Tuesday 4 August 2020

Sweet Memories : May @ Hongdae 홍대



Assalammualaikum
안녕하세요

Raya Aidiladha hari tu, saya jumpa sepupu dekat kampung. Sepupu saya memang collect semua novel-novel saya. Siap beli lagi. Terharu sangat. So, masa jumpa tu, excitedlah kami bercerita pasal novel saya. Oh ya. Nama sepupu saya Siti. Siti kata, dia dah boleh imagine macam mana Korea lepas baca JCSL. Alhamdulillah. Sejujurnya, saya tak pernah pun tunjuk gambar-gambar saya masa dekat Korea dulu pada sesiapa. Sebelum ni kalau share apa-apa teaser dekat Facebook, saya selalu letak gambar hero dan heroin semata-mata. Even my family pun tak tengok gambar-gambar tu. Balik Malaysia je, saya terus simpan dalam laptop, buat memori ^^0

Nak dijadikan cerita, lepas borak-borak dengan Siti, saya terfikir. Ha'ah kan? Kenapalah saya tak jadikan gambar-gambar saya di Korea sebagai background bila saya buat teaser. Makanya, dengan semangat berkobar-kobar, seorang Mirei May ni gigihlah mengedit gambar-gambar yang dia rasakan perlu, untuk diletak sebagai background.

Niat saya masa share teaser tu, saya nak kongsi keindahan Hongdae dengan pembaca-pembaca. Nak tunjuk macam mana rupa bentuk muka bumi Hongdae yang sebenarnya pada pembaca-pembaca saya seperti yang hero dan heroin nikmati. Tapi...lepas cari punya cari, saring punya saring dan pilih punya pilih, saya tak jumpa satu pun gambar yang sesuai. Baru teringat. Kat Hongdae dulu saya sibuk posing. Gambar bangunan dan gambar jalan dia sikit je saya ambil. Bukan tak ada. Ada. Tapi gambar bangunan tu saya ambil bentuk Potrait, bukan Landscape (Dah macam Microsoft Words pulak). Nak letak gambar buku dan main teaser dekat gambar tu agak tak sesuai dan terhad. Jadi, idokler saya nak share gambar saya berposing peluk pokok untuk buat background teaser kan? Saya tak mau ada gambar sendiri dekat media sosial (uhuk! Dulu ada share gambar kat IG. Yang dah lama follow saya sebelum novel kedua terbit, pernahlah tengok rupa saya. Sekarang, seiring peningkatan usia, terasa nak work behind the screen saja ^^,). Makanya, no choice, saya pilihlah gambar bangunan + pokok-pokok masa saya on the way nak ke MBC. Relate jugaklah dengan teaser yang saya share tu sebab pemandangannya sama saja ^^,




Cantik kan? I'm in love with Korea so much. Ni bangunan Hyundai Jeonghab-sangsa. 현대 종합상사. Area sini semua kawasan ekonomi dan korporat. Company gah-gah dan besar-besar dekat sini.


After make over. Tambah gambar buku dan tambah main teasernya. Sebab tu saya perlukan gambar yang diambil secara melintang. Senang nak bubuh semua ni ^^,

Dulu saya tinggal dekat Hongdae. Jadi dalam buku saya banyak berkisar pasal Hongdae. Ada beberapa bab saya tulis kisah hero dan heroin mencari rumah penginapan heroin. Siti dan maksu (iyaaa...maksu saya pun suka baca novel saya. Sebab tu saya tulis baik-baik...hehehe) tanya, macam tu jugak ke saya cari dulu? I said yes! Apa-apa yang saya tulis dalam novel-novel saya semuanya berdasarkan pengalaman sendiri. Then, maksu tanya lagi. Emil (hero) tu ada jugaklah jadi peneman? Gelak besar saya. Maksu!!!



Tadaa!!! Haa...inilah Hongdae. Gambar ni saya tak kongsi dekat Facebook tapi ada bubuh dekat Instagram saya. Jalan ni, jalan yang saya lalui setiap hari. Kalau orang terlalu ramai especially hari Sabtu kan, subway sesak, saya selalu lost track untuk keluar dekat Exit yang paling hampir dengan kawasan rumah. Selalunya saya akan terkeluar dekat Exit 8 ni. Saya ratu sesat. Semedang blur tapi mudah ingat jalan. Jika dan hanya jika saya terlampau penat, saya malas nak fikir (tu yang rajin sesat tu) so saya akan biar kaki bawak saya jalan-jalan sendiri tanpa arah. Dan selalunya saya akan jumpa pemandangan atau tempat yang sangat cantik selepas tu berbanding bila saya plan betul-betul nak pergi (memori di Dongdaemun dan Myeongdong).

Bila terkeluar dekat sini, terpaksalah saya menapak 30 minit nak balik rumah sambil mendaki jalan berbukit tu. Bila malam-malam pulak kan, burrr...double sejuk. Tapi tetap syok. Sana sini sepanjang jalan tu, ada je oppa-oppa eoljjang berkumpul dan tunjuk gaya jadi idol. Menyanyi. Dancing. Acting cool. Bila ramai oppa, makwe Korea yang lelawa pun ramai jugaklah yang lepak dekat sini. Kiranya kalau balik tengah malam pun, kita takkan rasa sunyi. Hongdae Street waktu malam memang hidup. Dekat gambar tu nampak macam pekan tinggal kan? Jangan tertipu. Awal lagi waktu ni. Saya baru sampai dari Incheon. Dan cuba tengok keadaan bentuk muka buminya. Tengok keadaan teksi-teksi tu? Condong banget kan?

아니야. Saya tak berdiri senget tau. Saya berdiri tegak je sebab saya teruja ambil gambar dekat bangunan tu. Lepas ni saya tunjuk apa yang ada kat situ. Boleh nampak bagaimana 'landai'nya bukit Hongdae ni (done sarcasm...teehee). Sepanjang masa begini. Masakkkk yang oi hari-hari menapak balik rumah. Dan pengalaman itu, saya persembahkan dalam JCSL bila mana heroin tercungap-cungap sewaktu mendaki bukit, 30 minit lamanya. Balik Malaysia kaki saya kurus. Betul. Ahahaha...peace!


Ehem..ehem. Did you see what I see? Nilah yang menarik perhatian saya untuk berhenti dan mengambil gambar. Awal-awal pagi diorang dah bekerja bersihkan cermin. Bila saya tengok gambar ni semula, saya teringat Ji Chang Wook oppa dalam K2. Adakah itu Wookie? B.E.R.A.N.G.A.N. Tinggi tau diorang buat kerja ni. Tinggi sesangat. Jap saya tunjuk gambar yang sebenar tanpa zoom. Sebelum tu, saya share gambar ni dekat story Instagram semalam. Yang boleh tengok story tu, hanya close friend. Dan tengoklah tarikhnya tu bila. Pantas IG detect. 28 September 2013. Kalau IG tak keluar tarikh tu, saya pun dah lupa sebenarnya. Wah, nostalgia. Rindunya!!! T_T

Orait, cuba tengok gambar di bawah pulak.




Seram!!! Demi mencari sesuap nasi dan rezeki yang halal, mereka sanggup buat apa saja. Bersyukurlah anda yang berkerjaya baik, duduk di dalam pejabat beratapkan siling, berbumikan karpet. Ada insan setiap hari bergadai nyawa dalam mencari rezeki. Hebatnya diorang ni. Kalau saya, dah gayat dah nak tergantung macam tu lama-lama. Respect! Big respect! ^^,

Macam panjang pulak entri ni. Ingat nak share gambar lagi. Tapi rasanya, cukuplah banyak ni dulu. Senang-senang nanti, saya bercerita lagi.

Walaupun sudah 7 tahun kenangan ni berlalu, memori tentangnya tak pernah pudar. Sentiasa hidup dalam hati saya. Kerana terlalu sayangkan memori terindah ni, saya abadikan dalam novel saya, Lihat Aku Di Matamu a.k.a Jatuh Cinta Sekali Lagi.

Saya harap dapat kembali semula ke Korea suatu hari nanti. This time around, saya nak bawak semua family saya sekali termasuk mak dan ayah ^^,  Moga Allah makbulkan doa saya. Aamiin aamiin Ya Rabbal Alamiin.


Dulu tempat ni unknown to traveller. Lepas cerita Goblin meletup terus jadi kawasan pelancongan pelancong luar negara. Ramai yang pasang niat nak datang sini . Dan saya...teringin jugak nak pergi sambil re-create scene ni dengan my other half...hehehe ^^, In Shaa Allah.
Mudah-mudahan Covid-19 cepat hilang. Tak sabar nak berkelana, mengembara dan mengagumi keindahan Tuhan sekali lagi. Doa sesama yuk!

"Ya Allah, limpahkan dan lipat gandakanlah rezeki Mirei May dan kesayangannya dengan rezeki yang halal. Kuatkanlah hatinya Ya Allah. Permudahkanlah urusan dia di dunia juga akhirat. Jadikanlah dia orang-orang yang sabar dan juga orang-orang yang sentiasa bersyukur. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengabulkan Permintaan. Makbulkanlah doa kami. Aamiin aamiin Ya Rabbal Alamiin."

Terima kasih tolong doakan. Semoga doa yang baik-baik juga kembali padamu.

2 comments:

Lana Alanna said...

Aamiin. Wahhh dapat gak adik tengok Hongdae yg Maira & Emil lalu dulu. Thank you kak may!!! Pasni blh la adik smbung imaginasi. Love you kakak sayang ~

Adik doa kak may dpt pegi korea lg dgn cik abg. Nanti blh share cite lg. Hehehe..

Mirei May said...

Sama-sama kasih adik sayang ^^, Nanti imagine tau Emil dan Maira lalu kat situ. Aduhai, ayat last tu...pengsan sesaat ^^0 Tapi akak tetap nak aamiinkan jugak doa adik. Aamiin ^^, Thank you datang blog akak, adik. I love you too!