Sunday 3 January 2021

2021 : Lovestruck ^^,

 Assalammualaikum,

Encik Blog!!! ^^,

Selamat Tahun Baru 2021

Percaya tak Encik Blog? Kita dah di tahun baharu. Cumanya, tahun ni saya tak rasa apa-apapun. Kenapa? Sebab...dua hari sebelum tamat 2020, saya sibuk menjadi chef. All of my thoughts are on food, food, food and food only ^^0 Malam 31 Disember 2020 pun, saya tidur lewat sebab...masak. Ahahaha...

Keluarga saya ramai berkumpul. Jadinya rumah ni meriah sikit dengan manja-manja kesayangan saya. So, memandangkan masing-masing nak balik dah semalam, saya sibuk sediakan tteokbokki, boba dan oreo choc cake. Mak cakap dekat saya, tak perlulah buat semua ni dan penatkan diri. Setiap hari nak masak waktu malam. Saya kata, saya tak nak rasa menyesal bila saya tak sempat buat untuk anak-anak buah saya, kakak dan abang saya. Saya tak tahu bila saya akan jumpa mereka lagi. Jadi, sementara masih punya waktu ni, saya nak tunaikan semua janji saya pada kesayangan saya. Biarlah penat sikit, asalkan bila tengok mereka berselera makan masakan saya, saya happy. Plus, saya bukan masak seorang diri. Anak-anak buah saya tolong juga gentel boba. Tteokbokki dan oreo choc cake je mereka tak berani sentuh, takut tak jadi resepi saya. Yah, I'm grateful for that. Makasih manja Makteh. Saya ingat lagi muka Iman bila makan tteobokki saya malam terakhir dia ada di sini. Sebak saya dekat dapur sebab dia nampak sangat-sangat suka dan hirup kuah tteokbokki tu like there's no tomorrow. Makteh saaaayaaaanggg Iman  ^_^V

Encik Blog,

Sekian lama tak menaip status di Facebook, akhirnya 1 Januari 2021 hari tu, saya tegur sahabat-sahabat FB saya dengan naikkan satu status. Saya wish mereka Selamat Tahun Baru 2021 dan saya doakan agar semua impian kami untuk tahun ni, berjaya digapai. I'm happy because they still remember me. Ada seorang adik yang baik dengan saya di sana tanya, apa azam saya tahun ni.

Azam...

Honestly, saya....tak pernah buat azam. Setiap kali tahun baru, saya tak pernah berazam apa-apa. Jadi, bila ditanya tentang azam, saya berterus-terang dengan adik tu yang saya, tak pernah letakkan apa-apa azam setiap kali tahun baru datang menjelma.

Tak ada salahnya pun jika tak set apa-apa azam. Tapi jika anda ada buat azam, itu lebih baik. Usaha sungguh-sungguh tau untuk realisasikan azam anda tahun ni. Make it real then, okayFighting! ^^,



Omo. Do you know geu namja? ^^, Geurae. Lee Jong Suk oppa ❤ Al-kisah, mid Disember hari tu, saya ada tertengok video pendek yang kawan IG saya share. Video tu kelakar. Captured my interest untuk cari cerita yang Lee Jong Suk oppa lakonkan. Sebelum ni saya pernah tengok dia berlakon dalam Secret Garden. Tapi dia gay dalam tu. Huhu...kali ni dia jadi gomsa. Walaupun ada 32 episod, saya gigih tengok sampai habis. Sekarang saya tengok dia jadi gija pulak. I love his acting. Hebat. Nampak dia sungguh-sungguh menghayati karakter dia. Setakat ni, tak pernah saya tengok Lee Jong Suk berlakon ala kadar. Semuanya dia buat sungguh-sungguh. Tahu tak. Semalam kan, dia discharge from military service tau. Selalunya, actor yang dah discharge, rata-ratanya nak berehat dulu kan. Tapi Lee Jong Suk...huhu...straight terus ke set pengambaran Witch 2 (2 babak je dia berlakon, cameo). Again, seorang Mirei May ni terkena lovestruck ❤❤❤. I admire orang yang bekerja keras. They inspired me to be like them too. Walaupun saya agak lambat sedikit siapkan kerja, bila lihat mereka yang saya suka ni, kekal konsisten macam tu, secara tak langsung mereka beri saya semangat untuk teruskan perjuangan (yang kadang kala saya rasa nak mengalah). Thank you oppa for existing. Walaupun saya lambat mengenali Lee Jong Suk oppa punya karya, I'm glad I make it finally.

Selain masak dan tengok drama Lee Jong Suk-oppa, apa je lagi yang seorang Mirei May ni buat bagi menghabiskan sisa-sisa hujung tahunnya?

^^0

Saya...banyak membaca. Baru-baru ni saya jumpa semula karya penulis Jepun yang paling saya sukai semasa saya belajar dulu. Saya dah lupa cerita dia. Saya lupa saya pernah suka gila-gila pada karya penulis ni. Semuanya secara tak sengaja bila saya baca review pembaca saya di Goodreads. Saya jenguk akaun beliau, akaun rakan-rakannya. Dan salah seorang rakannya, baca cerita penulis Jepun kegemaran saya ni. Automatik semua yang pernah saya baca dulu, macam meteor shower, muncul cantik dalam fikiran ^^, Saya hunting karya penulis ni semula. Saya cari yang ada terjemahan Bahasa Inggeris. Dan bila dapat, Allahuakbar, I'm the happiest person on Earth. Saya tak kesah ada 106 bab sekalipun, gigih saya baca semuanya tanpa skip sebarang bab. Walaupun setiap babnya panjang, saya tetap baca each words. Adakalanya mengalir air mata. Teringat kenangan dulu. Macam tu jugaklah saya. Always excited. Head over heels pada watak-watak utama. Kagum dan dapat imaginasikan semua budaya dan perayaan masyarakat Jepun. Yang paling saya tersentuh, ada ilmu dalam buku penulis tu saya cuba praktikkan dalam kehidupan sebenar saya. Surprisingly surprise, ia memang menjadi! Hebatnya. How I wish I can write like him too ^^,

Sekarang saya sangat suka baca cerita berkenaan sejarah. Dan kali ni, kalau saya beli buku kan, saya mesti cari buku yang bertemakan budaya serta sejarah. Terbaru, saya beli buku Misteri Taming Sari, karya Ibnu Ibrahim At-Tawari. Belum mula baca lagi tapi saya yakin saya akan suka dengan buku ni. Ia ada kaitan dengan pahlawan terbilang dan negeri saya, Melaka ^^, Andai kata suatu hari nanti, dunia dah bebas daripada Covid-19, saya teringin nak mengembara lagi. Belajar budaya orang lain, bahasa mereka ^^, Doakan saya ya.


Akhir kalam,

Saya share lagi gambar anak-anak saya ^^,

I love you my sons.

Selamat Tahun Baru 2021.

Semoga tahun ni tahun yang memberi kejayaan pada kita, anak-anakku dan pada mereka yang sangat baik pada kita serta selalu mendoakan yang baik-baik buat kita ^^,

May Allah forgive us and bless us with mercy and love. Aamiin.

Please take care of yourself and be safe everyone.


Hearteru,

MIREI MAY ❤❤❤

Umi kepada

Encik Abang Kuda ❤❤❤

Jatuh Cinta Sekali Lagi ❤❤❤