampai Stadium UPM tu Khayla? Hmm...we’ll see on it! Aku ni suka mencabar diri. Kalau semput karang, adalah alasan aku nak mula lambat kelas menunggang tu.

Tepat pukul 3 suku petang, Kauthar mesej aku, kata dah sampai depan SGS (School of Graduate Studies). Dia dan Yana tunggu aku tepi jalan sebab dia risau aku naik basikal seorang diri. Nak iringi aku dari belakang katanya. Uh, terharu sungguh dengan keprihatinan kawan-kawan baikku sayang ini. 


Sebaik sahaja keluar dari Kolej 14, aku dah nampak kereta Kauthar menantiku. Dengan gaya the pocket rocket girl, aku pun pecut tatkala menyisir di tepi Wira hijau metalik Kauthar sambil tergelak besar. Kerja gila. Ke tengah ke tepi aku bawa basikal. Kauthar di belakang dah jadi pengiringku. Tak teragak langsung nak potong jalanku.

“Opp...oppp....Oppa  Gangnam Style.”

Walaupun lembu-lembu New Zealand saja yang sedang memagut rumput dekat ladang UPM ketika ini, nak juga aku nyanyi lagu kuda tu. Motif? Sebab nak naik kuda kejap lagi, haruslah berGangnam Style kan? Selama ni eksesais tarian kuda saja dalam bilik. Kali ni memang aku akan naik kuda betul-betul. Yippie, yippie. Nasib baik Bang Han fly ke Maldives dua hari! Dia tak dapat tengok aku tunggang kuda untuk kali yang pertama. Hoho! Bangga, bangga!

Pon! Pon! 

Terangkat kedua-dua kaki aku ke atas. Yah, Kauthar! Apahal hon orang tak bagi hint dulu? Aku toleh ke belakang. Kauthar dan Yana tunjuk benda hitam terbaring tengah-tengah jalan nun 50 meter dari tempat aku berada sekarang. Bapakkan besar batu. Kalau kereta langgar ni, mahu terpelanting macam cerita Transformers. 

Dah jadi warga prihatin dan berperikemanusiaan menggolekkan batu besar itu ke tepi jalan, aku meneruskan kayuhanku menuju ke Pusat Ekuin UPM. Hati semakin berdebar-debar apabila ternampak kuda-kuda yang bakal kami tunggangi sedang memanaskan badan di tengah paddock. Tiga orang instructor ditugaskan untuk melatih kuda-kuda itu. Kagum!

 “Eh, awal sampai?” Tegur Tuan Haji yang baru keluar dari pejabat ketika kami melalui pejabat menuju ke tandas. Aku tenung penampilan Tuan Haji atas bawah. Wah, Tuan Haji pun pengajar kami ke? Daebak, daebak!

“Hari Khamis kelas sampai pukul 12 je Tuan Haji. Tu yang boleh bajet masa nak ke sini tu.”

Aku berbasa-basi. Kauthar dan Yana awal-awal dah menghilangkan diri di dalam tandas. Sakit perut kot? Banyak kupu-kupu dalam tu. Kan kami nak naik kuda kejap lagi. Aku pun dah rasa kecut ni tapi muka tetap maintain. Kenalah tunjuk macho kan?

“Kayuh basikal ke nak datang ke sini tadi?” 

Pasti dia perasan tangan aku tersarung glove untuk penunggang basikal. Aku mengangguk. Peluh dah memercik ke pipi dan dahi. Penangan mengayuh macam masuk acara keirin Sukan Olimpik. Lencun habis. Belum naik kuda lagi dah terbakar 100 kalori. Naik kuda kejap lagi silap hari bulan 1000 kalori terbakar. Ye ye aa je

“Kereta tak ada.” Jawabku jujur.

“Tak tumpang kawan?”

“Kolej lain-lain. Saya kolej 14, yang lain kolej 5.”

Banyak betul cerita kami. Tuan Haji mengangguk-angguk.

“Siaplah. Ambil boot dan helmet. Kejap lagi kita jumpa tepi paddock, saya nak bagi briefing sikit.”

“Permisi Tuan Haji.”

Tak tunggu lama, aku terus menyelit ke dalam tandas perempuan. Belum sempat daun pintu kututup, Tuan Haji menegurku lagi.

“Nanti masukkan baju dalam seluar ya. Baju awak dan kawan-kawan labuh tutup punggung. Nak tunggang kuda, baju kena kemas, tight in supaya nanti tak tergelincir. Kalau tergelincir, jatuh atas pasir, effect teruk. Salah landing boleh patah.”

Uih? Seram pula aku dengar nasihat Tuan Haji. Cepat-cepat aku tutup pintu setelah Tuan Haji berlalu ke stable kuda coklat belang putih tertulis nama Paint di atas dinding. Jatuh? Patah? Bang Han, takut!!!

Apabila aku toleh ke belakang, Kauthar dan Yana dah sumbat hujung baju dalam seluar jeans masing-masing. Terjungkit kening aku ke atas. Pantas sekali dong!



“O
KAY! Memandangkan hari ini merupakan hari pertama Khayla, Kauthar dan Yana menunggang, sejam yang awal ni kita akan belajar walk dahulu.”

Walk? Jalan-jalan saja? Alahai, kenapa tak gallop terus?  

“Selama sejam ke kita akan walk Tuan Haji?”

Budak kecik tak makan saman ni nak juga berlagak dengan senior yang dah mahir menunggang kuda. Tuan Haji hanya senyum saja.

“Iya.” Merudum semangat kami. “Kalau dah boleh imbang dan serasi dengan pergerakan kuda, kita akan cuba buat trot. Tapi selalunya kami akan tengok keupayaan student tu juga. Dulu ada yang dah boleh imbang badan atas kuda, tapi bila kami nak masuk stage kawalan kedua iaitu trot, student menjerit tak berani. Takut. Sebab tu sejam kelas pertama ni, kami buat walk dan belajar imbangan saja dulu. Tak mahu student rasa stress kena belajar banyak benda dalam satu jam. Kalau boleh, kami mahu student betul-betul mahir dalam sesuatu pergerakan tu kemudian barulah kami lanjutkan dia ke trot dan akhir sekali canter. Faham kan?”

Dengar cakap instructor!’ 

Bang Han muncul lagi dalam benakku walaupun jasadnya tika ini jauh beribu batu. Aku segera meminta maaf pada Tuan Haji. Agaknya dia tahu aku memandang remeh padanya tadi. Ampun, ampun. Dengan baik hati, Tuan Haji pun memaafkan aku. Taubat dah nak lawan cakap dia dan tunjuk pandai lagi. 

Walaupun dah terbiasa tengok Bang Han menunggang kuda, biarlah aku jadi orang bodoh, langsung tak tahu apa-apa kali ni. Lagipun, aku memang tak pernah naik kuda pun selama ni. Setakat tengok tanpa merasai pengalaman tu, tak ke mana Khayla.

“Hari ni Kauthar belajar dengan saya, Yana dengan Fazrin dan Khayla dengan Aiden.”

Aiden? Aku tengok lelaki kecil dan kurus melidi, tinggi beberapa inci daripadaku sedang menarik kuda berwarna chesnut menuju ke paddock. Sampai di tepi pagar kayu, dia mengangkat tangan pada seorang pengajar yang sedang melatih kudanya di tengah-tengah bulatan kecil yang memisahkan antara paddock kecil dan paddock utama.

“Fazrin, aku nak masuk!”

“Masuk la.”

Opp! Siap ada etika nak masuk ke dalam paddock tu. Bukan boleh saja-saja terjah ek? Kalau ada tok guru dekat paddock tu, kau kena minta izin dulu. Rasa kagumku memuncak. Aku pandang Aiden yang sedang menutup pintu pagar kayu. Jadi, budak kecik ni pengajar aku yang pertama. Mata berkalih pula ke belakang. Kenapa? Kenapa kuda aku besar sangat? Muka aku ni pun tak lepas atas badan kuda tu. One word! Seram.



A
IDEN masih sibuk melatih Hobo, si chesnut gagah perkasa itu di tengah-tengah paddock kecil. Sesekali matanya melirik padaku. Baru aku perasan, dialah staf Pusat Ekuin yang menunggang bersama couple songsang di padang ragut minggu lepas. Huhu...garang betul mukanya. Tak padan dengan kecik. Muka macam komando. Kuda besar dan tinggi. Pengajar pula masam mencuka. Nasib, nasib. 

Aku toleh pada Kauthar dan Yana. Masing-masing dah tersenyum-senyum menunggang di atas Paint dan Anchor Minka. Pengajar mereka nampak sporting dan cakap lemah-lembut. Kuda mereka pun comel lote. Kecil dan nampak jinak. Kuda aku saja yang mengerikan. Tidak!

Fweett!!”

Aiden bersiul. Digamit aku supaya masuk ke dalam paddock. Dengan pantas aku berlari ke arah Aiden. Bersemangat waja dan tak sabar nak naik kuda.

Slow-slow. Jangan terpa macam tu. Nanti dia ingat awak ni musuh. Jangan berdiri dekat belakang dia!!!!”

Kus semangat. Dari nada rendah tetiba jadi soprano. Kasar habis Aiden ni. Kalau aku ni tak ada tiga orang abang, agak-agak dah meleleh hingus dan air mata kena jerkah begitu. Sebab aku ada tiga orang abang sengal, hati aku pun turut keras seperti mereka. Aku masih buat muka selamba. Tak berperasaan saja aku berdiri di sebelah Aiden. 

“Kenapa tak boleh berdiri dekat belakang dia?”

“Nanti dia tendang.”

“Oooo...”

Pendek perbualan kami. Malas nak tanya lebih-lebih. Penerangan Aiden ringkas dan mudah difahami.

“Sekarang kena buat apa dulu?” Soal Aiden. 

Aku jungkit bahu. Manalah aku tahu. Selalu aku tengok Bang Han terus panjat atas Alexander. Jadi, aku kena panjat jugalah ya?

“Pegang tengkuk kuda ni.” Arah Aiden dengan suara garaunya.

Aku ikut. Besarnya leher kuda ni. Nyum-nyum. Banyaknya daging. Salai sedap ni. Sambil berangan-angan, aku mengusap dengan penuh kasih sayang leher kuda Aiden.

“Nama kuda yang awak nak tunggang ni Hobo. Say hi to Hobo supaya dia tahu awak tuan baru dia sekarang.”

Hi, Hobo.” 

Macam lembu dicucuk hidung, aku ikut saja arahan Aiden.

Now kiss his cheek.”

Weh? Cium kuda? Bang Han tak buat pun!!! Aku mula nak protes tapi apabila terperasan Tuan Haji dan Fazrin dah pandang aku dua macam sebab tak naik-naik dari tadi, cepat-cepat aku halakan bibir ke pipi Hobo. Cup! Busuk! Aiden tergelak-gelak. Hampeh!

“Betul la cakap Haikel. You are something.”

Haikel? Mamat songsang tu? Makin berapi hatiku. Apa yang dia tahu pasal aku daripada Haikel? Mana mamat tu? Meh sini, aku nak belasah dia sikit. Dahlah tak kenal rapat pun, sibuk nak bercerita tentang aku pada orang lain, apahal?

“Okay, sekarang awak dah boleh naik. Hobo dah bagi keizinan.” Ucap Aiden. 

Hobo dari tadi tak henti-henti menganggukkan kepalanya. Memang bagi izin sangat-sangat dah tu. Terus aku jatuh sayang pada si Gelding (kuda jantan yang dah dikasi/dipotong alat kelaminnya) ini.

“Nak panjat macam mana?” Soalku bodoh.

“Pernah naik kuda tak sebelum ni?”

“Selalu tengok abang saya tunggang. Masa kecik-kecik dulu ayah ada beli kuda. Tapi bila kami nak pindah rumah baru, ayah jual kuda tu pada kawan dia. Jadi tak sempat nak belajar menunggang dulu-dulu.”

“Okay, takpe. Sebelum menunggang, pastikan awak ukur stirrup ni ikut panjang tangan awak.”

Aiden menurunkan stirrup yang dilingkarkan di atas saddle betul-betul di depanku. 

“Tak pendek ke? Kalau nak kira antara kaki dengan tangan, panjang kaki kita lagi.”

“Ye, betul. Tapi kalau awak ikut ukuran kaki awak tu, nanti stirrup ni loose. Awak susah nak grip betis pada badan kuda. Jadi awak akan mudah hilang kawalan dan jatuh. Sebab tu kita ukur dengan panjang tangan kita. Lebihkan sampai ke belakang ketiak sikit. Kalau tak selesa nanti kita ukur semula bila awak dah ada atas Hobo nanti.”

Ikut sajalah Khayla. Jangan banyak songeh. Aiden dah pro macam Bang Han. Baik ikut cakap dia.

“Aiden..nak mengorat pun, kasi la dia mount dulu.”

Fazrin gelak besar. Berpusing dia 360 darjah mengikut gerakan Anchor Minka yang ditunggang Yana. Yana pun turut menggelakkan aku. Kawan baik, diorang ni jahat tau kawan baik. Kenapa kau join diorang kenakan aku?

“Yang ni dah ada yang cop dah.” Balas Aiden turut gelak besar. 

Aku paling menyampah dengar lelaki berborak gatal. Miang tu semua melekat dekat aku. Gelilah.

Sedang aku beria-ia mengukur tanganku, aku terdengar bunyi siulan di luar paddock dan memanggil nama Aiden. Serentak kami berpaling ke belakang.

“Tak payah nak menyibuk. Dia panggil saya. Dah siap ukur dekat sini, pergi ukur dekat sebelah kiri pula.” Tegasnya. Aku mencebik. 

Yup, Joe.”

“Nak masuk.”

Please, help yourself.”

Aiden dan lelaki bernama Joe itu buat tabik hormat antara satu sama lain. Seekor kuda hitam berjalan gagah di sisi Joe. Seperti pernah kulihat kuda itu. Rambutnya yang beralun lembut, kakinya yang tirus dan panjang serta badannya yang kekar dan nampak beberapa urat timbul, menampakkan sisi hebat kuda hitam yang tak aku ketahui namanya itu. Maklumlah, semua kuda di sini mempunyai nama masing-masing. Pasti si hitam ini pun ada namanya sendiri.

“Haikel dan Zen datang ke hari ni, Joe?”

Haikel? Zen? Razin? No! Kenapa takdir selalu menyatukan aku dengan pasangan kekasih tu? 

“Zen je. Haikel outstation. Pukul 5 dia sampai. Aku tolong lunging. Senang dia nak ride terus.”

Out ride lagi ke?”

Hei, Aiden! Aku dah siap nak naik ni. Kau sibuk berborak buat apa? Sengaja je ambil masa aku kan? Kalau aku mula lambat, lambatlah aku habis. Kalau aku lambat habis, aku akan bertemu mamat motor besar tu. Pukul berapa dia datang tadi? Pukul 5? Ini dah pukul 3.40. Begitu begini pukul 4.40 aku tamat kelas. Cepat aku habis, cepatlah aku cha alif ba wau ta. Aku tak mahu terserempak dengan mamat tu lagi!!!

“Tak. Zen nak ride dalam paddock je hari ni.”

“Okaylah.”

Sepeninggalan Joe, Aiden kembali menatap mukaku. Keningnya berkerut-kerut.

“Kenapa tak naik lagi?”

“Mana saya tahu nak naik macam mana?”

“Lah....” 

Ada rasa tak puas hati di hujung nadanya. Aku tetap tayang muka kelat. Kelas pertama yang sangat mengecewakan. Aku tak enjoy datang menunggang hari ni. Tak sabar nak habiskan sesi.

“Angkat kaki kiri dan selitkan celah stirrup iron ni. Hujung boot tu kenakan pada girth, jangan tusuk dekat badan Hobo, sakit dia nanti.”

Aku ikut suruhan Aiden. Kasihan pada Hobo yang bergerak ke kanan kerana kakiku terkena perutnya sebentar tadi.

“Okay, tangan pegang saddle. Tangan kiri dekat muncung depan, tangan kanan pula dekat muncung belakang.”

Dapat. Aiden berpuas hati. 


“Okay, sekarang lonjakkan badan tu dan....”

Tup! Sekelip mata aku dah mount atas badan Hobo. Aiden nak senyum tak nak senyum saja melihat muka berlagakku. Pasti dia bangga aku dapat panjat badan Hobo yang besar gedabak ini sekali cubaan saja. Tiga orang abang, Aiden. Tiga orang abang. 

Aku ni ratu panjat pokok. Setakat panjat badan Hobo, macam makan kacang saja. Terlalu mudah. Err...panjat sajalah. Turun, selalunya aku melompat dalam pelukan Bang Han. Kuda ni? Aci tak kalau aku minta orang Maldives tu balik sini sekejap?

“Untuk first timer, I should give a credit for you. Bravo! Selalu kita guna kerusi untuk panjat ke atas.” Ungkap Aiden sambil memuncung pada kerusi plastik di luar kawasan paddock

Aku ternganga. Ceh! Dia kenakan aku lagi? Berapa banyak si Haikel tu upah Aiden untuk cari pasal dengan aku ni? Sepanjang masa aku membiarkan Hobo membawaku jalan-jalan. Sikit pun aku tak pandang muka pengajarku walaupun beberapa kali juga dia cuba nak berbual denganku. Minggu depan memang aku pilih orang lain yang ajar aku. Aku nak cop Tuan Haji. Apa nak jadi, jadilah. Menyampah aku dengan Aiden.



B
UNYI enjin motor besar yang baru memasuki Pusat Ekuin UPM membuatkan hatiku bergendang tak enak. Kauthar dan Yana dah jadi penonton setia di tepi paddock. Zai, Shai dan Hanum pula baru sampai untuk memulakan kelas. Aku pula masih berjalan-jalan menghirup udara berpasir di atas badan Hobo. Bila nak tamat ni? Lebih pukul lima kot. Saja je Aiden nak buat naya pada aku.

“Okay, Khayla. Kelas kita dah tamat. Awak boleh turun sekarang.”

“Kerusi?”

“Naik boleh, takkan turun tak boleh?” Usiknya. Aku tetap memasamkan muka. “Hai, Zen!”  

Buntang mataku. Si mamat motor besar dengan gaya Ratu Elizabeth sibuk melambai-lambaikan tangannya pada Fazrin dan Tuan Haji yang nyata senang dengan kehadirannya di situ. Aiden terus menarik aku ke tepi paddock. Mentang-mentang dia pegang lunging rein, sesuka hati dia tarik Hobo dan aku ke arah lelaki itu ek? Kawan-kawan baik aku dah sakan menggelakkan muka cemberutku.

Hey, bro. What’s up? Sihat?” 

Ramah betul Mamat Songsang 1 menegur Aiden. Mereka berjabat tangan. Muka aku dijamahnya dua tiga saat sebelum tersenyum-senyum pada Aiden semula. Apa kena dengan kau, Labu?

“Sihat. Sorang je ke? Haikel outstation mana?”

“Jepun. Tiga minggu dia dekat sana. Pagi tadi I hantar dia ke KLIA. Dia kirim salam pada semua.”

“Waalaikumussalam.”

Dalam tak nak dengar perbualan mereka, sempat juga aku betulkan letak telingaku ini. Mamat peramah dan songsang 2 tu outstation di Jepun? Hebatnya kerja dia. Jepun tu. Ish, ish ish...jealous tahap gaban.

Aku pandang mamat motor besar yang kebetulan turut memandang ke arahku. 

Handsome? Check

Smart? Check!

Short-circuit? Double triple check!

Entah bilalah dia ni nak kembali ke pangkal jalan.

“Belajar apa hari ni?” Soal Razin sambil memuncung ke arahku.

Walk je.” Jawab Aiden sambil gelak melambak. 

Apa yang lawaknya aku belajar berjalan? Semua beginner akan mula belajar berjalan tau tak? Kau mula-mula nak bertatih dulu terus belajar berlari ke Aiden? Nak saja aku mengeluarkan ayat tu pada Aiden tapi aku tahan.

“Zen! Fazrin dan Tuan Haji sibuk latih students. You tolong I bantu budak ni turun daripada kuda boleh tak? I nak pergi tandas kejap.”

Lunging rein bertukar tangan. Aiden keluar ke tepi paddock dan Razin pula mengambil alih tempat Aiden. Ditarik Hobo dan aku ke tengah paddock semula. Weh, Aiden tinggalkan aku begitu je? Berani dia memberikan aku pada Razin? Tak melanggar peraturan dan undang-undang kelas menunggang ke tu?

Aku tenung mamat motor besar. Segak penampilannya dengan long boot bertali dan helmet hitam di kepala. Sah dia nak menunggang sebentar nanti. Yang dia sibuk-sibuk tolong aku kenapa? Aku tak suka dia tolong aku turun daripada kuda ni!!!

“Pandai turun sendiri?” Soalnya sambil mengusap-usap leher Hobo. 

Hidung mancungnya dilagakan dengan hidung Hobo. Bukan main kuyu-kuyu lagi mata Hobo menerima gesekan manja Razin. Euww!!! Kuda jantan pun suka dia. Makin senget otak aku nak fikir baik-baik mengenai lelaki ini.

“Tak!” Ucapku dalam segan. Malu okay tengok aksi melampau free depan mata!

 “Senang je. Ikut apa yang I cakap. Mula-mula, pandang atas bukit depan You tu.”

Walaupun merepek, aku ikut je. Budak baru belajar katakan.

Now, keluarkan kedua-dua kaki you dari stirrup iron. Slow and steady. Don’t rush, nanti this fella terkejut.”

Baik pula mood mamat motor besar hari ni. Boleh pun cakap elok-elok. Minggu lepas siapa yang dah jentik angin dia sampai semua jenis puting beliung nak melekat pada dia?

“Biasa tengok The Lord of The Rings?” 

Aku mengangguk. Mahal betul suaraku nak berbual dengannya.

“Banyak scene diorang turun dari kuda dengan sebelah kaki ada terletak pada stirrup iron kan?” 

Angguk lagi. Entah aku ingat entah tidak pelakon-pelakon tu buat seperti yang Razin katakan. Seingat aku, gaya super akrobatik Legolas waktu nak naik kuda dengan Gimli paling meninggalkan kesan dalam otak ni. Sangat kekartunan si Legolas yang suka cover handsome tu lalu bawah leher kuda dan terus melonjakkan badan ke atas kuda tu. Realitinya, merepek! 


“Cara tu bahaya. I tak nak ajar you buat gaya begitu since you masih hijau dalam bidang ni. Now lean your abdomen closely to the saddle. Perlahan-lahan angkat kaki sebelah kanan. Yeah, you are doing good....and....”


(Writer's note : wieeee VINCENZO tunjukkan cara sama yang saya belajar dulu. Hearts ❤❤❤❤❤❤❤)

Aku terus menurunkan kaki pendekku ke atas pasir. Dang! Mana pasir?

“Mak!!!”

Terlupa pula si Hobo ni tinggi melangit. Panjat badan dia memang senang, bila nak turun Ya Rabbi, habis semua rasa takut tu menjunam dalam diri. Ngeri. Menyesal aku suka cakap besar.

I got you...I got you....”

Entah apa gaya yang aku buat sekarang. Memalukan sungguh. Pinggang aku elok berada dalam pelukan Razin. Hobo di sisi begitu galak mendengus. Sukalah tu ada adegan selamatkan cik puan kau dengan si mamat motor besar. Siapa suruh kau tinggi sangat Hobo? Kan dah terpeletok kaki aku ni.

“Terima kasih.” Ucapku menahan malu.

Tanpa memandangnya, aku terus melangkah keluar dari paddock cepat-cepat. Seorang gadis Melayu berambut panjang mengambil tempatku masuk ke dalam paddock kecil itu.

Err...sorry. You kena tunggu Aiden. I tak ajar orang.”

“Tapi girl sebelum I tadi?”

“Dia...dikecualikan.”

Razin senyum lebar. Batang tubuh Khayla diperhatikan sehinggalah gadis itu hilang di dalam bilik peralatan menunggang.




A
KU menyesal kerana menghina mamat motor besar. Aku menyesal kerana bersikap dingin dengannya. Aku makin menyesal kerana mengutuk dia sepanjang perjalanan pulang ke kolejku. Telefon bimbit yang terdampar di dalam longkang besar berhampiran padang ragut UPM ini aku pandang dengan hati berbaur. Telefon dah rosak. Terbenam dalam pasir longkang ni. Macam mana aku nak minta tolong Kauthar menjemputku?

Aku melemparkan pandanganku 1000 meter ke hadapan. Indahnya pemandangan padang ragut UPM. Kenapa aku tak pernah lepak tepi longkang ni dulu dan tengok lembu-lembu mulai pulang ke kandang masing-masing? Kenapa hari ni aku mesti duduk berteleku dekat tepi jalan ni dan mengira-ngira lembu di depanku? Kenapa....

Rasa berdenyut-denyut di lutut dan siku membuatkan aku tidak berani untuk memandang ke tempat tersebut. Seluar jeans yang aku pakai dah lencun dengan warna merah. Membuak-buak cecair pekat dan likat itu mengalir turun. Siku pula berasa begitu perit. Sakit. Basikal yang dah tak ada bentuk basikal pun lagi terdampar elok di sisiku. Sunyinya jalan kecil ni. Berbeza dengan jalan di seberang highway sana. Penuh dengan kenderaan.

Batu besar yang aku golekkan ke tepi jalan sebelum kedatangan aku ke Pusat Ekuin tadi aku tenung dengan rasa amarah membuak-buak. Sebab kau batu, aku terpelanting tepi longkang. Sebab kau batu, tayar depan basikal aku dah tak ada rupa tayar dah. Besi dah senget-benget. Aah, kenapa aku kena harungi semua ni? Tak ada sesiapakah yang boleh tolong aku? Shai, Zai, Hanum...mana korang?

Kau banyak dosa Khayla. Kau ejek mamat motor besar tu. Kau tuduh dia gay sedangkan kau tak tahu dia tu betul-betul gay atau pun tidak. Kau marah dan kutuk dia sebab peluk pinggang kau sedangkan kau tahu dia hanya nak tolong kau je. Patutlah kau terima balasan ni. Banyak sangat kau mengata Razin tu. Padanlah muka!’

Aku pekup tangan ke muka. Hati dipagut rasa bersalah. Tanpa rasa malu, aku menangis teresak-esak di tepi longkang tersebut. 

“Mamat motor besar! Aku minta maaf!!!” 

Aku dapat rasa muka aku hodoh gila kala ini. Suasana semakin lama semakin gelap. Sah, dah nak Maghrib. Walaupun aku tak boleh solat, tapi aku tak mahu duduk dekat tepi longkang ni waktu Maghrib. Seram.

“Korang ada kat mana? Kenapa lambat sangat habis riding? Uuuu....”

Bunyi deruman motosikal yang dah kerap menyapa gegendang telinga ini semakin lama semakin hampir ke arah tempatku bertapa. Aku kesat air mata laju-laju. Dengan muka kubuat sehabis ceria, aku tergelak-gelak tanpa sebab sambil menunding ke arah padang ragut nan menghijau. 

Berlakon beb berlakon. Bunyi tu sah motor Razin. Aku tak nak dia nampak aku dekat sini. Tapi dah aku seorang diri bertapa tepi longkang, mestilah mamat tu pelik kan? Kalau dia ada perikemanusiaan, mesti dia berhenti.

Tiba-tiba bunyi bising itu menyepi. Bunyi enjin motor yang dimatikan turut mematikan seketika nafasku. Lepas tu macam-macam bunyi lagi aku dengar dekat sebelah kananku ini. Aku tak berani nak berkalih. Bertabah sajalah dengar derap tapak kasut itu menghampiri aku. Tak sangka, dia memang spesies berperikemanusiaan juga. Huhu.

“Joyah?”

Jo-yah? Aku mendongak memandang Mamat Songsang 1. Full face helmet ditanggalkan seraya diletakkan di atas tangki minyak motornya. Kenapakah aku nampak dia macho habis bila tanggalkan helmet tu? Aah, jiwa kacau!

“Kenapa you duduk dekat sini?” Tanyanya risau. Laju dia mencangkung di tepi longkang ini.

Jangan buat baik dengan aku. Aku ni tak ada sweetheart lagi. Nanti aku terjatuh chenta, susah kau nanti mamat motor besar. Dahlah saingan aku pergi outstation sampai ke Jepun. Lagi kecik diri ini kurasakan. Sempat lagi otak senget aku berfungsi.

“Hei, kaki you.”

Kali ni memang aku tak cover dah. Habis meleleh hingus dan air mata sebab aku dah tak mampu menahan sakit.

“Da...Dah....Ko...koyak...lutut dah koyak...”

Syuttt. Let me see.”

“Nanak...sakit!”

Dah macam apa entah aku rasa. Cakap pun macam budak-budak. Razin tak pedulikan laranganku. Penuh hati-hati dia mengangkat lututku yang terjuntai dalam longkang ke atas. Meraung tak ingat aku. Kalut lelaki itu nak mendiamkan aku. 

Nak buat macam mana? Dah aku tak pernah dapat luka sebegini teruk. Paling teruk pun calar dua inci. Itupun sebab tersembam atas karpet depan TV masa berebut remote dengan Bang Han dan Bang Ren. Kali ni lutut aku dah terkoyak. Besar koyakannya. Siap boleh nampak tulang tu lagi. Huwaaa!!! Buruk dah lututku. Mesti kena jahit ni. Tidak! Tak mahu ada parut dekat lutut!!!

Razin dengan pantas melakukan kerja-kerja merawat. Diikat dengan tuala Good Morningnya di bahagian atas pahaku untuk menghentikan darah. Lepas tu aku nampak dia mendail nombor telefon seseorang sebelum bercakap bahasa medik dengan orang dalam talian. Apakah?

“Jom, I bawak you pergi klinik.”

“Basikal saya?”

“Tinggal je la dekat situ. Tak ada orang nak curi punya.”

“Siapa kata? Besi basikal ni boleh jual tau. Saya tak nak pergi selagi basikal saya tak selamat. Lagipun Bang Han yang hadiahkan basikal ni pada saya. Saya sayang.”

Sekali lagi dia mendail nombor telefon seseorang. Aku kepit handle basikal aku ketat-ketat. Sayang ni. Bang Han bagi selepas aku menang Anugerah Dekan semester lepas. Dia beri sebab nak suruh aku pergi beriadah dekat Bukit Ekspo. Aku pakai untuk pergi menunggang kuda. Sah-sah la kena ketulahan.

“Haji. Maaf ganggu. Haji dah habis ajar student ke?”

Dia diam beberapa saat. Sambil mengelap lelehan darah aku dengan tisu, dia kembali bersuara.

“Haa...that girl. Zen jumpa dia tepi longkang, sebelah padang ragut ni. Dia jatuh basikal. Err..nak minta tolong Haji bawa Hilux ke sini. Boleh tak?”

Diam lagi. Aku makin tak faham. Budak baru nak mengenal dunia, apa je yang dia tahu kan? Dengar sajalah perbualan orang lagi berpengalaman daripada dia. Dan itulah kerja aku. Dengar dan dengar perbualan panjang antara Tuan Haji dan Razin bersama air mata yang begitu payah dan liat mahu berhenti mengalir.

“Lagi satu Haji. Ada tak.....”

Dia terus membelakangi aku. Suaranya pun dibisikkan lembut. Aku masih menumpukan perhatian pada kecederaan lutut yang aku alami. Mama.....

8 comments:

Anonymous said...

Lucu je citer ni..hehe..cepat sambung Alanna & Ferran!! Lama tunggu :) :)

Mirei May said...

Lama tunggu eh? Sori tau wat cik anon tunggu lama-lama..nanti saya update ek! TQ sebab sudi singgah baca citer Abang Kuda! *smile!* ^_^V

Unknown said...

hehe. best plak cite abg kuda nie. Selalu buat cite sedih sekali sekala buat cite sengal best juga. really enjoy it. Ada sambungan dia kan ??

Mirei May said...

hehehe..hi sis! ^^, terhibur ek dengan abang kuda? TQ sudi baca tau..in shaa Allah, ada sambungannya nanti...saya memang habiskan kat blog saja..citer ni memang sengal sket..takde nangis2..^_^V *smile sis!*

adaa icah said...

best cite ni 😀

zana-norzana said...

best cerita ni. nanti sambung lagi ya!!

Mirei May said...

aada icah dearie: makasih dear sudi klik2 cerita abang kuda jugak...^_^V smile!

Mirei May said...

Zana-norzana dearie: Terima kasih dear sebab suka cerita ni...hehe...in shaa Allah, nanti saya buat sambungannya ya...sekarang saya tengah siapkan sambungan novel Biar Rindu Melayang..Encik Abang Kuda! selalunya terbit ilham bila saya dalam mood sengal saya...hahaha...lepas update novel saya update citer kuda tu kay...smile!!! ^_^V