Friday 31 December 2021

Embracing 2022 ^^,

 Assalammualaikum semua,

Apa khabar Encik Blog? I miss you.

My dearest blog,


Alhamdulillah. Di ambang tahun baharu, Allah masih izinkan saya mencoret-coret sesuatu untuk kesayangan yang selalu hadir membaca segala cerita di sini. Terima kasih untuk 2021 yang penuh cabaran. Ahlan wa sahlan 2022. Doa saya, semoga tahun ni tahun yang membawa kegembiraan buat semua orang. Baik pada diri saya, keluarga saya, sahabat-sahabat saya juga pada mereka yang saya kenali mahupun yang tidak saya kenal.

Aamiin ๐ŸŒบ

Entri ni pendek saja sebab saya tak tahu nak tulis apa ๐Ÿ˜„Mian hae. Saya cuma nak cerita, tahun ni in shaa Allah, ada pembaharuan yang akan saya lakukan. Andai pernah baca entri saya sebelum ni, mesti kalian tahu, sepanjang hidup, setiap kali tibanya tahun baru, saya tak pernah sematkan apa-apa azam dalam diri. It's true. Saya tak pernah berazam. Dulu pernah seorang pembaca saya tanya pada saya, apa azam saya tahun 2021 yang lalu? Dan saya kata, tak ada. Tapi tahun ni berbeza. Buat pertama kalinya dalam hidup, tiba-tiba saya terbuka hati untuk berazam.

Ada beberapa azam saya dah catit dalam diari saya. Saya bersungguh-sungguh mahu merealisasikan azam-azam tersebut. Teruja nak lakukannya. Bila saya perhati semula segala azam itu, saya tahu ada antaranya menuntut air mata untuk realisasikannya tapi in shaa Allah, saya kuat ^^, Saya takkan mengalah. Semoga Allah reda dengan segala impian yang saya ingin kecapi itu. Kalian pun tolong doakan saya ya. Semoga dipermudahkan urusan Mirei May menggapai segala azam yang julung-julung kali dia sematkan dalam diri. Doakan dia terus melangkah dengan happy dan semangat waja.



Esok, bermulanya azam saya. Debar ni. Bismillahirrohmanirrohim.


Encik Blog,

Sebelum bicara ditamatkan, saya nak kongsi satu cerita lagi. Rujuk gambar di bawah ^^,



Tadaaa!!

Tak penting mana pun Encik Blog. Hanya nak kongsi kat sini yang saya buat akaun Twitter baru. Sebelum ni saya dah pernah ada akaun Twitter. Tahun 2020 kalau tak silap saya. Tapi tak lama, dalam beberapa bulan lepas tu, saya deactivate atas sebab peribadi ^_^V. Saya tak pernah uar-uarkan pun akaun baru ni kat sesiapa. Baik kat FB, baik kat IG. Kat blog ni saja saya cerita. Kalau tengok, followers maintain 0 sejak dibuka Oktober lalu kan. Maaf sebab tak famous...hehehe. Takdelah. Gurau je ๐Ÿ˜„✌Walaupun tak ada followers, Alhamdulillah, yang menulis di sebalik akaun tu, adalah orang yang real. Bukannya fake account. Itu memang saya. Update tweet tak selalu. Bila saya tengah menulis, tetiba rasa nak tengok trending apa dekat Twitter atau nak meluah isi hati, baru saya online. Kalau tak, begitulah keadaan Twitter itu. Sunyi sepi. 

Okay Encik Blog. I got to go. Don't feel lonely Encik Blog. Saya akan kembali menulis di sini.

I love you Encik Blog.

And I love you too awak, yang sudi baca entri saya ni.

As usual, 

Saya kongsi lagi gambar anakanda-anakanda kesayangan sepenuh jiwa saya...


Umi sayang Encik Abang Kuda dan Jatuh Cinta Sekali Lagi.

Emel : mireimay@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan.

Hearts!

๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ

HAPPY NEW YEAR!!!!

May all our dreams come true this year. Aamiin.

May Allah bless us with barokah. Aamiin.

Dan semoga banyak kebaikan juga kebajikan kita lakukan tahun ni. Aamiin.