Wednesday 17 February 2021

2021 : IMPIAN

 Assalammualaikum semua,

Oraenmaniya ^^,

Hai Encik Blog. Do you miss me? ^^,

I miss you. Berry-berry much. Jinjja! ^^,

Encik Blog,

"Telling someone how you feel is as hard as translating ancient documents."

Itulah yang saya rasai sekarang Encik Blog. Payahnya nak celoteh panjang-panjang macam dulu. Malasnya nak meluahkan segala yang berbuku dekat hati ni, be it to someone I'm close enough or someone who is completely stranger to me, semuanya saya tahan. Bila recap semula dengan apa yang saya dah lakukan tahun lepas, saya banyak bercerita, luahkan isi hati saya, tak kesahlah pada orang yang saya rapat ataupun orang yang saya tak kenal luar dalam pun, saya berani bercerita dan percaya pada dia. Saya lupa mungkin masa tu mereka pun ada sesuatu yang mahu difikirkan juga. Datang saya, saya tambah bebanan perasaan mereka lagi. Ya Tuhan...

Sebab tu pada tahun 2021 ni, saya pilih untuk kontra daripada apa yang saya dah lakukan sebelum ini. Wink! Walaupun banyak benda saya nak berkongsi lagi, takpalah. I refrain myself from doing that. So, let's keep moving forward, yeorobun. ^^, Entri kali ni panjang sangat tau sebab dah lama saya tak tegur pembaca blog saya. Sudi baca sampai habis?

Note : The Moon Is Beautiful, Mirei May. Remember that ^^,

Dear Encik Blog,

Nampaknya, ini nukilan terakhir saya mencoret-coret sesuatu di dada kamu dengan lappy kesayangan. Lepas ni, kita kena ucapkan selamat bersara pada Miss Lappy T_T. Akhirnya, setelah 13 tahun saya dan Miss Lappy bersama berdua, Miss Lappy mula menunjukkan tanda-tanda 'kesakitan' yang sukar mahu sembuh. 13 tahun saya jaga Miss Lappy dengan elok, berkilat sentiasa. 13 tahun Miss Lappy menabur budi pada saya. Dengan dia, saya dapat siapkan pengajian Degree dan Master saya ^^, ❤. Dan dengan Miss Lappy jugalah, Encik Abang Kuda serta Jatuh Cinta Sekali Lagi berjaya dilahirkan. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ^^, ❤. Besar sangat-sangat budi Miss Lappy pada saya, Encik Blog. Tak terhitung banyaknya. I can't stop from feeling sad. Sayang ni. Sayanggggg sangat-sangat. Dia harta saya yang tak ternilai. Banyak kejayaan kami lakar bersama-sama. Encik Blog faham kan perasaan saya?

No! I'm not giving up on her. Never! Miss Lappy akan tetap saya jaga dan guna lagi (siap dah tempah sticker cantik untuk cover external surface dia ^^,). Cuma untuk kerja saya saja...dia dah tak selamat untuk digunakan. Banyak kali dah saya kehilangan kerja yang saya siapkan. Kadang-kadang, ada yang saya tak sempat save, Miss Lappy dah hang untuk satu tempoh yang lama (saya terpaksa cabut wayar bateri untuk bagi dia terpadam. Saya benci bila terpaksa buat begitu. Kesian Miss Lappyku). Mak dan kakak-kakak saya dah banyak kali nasihat, gantilah yang lain. Saya je tak mahu. Sayang sangat-sangat ni. Bagi saya, selagi boleh pakai, saya akan pakai hingga ke akhir hayatnya. But sekarang, saya kena akur dengan kesakitan Miss Lappy. Dia dah lama berjasa. Mungkin dia dah terlalu penat. 

'I love you, Miss Lappy. Terima kasih bagi kenangan terindah pada saya selama 13 tahun. You will always in my heart. Forever!'

Doalah Miss Lappy saya dapat bertahan lama lagi ya. At least dia boleh dibuka sampai bila-bila pun, saya dah syukur sangat-sangat. 13 tahun kesetiaan tu, siapa boleh lupa, dearEven masa tengah menaip ni pun, saya melepet atas Miss Lappy sambil peluk dia. I love her ^^, ❤❤❤. My first laptop. Hadiah sempena hari jadi saya daripada kakanda tercinta, Angah. Ingat lagi masa saya dibawa ke kedai komputer di Kedah sana. (Ya, Miss Lappy berasal dari Kedah ^^0).  Angah tunjuk Miss Lappy yang masa tu tengah diinstall dengan macam-macam perisian oleh owner kedai tu. Angah tanya, cantik tak? Suka? Of courselah saya akan kata cantik sangat! Sebab Miss Lappy memang cantik pun. Warna hitam menawan, I like. Saya sangka itu laptop kakak saya. Then Angah dengan selambanya jawab, taklah. Untuk Ateh. My expression masa tahu tu laptop saya, Ya Rabbi, tak tahu nak bilang macam mana. Lebih kurang macam dapat pergi Bulan! Excitednya. Gila-gila excited

I'm a Selenophile. Dapat pergi ke Bulan yang kerap saya tengok setiap hari dari kejauhan sambil mengagumi keindahan ciptaannya, adalah satu perasaan yang menakjubkan! Metafora sangat kan? Hehe...peace!

I can't stop smiling. Teruja. Bila ada habuk melekat sikit dekat keyboard, gigih saya bersihkannya dengan berus sampai adik abang ipar saya, Shida, kagumlah tengok kebersihan laptop saya. What a memory. Now, saya tak nak kata saya kehilangan dia, tak pun. Miss Lappy tetap boleh dibuka. Cuma kelajuan dia dah tak seperti dulu. Terima kasih Miss Lappy kerana dah banyak sangat bantu Mirei May menggapai impian dia. Banyak sangat tunjukkan Mirei May dunia luar yang tak dapat dia terokai. May our friendships last forever

Note : Hargai segalanya sebelum kehilangan. Sayang, sepenuh jiwa ^_^V.


Penawar luka lara saya kala ini semestinya anak-anak saya, Encik Abang Kuda dan Jatuh Cinta Sekali Lagi

^^, ❤❤❤


My first born, Encik Abang Kuda ^^, ❤❤❤. To be honest, saya dah lama tak baca Abang Kuda. Sebelum bermula PKP, tetiba Allah kirim rezeki, permintaan Abang Kuda muncul semula. Ramai pembaca (mungkin mereka singgah ke sini) emel saya dan mahu beli manja sulung saya ni. Alhamdulillah bini'matihi tatimmus solihaat. Disebabkan mereka, saya kembali membaca Abang Kuda, menelusuri kisah cinta Doktor Razin dan Khayla. You know what? Lepas saya selesai membaca novel pertama saya ni, timbul satu perasaan yang mana, saya sendiri tak sangka yang saya tulis cerita ni dulu. I mean, intipati yang ada dalamnya, dari mana idea-idea tu datang ya? Lama saya fikir and then, insaf tetiba. 

Saya yang ada kini, tak mungkin mampu menulis semua yang tercoret di dalam tu pada masa sekarang. Baru saya sedar, ilmu, idea itu milik DIA, Yang Maha Memberi T_T. Sewaktu saya menulis Abang Kuda dulu, saya ubah diri saya menjadi sesengal-sengalnya manusia. In reality, saya bukanlah seorang yang suka buat lawak walaupun kawan-kawan kata saya ni kelakar, I don't think I'm that type of person. Tapi...itulah. Demi karya sulung saya, saya ubah perwatakan saya menjadi sengal. Dan mungkin itu yang menyenangkan urusan saya semasa menyiapkan Encik Abang Kuda bila mana karakter tu tiba-tiba mendominasi diri saya. Setiap masa saya nak jadi kelakar. ^^, 

Sekarang ni? Hmm...saya banyak memikir masalah negara. Ahahahaha...taklah. Saya, banyak fikir benda lain. Sememangnya susahlah saya nak menulis genre Abang Kuda (romantic comedy) sekarang bila mana fikiran saya more to thriller (kiasan, harap dapat tangkap maksud saya). Arwah pak cik saya, Wak Latif selalu nasihat saya dulu, jangan banyak fikir Teh but I can't stop from overthinking. Syuhh syuhhh...overthinking. You are not good for ma health...not good!!! Saya nak romantik, romantik je dalam hidup! Namau thriller

Jadi bila saya baca Encik Abang Kuda, hati tu automatik jadi tenang. Saya happy gila ^^, Demi Allah, ia betul ^^, Sebab cerita Abang Kuda ni saya buat santai-santai, banyak komedi terutama watak Khayla tu. Saya buat dia seorang wanita yang happy go lucky, penuh kasih sayang dalam hatinya, dicintai pencinta setia Doktor Razin, tiada pengacau rumah tangga, hanya masalah hati melibatkan orang yang baru nak belajar bercinta je manjadi konflik utamanya. Paling penting, dalam Encik Abang Kuda ada tiga orang hero hebat yang melindungi si adik bongsu. Bila wujudnya abang-abang yang super melindungi, faham-fahamlah konflik yang berlaku bila lelaki lain muncul dalam hidup si adik.

Doktor Razin...ramai pembaca saya mahukan dia wujud di dunia realiti. Psst...psst. Nak tau tak? *rapatkan sikit telinga tu. Saya nak bisik ni ^^0* Sebenarnya kan, saya kan....saya pun nak Doktor Razin wujud in real life *insert smiley tengah ketawa sambil tutup mulut.* Betul! Disebabkan keinginan mahu lelaki sebegitu wujud di dunia realitilah, saya cipta watak Doktor Razin dalam novel debut saya ^^, ❤❤❤ Handsome, kaya raya, ada kerjaya yang baik, hormat pada orang tua, merendah diri, mengagungkan Penciptanya, pencinta setia, tak mudah mengalah, pandai menunggang kuda... pendek kata, semua yang baik-baik, semua dipotretkan pada watak hero saya ni. Namun, tetap juga ada kekurangan pada si Abang Kuda ni yang hanya Khayla saja nampak. Mungkin sebab itulah pembaca saya rasa Razin ni real. Pernah juga saya berharap dia seperti Kang Chul dalam cerita W : Two Worlds.



Dapat keluar dari dunia fiksyen, masuk ke dunia realiti. See...bukan kesayangan saja yang mahu Doktor Razin tau. Penulisnya pun mau juga. Hehehe...peace!

Terus-terang, masa saya siapkan Abang Kuda dulu, terlalu banyak kekecewaan dan kesedihan yang dialami oleh wanita-wanita di sekeliling saya. Saya jadi bahu tempat mereka bersandar. Disebabkan tu, saya mahu mereka gembira bila mereka baca cerita saya. Saya mahu mereka percaya yang cinta sejati tu benar-benar wujud di dunia ni. Maka, lahirlah Encik Abang Kuda.

Pernah seseorang bertanya pada saya. Betul ke seorang yang educated, kaya bila ujian menimpa, dia bertukar karakter menjadi b*d**? Hamba Allah tu tak percaya dengan apa yang saya nukilkan dalam cerita saya. Well, saya tak salahkan dia pun sebab saya berpegang pada satu prinsip.

Dunia ni luas. Kadang, pergaulan seseorang tu, tak sama dengan pergaulan orang lain. Cerita yang saya tulis semuanya berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sebenar saya. Semasa saya sambung belajar dulu, saya jumpa ramai orang hebat-hebat. Berjawatan besar dan gaji sebulan mereka, bersamaan gaji setahun saya masa tu. ^^0 Ada kalanya golongan ni sempurna kehidupannya. Ada masa-masa tertentu, bila datang ke kuliah, muka sarat dengan masalah hidup. Mereka pun serupa kita juga. They are not robots! Bila melibatkan hati dan perasaan yang remuk teruk ditambah pula dalam keadaan terkejut serta tak bersedia menerima ujian tersebut, ramai yang tak behave mengikut taraf pendidikan yang mereka ada. 

So bila orang kata, kau well-educated, behave like one. Act seperti orang ada Master. Act seperti orang ada PhD. I pitied them. Salahkah kalau dia tonjolkan perasaan sebenar pada orang lain bila dia sedih, punya masalah tak kira siapa pun dia? Lagipun, bukan setiap hari dia berkeadaan begitu. Bergantung pada berapa lama Allah mahu menguji hambaNya. Jika dia bersabar dengan sebenar-benar sabar, mungkin seminggu saja Allah uji, dia akan okay. Namun, dalam seminggu serabut tu, adakah kita yakin, satu saja masalah yang menimpanya? Ermmm...tak kan? Banyak. Memula jadi macam ni. Baru rasa problem solved, tetiba ada pula masalah lain muncul. Ia berantai. Jadi bila sekali-sekala dia tak mampu control perasaan sedih dia, lapang dada. Terimalah kekurangan dia, seadanya.

Saya hargai orang yang sanggup menerima seseorang tanpa mengambil kira semua tu. Sanggup memberi dorongan dan galakan pada mereka yang memerlukan sokongan. You have my utmost respect ^^, Sebab tu lah, jika ada seseorang hadir dalam hidup anda untuk bercerita kesengsaraan dia, be it you kenal atau tak orang tu, jadilah Muslim yang baik, yang membantu menghidupkan semangat mereka yang malap ^^, Di mata mereka, kamu, saya, dia, awak...mungkin kita ni istimewa dan dipercayai untuk berkongsi rasa? Jangan disindir, jangan dihina. Nak-nak zaman Covid ni kan? Kita bahagiakan orang, in shaa Allah, berlipat kali ganda Allah bahagiakan kita pula. Dan kebahagiaan yang Allah berikan, masya-Allah hebat, tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Anda pernah rasa tak? Mesti pernah kan? Saya pun pernah ^^, ❤❤❤ Sebab tu dalam Encik Abang Kuda, saya potretkan watak seseorang itu jadi begitu. Kita...takkan pernah sempurna.

Abang Kuda, mengajar saya banyak benda baharu. Semasa siapkannya, dugaan yang Allah kasi terlalu menjeruk rasa. Sama hebat semasa saya siapkan pengajian Master saya. (Ada antara ujian tu, sama). T_T Namun, ketika saya hampir mengalah itulah, ada seseorang yang sangat mengasihi saya, hadir memberi semangat. Tangisan beliau sewaktu melihat saya berkeadaan teruk sebegitu, menyedarkan saya. Masih ada yang sayang saya sepenuh jiwa. Masih ada yang percaya saya akan berjaya, masih ada yang mendoakan kebaikan buat saya. Dan doanya itu, doa yang dimakbulkan Allah. Beliau...mak saya ^^, Sebab tu bila pembaca beli novel Encik Abang Kuda, segala duit tu saya masukkan terus ke akaun mak. Hadiah buat syurga kesayangan saya ni ^^,. Tak terbalas rasanya pengorbanan mak pada saya. Terima kasih pembaca kesayangan yang memudahkan urusan saya. Bila saya bagi nombor akaun mak, semua orang bayar dekat situ. Siap ada yang bayar lebih lagi. Terharunya. Demi Allah, saya terharu T_T I love you all, my beloved readers. Terima kasih banyak-banyak ya.

Note : Nak beli Encik Abang Kuda, boleh emel saya : mireimay@yahoo.com ^_^V Harga buku : RM 35 (SM), RM 42 (SS).





Ini pula anakanda kedua saya, Jatuh Cinta Sekali Lagi ^^, Cerita yang paling tebal saya pernah tulis setakat ini. Masa dia dihantar untuk dinilai, jumlah perkataannya : 168,032 bersamaan 691 muka surat. Tu dia. Panjang kan? ^^,  Saya ambil masa setahun menulis JCSL yang ketika itu dikenali sebagai Lihat Aku Di Matamu. Bila dah dibukukan, ada alteration dari segi ayat dan POV oleh editor, jumlah perkataan tu jadi berkurangan. Teringat zaman sekolah dulu-dulu. Bila cikgu suruh tulis karangan 350 patah perkataan, jika karangan tu bukan topik kegemaran saya macam karangan fakta, terasalah payahnya nak menulis. 

Tapi itulah, masa saya hantar dulu, saya pun tak percaya dapat menulis hampir 170K patah perkataan tau ^^, Alhamdulillah. Untuk Jatuh Cinta Sekali Lagi, Allah beri rezeki ilham yang mencurah-curah pada saya. 

My second love ni ^^, ❤❤❤ Heronya bernama Emil (nama manja), heroinnya Maira (pun nama manja juga). Idea tercetus ketika saya berkelana di bumi Korea, 8 tahun yang lalu. Ada saya tulis entri pasal pengalaman saya di Korea dekat blog ni. Jemputlah baca nanti. Emil dan Maira sama-sama kandas dalam cinta pertama mereka. Well, tak semua cinta pertama akan berakhir dengan kebahagiaan kan? Itulah yang saya cuba persembahkan dalam karya kedua saya ini. Kalau dah baca Abang Kuda, mesti perasan saya ada perkenalkan watak Emil di akhir cerita. Trademark kot dan kiasan saya supaya pembaca setia saya tahu, saya akan bercerita tentang siapa pula selepas ini. Walaupun yang ketiga masih belum nampak bayang lagi, ada pembaca saya dah boleh teka saya tengah menulis pasal siapa sekarang. Ngee....syhhhh. Jangan heboh-heboh, nanti tak surprise. Kalau tau, dendiam aja ya. Thank you, Arigatou Gozaimas ^^, 

Saya akui Emil bukan hero yang perfect. Tak seperti Doktor Razin, Emil ada kekurangan yang nyata. Memang saya sengaja cipta wataknya sebegitu. Untuk watak Emil, saya berdepan sendiri dengan penghidap penyakit yang sama seperti Emil. Saya bergaul dengan mereka. Kaji perilaku mereka. Sedih juga bila bertanya pada penjaga mereka punca mereka jadi begitu dan ada antara sebabnya memang tak masuk dek akal. Namun penjaga tu mengingatkan saya, orang-orang seperti ni In Shaa Allah boleh pulih bila seseorang berikan kasih sayang yang melimpah ruah pada mereka tatkala menempuh hari-hari yang sukar. Buktinya, ramai pesakit seperti Emil sembuh bila menerima kasih sayang yang mereka benar-benar harapkan daripada insan tersayang. 

Maka sebab tu lah, saya cipta watak heroin yang sama level dengan hero ^^, Saya buat Maira pun terluka juga sebelum bertemu dengan Emil. Saya percaya, orang yang pernah terluka, sekali Allah beri peluang pada mereka untuk bercinta lagi, mereka pasti akan bajai malah jaga cinta itu baik-baik. Pasti akan berusaha untuk membahagiakan, juga menerima kebahagiaan dengan ikhlas. ^^, Atas kepercayaan itulah, saya menulis Jatuh Cinta Sekali Lagi ^_^V 

Again, ada yang cakap, orang yang pernah kecewa dia susah jatuh cinta lagilah, kalau ada pun mesti akan sakiti pasangannya. My answer will forever stayed as... 'Setiap tindakan yang kita lakukan, atas pilihan kita sendiri. Kenapa pilih untuk jadi monster sedangkan ada insan di luar sana yang ikhlas cintakan kita? Rugi. Sangat rugi. Sementara dia masih sayang, sambutlah kasih itu seikhlas hati. Lupakan kekecewaan lama. Keep moving forward. Jangan bila dia dah berpaling, anda baru nak sambut salam cintanya, itu sudah terlambat.' Mujur Emilku bijak (haruslah puji hero sendiri kan?).

Saya doa, kalau peminat novel singgah ke kedai buku dan nampak novel kedua saya ni di rak, semoga Allah bukakan pintu hati mereka untuk beli Jatuh Cinta Sekali Lagi. Aamiin ^^, ❤❤❤ Tolong doakan sama juga ya. Mana tahu doa kalian Allah makbulkan? ^^, Novel ni dengan saya ada sikit saja stok, dan ia untuk simpanan saya sendiri. Jadi kesayangan, andai kata teringin sangat nak miliki Jatuh Cinta Sekali Lagi, boleh terjah Shopee Penerbit Suara Hati ataupun Shopee Seller-seller yang lain dekat sana ^^,

Ni saya bagi link Shopee Penerbit Suara Hati ya. Cuba klik dekat tajuk tu, dapat tak :

❤❤❤❤❤❤  JATUH CINTA SEKALI LAGI  ❤❤❤❤❤❤

Walaupun dekat atas tu saya kata Emil bukan hero yang sempurna, tapi saya bersyukur bila pembaca saya dapat melihat kelebihan Emil. Ramai yang suka ke-sweet-an Emil bila bersama isterinya, Maira. Ramai juga yang kagum dengan ketabahan Emil dalam usahanya mengembalikan Mairanya yang dulu. Alhamdulillah. Kalian penaik semangat saya tau. Saya terharu bila anda faham dan nampak apa yang saya cuba sampaikan menerusi watak Emil. Terima kasih ya. Terima kasih sangat-sangat. I HEART YOU ^^,

Note : Apa perasaan jika Allah izinkan anda Jatuh Cinta Sekali Lagi? Will you accept that feelings? Or, will you just run away? Kalau saya....

Nak tahu tak? Sebenarnya kan, hujung bulan ni, ada satu watak dalam novel Jatuh Cinta Sekali Lagi akan menyepi selama dua tahun kerana mengikuti latihan ketenteraan di negara kelahirannya. Beliau adalah, si comel ini...


Namdongsaeng, Kim Myung Soo JCSL ^^,

Hehee...saja pilih gambar dia muka adik-adik sebab watak dia dalam JCSL adalah adik Emil ^^, Sekarang dia look manly. I believeYou will be an incredible marine corps, Myungsoo dongsaeng. Fighting! Terima kasih jadi peneman imaginasi Myungsoo JCSL saya dulu, Myungsoo ^^, Setiap kali nak menulis pasal Myungsoo, mesti saya tengok gambar dan video dia bersama kumpulan INFINITE. I even jot down apa yang dia suka dan jadikan kesukaan Myungsoo sebenar ni pada Myungsoo rekaan saya. Gigih tak? Gigih kan? ^^0 Tak lama lagi, Myungsoo akan masuk marine. Mirei May dah start sedih. Mungkin 22 Februari nanti dia akan menangis hiba bila terbaca artikel 'Myungsoo beri lambaian terakhir sebelum memulakan latihan ketenteraannya'. Macam dia pula Maira ek, sedih nak melepaskan Myungsoo dongsaengnya pergi. Hehehe...bonding antara penulis dan watak ciptaannya. Don't blame me. Aaaa...perasaan dah berat. Saya kena berhenti cerita pasal Myungsoo. Annyeong Myungsoo T_T Come back safe, okay?

Encik Blog,

Hujung bulan lepas, saya ada online IG sekejap. Baca dm dan terima kawan baru di sana. Sesambil tu, saya ada lah juga tertengok home. Dan pandangan saya terarah dekat IG Story. Buat pertama kalinya Encik Blog, dua lelaki yang wajahnya saya abadikan sebagai Doktor Razin dan Emil, duduk sebelah-menyebelah sambil update IG Story masing-masing! Imagine Encik Blog. Saya dahlah lamaaa sangat tak tengok IG. Alih-alih bila buka, tup-tup dua hero kesayangan saya tengah update story. Pula tu, posisi Doktor Razin dan Emil ni mengena sangat. Razin, hero novel pertama saya. Emil, hero novel kedua saya. Tetiba saya rasa dejavu. I can't stop smiling, Encik Blog. Tangkas saya men-screenshot gambar mereka berdua. Nak buat kenang-kenangan. Bila log out IG pun, bibir tetap tayang senyuman lebar-lebar, and my heart...dipenuhi bunga-bunga sakura mengembang.

Them ^^,

Sekarang ni, saya banyak melatih diri untuk appreciate sekecil-kecil benda and be happy with it. Saya berharap semua orang pun rasa begitu juga. Kita hargai kehidupan yang Allah kurniakan ni sebaik-baiknya sementara masih diberikan peluang untuk bernafas. Can we? ^^, Saya pilih kedua-dua figura ni dulu jadi hero-hero saya sebab mereka berdua tersangatlah family man in real life. Penyayang dan handsome satu bonus. Makanya, mereka sesuai sangat jadi hero Mirei May. Yang pegang watak Doktor Razin tu selalu balas dm saya. Nak guna gambar mereka sebagai hero saya pun saya minta izin dulu. Alhamdulillah. Tu yang buatkan saya lebih happy semasa menulis. ^_^V

"Now, kita dah sampai ke klimaks entri. Are you guys still with me? If yes, I LOVE YOU lah ^^, ❤❤❤ "

ROMANCE IS A BONUS BOOK

Oppa ^^,

Maafkan tajuknya dalam bahasa Vietnam. Puas cari gambar yang proper ^^0 Saya hanya jumpa ini saja. Rasanya dah ada yang tahu kan saya suka sangat-sangat dengan pelakon Korea ni? Guerae. Lee Jong Suk oppa ^^, ❤. Saya suka dia sebab lakonan dia sangat hebat. Ramai je pelakon Korea yang berlakon best-best macam Ma Dong Seok, Lee Byung Hun, Jun Ji Hoon, Hyun Bin, Gong Yoo etc. Saya juga tengok semua cerita yang pelakon-pelakon tu lakonkan. Tapi Lee Jong Suk oppa, dia lain to me ^^, 

Acting dia, lontaran suara dia...natural. Macam dia bukan tengah berlakon. Macam, tu benar-benar dia. Faham tak maksud saya? Dan dia kelakar. Saya suka orang yang kelakar, extra bonus to Jong Suk oppa ^_^V. Pernah scriptwriter puji usaha Jong Suk oppa menambah baik skrip dramanya semasa berlakon. Dialog tu tak wujud pun, tapi oppa tambah dan penambahannya tu dapat pujian daripada pengarah dan kru produksi. Masa tu drama lakonannya tengah dapat banyak kritikan. Semua orang salahkan scriptwriter sebab buat skrip macam tu. Then oppa came to the rescue dengan lakonan cemerlangnya. Kebiasaannya, bila orang demotivated, mereka akan let go dan jadi tak produktif. Tapi oppa tetap bersemangat berlakon dan habiskan kerjanya sebaik mungkin. Siap bantu dengan buat penambahan lagi. Huu....baiknya. Even pelakon yang berlakon sama dengan dia pun puji melangit bakat Jong Suk oppa, kata kuat berusaha. Except his haters. Sentiasa cari salah, kalah mak cik bawang Malaysia ^^0  I'm glad that I'm his supporter.

Dua tahun lepas, sebelum Jong Suk oppa ikuti latihan ketenteraan, oppa ada berlakon dalam satu drama. Tajuk dia, ROMANCE IS A BONUS BOOK. Saya rasa ini hadiah paling bermakna daripada oppa buat saya. Why? Nanti saya cerita.

Masa oppa berlakon cerita tu, saya masih belum jadi peminat dia lagi. Jadi saya tak tahu kewujudan drama ni. Lepas je saya jadi paen/fan oppa, saya hunting semua drama lakonan dia. Paling saya suka sekali : While You Were Sleeping dan Doctor Stranger. Sampailah drama terakhir yang dia berlakon which is Romance is a Bonus Book, saya jadi... 




Dalam drama Romance Is A Bonus Book, oppa jadi penulis novel terkenal yang kemudian dilantik sebagai chief editor di Gyeoroo Publishing. Dalam masa yang sama, dia juga Professor. Everything pasal life dia nampak perfect. Yalah, terkenal, ada kerjaya tetap. Paling best, rumah oppa. Cantikkkkkk sangat-sangat. Saya jatuh cinta tengok rumah Cha Eun Ho, watak oppa dalam ni.


Cantik kan? Compound dia lagi lawa tau. My dream house ^^

Cuma satu je yang Cha Eun Ho tak bernasib baik. Orang yang dia cinta dalam diam, berkahwin dengan orang lain. Dahlah itu first love dia. Walaupun heroin tu dah kahwin, perasaan dia tetap tak berubah. Dia tetap setia menunggu cinta pertamanya and even bagi pertolongan bila Kang Dan-i dalam kesusahan. *lovestruck*


Bila oppa ragu-ragu dengan keputusan yang perlu dia buat, muncul Professor Eun Ho bagi nasihat. Kadang-kadang Professor tu pun buntu nak bagi cadangan. Suka part ni. Lawak.

Kenapa cerita ni saya simpan dua episod terakhirnya dalam telefon? Saya takkan delete sampai bila-bila?

Sebab...cerita ni bagi persepsi baharu pada saya tentang dunia buku. Dua episod terakhir tu bagi satu perasaan yang membahagiakan dalam hati saya, it's all about books. Cerita ni tak tumpu pada kisah cinta Cha Eun Ho dan Kang Dan-i semata-mata, ia lebih. Bila saya tengok cerita ni, impian saya mahu menulis cerita yang bagus, terus membuak-buak. Dia tak fokus pada output semata-mata tau. I mean, buku yang dah siap dicetak untuk dijual kepada pembaca. No. Ia bermula dari awal, dari dikenal sebagai bahan mentah lagi. Then masuk ke step seterusnya, pemprosesan. Sepanjang tempoh pemprosesan tu, kena pastikan betul-betul bahan mentah tu dibentuk menepati piawaian yang kita setkan. Kalau ada kekurangan di mana-mana, menjadi tanggungjawab penulis dan syarikat penerbitan membetulkannya sebelum dipersembahkan kepada end user which is, pembaca, akan hasil kerja tersebut.

Saya tak retilah nak cerita dengan kesayangan macam mana. Kalau nak faham maksud hati saya ni, kesayangan carilah drama ni tau. Dekat Netflix ada ^^, Dekat channel Telegram pun ada.Taip je Romance Is A Bonus Book, nanti dia keluar.

Ada banyak scene dalam drama ni yang dejavu. Mungkin sebab saya penulis novel, saya boleh detect, "Eh, yang ni pun aku ada buat jugak. Ni pun. Aaaa...tu pun." I can't stop ni and  tu setiap kali tonton drama Romance Is A Bonus Book ^^0

Scene Eun Ho bawa interns ke tempat pelupusan buku, saya menangis. Sedih memikirkan hasil kerja keras kita yang tidak mendapat sambutan pembaca dimusnahkan begitu saja. I cried dan saya stop sekejap tengok part tu. Saya tak pernah alami lagi situasi macam tu, buku yang tak habis dijual dilupuskan. Tapi seorang sahabat FB saya pernah novelnya yang tidak habis dijual oleh penerbit, dibakar. Allahu. Saya yang baca status sedihnya masa tu pun berasa sebak, apatah lagi dia yang merasakan. 

Saya cuma berharap, buku yang masih punya stok, usahlah dilupuskan selama-lamanya. Pembaca ni kita tak tahu trend membacanya bagaimana. Sekarang saya tengok ramai pembaca mencari-cari novel yang pernah diterbitkan bertahun dahulu. Mungkin mereka dah selesa dengan penulisan penulis, jadi mereka hunting semula karya-karya lama penulis. Tapi saya faham juga bebanan yang ditanggung oleh syarikat penerbitan.

........

Scene Kang Dan-i dapat detect kesalahan major penulis namun bos company barunya tu buat pejam mata dan tetap mahu terbitkan karya ciplak tu pun, realitinya berlaku. Tapi dalam-dalam banyak scene lah, saya paling suka scene staf Gyeoroo termasuk Eun Ho, begitu menghargai penulis-penulisnya. T_T  Saya....sangat suka.

Lepas tengok drama ni, saya jadi bersemangat nak menulis. Saya makin semangat mencari ejaan yang betul di PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu). Ejaan bahasa Melayu sekarang banyak perbezaan berbanding ejaan dulu-dulu. Kita ada kelompok pembaca yang arif dengan ejaan. Jadi impian saya, saya nak tulis buku yang bebas dari kesalahan ejaan. Walaupun agak sukar, takpa. Saya akan usahakan juga. 

Saya sayang buku ^^, Bila dapat buku atau sebelum mula baca buku (especially buku-buku saya...hehehe) saya akan peluk erat-erat dan cium buku tu. Don't called me freak, please

Pendek kata, Romance Is A Bonus Book mengubah saya dan persepsi saya tentang buku. In certain parts, ia beri harapan baru buat saya. Tika terbitnya 'perasaan' itu, saya tonton semula drama ni, tengok dua episod terakhirnya. Then ketenangan tu muncul ^^,

Saya nak kongsi lagu dalam drama oppa yang paling saya suka. Lagu ni saya pasang bila saya tengah siapkan kerja. Siapa tahu jadi your favourite lullaby juga? ^^, I even study piano notes untuk lagu-lagu ni. Wish me luck ^^,


Bobby Kim - Stranger. Impian dalam ballroom, ni akan jadi background music-nya ^^0





Saya suka ni. Promise ^^, Nangis dengarnya. Terlalu indah T_T



And this.....
My favourite of them all ^^,



Eddy Kim - When Night Falls ^^, 
Cuba dengar waktu malam atau tengah hujan. Besttttt sangat ❤❤❤


Ni oppa cakap dalam drama ni. I love this quote. ^^,
Berry-berry much. Such a good reminderThank you oppa
I will. In shaa Allah, I will oppa...


I think I have to stop right now.

Tolong jaga diri anda baik-baik semua.

Panjang umur, kita jumpa lagi ya.

Ingat, sayangi diri anda. Treat yourself with respect. In shaa Allah, yang terbaik buat anda, be it kerjaya, jodoh, rezeki dan kebahagiaan pasti akan hadir, tepat pada masanya.

Jangan mengalah awal ya. Teruskan berdoa dan berusaha demi mengharapkan keredaan Allah. DIA pasti akan bantu. Pasti.

Kalau ada apa-apa nak kongsikan, emel lah saya : mireimay@yahoo.com

Doakan saya muncul lagi di sini dan bercerita dengan anda semua.


Salam sayang,

Mirei May ^^, ❤❤❤
Umi to Encik Abang Kuda & Jatuh Cinta Sekali Lagi

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤