Sunday 9 August 2020

Tulis Saja Apa Mahumu...



Assalammualaikum


Tulis saja apa mahumu. Kelak yang disoal itu engkau, bukannya aku. 

Amboi, boleh buat lagu tu. Hehe...Hai blog. Selamat malam. Hari ni hari Ahad. Pukul 10.25 malam masa entri ini ditaip. Selalunya waktu-waktu macam ni saya dah beradu. Malam ni lain. Tetiba rasa nak mencoret-coret sebentar di blog. And here we are. Membiarkan jari-jemari mengetuk papan kekunci dan hati berkata-kata sambil otak cuba mencerna ayat yang lebih molek untuk dipersembahkan ke bentuk ayat lengkap. Jemputlah baca nukilan di bawah.

What to story tonight? Hmm...*ketuk-ketuk tepi bibir*

Apa kata kita tulis macam tajuk entri ni? Tulis Saja Apa Mahumu...yup! Apa yang saya tulis ni, muncul secara spontan tau. Harap tak merapu. Bismillah.


Blog, tadi saya recall kata-kata seseorang yang pernah nasihatkan saya di Facebook lama saya suatu masa dahulu. Ceritanya dulu, saya kena writer's block. Jadi saya pun tanyalah pada sahabat FB, kot-kot diorang ada tips untuk hilangkan writer's block. Then, seorang hamba Allah muncul. Saya tak ingatlah siapa dia, tapi ayat-ayat nasihat dia saya ingat sangat. Hamba Allah tu kata, writer's block ni berlaku bila kita dah terlalu lama meninggalkan penulisan. Dahlah tinggal, bersenang-lenang pulak lepas tu. Bila nak menulis semula, dah termangu. Tak tahu nak mula macam mana. Jadi, hamba Allah ni berikan satu solusi pada saya. Katanya,

"Untuk mahir menulis, kena rajin menulis. Tak kesahlah dekat FB ke, IG ke, atau apa-apapun. Asalkan tulis."

Dia sambung lagi. Dia cakap, nak senang, rajin-rajinlah update status dekat Facebook. Tak payah cerita pasal novel terbaru pun. Cerita je pasal diri, isu semasa, benda viral. Janji update. So, dari situ boleh latih diri kita menulis.

Lepas dia cakap macam tu, saya terus fikir dan menimbang-nimbang. Part of it, saya setuju. And another part, saya tak berapa nak setuju.


1) Cerita pasal diri.

- Tak semua orang will genuinely happy when you are happy. Saya sekarang sangat berhati-hati nak meletakkan kepercayaan pada orang sebab dah banyak sangat pengalaman bila mana status yang saya tulis tentang aktiviti saya hari tu, ada hamba Allah copy semula (ambil certain point) untuk mengecam.

Sejak tu, saya sangat berhati-hati menulis di Facebook dan saya tak tengok HOME pun, demi ketenangan hati. Menulis novel ni pun dah besar sangat tanggungan yang akan saya jawab depan Allah nanti, saya tak nak menambah bebanan yang lain pula kesan daripada penulisan yang buruk-buruk di Facebook. Semoga kita semua istiqomah menulis yang baik-baik serta berhenti menyindir-nyindir orang lain dalam postingan kita (even orang tu ada buat salah pada kita. Biarkan saja. Most important, live your life happily).


2) Isu semasa

- Saya jarang tengok berita. Tapi saya suka baca berita. Setiap pagi sebelum mula apa-apa kerja, saya mesti buka portal berita online. Baca dan ambil tahu isu semasa nak-nak tentang Covid-19. Saya ingat lagi, masa letupan di Beirut berlaku, sebelum Subuh saya buka instagram Mufti Menk. Mufti Menk share video letupan tersebut. Saya tak tahu letupan kedua tu sangat besar dan kuat. Dahlah sound telefon saya half maksimum masa tu. Ya Allah.

Berbalik pada share isu semasa di media sosial, saya risau tersampaikan berita yang salah di FB saya. Jadi...tak apalah. Saya skip. Tak nak ulas pasal isu semasa.

3) Benda viral

- Nak cari content viral yang baik, teramatlah susahnya. Saya tengok benda viral yang selalu berlaku, semuanya melibatkan masalah rumah tangga orang lain. Berita ni yang selalu media uar-uarkan. So, nope

Dah tu, kalau semua benda tak nak ulas, macam mana nak mahir menulis?

Ahahahaha...

I know, mesti some of you akan cakap macam ni. Relax, tarik nafas. Hembus.

Fuh!

Sebab tu saya di sini. Menulis di blog. 


Awal-awal menulis dulu, dekat entri Hongdae, saya rasa Ya Allah susahnya nak cari ayat yang sesuai. Maklumlah, dah lama gila tak menulis dekat blog. Bila masuk entri Nami, saya mula dapat rentak nak menulis santai-santai. Tapi tetap jugak saya ubah struktur ayat, baiki sana-sini bila dah publish untuk bacaan. Dan untuk entri Tulis Saja Apa Mahumu ni, saya rasa lebih tenang. Rasa banyak benda nak share dengan pembaca tanpa rasa terpaksa menulis.

Alhamdulillah.

I think terapi ni betullah. Benar-benar membantu saya mengasah skil menulis. My heart feels light. I hope my friends yang stuck dalam penulisan boleh cuba cara ni jugak. In Shaa Allah, bila niat kita betul, Allah pasti permudahkan urusannya ^^,

Uish, dah pukul 11.30. Lamanya menulis.

Hehehe...sebenarnya, ada seseorang distract konsentrasi saya tadi. 

Si dia ni...


Malaikat kecil yang Allah hantar untuk hiburkan hati saya. My one and only nephew, Kimi. Since baby, Kimi memang manja dengan saya. Dari sekecil tapak tangan, saya dah jaga dia. So, kalau saya sedih ke apa ke, Kimi cepat je boleh rasa. Macam tadilah, tengah menaip entri ni, tetiba nada dering WhatsApp muncul. Nada dering yang saya set khas untuk individu. Dalam otak dah fikir, ni mesti Kimi ni. Sebab setiap malam sebelum tidur dia mesti mesej saya. Sekali betul ^^0 Kali ni penuh voice mesej dia hantar. Merayu-rayu ajak saya datang ke rumah dia. Ikut paksu (adik saya) bulan depan.

Macam lawaklah pulak. Adik saya datang sana pun, sebab nak bawak dia balik Melaka nanti ^^0 Abang ipar saya kursus. Tak dapat nak hantar isteri dan anak-anaknya balik sini. Aduhai, Kimi, Kimi. Kalau perasan kat screenshot tu, pukul 6.07 pm Kimi mesej, 6.56 pm saya balas kan? WhatsApp saya tengah problem sebenarnya. Noti mesej Kimi tak keluar dekat skrin. Bukan saya tak mahu balas. Mustahillah saya tak nak balas mesej my happy pill ni. Malah setiap hari saya menunggu dia muncul ^^0

Masalahnya, bila saya buka aplikasi WhatsApp, baru mesej berduyun-duyun masuk. Kalau tak bukak, saya pun tak tahu siapa mesej saya T_T. The never ending problem. Since forever I guess. Mirei May vs WhatsApp. Cian Kimiku. I LOVE YOU TOO, SWEETHEART! SAYANG SANGAT-SANGAT.


Nikmat apa lagi yang perlu aku dustakan, Ya Allah?

Di sebalik kekurangan, pasti diselitkan kebaikan dan keindahan yang Allah hadirkan bagi menutupi kekurangan tersebut.

Saya doa semoga yang baca entri ni, beroleh kebahagiaan juga. Dunia dan akhirat.

Selamat malam.

Jumpa lagi di lain cerita.

Jaga diri baik-baik ^^,

Sayonara

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

2 comments:

Lana Alanna said...

Comelnye Kimi 😍 Dlm JCSL kemain macho dia.

Kak may, stay strong & stay true. Teruskn melangkah kak may. Adik teringin nk bc lg cite kak may thn dpn..adik doakn semoga semua urusan kak may dipermudahkan. Terima kasih b'kongsi rasa dgn kami πŸ’–

Apa² citer tau. Adik sudi jd p'dengar setia

Mirei May said...

Terima kasih adik ^^0 itulah Kimi, manja kami...dalam novel yang akak tulis pasal Kimi tu, itulah doa dan harapan akak pada dia ^^, moga dah besar nanti, Kimi kami jadi hamba Allah yang taat, anak yang hebat, adik yang bertanggungjawab dan pelindung yang hebat. Aamiin Ya Rabbal Alamiin ^^,

Tak tahu nak balas apa. Terima kasih dik atas sokongan dan kata-kata semangat yang selalu adik beri pada akak. In shaa Allah, tiada siapa yang sempurna dalam dunia ni. Selagi diberi kesempatan, akak akan terus menghiburkan adik dan pembaca-pembaca akak yang lain dengan cerita-cerita akak. Doakan ya semoga semuanya dipermudahkan ^^,

Jaga diri bebaik dik ^^,