Thursday 13 August 2020

Rindu : May di Istana Gyeongbok 경복궁



Assalammualaikum


Hai blog ^^, Do you miss me? Blog, semakin menghampiri September, semakin kuat ingatan dan kerinduan ini pada kampung halaman oppa. Ecewah! Hehehe...hari ni kerana kerinduan yang meluap-luap tu, saya share teaser terakhir dekat Facebook ^^, 

Tapi sebelum tu saya nak bagitau, selain Pulau Nami, tempat ni juga adalah tempat yang paling istimewa di hati saya. Rasa nak duduk situ lama-lama.

Tempat apa tu?

Haaa...sila klik button 'Read more' di bawah ^^,




Salah satu hajat saya ketika berada di bumi Korea, saya nak sangat melawat Gyeongbokgung. Dan Alhamdulillah, hajat itu tercapai. Autumn 2013, saya berjaya menjejakkan kaki ke Gyeongbokgung ^^, One of my wish lists, finally granted.

Saya suka istana. Suka sangat. Sejak kecil, saya suka simpan koleksi gambar istana seluruh dunia. Paling saya nak pergi, Neuschwanstein Castle, Germany. Tu istana yang paling paling paling saya teringin sangat nak lawati. Tahu tak sebab apa? 

Sumber : Google

Cantik kan pemandangannya? Subhanallah. Saya boleh tengok gambar ni tak berkelip-kelip sampai mata berair ^^, I really fell in love with this castle. Kalaulah dapat pergi, ambil gambar pemandangan dekat istana ni, no doubt, I'm the happiest person on Earth ^^0

Gambar di Istana Gyeongbok tu koleksi peribadi saya. Kebetulan, sesuai pulak dengan teaser yang saya share tadi. Macam biasalah, bila seorang Mirei May terlalu sukakan sesuatu tempat tu, gambar-gambar dia akan dipenuhi dengan....? Selfie saya. Ya betul ^^0 Punyalah susahnya nak pilih gambar terbaik tadi. Awal-awal sampai ke Gyeongbokgung, saya tersalah setting kamera. Gambar-gambar yang diambil agak silau sikit. Bila dah berjaya setting, penuh dengan selfie semata. Mujur sangat-sangat saya hadir ke Upacara Pertukaran Pengawal Istana. Dapatlah saya kongsi teaser saya dengan gambar pengawal-pengawal tu. Alhamdulillah.

Serius je kan muka mereka? Yang baju biru tu paling serius dan garang. Ada insiden dengan dia dulu. Hahaha..

Banyak sangat memori yang indah-indah dilakarkan dekat Istana Gyeongbok dulu. Salah satunya, saya dapat ikuti kelas dan belajar istiadat penyediaan teh Korea. Darye nama istiadat tu.


I'm getting ready. Sayangnya, semasa dalam kelas, tak dibenarkan mengambil sebarang video. Jadi saya tak dapat nak share macam mana istiadat itu dijalankan. Mujurlah habis je kelas (2 jam lamanya), saya cepat-cepat tulis semuanya dalam buku pengembaraan saya. Sekurang-kurangnya saya tak lupa dan memori tu kekal diingati sampai ke hari ini ^^,

Bila masuk ke dalam Gyeongbokgung, kita akan terpegun dengan keindahan landskap dan istana di tengah kota Seoul. Perasaan tu...susah nak digambarkan dengan kata-kata. Saya harap dan saya doa semoga sesiapa yang baca entri ni, dapat menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti. Bila anda dah rasai pengalaman tu, mungkin itu jugalah perasaan yang saya rasa. JATUH CINTA.

Sebenarnya sebelum saya ke Gyeongbokgung, saya dapat info daripada kawan sekolah dan sekelas saya, Joe. Joe tambah pengetahuan lain tentang Korea yang saya tak tahu. Bila Joe balik Malaysia, saya pulak fly ke sana but he still guides me through Facebook if I need any help. Maklumlah, masa pergi sana, serba-serbi tak faham cakap Korea. Tulisan apatah lagi. But now Alhamdulillah. Sikit-sikit dah boleh faham dan baca ^^, Then, bila saya balik Malaysia, giliran kawan sekuliah saya di U pulak pergi, Zati dan Diana. Bertukar-tukar kami pergi. Rasa lucu pulak ^^0

Nak dijadikan cerita, masa saya di Namsan, saya berkenalan dengan satu family ni. Ada Aunty, Uncle dan seorang anak perempuan mereka. Aunty dah nak balik Malaysia sehari selepas perjumpaan kami di Namsan tu. Jadi, segala entrance ticket yang Aunty tak sempat nak pergi, semua diserahkan pada saya. Dahlah banyak sangat. Yang bestnya, tiket tu tiket melawat semua istana from Gyeongbokgung, Changdeokgung until Deoksugung!!! Ya Allah. Rezeki. Only and if only I have much time, saya dah pergi Deoksugung dan Changdeokgung. Tapi tak sempat. Saya kena ke Nami dan Paju. Jadi, semua tiket-tiket tu akhirnya jadi rezeki Zati dan Diana. Saya pos pada mereka bila tahu yang mereka nak datang Korea jugak. In return (saya tak mintak pun), diam-diam Zati hantar souvenir ikut alamat dekat parcel yang saya beri pada mereka T_T.

Sebab tu bila kakak saya, Angah, kata nak datang ke Korea nanti, saya nak ajak Angah dan semua melawat istana Korea. This time around, semua istana saya nak jelajah. Wearing hanbokI can see they smile to me and I smile back to them. What a lovely moment ^^, Angah saya minatnya serupa macam saya. Kami suka sejarah. Hari tu masa datang KL, lalu dekat Istana Negara lama, tetiba Angah ajak saya berhenti. Kami pergi melawat istana lama yang sekarang ni dah dijadikan Muzium Diraja. Unplanned planning. Best bila adik-beradik berkongsi minat yang sama. Hehehe...

I wish for a better day tomorrow. 2020 tahun yang penuh dengan ujian daripada Allah Subhanahu wa Taala. Tahun ni saja, saya kehilangan 3 orang pak cik yang sangat saya sayangi. Dan baru-baru ni, bulan lepas, saya kehilangan seseorang yang pernah saya adore since I was a teenager. Peritnya kehilangan, Allah saja yang tahu. Tapi kita yang masih hidup ni, kena teruskan juga melangkah. Sedih memang sedih. Separuh nyawa saya pergi bila dia pergi. Tapi saya akan teruskan semangat dia dan pakcik-pakcik saya. Bahagiakan family selagi mampu. Senyum selalu kerana senyum itu kan satu sedekah. V^________^V. Bersangka baik pada takdir Allah selalu. Dan...teruskan menulis serta menghiburkan orang lain. Aamiin, in shaa Allah.

Semoga yang membaca entri ni juga beroleh bahagia dunia akhirat.

Okay, need to sleep. Jaga diri bebaik. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^^,

p/s : Doakan saya dapat melawat Neushwanstein Castle ya suatu hari nanti. Terima kasih.


No comments: