BAB 4
Akhirnya ketemu video yang dicari-cari selama ini...jazakallah Faizal Tahir ^^,
“Aduh!!”
Berterabur pendrive dan buku notaku di atas lantai
apabila tubuh secara tak sengaja berlanggar dengan seseorang sejurus keluar
dari bilik mesyuarat.
“Sorry, Maira. I tak sengaja.”
Kelam-kabut wanita
itu membantu aku mengemas barang-barangku semula. Suara gemersiknya, macam
kukenal. Aku segera mendongak.
“Kak Sendora?”
Tegurku perlahan. Dia menaikkan pandangannya sejenak sebelum tunduk semula lalu
mengambil buku notaku.
“Hai...” Ringkas
Kak Sendora menyapa. Aku tersengih. Leka aku meneliti hijab yang tersarung
indah di kepala teman sekerjaku ini. Seingatku, Kak Sendora tak pakai tudung.
Patutlah berbeza sungguh penampilan dia hari ini. Hampir aku tak mengenalinya
jikalau dia diam, tak bersuara.
“Sorry, Maira. Tak sengaja langgar you.
You okay kan?”
“Okay. Sikit je ni. Akak dari mana?”
Soalku berbasa-basi. Kak Sendora menyengetkan tubuhnya lalu menunjuk ke arah
bilik di hujung lorong. Tandas. Aku mengangguk. Faham.
“Ada meeting ke pagi ni? Dengan siapa?”
“Ha’ah. Dengan
Encik Izham.”
“Bos?” Terjuih
bibir mungil Kak Sendora ke depan. Tertawa aku melihat reaksinya itu.
Encik Izham, Ketua
di Unit Komunikasi Korporat (UKK) Azrani Holdings, terkenal dengan sikap
tegasnya. Dia sangat jarang mengukirkan senyuman membuatkan semua staf di sini
agak takut dengan lelaki itu. Desas-desus mengatakan, Encik Izham tak suka
mendengar pandangan orang lain. Hitam katanya hitamlah. Janganlah berani nak
bangkang.
Tapi kenapa
sepanjang 4 jam kami bermesyuarat, Encik Izham sangat berbeza daripada
cakap-cakap teman sekerjaku? Dia yang kononnya garang dan suka meninggikan
suara, sebenarnya amat lembut dalam pertuturan. Malah, ungkapan tak suka dengar
pandangan orang lain sama sekali tak berasas! Pada pengamatanku, Encik Izham
adalah seorang ketua yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Kerja yang kukira
sukar untuk kulaksanakan dalam masa yang singkat, kini sudah nampak jalan
penyelesaiannya.
“Meeting pasal apa tadi?” Tanya Kak
Sendora, ingin tahu.
Kak Sendora lapor
diri di bahagian Akaun. Jadi, dia tak terlibat secara langsung dalam mesyuarat
yang baru diadakan.
“Macam-macam. Tapi
main focus pasal Annual Dinner. Saya kena liase
dengan wartawan untuk buat coverage event tu nanti. Tahun ni Dato’
Imran akan bawa anak-anak yatim dari Teratak Firdausi untuk sertai kita.”
“Ooh...bila Annual Dinner?”
“Insya-Allah,
pertengahan bulan 12 ni. Tapi tarikh sebenar belum diputuskan lagi. Nak minta
persetujuan Dato’ dulu.”
“I see. You ada kenal mana-mana wartawan
ke untuk cover event tu? Kalau dah
sampai tahap panggil wartawan, rasanya Annual
Dinner tahun ni Dato’ nak buat gempak. Mesti ada projek mega yang dia nak
uar-uarkan nanti tu. Kena buat bebetul tau. Jangan sambil lewa. Dato’ tak suka
orang buat kerja cincai.”
“So far, saya tak kenal sesiapa pun lagi,
kak. Pertama kali galas tanggungjawab ni. Nervous
tu memang ada. Tapi tadi Encik Izham ada bagi beberapa nama wartawan yang
pernah buat write up pasal Azrani
Holdings. Nanti saya cuba follow up
dengan team tu. Hopefully diorang masih kerja dengan syarikat akhbar yang sama.”
“Good. Follow up cecepat. Dapat front page bahagian Bisnes semua surat
khabar tu nanti, bangga kita satu Malaysia.” Ucap Kak Sendora teruja. Tunduk
saja aku sambil mengait senyum nipis.
“Insya-Allah,
kak.”
Makin bersemangat
aku mahu membuat yang terbaik pada tugasanku kali ini. Julung kali
mengendalikan Annual Dinner syarikat,
aku tahu kerjanya bukanlah mudah. Sebelum aku diterima bekerja di syarikat ini
dulu, aku pernah menemani Mimi menyediakan bajet untuk keseluruhan kos makan
malam tersebut sewaktu dia bertandang ke rumahku. Menurut Mimi, sebelum UKK
ditubuhkan, banyak benda dia kena fikirkan. Bajet, publisiti lagi.
Walaupun ada
campur tangan daripada staf di bahagian Pemasaran untuk urusan publisiti, tetap
juga kerja-kerja itu dilonggokkan ke jabatan Mimi, Perakaunan akhirnya. Hanya
setelah Unit Komunikasi Korporat diwujudkan, barulah semua kerja berkaitan
perancangan acara syarikat dilaksanakan sepenuhnya oleh unit ini dan sekali
gus, mengurangkan pertindanan kerja Puan Akauntan kita tu.
Harap-harap, AJK Annual Dinner yang telah dilantik tadi
dapat memainkan peranan mereka sebaik mungkin. Aku pun nak kerja
bersungguh-sungguh juga. Apatah lagi tema yang aku cadangkan ketika mesyuarat
berlangsung, diterima hampir kesemua AJK termasuklah Encik Izham. Makin
berkobar-kobar aku mahu memastikan Annual
Dinner tahun ini berjalan dengan lancar.
“I nak sambung
buat kerja.”
“Err...saya pun. Terima kasih kak, beri
nasihat tadi.”
“Aah...benda kecik
je. Bye, Maira.” Kak Sendora menitip
senyum manis kepadaku sebelum bergerak pergi.
“Kak Sendora.”
Panggilku seraya melelar pergelangan tangannya. Tertoleh Kak Sendora lalu
menghadapku semula. Aku tersenyum sambil mata tak henti-henti melekat pada
seraut wajah berbujur sireh itu dan hijab yang dikenakannya. Duckscarves, trend wanita Malaysia masa
kini. Sempurna sungguh penampilan Kak Sendora setelah menutup mahkotanya
daripada penglihatan lelaki ajnabi. Sangat cantik dan tenang sekali wajah teman
sekerjaku ini.
“Akak nampak
anggun bila bertudung. Alhamdulillah...” Ucapku seikhlas hati. Kak Sendora
tersentak. Dapat aku lihat rahangnya terjatuh seketika sebelum perlahan-lahan
dia menundukkan wajah dan membalas genggaman tanganku padanya. Erat.
“Terima kasih.
Sebelum ni suami I...err...akak, suami akak...”
Akak? Makin
melebar sengihan aku. Terharu mendengar kata ganti diri yang Kak Sendora
gunakan tatkala berbual denganku.
“Sebelum ni suami
akak dah banyak kali suruh akak pakai tudung, Maira. Tapi akak buat endah tak
endah permintaan dia. Sampailah semalam...” Dia berhenti berbual. Lama Kak Sendora
merenungku.
Aku
mengangguk-angguk. Semalam? Kenapa dengan ‘semalam’?
“Semalam baru
terbuka hati akak nak tunaikan permintaan dia.” Akhirnya Kak Sendora menyambung
bicara setelah puas menatap mataku.
“Alhamdulillah.
Maira doakan akak terus istiqomah dalam menutup aurat.”
“Aamiin. Terima
kasih. Maira...akak nak minta maaf ya.”
“Minta maaf pasal
apa, kak? Akak takde buat salah dengan saya pun.”
“Ada...besar salah
akak pada Maira. Akak harap Maira dapat maafkan akak.”
Dia merangkul aku
sekilas sebelum cepat-cepat meleraikan pelukan kami. Terkebil-kebil mataku
kerana tak faham tindakan Kak Sendora berbuat demikian. Usai menghadiahkan aku
satu senyuman pilu, Kak Sendora terus meninggalkan aku terkulat-kulat di tengah
lorong kecil itu.
‘Kenapa dengan Kak Sendora? Bila masa
dia ada buat salah besar dengan aku?’
Walaupun fikiran
masih dihujani tanda tanya, kaki tetap melangkah meninggalkan tempat pertemuan
kami. Ketika melewati selekoh berhampiran kawasan kubikalku, aku ternampak
kelibat seseorang melalui lorong ini dengan pantas. Aku segera menepi, memberi
ruang pada dia untuk berjalan dahulu. Namun, aku tersentak tatkala susuk tubuh
itu tiba-tiba mengubah haluannya lalu dengan sengaja menghentam bahuku sekuat
hati.
Rempuhannya yang
kasar itu membuatkan tubuhku condong 45 darjah ke belakang. Tak sempat aku nak
imbangkan diri sementelah kasut yang kupakai bertumit 3 inci. Sekelip mata aku
dah tergolek di atas karpet, betul-betul di hujung kaki orang yang melanggarku
tadi. Gelap seketika pandanganku. Ya Allah. Kenapalah hari ni semua orang nak
langgar aku? Hati menggerutu geram. Marah pada dia yang terang-terangan mahu
pedajal diri ini.
“Serves you right! Perempuan perampas!
Tak sedar diri! Huh!” Pekik suara itu sinis, sebelum berlalu meninggalkan aku.
Cepat-cepat aku
berpusing mengikut hentakan kaki gebu itu. Murni? Budak Akaun? Allah. Siapa
yang dikatakan perempuan perampas? Aku ke? Apa yang aku dah rampas daripada
Murni?
Ikutkan hati yang
tengah sebal, nak saja aku campak buku nota berkulit tebal milikku ini ke kepala
teman sekerjaku itu. Marahku meluap-luap. Terasa nak meletup satu pejabat.
Namun mengenangkan perlakuan kami telah mendapat perhatian semua orang yang
berada di bahagian kubikal ini, cecepat aku menenangkan diri walaupun aku tahu,
luka dihina itu amat payah untuk sembuh dalam masa terdekat.
“Kau okay, Maira?” Syafinaz, rakan
sejawatanku yang duduk di kubikal berhampiran tempat aku tergolek, datang
membantu. Aku tawar senyum nipis. Hati masih bersedih dan marah pada Murni. Tak
mampu nak beri senyum ikhlas.
“Bolehlah. Terima
kasih, Syaf.”
“Sama-sama.
Sabarlah, Maira. Aku pun tak faham kenapa Murni tetap nak langgar kau walaupun
aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, kau dah bagi laluan pada dia.”
“Entahlah. Aku pun
tak tau apa masalah dia. Siap gelar aku benda yang tak elok lagi. Harap-harap
aku boleh bersabar, Syaf.”
“Aku tahu susah
nak tahan sabar bila orang dah buat aniaya pada kita. Muka kau pun aku tengok
tengah merah sekarang ni. Eh, aku ada stress
ball. Kalau kau nak, aku boleh bagi kau pinjam.” Polos Syafinaz memberi
cadangan. Aku sengih seraya menggeleng-geleng.
“Tak payahlah. Aku
pun ada stress ball dekat meja aku.”
“Oh? Awalnya dah
beli stress ball.”
“Nope. Tak beli pun. Orang kasi.”
“Oh ye? Siapa
bagi?” Merah-merah muka Syafinaz menggelakkan omonganku. Mungkin dia tak
menjangka aku pun turut menyimpan stress
ball walhal baru 3 bulan aku bekerja.
“Siapa lagi?
Akauntan kitalah. Puan Mimi.”
Melambak tawa
Syafinaz keluar. Dah ucap terima kasih pada gadis ceria itu sekali lagi, aku
terus membawa diri ke meja kerjaku. Setengah jam lagi nak masuk waktu makan
tengah hari. Selagi ada masa ni, lebih baik aku penuhi fikiranku dengan kerja
sahaja. Sekurang-kurangnya, dapat juga aku melupakan kejadian buruk yang baru
berlaku sebentar tadi.
“You buat apa?
Kenapa you langgar dia? Tak baiklah, Murni. Kesian dia.”
Sendora menampar
kuat paha gebu milik sahabat baiknya, Murni. Riaknya jelas tak senang melihat
aksi pergaduhan percuma di depan mata. Lebih-lebih lagi ayat ‘Perempuan
Perampas’ itu turut nyaring diperkatakan. Dalam hati, Sendora berasa kasihan
pada Umairah. Dapat dilihat dengan mata kepalanya sendiri, Maira agak bingung
apabila digelar begitu. Aah, bagaimana mahu diterangkan pada Maira tentang
siapa Fizi itu sebenarnya? Dia tersepit. Di sini kawan sekerja, di sana kawan
baik.
“Tak payah nak
kesian. Perempuan tak ada maruah macam tu kena diajar. You tahu tak I nampak dia
dengan siapa semalam?” Ujar Murni menahan geram.
Mata Sendora
terbelalak. Jantungnya mula berkocak hebat. Semalam? Takkanlah sahabatnya ini
berjalan-jalan juga di IOI City Mall? Sendora menanti Murni menyambung
kata-kata. Apabila Murni sekadar memberi bahasa isyarat, Sendora terus
mengeluh.
“Fine! You nampak dia dengan siapa?”
Gedik saja kawan
baiknya ni. Nak juga dia kena buka mulut. Apa salahnya cakap saja sampai habis?
Sendora mencebik. Bosan.
“Fizi!”
“What? Biar betul? Eii, you jangan main-main, Murni. Entah-entah pelanduk dua serupa
tak? You jumpa diorang dekat mana?”
Sedaya upaya
Sendora menahan getar suara sendiri. Dia tak mahu Murni terkesan nadanya sudah
bertukar terkejut.
“Tak mungkinlah
pelanduk dua serupa, babe. I yakin
memang perempuan perampas tu yang ada dengan Fizi semalam. Lagipun I ada
bukti.”
Bukti? Sudah. Puas
Sendora berdoa dalam hati agar Murni tidak membuat tindakan serupa dengannya.
Mengambil video dan gambar pasangan yang menjadi topik hangat Azrani Holdings
sejak akhir-akhir ini lalu menghantar kepada teman baik mereka.
“You tahu kan adik
ipar I baru balik dari Vienna?”
Murni memulakan
cerita dan diangguk tenang oleh Sendora.
“Semalam flight dia sampai Malaysia. I pun
pergilah jemput dia dekat KLIA dengan Ayaaz. Masa I tengah tunggu suami I cari
Attar, I nampak ada seorang pilot
tengah berborak dengan kawan dia depan Balai Ketibaan Antarabangsa. At first I leka tengok pilot tu sebab muka dia macam I kenal. Plus handsome giler kan? Siapa tak nak
tengok?”
Murni
tersengih-sengih macam kerang busuk. Terjongket hujung bibir Sendora ke atas.
Sempat lagi mata sahabat baiknya ni meliar. Sabar sajalah.
“Lepas tu?”
“Ayaaz sampai
dengan Attar, then kitorang pun siap
sedia nak balik. Masa kami lalu sebelah kapten tu, I secara tak sengaja tertengok
muka kawan dia. Bila I tengok lama-lama, baru I sedar lelaki tu Fizi. Fizi, you know, Fizi. Bila I nampak
Fizi, so, I expect I akan nampak ‘dia’. Puas mata I meliar cari kereta Fizi
sebab I rindu nak tengok kawan kita tu tapi bila I jumpa, hati I hancur. You
tahu siapa yang ada dalam kereta tu?”
“Siapa?”
Walaupun sudah
tahu jawapannya, Sendora tetap bertanya.
“Maira. Ya Allah.
Sakitnya hati I ni. Rasa nak cekik-cekik je perempuan perampas tu. Apakan daya,
Ayaaz terbawa laju masa tu. Kalau dia slow,
memang I dah keluar kereta dan buat scene
dekat KLIA.”
“Jangan serkap
jarang, Murni. Entah-entah bukan Maira yang you nampak. Lagipun, cermin tingkap
Fizi gelaplah. Mustahil mata you boleh tembus sampai ke dalam?”
“Apa tak bolehnya?
Yang gelap, cermin tepi. Cermin depan kurang tinted. I tak rabunlah, Dora. I yakin tu Maira. Plus, I kan kata I ada bukti kukuh? Pilot yang I nampak tu rupanya kawan
kitorang masa belajar dekat STJ dulu. Eshan Suhail. Dan kebetulan, malam tadi
Han ada masukkan gambar dia dengan Fizi dekat dalam group WhatsApp kami. Siap mention
lagi, Fizi datang dengan future wife
dia, Umairah Husna. Hah! Sohihlah perempuan yang I nampak tu, Maira. Siapa lagi
yang kita kenal ada nama kuno macam tu? Perempuan perampas tu je lah. And you know what, Dora? I dah screenshot mesej Han dan tunjuk pada
Nas.” Ujar Murni seraya mengakhiri perbualan.
Sendora hembus
nafas berat. Nampaknya, bangkai gajah sudah tak mampu ditutup-tutup lagi.
Terlalu banyak cerita mengenai Maira dan Fizi telah sampai ke pengetahuan
sahabat baik mereka berdua. Bertalu-talu pula tu dalam masa sehari. Tak sangka
Murni bertemu pasangan ini di KLIA selepas dia tertangkap Maira dan Fizi
mengunjungi District 21.
‘Nas...Maira...’ Getus Sendora perlahan, dihujani rasa bersalah.
Oh no! (insert suara Yusuf Iskandar please...thank you!)
Hopefully nothing happens to them ya...
Seseorang di masa lalu, muncul membuat comeback ^^,
(For those who bought my first book, Encik Abang Kuda, I hope you still remember him)
Dengan penuh rasa syukur, tiba giliran untuk kredit gambar kepada mereka yang banyak membantu mengindahkan imaginasi saya selama ini:
Terima kasih semuanya...
1) Instagram Belle Al Yahya
2) Instagram Aidit Noh (gambar terakhir Fizi/Maira tu, Aidit berada di Vienna...so kebetulan sangat!)
3) Instagram Uvejs Hadzi
4) Google Model Muslimah
5) Google Adiela Ridzuan
Tak lupa juga...
5) Google Adiela Ridzuan
Tak lupa juga...
Terima kasih pada semua kesayangan yang sudi bertandang ke belog cinta hati Mirei May...
^___^V
Yours truly writer,
Me ^^,
^___^V
Yours truly writer,
Me ^^,
8 comments:
Omg....!!!! 😍😍 love u yang...
😄😄😄 me too...💕 you...tengkiuuu forvur support yang
Sis..saya tak sempat baca. Sedih!!!!������
Alaaa...sis dah selindung. Mian hae ^________^
cepat2 terbit buku my.. x sabar nk baca yg complete, since ada yg D x sempat baca lg tp da kne selindung... wuuuu~
Alaaaa...tak smptse nk baca.phone akk merajuk seminggu.
Lady Dellaz : doakan ye D semoga dipercepatkan segala urusannya ^^, Terima kasih, sayang D ^^,
Kak Ma Ilyas : Huhuuu...Maaf Kak Ma, May dah selindung ^^,
Post a Comment