Sunday 11 July 2021

2021 : MEMORI PKP ^^,

 Assalammualaikum,

Hai Encik Blog!!!

Do you miss me? ^^,


Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan Julai. Sekejap je kan Encik Blog, dah nak akhir tahun? Bila tibanya Julai, saya akan jadi sentimental sikit. Bulan ni, ramai kesayangan saya sambut birthday ^^, Dan 2 Julai yang lalu, andai diputar semula masa ke dua tahun lepas, hari jadi anakanda kedua saya, JATUH CINTA SEKALI LAGI. Dah dua tahun dah JCSL. Memori yang terbina sewaktu menyiapkannya dulu, tak pernah padam dari ingatan. ^^, Sekarang dia dah jadi big boy. Beshar dah anak Umi. Saengil Chuka Hamnida, sayang. Semoga terus membahagiakan pembaca-pembaca Umi ya. Semoga sabar dengan segala dugaan yang Allah titipkan buat kita. Yang baik hatinya, pasti akan nampak segala kebaikan dalam dirimu. Hari-hari kita kena jadi kuat. Aracci? Umi sayang awak. Hangsang geurigo yeongwonhi. Sama juga dengan abang, ENCIK ABANG KUDA. Umi sayang kedua-dua anak Umi ^^, Hearts!

Pembaca saya dah mula bertanyakan tentang adiknya, Encik Blog. Teehee...

In shaa Allah, bila sampai masanya nanti, anak-anak itu akan dilahirkan juga. Buat masa ni, saya tak mahu beri harapan yang tak pasti pada mereka yang sudi menunggu kemunculan anakanda saya. Hanya satu saja yang saya pohon daripada pembaca-pembaca setia saya agar dapat doakan segala urusan kami dipermudahkan. Aamiin ^^, I want to make them happy again. Jadi, saya sangat berhati-hati kali ni sewaktu menulis. Berhati-hati yang macam mana tu?

Hmmm...

Tak boleh dedahkan sekarang. Bila mereka baca cerita itu nanti, in shaa Allah, mereka akan faham maksud saya. Peace!

Okay, Encik Blog. Kalau saya bercerita pasal kerja saya ni, mahu berjela-jela panjangnya macam entri Februari hari tu. ^_^V So, kita move on ke cerita lain pulaklah ek? Okay, Encik Blog? Okay, okay?

Good! Let's continue ^^,


MAY BUAT APA MASA PKP? KENAPA MENYEPI BERBULAN-BULAN? MEDSOS LANGSUNG TAK AKTIF.

Mian hae, teman-teman di FB, IG, WhatsApp dan Blog. Setiap kali saya muncul di semua platform ni, mesti kesayangan akan putar soalan ini. Deep inside, saya terharu bila mereka bertanya. Dapat saya rasa yang saya masih diingati. Terima kasih. Pandemic hit us hard. Atas sebab itu, saya menyepi. Bila saya online, saya banyak membaca. Kadang terbaca sesuatu yang tidak menyenangkan. Makanya, saya off kehidupan saya di dunia maya, saya on that button brightly untuk dunia nyata. I keep myself busy in real life. Saya akui, saya memang tak jenguk langsung WhatsApp. My bestie, Mimi, call hari tu. Siap kena ceramah percuma dari Mie sebab saya tak balas-balas mesej WhatsApp dia. Ahahahaha...nak balas macam mana sebab saya memang tak buka pun. Dan WhatsApp saya pun bermasalah. Notifikasi tak keluar di skrin telefon saya. Kena saya buka aplikasi tu dulu, barulah segala mesej tu keluar. Jadinya bila saya tak buka WhatsApp, saya tak tahu siapa yang mesej saya.

Mian hae, mian hae, mian hae.

I talk less and less until I have no words to say anymore. Ikutkan, dalam hati ni, banyak benda saya nak bercerita. Tapi saya tahan. Sebab saya tahu, ramai sangat sahabat saya yang struggle dengan kehidupan mereka sekarang. Ada yang menangis bila tak tahan dengan beban kerja dari rumah. Bila saya dengar rintihan mereka, perlu ke saya cerita pula tentang diri saya? At this stage, saya refleks pada situasi. They have enough on their plate. Jangan ditambah beban mereka lagi...

Stop, May...

Encik Blog yang comel,

Saya dah apply untuk divaksin sejak Februari hari tu. Dan akhirnya, setelah 5 bulan menunggu dan menjadi peminat setia MySejahtera, tiada aral in shaa Allah, minggu ni saya akan terima suntikan dos pertama. 

Perasaan?

Berdebar. Semakin mendekati tarikh, semakin dup dap dup dap jantung ni. Harap semuanya dipermudahkan esok. Doakan saya ya. Mak dan ayah saya Alhamdulillah, dah selamat terima dua dos suntikan. Saya bersyukur sangat bila pantau keadaan mak dan ayah, syurga saya ni sihat tanpa sebarang kesan sampingan. Semoga mak dan ayah terus dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan hendaknya. Aamiin. Allah, jaga mak dan ayah saya. I love them for the rest of my life ^^, 


MAY, NAK BUAT APA MASA PKP NI? MENTAL DAH BREAKDOWN. STRES SANGAT!

Bila kerajaan umumkan PKP demi PKP akan dilaksanakan, sebagai seorang manusia biasa, saya tak terkecuali daripada merasai perasaan tu. Dulu, saya selalu ke laut untuk menenangkan jiwa. Bila PKP, saya dah tak boleh tengok laut lagi. Saya tak dapat bawa mak, ayah berjalan-jalan lagi. Dan ya. Benda ni memang mendatangkan stres. Saya tertanya-tanya, bila semua ni nak berakhir? *nanges*

Tapi...

Entahlah. Bila semua anasir negatif tu nak meracuni fikiran, ada saja kemudahan yang Allah beri. Terasa segala doa yang pernah dipohon dulu, dikabulkan pada masa yang tepat. Dulu saya pernah terasa payah bila nak pergi Watson. Yang terdekat dengan tempat tinggal saya, nun di Freeport A Famosa sana. Bila PKP, automatik saya tak boleh melawat Freeport ^_^V 

Jadi, saya mengeluh + mengadu dekat adik. Lepas ni susahlah saya nak cari barang saya. Kan best kalau ada Watson dekat rumah kita ni. Adik gelak sajalah. Mungkin rasa ayat saya merapu sangat nak ada Watson dekat rumah. Tup-tup, sehari sebelum PKP 3.0 dilaksanakan, adik yang masa tu baru balik rumah, excited bagitau saya yang Watson dah dibuka dekat pekan. Terkejut gila saya. Banyak kali tanya dia, betul ke ada Watson kat sini? Jenuh dia meyakinkan saya. (Nampak tak betapa lamanya saya bertapa tak keluar ke pekan? Sampai kemajuan sekeliling saya pun, saya tak ambil peduli T_T Anehnya, lepas Watson dah ada, rajin saya ke sana. Kedai buka pukul 8, pukul 8 lebih sikit tapi tak sampai 8.30 pagi, saya dah tercongok depan pintu. Hehehe)

Love,

Saya tak tahulah sama ada saya layak untuk mengajak kalian melakukan perkara ni untuk mengelakkan stres ataupun mental breakdown. Ujian kita lain-lain. Kehidupan kita pun, berbeza. Saya hanya mampu mendoakan dan berharap kita semua berjaya menempuhi kesukaran ni in a positive way. Macam saya, saya akui saya tak boleh handle media sosial dengan baik. Kalau terbaca sesuatu yang tak menyenangkan, hati ni mudah runtun. Makanya, saya pilih untuk 'puasa' semua akaun media sosial saya. Tapi... Saya akan muncul juga, bertanya khabar dan dalam masa yang sama, promote karya-karya saya sewaktu saya membuat kemunculan tu ^^, Terima kasih tau sudi beli dan baca novel-novel saya sewaktu PKP ni. Kalian tak tahu betapa bahagianya saya bila baca mesej kalian. Kenang Doktor Razin-Khayla dan Muzammil-Maira selamanya ya. Hearts ENCIK ABANG KUDA dan JATUH CINTA SEKALI LAGI forever tau! Terima kasih ^^, Jap, nak bagi love banyak-banyak πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•

Hai guys,

Lately, saya ada bina hobi baru. Saya pun tak tahulah kenapa dalam banyak-banyak hobi, saya boleh berkenan dengan ini. Mungkin sebab kakak saya selalu share aktiviti anak-anak buah saya setiap kali dia video call, saya jadi terberkenan dengan hobi ni. Hobi apa tu? Jeng, jeng, jeng. Sila lihat gambar di bawah.


Lego guys ^_^V

Mula-mula nak pasang tu, payahnya Ya Rabbi. Berpusing biji mata saya. Last-last, saya jadi Puspawangi dalam Musang Berjanggut. Susun semua lego tu ikut warnanya, then senanglah nak cari (ya, senang sangat T_T). Sampai sekarang, lego saya tak siap-siap. Dapat pasang kaki je dulu. Badannya, masih belum nampak bayang. Kenapalah susun lego ni susah sangat??? 

Makanya, itulah hobi saya yang telah tinggal sejarah tak sampai sehari ia dipupuk. Please jangan jadi macam saya ^^0

Ada ke yang gelak baca 'drama' saya ni? Am I qualified to bring you happiness?

Saya suka lego. Tapi makin dah comel berusia ni, makin kurang penghayatan saya pada sesuatu benda. Dan sebagai seorang yang ambil masa untuk menghadam peta, nampaknya saya pun mengambil masa untuk menghadam instruction manual lego. Wish me luck ya. Mirei May masih belum mengalah untuk menyambung lego-lego ni menjadi Captain America kegemaran dia.


I think I need to stop here. 

Nak rehat dah.

Jaga diri baik-baik tau.

Sama-sama kita doakan semoga pandemik ni berakhir suatu hari nanti.

If you miss me, bacalah anak-anak saya :

ENCIK ABANG KUDA

JATUH CINTA SEKALI LAGI

banyak-banyak kali. Semoga ada manfaat boleh diambil daripada cerita-cerita itu. 


Sampai ketemu lagi di lain nukilan.

Mirei May sayang awak. Jauh di mata, dekat di hati.

Walaupun tak pernah jumpa, kalian tetap saya ingati.


Selamat malam.

Sayonara.


Hearts,

MIREI MAY

Umi to ENCIK ABANG KUDA & JATUH CINTA SEKALI LAGI



Tak pernah jemu share gambar anak-anak kesayangan saya. Jantung hati saya 😊❤

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹