Saturday 29 August 2020

Hargai Yang Kecil-kecil ^^,



Assalammualaikum,


Hectic weeks!

Dah dua minggu saya menyepikan diri dari dunia media sosial. Fokus utama saya hanyalah pada kehidupan realiti sampai saya kurang beri perhatian pada kehidupan sebagai penulis novel. Rindu sebenarnya dengan pembaca. Tapi dek kerana kesibukan melakukan sesuatu, saya terpaksa meninggalkan seketika dunia FB, IG dan blog. Sampailah Awal Muharram hari tu, tetiba je hati ni macam dipanggil-panggil mahu menulis sesuatu di maya. Jadi saya log in Facebook, dan saya mula menulis tarikh Hijriah berserta ucapan tahmid Alhamdulillah dekat situ. My first update after a very long time tak usik media sosial. Ringkas je pun ayatnya. Masa tulis status pendek tu kan, hati saya rasa tenang sangat. Tak ada perasaan lain dalam hati waktu tu. Saya rasai kekosongan yang tenang.

Kosong.

Tenang.

Can you imagine that?

A beautiful feeling ever.

Then, masa saya tengah tenung lama-lama status yang saya dah siap tulis tu, tetiba ada sahabat FB ketik button like. Then ada yang bagi love. Saya blur sekejap. Dalam fikiran yang kosong tu, saya tertanya-tanya. Kenapa diorang like dan love status saya ek? Saya pandang lagi skrin. Ada lagi yang like. Lama-lama baru saya sedar, Ya Allah, memang itulah fungsi media sosial kan? Bila orang suka status kita, mereka akan like dan komen.

Dua minggu saya sibukkan diri dengan dunia nyata, saya tak buka langsung media sosial, saya terlupa terus pasal function like dan love tu. Saya betul-betul lupa. Astaghfirullah hal adzim.

Semalam saya jumpa kawan baik saya, Mimi. Saya cerita pasal ke-'blur'-an saya dekat Mimi. Gelak besar Mimi. Mimi cakap, "Mesti masa tu May ingat FB tu macam status Whatsapp kan?" Saya kata mungkin jugaklah. Teruk saya kena bahan dengan Mimi lepas tu. Hehehehe....

Benda ni tak tipu tau. Once bila 1) Hati dan fikiran kau kosong  2) Kau tak expect apa-apa pun akan jadi  3) Kau ikhlas menulis  4) Kau blur! , haaa....akan jadi macam tu lah. Hailah May. Macam mana boleh terblur pulak pasal FB ni? FB je pun. Haru.

So hari ni, dengan semangat berkobar-kobar, saya nak update blog dengan cerita baru. Sudi-sudikanlah baca sampai habis ya ^^, In Shaa Allah, saya dah tak blur.




Ini akaun Goodreads saya. Saya buat 5 tahun lepas sebab nak terbitkan novel Encik Abang Kuda ^^, Masa saya mula-mula buat akaun ni, saya jumpa satu quote yang sangat bermakna bagi saya terutama untuk terus berjuang dalam dunia penulisan yang banyak cabarannya ni ^^,

"Life isn't about GOAL. It's about the MEANINGFUL JOURNEY to achieve your goal."

Setiap kali saya menyiapkan karya saya, saya selalu berdoa pada Allah , hadirkan saya pengalaman yang indah-indah sewaktu menulis ini Ya Allah. I keep repeating that du'a. Jauhi aku daripada sikap tergesa-gesa sewaktu bekerja. Again dan again saya tadahkan tangan. Kurniakan aku keikhlasan, agar yang membacanya nanti dapat merasai keikhlasan itu. Kadang-kadang sampai menitik air mata sebab saya takut apa yang saya doakan ini, tidak dapat saya kekalkan sewaktu saya menulis. Dan saya bersyukur dikurniakan teman-teman yang kerap memberi sokongan pada saya. Without them dan pembaca setia, mungkin saya dah tinggalkan dunia penulisan ni selama-lamanya. Siapa tahu?

Saya dapat mesej baru dari kawan di Instagram saya. Kejap ek saya tepek quote tu. Bentar-bentar ^^,


Tadaaa...

Okay saya ada satu ceritalah. Ni bukan pasal novel. Ni pasal saya bawak kereta. Vroom vroom. Sebab quote ni pasal speed dan direction kan? Saya teringat beberapa hari lepas, saya drive kereta adik saya. Kereta saya adik saya pakai nak ke KL. So, dia tinggalkan kereta dia yang manual. Saya biasa bawak dua-dua kereta, manual & auto. Tapi adik saya baru tukar belting dan servis kereta dia, so kereta dia memang...kalau tekan minyak sikit, menononglah pergi. Laju sangat. Nak dijadikan cerita, saya nak cari makanan untuk mak saya. Tapi warung yang biasa saya pergi tu, tutup. Dahlah jauh. Terpaksa pusing balik dan kejar satu warung lagi dengan harapan makanan masih ada. That was my first experience, saya bawak kereta rasa macam naik roller coaster walaupun saya tak pernah lagi naik roller coaster tapi perasaan gerun dan gayat tu sama! Beberapa kali jugak saya terjerit bila lalu jalan berbukit tapi nak kurangkan speed, entahlah, time tu boleh pulak saya tak buat. Then ada satu kereta bagi lampu, lama dekat saya. Bila kereta bagi lampu di siang hari, meaning it's a warning. Mungkin ada halangan di depan sana dan saya kena kurangkan speed saya. Atau mungkin ada polis trafik buat speed trap. Hehehe...Thank you, thank you pada encik itu.

Kemudian saya sedar, Ya Allah...buat apalah saya terburu-buru? Destinasi, saya dah tahu nak tuju ke mana. Warung tu. Kenapa perlu saya speed teruk sampai membahayakan nyawa sendiri? Insaf tetiba. And then bila saya dapat quote ni, apa yang saya alami beberapa hari lalu, kind of relatable to each other. Lagilah rasa insaf. Quote ni boleh apply jugak pada speed meter novel-novel saya yang akan datang. In Shaa Allah, aamiin!

Terima kasih awak selalu hantar quote pada saya dekat IG. Saya hargai usaha awak buat saya happy. Terima kasih ^^, May Allah bless your beautiful soul with happiness too. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

HARGAI YANG KECIL-KECIL.

Lumrah manusia. Selalu melihat yang besar-besar. Jarang sekali menghargai yang kecil-kecil. Baru-baru ni saya ada tengok satu cerita. Kisah lelaki yang boleh time travel. Asal dia tidur je, dia akan travel ke kehidupan dia yang akan datang. Masa tu dia dapat lihat kemusnahan hidup dia tapi dia tak tahu,apa benda yang membuatkan dia hancur. Puas dia telek, puas dia fikir tapi dia langsung tak faham. Saya jadi excited tengok cerita ni sebab saya nak tahu kesudahannya. Then, ada seseorang nasihatkan hero supaya tengok benda yang kecil-kecil dulu barulah tengok yang besar.

Mulanya hero tak faham tau maksud orang tu. Saya yang tengok pun tak faham sebab plot dia banyak langkau-langkau. So susah nak tebak apa kesalahan lelaki ni. Saya teka tu, tapi bila hero ubah apa yang saya teka tu, tetap jugak di masa depan dia hancur. Hahaha...tapi as the story goes towards the end, saya macam dah boleh agak punca kejatuhan lelaki ini. Dan akhirnya....yeay!!! Betul tekaan saya.

In real life, ia biasa terjadi. Pernah dengar kan nasihat ni, "Lelaki diuji pabila dia memiliki segala-galanya. Wanita diuji apabila lelaki tak punya apa-apa." Itulah punca kehancuran hero cerita yang saya tengok tu. Walaupun sekadar cerita di TV, ia beri kesan pada saya.

Apa yang saya suka tentang filem ni ialah jalan cerita dan keadaan masa depan yang ditunjukkan tu. Tak terlalu berlebih-lebih. Yang penting, tiada kereta terbang. Hanya kemajuan teknologi yang super dan keindahan dunia yang semakin menghijau. Adakah penulis skripnya (yang bukan beragama Islam) maklum dan kaji tanda-tanda akhir zaman? Wallahua'lam. Tapi Subhanallah, cantik sangat London. Yes, correct. Cerita berlatar belakangkan kota London, United Kingdom.

Sebut tentang London, dulu ada kawan saya pernah ajak saya mengembara di sana. London guna mata wang Pound Sterling kan? Mata wang tu berganda daripada Korean Won. Entahlah, masa tu hati tak tertarik pun nak berkelana. Balik dari Korea, saya menyimpan untuk kegunaan kecemasan. Tempat tinggal memang dah ada, we are not worried about that sebab kawan kepada kawan saya ada sambung belajar dekat sana. Tapi tu lah. Masa tu saya tak ada rasa pun nak pergi. Saya harap kawan yang pernah ajak saya pergi London dulu, dapat melawat London suatu hari nanti. Maafkan saya ^^,

Tapi tu lah kan, bila kita tak suka sesuatu tu, janganlah niat selama-lamanya tak suka. Sekali Allah terbalikkan hati, tetiba yang tak suka tu kita jadi suka sangat-sangat. Dan yang suka, belum tentu kita akan suka selamanya  T_T

Sekarang, lepas saya tengok filem tu, tengok keindahan Cambridge dan kota London, tetiba saya teringin sangat nak ke sana. Mungkin dalam kehidupan ni, saya tak bisa pergi. That's alright. At least ada sesuatu yang sudah mengubah saya dan pemikiran saya. Saya kembali menyukai London. Alhamdulillah ^^,

PKPP disambung sehingga 31 Disember 2020. Jujurnya, saya rindu kehidupan yang dulu. Tapi mesti ada sesuatu Allah nak beri pada kita ni sebab tu diuji kita dengan pandemik yang entah bila akan berkesudahan. Dalam keadaan macam ni, kita kena positifkan diri. Elakkan terlibat dalam mana-mana pergaduhan yang tak membawa hasil. Hargai yang kecil-kecil di sekeliling kita. Family, kerja, kawan baik, saudara mara. Sebelum kita mengejar yang besar-besar yang belum tentu ditakdirkan menjadi milik kita ^^, (Cerita tu beri kesan betul pada saya. Hehehe.)

Hai sayang-sayang semua. Kalau anda ada rasa kekurangan rezeki, cubalah berbuat baik pada ibu bapa kita (pada yang masih punya ibu bapa). Kalau tiada mak dan ayah lagi, tak apa. Sedekahlah ikut kemampuanmu pada mana-mana pihak yang memerlukan. Benda ni berlaku pada saya sendiri bila mana, saya alami masalah rezeki. Puas saya usaha. Menangis usah cakaplah. Setiap malam sebelum tidur, mesti saya akan fikir dalam-dalam, macam mana ni? Macam mana ni? Segala usaha saya dah buat, tapi kenapa rezeki tu susah sangat nak dapat? Kemudian saya dengar ceramah ustaz di TV3. Ceramah ni dah berkali-kali saya dengar, cuma hari tu, tetiba terdetik nak buat seperti yang ustaz sarankan. Alhamdulillah...selepas ikhlaskan hati, buat seperti yang di atas, sikit demi sikit Allah lancarkan rezeki saya T_T

Pandemic hits you. Some of us can survive when we have strong wills to overcome the obstacles. Some of us, don't. But please, put your trust solely to Allah. Yakin Allah akan bantu. Tak apa orang tak suka apa yang kita buat, kritik dan hina dengan kata-kata yang menjeruk rasa. Jatuhkan kita dengan pelbagai cara. Biarkan. Asalkan niatmu ingin menolong ibu bapa, ingin mencari rezeki yang halal, mesti akan dipermudahkan segala urusanmu. Jangan give up pada kuasa doa. Jangan ^^, Allah tak makbul hari ni, Dia akan makbulkan di hari kemudian. Yang penting, masa doa tu, mintak sungguh-sungguh tau. Dan yang paling penting jugak, berhenti mengejar penghargaan manusia. Masa tu, kita akan rasa indahnya keikhlasan bergantung pada Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Saya sayang semua. Jaga diri baik-baik ya. Maafkan segala dosa dan silap saya pada kalian dengan dan tanpa saya sedari. Nanti saya coret-coret lagi. Oh, sebelum terlupa. Selamat datang followers baru blog GenXMarvellous ^^, You make me happy. Salam perkenalan!

Till then,

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sayang,

Mirei May

Umi to

Encik Abang Kuda ^^,
Jatuh Cinta Sekali Lagi ^^,


No comments: