Tuesday 9 July 2019

2019 : LIHAT AKU DI MATAMU dah terbit!!!! ^^,

Assalammualaikum,


Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Dia Yang Maha Memberi Rezeki.

Dia jugalah Yang Maha Mengabulkan Segala Permintaan.

Setelah 6 tahun menunggu...penuh rintangan, halangan, gembira, suka duka pengalaman yang dirasai sepanjang penulisan novel ini, akhirnya LIHAT AKU DI MATAMU menemui titik penamatnya. Dan yang paling membahagiakan, LADM juga turut berjaya diterbitkan. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.



Gambar buku kedua saya dan yang pertama bersama penerbit SUARA HATI PUBLICATION. Keluaran Julai 2019. Ya sayang-sayangku. Keluaran bulan ni ^_________^

Isn't it lovely????
I'm in love with the combinations of colours..

Blue + white + pink + turquoise

Saya cuma minta satu (gambar Maira bertudung), tapi penerbit beri lebih...
Syukur Alhamdulillah..

Kalau dulu novel ini bertajuk LIHAT AKU DI MATAMU, sebelum terbit penerbit tukar kepada

JATUH CINTA SEKALI LAGI 

Jujurnya, saya tetap rindu dengan tajuk asalnya.

Apakan daya...

Harap masih dapat merasai vibe LADM di dalam JCSL  nanti ^^

LIHAT AKU DI MATAMU, sayang terima kasih menjadi tajuk yang menemani Umi selama 6 tahun kita bersama. I'm so happy ^^,

Sisi lain anakanda kedua saya

Indeed, I'm beyond happiness ^^,


Untuk pengetahuan semua, pre-order buku JATUH CINTA SEKALI LAGI telah pun dibuka sekarang.

Saya pun ada ambil order juga. Jadi pada sesiapa yang nak beli novel JATUH CINTA SEKALI LAGI dengan saya boleh contact saya di:


1. Blog GenXMarvellous (you can leave your email address below), atau

2. Facebook : Mirei May, atau

3. Instagram : mireimay, atau

4. Emel : mireimay@yahoo.com


HARGA (ni setelah campur postage ya, harga buku saja : RM 33/RM36)

Semenanjung Malaysia : RM 40
Sabah / Sarawak : RM 48

Jumlah muka surat : 903 muka surat (pasai tu dia mahai..hehehe)


Kalau rindu Maira - Emil - Myungsoo, boleh cepat-cepat order dengan saya.

Free gift dan tanda tangan sedia menanti pembeli tersayang.


BLURB

‘Perampas! Tak kahwinlah kau sampai ke tua!!!’

Demi Allah, tohmahan itu terlalu memeritkan. Demi Rabbnya Yang Maha Pengampun, dia rela mengalah asalkan wanita yang disakitinya itu, menemukan cinta sucinya semula. Lantas dia berkelana, membawa kesedihan nun jauh ke Kota Seoul. Bagi UMAIRAH HUSNA, tiada insan yang lebih teruk ditimpa ujian daripada Yang Maha Esa, melainkan dirinya.

SHEIKH MUZAMMIL FARHAN, Encik Penunjuk Arah setibanya Maira di Seoul, nampak garang di luaran namun setelah menelusuri hati budi lelaki itu, Muz taklah seteruk seperti yang Maira sangkakan! Cuma Maira buntu. Kenapa semakin mengenalinya, Muz terlihat aneh? Seolah-olah ada dua orang lelaki berkongsi satu tubuh yang sama. Mana satu diri Muz yang sebenar-benarnya?

Dan kejadian hitam yang berlaku di Hongdae lewat malam itu, membawa Maira masuk ke dalam keluarga kecil lelaki ini. Ada appa yang penyayang, ia satu bonus. Tapi bila dongsaengnya pun ikut berperangai ganas seperti hyungnya juga, Maira rasa nak tinggalkan keluarga ni cepat-cepat.

You have to promise me that you will never get close to my brother ever again! Do you hear me?”- KIM MYUNGSOO

You have my words...”

Lumrah hidup. Tak selamanya kesedihan dan kebencian berarak memayungi diri. Sekali Allah kata Kun Fayakun! Tiada hambaNya yang mampu mengubah takdir. Dan tiada Myungsoo yang dapat menghalang penyatuan dua hati antara Maira serta Emil. Namun, mampukah perkahwinan yang dibina kekal memacu hingga ke syurga?

Hanya pada Rabbnya, mereka sandarkan kepercayaan.


Jangan tunggu lama-lama.

Mari-mari kita BERJATUH CINTA SEKALI LAGI dengan novel terbaharu Mirei May.

Dijamin tangkap leleh dan happy ^____^V