Sunday, 20 September 2020

I'm in Love ^^,


Assalammualaikum

Saya selalu ada satu perasaan yang lembut setiap kali buka Instagram ^^, Paling saya suka buat, update story. Then saya suka tengok gambar di explore. Ada macam-macam quotes yang saya save dalam phone sampai kadang-kadang hang telefon ni sebab banyak sangat saya simpan. Nak delete sayang. Nak tulis semula dalam buku nota, entah bila akan buat. Sudahnya, saya transfer ke laptop.

Saya juga kagum dengan mereka yang memanfaatkan instagram mereka dengan content yang bila kita baca, ketenangan dan kelembutan tu dapat dirasai sampai ke hati. Not only about dakwah, but also their normal routines. I salute them. Ada certain orang, dia pandai mengolah ayat yang berbunga-bunga tau. I honestly, tak tahu nak karang ayat begitu walaupun saya seorang penulis novel. I'm not a poetic person. I'm a straightforward type. Bila meluahkan, saya selalu berterus-terang. Hmm...bergantung pada situasi juga, I guess. Ada masa saya nak berkias, saya akan berkias.

Sebelum ni saya pernah guna gambar ni sebagai default picture saya.



Saya dapat ni daripada Instagram Ustaz noumanalikhanofficial. Saya suka sangat ayat dari Surah Al-Imran tu. 'And Allah loves the patient.' Background yang putih dan bunga sebagai pelengkap. Cantik. Sangat tenang. Saya berniat nak guna gambar ni sebagai dp saya selama-lamanya. Atas sebab-sebab tertentu, akhirnya saya terpaksa tukar.

Bila dah tukar, timbul pula masalah lain. Saya tak tahu nak ganti dengan gambar apa selepas tu. Terus-terang, saya suka sangat-sangat dengan gambar Ustaz Nouman. Sebab cantik sangat. Susah saya nak cari pengganti. Lama saya tenung IG saya. Still idea tak kunjung tiba.

Sebelum ni saya pernah tengok orang lain bubuh background dp mereka dengan warna hitam. Kebetulan pula, hitam warna kegemaran my dongsaeng Kim Myungsoo ^^0 Jadi seorang noona ini cubalah mengubah dp dia mengikut dp si adik. Malangnya, lepas ditukar, hati si noona ni tak terpaut pun dengan warna hitam. Seakan ada fobia dia pada warna hitam walaupun gambar lain di background itu tersangatlah indah.

Makanya, ditukarlah lagi gambar itu.

Saya bubuh gambar bunga ros. 

Tapi...terasa kosonglah pula bila bubuh gambar bunga semata.

Tak jadi. Kena fikir lagi. (Nampak kan betapa picky-nya saya...hehehe)

Berkali-kali jugalah saya bereksperimen dengan semua gambar yang ada. Sampai akhirnya, bila dah penat tukar, tetiba ilham untuk stick pada satu gambar pun muncul. Masa tu saya fikir, despite of tulis nama sendiri di dp, kenapa tidak saya letak perkataan yang sering saya sebut pada semua orang yang saya kenal mahupun tidak kenal kan? 

Yang kenal saya, mesti tahu saya suka tulis dan sebut perkataan ni. FI HIFZILLAH. Maksudnya, Semoga Allah Menjaga Kamu ^^, Hati terus membulat nak bubuh perkataan tu pada dp saya.

Gudak-gadik gudak-gadik, tadaaaa....

Akhirnya jadilah seperti ini....



I'm in Love ^^,


Bukan saja dp saya bertukar, saya turut tukar bio saya ^^, Now everything is complete. Perasan tak, dp dan bio saya boleh buat satu ayat lengkap? Jika betul nadanya, ia akan berbunyi macam ni.

"Fi Hifzillah, Mirei May. Alhamdulillah (dah jadi) novelis Encik Abang Kuda dan Jatuh Cinta Sekali Lagi." ^^,

Saya suka sangat!

Di saat saya buntu, tercari-cari arah, DIA hadir memberi ilham. Hanya DIA tempat saya meluah dan bergantung harapan sekarang kerana DIA, tak pernah sekali mengecewakan saya. Sentiasa ada, selama-lamanya. Cuma saya saja, masih kurang meletakkan DIA di hati. In Shaa Allah, selepas ni nak berubah. HE will be my number one. Hanya DIA tempat saya mengadu dan memohon kekuatan. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Laa hawla walaa quwwata illaa billahil aliyyil adzim.

Ikutkan panjang lagi nak bercerita ni. Tapi takpalah. Saya simpan dulu. Sampai masa terbaik nanti, saya beritahu semua yang sudi singgah dan jenguk semua nukilan yang ada di sini.

Jaga diri baik-baik tau.

Fi hifzillah.

Sayang selalu,

Mirei May ^^,

Selamat malam. Happy working tomorrow. Semoga Allah jaga kesayangan-kesayangan saya walau di mana anda berada sekarang.


p/s : Hari tu dapat surprise...naik belon ^^, Flight hari Rabu, hari Ahad baru saya diberitahu. Tiket dah dibeli sebulan sebelum tu untuk saya. Tak tahu bila masa IC saya diambil. Allahuakbar. Macam-macam perasaan ada masa nak naik belon tu. Risau, takut...can see from the way I walk. But at the end, I'm still happy. Terima kasih mak for this surprise. I love you til jannah. My syurga... Mak kata saya asyik jaga dia. Diam-diam mak pakat dengan adik untuk happykan saya. Ya Allah. Nikmat apa lagi yang perlu aku dustakan? T_T