Suatu ketika dahulu,
Saya menceriakan pembaca blog ini dengan cerita bergenre komedi,
Asyik dipasak dengan karya-karya menyentak hati
Menuntut air mata
Saya cuba buat pembaharuan
Sementelah, saya juga perlukan sesuatu untuk membahagiakan
Maka terlahirlah dia
ENCIK ABANG KUDA
Saya menceriakan pembaca blog ini dengan cerita bergenre komedi,
Asyik dipasak dengan karya-karya menyentak hati
Menuntut air mata
Saya cuba buat pembaharuan
Sementelah, saya juga perlukan sesuatu untuk membahagiakan
Maka terlahirlah dia
ENCIK ABANG KUDA
Review Goodreads untuk novel kedua saya
Namun dia, Si Abang Kuda tetap disebut oleh kesayangan-kesayangan ini
Tanpa anak sulung ni, saya tak mungkin berkarya lagi
Bukan mudah untuk bangkit
Bukan senang mahu menyelitkan semula diri ini di dalam dunia itu
Lillahi Taala saya tekadkan azam
Lillahi Taala saya menyerahkan diri
Lillahi Taala saya memohon agar dipimpin hati ini untuk kuat
Saya takut nak menerokanya kembali
Saya bimbang ego memakan diri
Andai terhanyut dengan puji-pujian
Yang nyatanya hanya layak dipersembahkan
cuma pada DIA
Hai semua
Terima kasih memberikan peluang pada saya untuk bercerita
Terima kasih cari karya-karya saya di kedai
Terima kasih beli lagi Encik Abang Kuda
Terima kasih merasai kasih sayang yang saya titipkan dalam anak-anak saya
Soar High
Love Endlessly
Saya hanyalah
Mirei May
Umi pada dua
manja itu....
Encik Abang Kuda
Jatuh Cinta Sekali Lagi
Terima kasih sayangkan anak-anak saya
That means a lot to me
22/9/2019
11.47 p.m