Thursday 5 July 2018

2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Bab 2)}




BAB 2

‘Saya akan jaga awak baik-baik, Maira. Awak selamat dengan saya.’

Ibarat menanam tebu di tepi bibir! Kata-kata yang dia luahkan tadi langsung tak boleh diguna pakai. Menyesal aku ikut lelaki ini tadi. Apa tidaknya. Tengoklah dekat mana aku berdiri sekarang.


‘Ya Allah Ya Tuhanku. Selamatkanlah aku. Kuatkanlah tanganku untuk berpaut pada besi ini. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.’

“Maira!!!!”

Dalam aku kalut-kalut dan cuba menghentikan getaran pada kedua-dua belah kaki yang asyik menggigil sedari tadi, aku terdengar suara Fizi melaung dan memanggil namaku. Mata kucelikkan sebelah. Mencari dari mana datangnya suara itu. Nun di kejauhan, aku ternampak Fizi melambai-lambai ke arahku bersama senyuman tak lekang-lekang di bibir. Seorang lelaki berT-shirt kuning kelihatan membantu menanggalkan abah-abah pada pinggangnya.

You can do this, love! Fighting!!!!”

‘Fighting’ kepala otak dia. Ingat sini Korea ke? Aku kembali memejamkan mata rapat-rapat. Suara seorang lelaki Melayu yang memberi tunjuk ajar padaku buat kali terakhir terasa sayup-sayup di pendengaran. Tak sabar aku mahu menghabiskan permainan ini dan kembali menjejakkan kaki ke Bumi. Aku tak suka terapung di udara!!!

“Makkkkkk!!!!!!”

Hanya itu mampu kulafazkan di saat aku ditolak keluar dari tempat kurungan. Sepanjang masa aku berteriak ketakutan. Tak pernah sedetik pun aku mengurangkan kadar jeritanku. Sentiasa menjadi penyanyi opera. Tatkala Roller Glider itu menjunam laju dan melengkok-lengkok mengikut besi paip itu, makin berganda jeritan suaraku. Utuh aku memegang handle Roller Glider. Tak aku lepas-lepaskan langsung. Aku dengar Fizi berteriak girang. Tak sudah-sudah suara ‘Wow’ dia memetir di dalam District 21. Allahu Rabbi! Kenapalah aku terjatuh cinta pada lelaki yang suka membuat kerja-kerja lasak? Tak pepasal aku disuruh meniru hobinya ini.

(Roller Glider. Video taken by...me! ^^,)

“Lantai......”

Penuh dramatik aku melepet di atas lantai besi berhampiran petak penamat Roller Glider sejurus sahaja aku berjaya menamatkan mimpi ngeriku itu. Fizi datang berteleku di sebelah. Muka kejinya usah cakaplah. Belum sempat aku menarik nafas panjang, sibuk dia menunjukkan video yang diambilnya tadi. Merah-merah muka putih bersih Fizi mentertawakan aku. Sakit jiwa.

Awesome, love! Tak sangka awak boleh main Roller Glider. First attempt tau. Awak tak teragak-agak pun. Selamba je keluar lepas kena tolak. Hee...bestlah ada makwe yang sama minat dengan kita. You’re so brave. I love you so much!!!”

Terima kasih sebab ungkapkan perkataan keramat tu, Fizi. Tapi...banyaklah kau punya ‘brave’. Tahu tak aku tengah semput ni?  Susah aku nak susun semula pernafasanku. Aku mencebik pada Fizi yang masih galak ketawa. Tanpa mempedulikan dia lagi, aku terus mengatur langkah menuju ke permainan kedua. Tubby Ride. Dalam banyak-banyak permainan, Tubby Ride kulihat agak kurang mencabar fizikal. Sekadar pelampung yang ditolak turun dari gelongsor gergasi. Rasanya tak gugur jantung kut kalau aku cuba permainan ni.

“Nak menghadap depan ke belakang?” Soal pekerja District 21 tatkala aku dan Fizi sudah bersiap sedia duduk di atas pelampung masing-masing.

“Depan.” Balasku pantas. Yakin.

“Belakang!”

Mencelang mataku pada Fizi. Dia tersengih-sengih macam kerang busuk sambil menunjukkan tanda ‘peace’. Dapat saja kata putus daripada Fizi, pekerja itu terus membetulkan arah pelampung kami. Aku telan liur bertalu-talu. Takut.

You know what, Fizi? Saya dah tahu dah apa sebenarnya perasaan saya pada awak.”

“Aaahhh...jangan cakap kuat-kuat. Saya tahu awak cintakan saya, Maira. So much. Just like I really do.”

Ha...ha. Funny. No. I don’t love you. In fact, I hate....youuuuuuuuuu. Makkkkk!!!!” Jeritan batinku bergema semula.

Terkekek-kekek Fizi mentertawakan diri ini sebelum dia pun turut menjerit seperti aku juga. Kurang asam punya pekerja District 21. Waktu aku tengah leka bersembang dengan Fizi jugalah dia menolak kami turun.

“Hei, kenapa nangis ni?” Tanya Fizi cuak sejurus kami sampai ke garisan penamat. Ditarik aku ke tepi dinding dan aku, tersipu-sipu malu sambil berusaha mengelap air mata kering-kering.

Sorry. Tadi masa kita terhentak dekat bucu tu, perut saya terasa sakit sangat. Saya tak boleh solat, awak. Dan sekarang...saya tengah senggugut.”

Walaupun diulit rasa malu, aku terpaksa berterus-terang pada Fizi. Aku tak mahu dia menganggap aku enyeh (mengada-ngada) kerana mudah sangat menitiskan air mata padahal ada benda penting yang aku selindungkan daripada pengetahuannya.

“Ya Allah. Maira....” Muka Fizi bertukar merah. Malu. Aku makin menundukkan wajah. Segan padanya. “Kenapa tak bagitahu saya yang awak tak sihat? Kalau saya tahu, tak adalah saya ajak awak datang ke sini. Masih sakit tak ni? Maksud saya, perut awak tu?”

Aku mengangguk. Fizi mengetap bibirnya kuat-kuat.

“Kalau awak nak main semua permainan ni, awak mainlah. Saya tak kesah. Saya boleh tunggu.”

Aku cuba memujuk Fizi. Dari riak wajahnya itu, aku tahu dia sedang menimbang-nimbang untuk keluar.

“Tak seronoklah saya seorang je main. Saya bawa awak ke sini tadi sebab saya nak main semua permainan ni dengan awak. Kalau saya tahu awak tengah senggugut sekarang, baik saya ajak awak pergi tengok wayang je. Eh? Ye tak ye kan? Kat sini pun ada wayang jugak. Hmm...apa kata?” Dijongket-jongket kening tebalnya sambil tersenyum nakal.

“Apa kata apa?” Tanyaku pelik.

“Apa kata kita pergi tengok wayang je? Nak tak?” Usul Fizi tanpa disangka-sangka.

Aku terdiam. Hati dipupuk rasa bersalah. Kerana aku, Fizi nak berhentikan permainannya. Mana boleh? Ingat murah ke nak masuk ke tempat ni?

‘Perut, mian haeyo (saya minta maaf). Aku tahu kau tengah sakit. Tapi aku tak boleh tengok muka orang yang aku sayang, kecewa. Aku tahu, dah lama dia rancang nak bawa aku ke sini. Kalau tak, masakan dia belikan aku kasut Nike ni? So, I’m sorry, perut. Kita bertahan ek. Demi Fizi. Demi pengalaman. Dan yang paling penting...demi adrenaline rush.’


“Gelak pulak. Saya tanya bebaik ni, love. Nak pergi tengok wayang tak? Offer sekali je tau. Baik awak buat keputusan cecepat.” Unjur Fizi buat kesekian kalinya. Aku pantas menggeleng. Malaslah nak tengok wayang. Dia juga yang kata tadi tak ada cerita menarik ditayangkan sekarang.

“Awak...nak pinjam telefon awak boleh?” Pintaku sambil buat muka comel.

“Kenapa?”

Walaupun keningnya berkerut seribu, tetap juga iPhone 7 itu dihulurkan padaku. Aku semakin seronok melorek senyuman.

“Ada lah.” Skrin telefon Fizi kupicit-picit. “Err...alamak. Tak reti pulak nak guna iPhone. Awak...tadi sebelum kita masuk District 21, awak ada ambil gambar saya dekat map kan? Boleh tak awak tunjukkan gambar tu dekat saya?”

Telefon kembali bertukar tangan. Makin berkecamuk air muka Fizi. Aku yakin, dia mesti tak faham sebab-musabab aku mahu melihat gambar itu. Fizi merapatkan tubuhnya hampir ke bahuku setelah berhasil mencari gambar yang kumaksudkan. Tak pula aku menegah perbuatannya itu walaupun cara kami berdiri amat rapat ketika ini. Tumpuanku terarah sepenuhnya pada telefon bimbit Fizi.

Love tengok apa tu?”

Aku dengar Fizi bertanya. Gambar yang memaparkan keseluruhan peta kawasan riadah ini aku zoom beberapa kali. Tulisan yang tampak kecil pada mulanya, kini sudah mampu dibaca oleh kami berdua.

“Tengok ride apa yang saya boleh main lagi. Susah-payah awak memandu dan bawa saya ke mari, takkanlah saya nak sia-siakan semua kudrat awak tu, Fizi. Saya terharu sebab awak bersungguh-sungguh nak happykan saya. Terima kasih, awak. Now, saya betul-betul tengah bahagia. Tapi kan. Andai kata awak tak bawa saya masuk sini, cukup dengan adanya awak di sisi saya sajalah, itu pun dah boleh membuatkan saya happy, awak. Wallahi. Tak tipu.”

Aku menghentikan bicara apabila perasan Fizi sibuk mengipas diri sendiri sambil mulut tak henti-henti mengulum senyum sementara telinganya pun, turut bertukar merah. Tersentil lidahku ke depan. Tak sangka dengan ayat pick up line yang tak berapa nak jadi tu, Fizi bereaksi sebegini rupa.

So, nak continuelah ni?” Tanya Fizi girang, inginkan kepastian. Aku mengangguk. Yakin dan bulat dengan keputusanku.

Of course! Tapi saya pilih ride yang tak perlu melompat-lompat dan bersengayut tinggilah. Takpe ke?”

That’s my girl! Sure, no problem. Pilihlah, awak nak main yang mana satu. Saya ikut je. Kuat semangat awak, Maira. Ni yang makin sayang ni.”

Oh, please. Jangan cakap awak sayang saya selalu.”

“Kenapa? Tak boleh?”

“Tak...nanti panggilan tu cepat basi.” Aku berseloroh. Makin melambak tawa lelaki kesayanganku ini. Aku kembali melihat ke arah peta.

“Awak...Free Fall tu apa?”

Kutunjuk gambar berwarna biru kepada Fizi. Fizi juihkan bibirnya ke arah seorang perempuan bertudung litup yang sedang bersiap-sedia mahu membuat terjunan. Tersembul biji mataku keluar. Erk! Bungee Jumping atas darat? Teringat Roller Glider yang baru kumain tadi. Sama saja ngerinya. Pangkah!

“Kenapa tengok ride lain?”

Fizi dah ketawa-ketawa. Pasti dia dapat agak aku dah kecut perut tatkala mendengar jeritan batin perempuan itu sewaktu melompat turun dari pelantar. Lebih kurang saja nilai oktaf kami. Silap hari bulan, suaraku lagi nyaring daripada suara perempuan bertudung litup tu. Tak mahulah menjadi perhatian sekali lagi.

“Saja. Tak thrilllah ride tu. Saya nak tengok yang lain.”

Poyo je bunyinya. Susah betul aku nak mengaku bahawa aku takut untuk mencuba Free Fall.

“Kenapa? Cubalah dulu. Rasanya Free Fall ni takdelah mengerikan sangat berbanding Maze dan  Sky Trail. Cuma kena melompat turun je. Saya yakin awak boleh buat.”

“Ha...ha.” Aku kembali membuat muka serius. “Takut!” Balasku kemudian membuatkan tawa Fizi pecah semula.

“Kalau takut, tak payahlah kita main yang ni. Kita main ride yang lain. Tak silap saya, Free Fall ni ada dua jenis. Satu yang ni...” Fizi tunjuk pada ‘Bungee Jumping Darat’. “Dan satu lagi yang tu....”

Dihalakan pula jari telunjuknya ke arah satu binaan yang tegaknya 90 darjah. Seorang budak lelaki Melayu dalam lingkungan umur belasan tahun kelihatan berbaring di atas gelongsor curam itu sambil menggenggam erat sesuatu. Handle ala-ala Roller Glider juga. Ya Rabbi. Kenapalah permainan di sini semuanya ngeri-ngeri belaka? Helaan nafas makin tak teratur apabila budak lelaki itu mula ditarik perlahan-lahan. Macam aku pula yang nak main permainan ini. Debarannya melebihi naik roller coaster. Tak takut ke dia? Tegak 90 darjah tu.

Aku memejamkan mata apabila budak lelaki itu melepaskan alat pemegang lalu meluncur turun dengan lajunya. Terkeluar suara garau budak itu sebelum aku terdengar dia mengaduh kesakitan. Apabila mata kucelikkan, aku nampak dia dah tergolek di atas lantai sambil tak henti-henti ketawa dan menggosok punggung sendiri.

“Apa dah jadi, awak?” Soalku kaget. Fizi masih dalam tawanya.

“Terlebih landing. Dia paksa sangat diri tu turun laju-laju. Dia ingat gelongsor ni sama macam dekat taman permainan kanak-kanak agaknya. Tak pepasal meluncur terus atas simen.”

“Euww!!! Tak naklah Free Fall yang ni. Ngeri!”

“Habis tu, nak main Free Fall yang mana satu?”

Fizi kembali memusatkan perhatiannya padaku. Renungan Fizi terlalu lembut dan dipenuhi rasa cinta, membuatkan jantungku kembali berdegup kencang. Sambil tersipu-sipu malu, aku menala pandanganku pada ‘Bungee Jumping Darat’ tadi. Melekuk lesung pipit Fizi apabila dia menarik senyumannya. Gembira.

“Jom!”

Assalammualaikum dan Selamat Malam pembaca tersayang ^^,

Alhamdulillah, novel JATUH CINTA SEKALI LAGI akan terbit pada bulan JULAI 2019 di bawah syarikat penerbitan SUARA HATI PUBLICATION. PRE-ORDER dah pun dibuka sekarang. May pun akan ambil order juga. So, kalau sesiapa nak beli dengan May, can approach me through my Facebook : Mirei May II,  emel May : mireimay312@yahoo.com, instagram May : mireimay11 ataupun tinggalkan komen di group Facebook secret kita. Pada pembaca yang beli dengan May, akan dapat special gift dan tanda tangan, itu wajib ^^0

대단히  감사합니다



Yours truly writer,

Mirei May

4 comments:

Fathi Fathiyah said...

Saya ������ Saya suka Fizi-Maira. Pendeknye sis, pjgkan lagi. Tak.puas baca..hehe

Unknown said...

Sape yg penah pegi District 21 maybe boleh fikir keadaan dalam tu yang.. 😁😁 BEST...!!

Mirei May said...

Fathi Fathiyah : yeayyy...ada peminat Maira-Fizi...hehehehe...pendek sangat ek? Okay, sis bagi sambungan jap lagi...Jemput baca tau ^^, terima kasih, sayang sudi baca cerita sis...xoxo

Mirei May said...

Nursyamimi yazid: Kan yang? Aaaaa, I windu District 21...wish dapat pi dengan Mie pulak ke sana...kita main Trampoline je...dah tua ni, seram pulak nak try Roller Glider...berangan bolehlah...ahahaha ^____^V terima kasih yang, sudi baca lagi...xoxo