Saturday 8 August 2020

Cinta Berputik di 남이섬 Nami


Assalammualaikum ^^,
안녕하세요

Hari tu saya ada cerita serba sedikit tentang pengalaman saya di Hongdae. Kali ni saya nak cerita tentang Namiseom pula, atau bahasa Melayunya, Pulau Nami.

Sesiapa yang belum pernah datang ke Korea, pasti akan masukkan Pulau Nami sebagai salah satu tempat yang mereka teringin sangat nak lawati. Probably, tu lah yang akan ditulis dulu dalam itinerary. Like me.

Sejujurnya, saya tak pernah tengok pun drama Winter Sonata. We know that, Winter Sonata lah yang melonjakkan populariti Pulau Nami among foreigners. Sejak tu, berduyun-duyun pelancong datang ke sini dan bila ditanya tempat menarik di Korea yang mana mereka nak lawati, Pulau Nami mesti diselitkan antara list yang teratas ^^, Mesti punyalah. Jadi, seorang Mirei May ni pergi ke Pulau Nami, bukan kerana Winter Sonata. Saya pergi, sebab tet ta rara...nanti saya cerita. Kenalah baca post ni sampai habis dulu.

Days before my flight to Korea, saya sentiasa search Nami. Dan kalau nak tahu, Pulau Nami ni dinamakan sempena nama seorang Jeneral yang terkenal di Korea. Nama Jeneral tu, Jeneral Nami. Semasa hayatnya, Jeneral Nami dah menyertai banyak perang dan beliau merupakan seorang yang sangat sangat sangat berani. Malangnya pada usia yang masih muda, 26 tahun, Jeneral Nami meninggal dunia.

Saya ada baca banyak review tentang Pulau Nami daripada mereka yang dah pernah berkunjung ke sini. Ramai yang kata suka datang. Tak dinafikan, ada juga yang kata tak best. Pulau Nami biasa-biasa saja. Tapi saya fahamlah. Persepsi dan kegemaran manusia berlainan. Saya, selagi tak rasai sendiri pengalaman tu, saya akan keep adoring that place. Takkan terpengaruh dengan cakap orang lain. Jadi, bila diizinkan berkunjung ke sini, semestinyalah saya akan teruja dan tak sabar sangat nak menjelajah Pulau Nami. I know you do too.


Kincir air and my love ^^, Credit picture : Instagram namiisland_naminara

Hari tu sebenarnya saya nak kongsi teaser dekat Facebook. Saya pun searchlah gambar-gambar saya semasa dekat Pulau Nami dulu. Cari punya cari, punya cari, saya tak jumpa satu pun gambar yang sesuai. Nak tahu sebab apa? Semua gambar-gambar tu ada muka saya berposing sakan ^^0 Ya Rabbi! Anda akan tahu saya cinta sesangat pada sesuatu tempat tu bila saya beritahu, tiada langsung gambar yang tak ada muka saya. Semua picture ada. Saya macam....'Ya Allah, kenapalah aku tak ambil gambar metasequoia tu seketul dua dulu? Kenapa banyak selfie ni?' Sambil menyesal seumur hidup. Tapi benda dah jadi. Syukur jumpa gambar ni. Terima kasih namiisland_naminara ^^,



Yang ni teaser bergambar yang tak jadi. At first saya nak letak ni. Tapi, perasan tak buku saya beralih sebelah tepi sana? Sebenarnya, ada penampakan dekat sebelah perkataan Immigration tu. Hehe..M.E. SeeEven ambil gambar lain pun, yang bukan selfie, tetap saya akan terinter frame dalam gambar T_T...

Saya tinggal di Hongdae. Nak ke Nami, saya kena turun di Gapyeong Station. Mari saya tunjuk perjalanan saya ke Gapyeong Station secara ringkas ^^, Dekat je. Sila lihat peta subway di bawah.

.

.

.

.

.

Tink!


Dekat je kan dalam peta tu? Lima station je kena tukar you alls. Takda hal lah. Lagipun, jarak Hongik University dengan Gapyeong tu kan dekat? You can do it. Fighting, aja-aja!!! In a blink of an eye, dah sampai. Yeay! Sampai. Love, love.

I wish!!!

Tahu tak berapa lama perjalanan tu, kawan-kawan? Lebih kurang 2 ke 2 setengah jam perjalanan. Masak! Lagi masak, sehari sebelum ke Nami, hujan turun selebat-lebatnya dekat pulau tu dari pagi sampai ke petang. So, Korean yang sepatutnya nak datang pada hari kejadian, ubah rancangan, postpone datang pada hari yang saya nak datang. Makanya, bergandalah pengunjung pada hari itu dan train penuh sesangat dengan warga Korea yang nak ke Pulau Nami.

For 2 hours, saya berdiri dalam train, tak duduk-duduk. You know, it was a disaster. A real punishment. Siapa yang tak kesah, bolehlah duduk atas lantai. Saya tak mau, takut baju kotor, susah nak solat nanti. Tabahlah berdiri sambil berharap Korail boleh laju sikit. Namun ianya cuma angan-angan. Train tetap bergerak perlahan. Kadang-kadang berhenti dalam satu tempoh masa yang lama. Ramai yang stres bila train asyik berhenti termasuklah...saya. Hehehe...tapi saya reduce stres dengan tengok peta. Bila bosan, saya termenung, teringatkan Do Min Joon-ssi.




My Love From Korea...eh??? ^^, 
Lagu tema ni menterjemahkan perasaan saya. Run Away, May!

아니. Cerita ni bersiaran masa winter. Saya pergi masa fallI can't manipulate time. Saya tak terbayangkan Kim Soo Hyun pun. Bila terasa bosan dalam train yang lambat sangat bergerak (kalau lumba lari dengan train tu, rasanya saya boleh menang) saya sibuk mencoret-coret sesuatu dalam buku pengembaraan saya. ^^,

Sebenarnya selain train, kita boleh pilih naik bas. Ada tiga tempat boleh naik bas straight to Naminara. 1) Insadong 2) Namdaemun 3) Myeongdong ...boleh booking online sesiap dan masa berkumpul pukul 9.30 pagi. Pergi balik tiket. Ni bukan tips la. Cuma berbanding train/subway...saya cadangkan lebih baik kalian naik bas saja. At least dia akan berhenti betul-betul dekat situ. Kalau naik train, bila dah berhenti dekat Gapyeong Station, kena naik teksi pulak kira-kira lima minit. Kalau pilih nak jalan kaki pulak, 20 minit. Semuanya terpulang pada individu. Lagi best, kalau pandai bawak kereta stereng sebelah kiri dan mahir guna teknologi Korea. Sewa je kereta. Peace!

Another tips bila melawat Pulau Nami during autumn. Sentiasa pakai baju yang tebal, bawak gloves and if possible, bring your muffler scarf too. Why? Sebab ia pulau. Kiri kanan semuanya air. Dan dekat pulau tu, banyaaaakkkk sangat pokok. Sekali angin sejuk bertiup, perghhh...menangis. Kesejukannya berkali ganda. Sejuk Hongdae saya boleh berkompromi lagi. Sejuk Nami, Masya-Allah. I tell you. Don't you ever repeat my mistake. Ever. Saya pakai jaket labuh dengan blouse dekat dalam tapi jaket saya nipis. Mujur saya bawak gloves. At least gloves dapat hangatkan sikit tubuh. Balik Malaysia, saya kena frostnip dekat celah antara ibu jari dan jari telunjuk. Dia jadi hitam tau dekat situ. Saya jadi takut tengok jari sendiri. Mujur bahagian tu je. Saya sapu krim gamat, rendam dengan air suam, lama-lama dia baik. Alhamdulillah. Lagipun, gloves saya tu terlalu ketat. Hehehe...ingatkan diri belilah gloves yang longgar next time, 알았어?


Kemudahan pada muslim. Ada Musolla di bahagian atas Nami Library ni. Seperti biasa, kita ganti penampakan imej dekat cermin dengan gambar lain. Kali ni, kita bubuh kucing comel  ^^, 


Sambil makan, sambil ambil gambar. Sambil tengok gelagat orang. Saya cuba menghentikan gigilan tangan sampai gambar yang diambil pun ikut shake it shake it uolls. Time ni Matahari baru muncul.


Indeed 남이섬, 난 너를 사랑해요 ^^0


THE REAL ADVENTURE BEGIN HERE

Setelah mengisi perut dengan makanan, saya pergi sewa basikal. Seronok sangat jenjalan sini naik basikal, snap gambar pokok, peluk pokok, berangan jadi heroin Korea sampailah akhirnya saya sampai ke tugu Joon Sang dan Yoo Jin. As usual, tarikan utama Pulau Nami, orang mesti ramai. Jadi, saya pun tunggu turn nak bergambar dekat situ. Masa tengah tengok gelagat ahjumma yang seronok sangat peluk patung Joon Sang, tetiba ada suara Melayu di celah-celah orang Korea. Saya terkejut. Toleh punya toleh sekali....

Ehhhhhhh?

And family tu pun.....ehhhhhhhhh? ^^0

Maka, berjejak kasihanlah kami di Pulau Nami.

Siapa mereka? Are we related

Jujurnya, saya tak kenal pun mereka.

Masa saya di Itaewon, saya ada jumpa satu family ni. Diorang tercari-cari jalan nak ke Seoul Central Mosque and I guide them to SCM ^^,. Tak sangka diorang ingat lagi muka saya walaupun waktu tu dah malam dan perjumpaan di Nami pun beberapa hari selepas itu. Di Itaewon kami tak sempat nak berborak panjang. Di Nami, mostly I'm alone. Jadi family ni volunteer nak ambilkan gambar saya dekat patung Joon Sang-Yoo Jin (mintak tolong ahjumma pun boleh. They are super friendly). So, dari situ kami berborak and saya ingat lagi cerita mereka. Saya catat dalam buku pengembaraan saya. Wink!

Family tu lebih kurang 8 orang satu group. Ada ayah, anak-anak dan menantu-menantu. Yang si adik baru kahwin. Datang sana untuk honeymoon. Yang terharunya, dia dan suami pergi honeymoon, siap bawak ayah dan seluruh family dia lagi. Ya Allah.

Ayahnya tanya saya, asal dari mana? Saya kata Melaka. Diorang semua terkejut. Saya ingat lagi muka masing-masing yang pegun bila saya kata Melaka. Then anak dia pulak tanya saya, Melaka dekat mana? Saya kata #@#@#@. Again diorang macam terkejut.

"Eh, samalah dengan kami. Kami pun #@#@#@#@ jugak. #@#@#@#@ dekat mana?"

I'm speechless. Tak sangka boleh jumpa orang senegara. Paling tak percaya dahlah satu negara, satu negeri pulak. Paling tak sangka, satu daerah. Wahh, miracle ^^0

Borak, borak, borak, si ayah tadi bercerita pada saya. Tua dah pakcik ni. Sebaya Pakteh saya : 60-an. Pakcik tu kata, isteri dia baru je sebulan meninggal. Jadi, anak-anak ni tak nak bapak diorang sedih duduk rumah sorang-sorang, so, diorang pakat adik-beradik, bawak ayah melancong ke luar negara. Ya Allah, baiknya semua. Terdiam saya dengar cerita pakcik tu.

Saya tengok macam mana hebatnya anak-anak pakcik tu jaga ayah mereka. Masing-masing berebut-rebut nak bergambar dengan ayah mereka dekat tugu Joon Sang-Yoo Jin. Usik-mengusik non stop. Dan si ayah tadi, tak nampak langsung riak wajah kesedihan. Sentiasa tersenyum dan sporting bila si anak ajak buat gaya comel. Saya yang tengok pulak rasa nak meleleh air mata. Hati tisu.

Ini antara kenangan dekat Pulau Nami yang saya tak boleh lupakan sampai bila-bila. Mungkin salah satu cara Allah nak jentik hati saya, supaya berbakti pada mak dan ayah saya selagi mereka masih hidup. Last selepas berpisah, saya nampak pakcik tu elok duduk dekat belakang basikal anak lelaki dia. Yang lain follow dari belakang. Ceria je wajah memasing.

Nothing can compare FAMILY'S LOVE. Hargailah, selagi kita punya waktu. ^^,

Until now, setiap kali saya lalu #@#@#@ nak ke tol, saya mesti akan pusing tengok sekolah tu. Sebab pakcik dan anak-anak dia bilang, dekat situlah rumah mereka ^^,

I wish I can write more. But allow me to stop here. Panjang dah menulis. 

Korang, 2020 ni memang banyak ujian Allah beri pada kita kan? Daripada penyakit, bencana alam etc. Tapi saya harap, jangan give up kay. Saya pun takkan give up. Saya akan terus tersenyum dan lalui hari-hari saya dengan kebahagiaan. I wish you too. Put your smile on, my dear readers. Anda semua berhak peroleh kegembiraan setelah berkali-kali diuji. Dan masa ni adalah masa yang terbaik untuk kita curah sepenuh kasih sayang pada family dan terutama diri kita sendiri. Have a clear vision about purpose of life. Protect your heart. Stop worrying about something/someone who is not worth your happiness. Tambahkan doa. Teruskan berdoa. Semoga doa-doa yang baik itu akhirnya Allah kabulkan juga. Aamiin.

Sampai jumpa lagi. 
Jaga diri bebaik.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

2 comments:

Lana Alanna said...

Teringinnye nk pegi Nami. Kak may, adik akn ttp sokong kak may smpi bila². Teruskn menulis kak may 😘

Mirei May said...

Terima kasih adik ^^, akak doakan adik dapat sampai ke sini suatu hari nanti. Jom doa Covid-19 dapat lenyap terus dari muka Bumi. Dapat kita jalan-jalan dengan tenang lagi, in shaa Allah ^^,