Friday 13 August 2021

2021 : Lengkap Vaksin & My Final C ^^,

Assalammualaikum semua ^^,

Rabu lepas saya on IG.

Update gambar, balas-balas DM...

Dan saya janji dengan sahabat di sana nak cerita tentang pengalaman saya disuntik vaksin pada hari Jumaat, which is hari ni.

So....

Here we go! ^^, 

Jemput baca ya, pengalaman tak seberapa ni. Bismillah.


Jika dilihat pada aplikasi MySejahtera tu, boleh nampak saya dah apply vaksin sejak 24 Februari 2021 lagi. Semangat waja ^^, walaupun masa tu macam-macam teori, konspirasi yang saya baca di berita online berkenaan vaksin, saya tekadkan hati untuk mendaftar juga demi satu niat. Saya mahu melindungi diri saya, mereka yang saya sayang keluarga saya dan juga masyarakat. Sabar saya menunggu tarikh temu janji pertama yang memakan masa hampir tiga bulan. Yalah, kita kena ikut prosedur. Saya faham, sebab tu saya tak mengeluh lambat terima (walaupun check MySejahtera more than three times everyday) πŸ˜† . Lagipun bulan Julai memang KKM khaskan untuk golongan belia suntik vaksin kan? Syukur Alhamdulillah, kiranya awal juga saya terima ni ^^, Thank you KKM. Hearts! πŸ’•

Suntikan dos pertama, saya terima pada 13 Julai 2021. Awalnya tarikh saya ditetapkan pada 17 Julai. Tapi tak tahu tetiba ada perubahan tarikh. Bukan saja tarikh, tempat terima vaksin pun berubah. Lebih dekat dengan rumah saya berbanding yang sebelum ni jauh. Nun di Freeport A Famosa sana. Dan bila ia dipindahkan ke tempat yang lebih dekat dengan rumah saya, of course I'm happy plus nervous at the same time.

Why?

Because...

Saya takut kena suntik!!! 

Nak tahu tak? Hari temu janji saya tu kan, jantung saya degup kencang sangat-sangat. Semua kerja yang saya buat pagi tu, semuanya serba tak kena. Pelik adik dan mak saya tengok saya. Kakak saya yang tinggal di Johor tu telefon pagi tu. Dia pesan dekat saya, jangan buat kerja berat. Saya mengadu heartbeat saya tinggi. Setara Flaming Hearts (kalau awak baca novel pertama saya, Encik Abang Kuda, mesti kenal siapa Flaming Hearts πŸ˜ŠπŸ’•). Kakak saya kata relaks, tak sakit pun kena suntik. Jarum pun kecik je. Ahahahaha...rasa lawak bila kena pujuk macam anak-anak kecil kena pujuk walhal diri ini, uhuk...dah...uhuk, gedang. Sigh...

Walaupun ramai dah tenangkan saya dan saya yakinkan mereka saya dah okay, ironinya saya masih dengar lagi jantung saya dup dap dup dap dengan kuat. Then, mak kesayangan masuk ke bilik saya dan beri saya minum air Yasin. 

Tengok, sampai minum air Yasin tu sebelum pergi hospital. What a memory πŸ˜‚

Lepas minum air Yasin, Alhamdulillah. Kurang dah debarannya. Cuma tetap tak boleh tutup rasa cuak dan rasa takut. Tak tahulah kenapa saya jadi macam tu sangat. Mungkin sebab dah 10 tahun saya tak pernah kena suntik kut. Husnuzon ^^,

Jika diikutkan, masa temu janji saya pukul 12.30 tengah hari. Tapi sehari sebelum tu, doktor telefon dan beritahu masa diubah. Sepatutnya pukul 12 lebih, doktor suruh saya datang petang. Pukul 3.30. Nak menunggu petang tu, Ya Rabbi. Rasa lambat sangat jarum bergerak. Sebelum keluar rumah, langit pula tetiba gelap. Ah sudah. Saya doa sangat, janganlah hujan lebat. Alhamdulillah. Doa saya Allah dengar. Hanya angin kuat dan cuaca mendung je temani saya sepanjang masa. Tapi habis saja saya kena suntik dan baru masuk dalam kereta, tetiba hujan turun. Huuu...Allah sangat baik kan? πŸ˜ŠπŸ’•

Macam mana keadaan saya selepas disuntik?

Saya terima vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech. Selepas disuntik, saya direhatkan selama 15 minit di dewan hospital untuk pemantauan doktor. Untuk golongan yang ada penyakit kronik, masa pemantauan ialah 30 minit. Pengalaman setiap orang berbeza kan? ^^,  Saya pilih untuk suntik di lengan kiri sebab saya right-handed. Awal-awal tu, saya rasa sakit sikit dekat tempat suntikan. Saya anggap tu perkara normal. Yalah. Kulit ditebuk jarum tajam. Mestilah sakit. Tapi kita yang kental ni, haruslah kena tahan sakit tu, ya tak? Tak sadolah menangis hiba hanya sebab benda kecil. Aigoo, aigoo. Tak sadonya nangis ^^0 Alhamdulillah, Mirei May sado orangnya. Dia tak nangis. Teehee

Sebenarnya dalam dewan lagi lepas kena cucuk tu, saya rasa sakit kepala. Mild saja tapi tetap rasa nak melayang tubuh ni. Mungkin sebab saya terlalu cuak nak pergi vaksin agaknya. Heartbeat pantas nau dia berlari ^_^V Doktor pun ada cakap, kalau sakit sangat dekat tangan atau rasa nak demam, makan Panadol. Cuma bila dah sukar nak bernafas tu, jangan tangguh-tangguh dah, datang terus ke hospital, terima rawatan. So, sampai je rumah, saya cepat-cepat telan Panadol dua biji dan lepas mandi, tempat yang kena suntik tu, saya sapu ubat Yu Yee Cap Limau. Doktor memang tak bagi tuam. Jadi alternatif lain yang saya buat, sapu ubat Yu Yee. Nak kasi tangan tu panas dan kurangkan kesakitan. It works tau. Ni petua mak saya. Mak yang suruh. Saya ikut je. Sayang mak. Terima kasih mak ^^,

First day yakni hari saya disuntik, tangan kiri saya rasa sakit tapi masih boleh tahan lagi kesakitan tu. Hari kedua, saya hanya dapat angkat separuh je tangan ni. Masa tu sakitnya, Allah je tahu. Memang sakit sangat-sangat. Hari ketiga, sakit lagi. Kali ni dia attack bahagian dada. Again, saya telan Panadol untuk kurangkan kesakitan. Hari keempat much better. Tangan dah boleh angkat tinggi-tinggi. Hari kelima dah okay. Tapi kalau kita tekan tempat suntikan tu, ngilu dia tetap terasa. Saya, seminggu baru hilang rasa perit dekat bahu ni.

Bila saya borak dengan kakak ketiga saya yang dah disuntik lebih awal dari saya, kakak kata first dose efek dia biasa saja. Second dose ni nak kena jaga. Again, seorang Mirei May yang agak gerun disuntik, mula berdebar menunggu 3 Ogos untuk temu janji dos keduanya. First jab pun keadaan saya dah macam tu, second jab macam manalah agaknya ya? Curious tapi saya serahkan segala urusan pada Allah. 

Janji sihat dan tiada efek yang teruk berlaku. Aamiin.

Tiba hari yang ditunggu-tunggu, doktor call lagi. Patutnya petang saya suntik, tapi sekali lagi masa temu janji saya diubah. Kali ni doktor suruh datang pagi pula. Pukul 11.30. Compared to my first experience, pengalaman kali kedua ni saya agak...tenang. Wallahi. Saya tenang sangat-sangat. Saya dah tak takut lagi, malah excited pula nak pergi vaksin. 

Saya sangka orang ramai tau macam hari tu. Tapi bila sampai je dewan hospital, saya terkejut sebab tak ada orang. Hanya ada saya, adik, kakak saya dan petugas-petugas di pusat vaksin tu saja. Pelik. Bila dah selesai pendaftaran, sebelum masuk ke dalam dewan, saya tanyalah dekat staf lelaki yang tengah semak details saya tu. Saja berborak sebab saya curious, kenapa tak ada orang ek? First dose dulu ramai sangat. Kali kedua ni beza. Tetiba staf lelaki tu melepet dekat kerusi. Lepas tu hembus nafas berat. Saya ingat dia marah saya busybody, tanya macam tu. Rupanya dia nak luruskan pinggang. Hahaha...cuak saya. Encik tu cerita, pukul 8 pagi tadi, mereka dah terima ramai sangat orang. Yang appointment pukul 10 pun, pakat datang pukul 8 juga. Imagine berapa puluh atau mungkin ratus mereka kena uruskan dalam satu masa. Tak menang tangan dibuatnya. (Note : Saya tinggal di bandar kecil).

Saya yang dengar luahan encik tu pun rasa kasihan, apatah lagi mereka yang alaminya. Dear fellow Malaysians. Why not kita permudahkan urusan frontliners kita? Mereka pun tahu penat juga. Kalau appointment pukul 10, tepatilah masa tu. Mereka nak mengeluh tak boleh. Simpanlah sedih, rasa terkilan tu di hati. Tak sangka pula bila saya bertanya, encik tu sudi berborak. Sebelum tu saya tengok dia steady je, cool je daftarkan kami. Tengok pun bertenaga. Hanya lepas saya bertanya, barulah dia tunjuk sisi sebenar dia yang benar-benar keletihan melayan kami semua, penerima vaksin. Dahlah masa tu cuaca panas terik. Dia pula duduk di luar dewan. Hanya bertemankan kipas diri semata-mata. Aaa touching! Semoga Allah balas keletihan encik dan rakan-rakan dengan kebaikan di dunia dan akhirat. Kalau dah di tempat vaksin pun mereka melepet penat, runtun hati ni mengingatkan petugas yang seharian memakai sut lengkap PPE tu. Pasti lagi super duper penat 😭

Bila selesai pendaftaran, saya masuk ke dalam dewan dan terus ke bilik doktor. Prosedur sebelum ambil vaksin, kena jumpa doktor dulu. So, doktor akan terangkan pada saya, hari tu saya akan terima vaksin apa. Rasanya semua tempat PPV pun macam ni juga kan? First dose, Doktor Suhaida yang terangkan pada saya. Second dose ni, Doktor Haziq. Doktor Haziq kata vaksin ni nama sebenarnya Comirnaty. Pfizer adalah nama syarikat pengeluarnya. Doktor Haziq minta saya betulkan pemahaman ni pada orang lain. Jadi doktor, saya tepati janji saya di sini. Saya tulis di blog saya ^^, Walaupun doktor kata nama sebenar vaksin ni Comirnaty tapi Pfizer lebih mendapat tempat di hati semua orang. Mungkin sebab mudah nak sebut. Dua sebutan je berbanding Comirnaty, empat sebutan. 

Untuk suntikan kedua ni, saya berazam nak rekod video ^^, Semangat tau Mirei May korang ni. Saya nak abadikan memori ni sebagai kenang-kenangan sebenarnya. First dose dulu saya tak buat sebab saya nervous melampau. Second dose ni, saya teringin. Sebelum rekod video, saya minta izin dulu dengan nurse. Boleh tak saya rekod video, nurse? Mungkin ekspresi mata saya masa meminta tu bersinar-sinar sangat kut, nurse terus izinkan. Yezza, Happy

Syukur, dek kerana sibuk setting videolah, saya lupa yang saya takut jarum. Saya lupa saya pernah berdebar yang tak enak masa first dose dulu. Paling saya tak percaya, masa nurse tu tengah suntik vaksin, saya boleh tengok jarum tu dekat-dekat tau. Masya-Allah. First dose dulu, saya pejam mata. Kali kedua ni, terlebih yakin pula. Apa-apapun, saya bersyukur semuanya dah selesai. Alhamdulillah.

One thing I earned through this experience.

Pengalaman mematangkan manusia. In my case, pengalaman memberanikan saya ^_^V

Hats off to nurse (Allah, saya lupa namanya). Sampai sekarang, saya tak jumpa pun kesan suntikan tu. Betapa lembut dan cermatnya nurse tu cucuk saya. First dose dulu ada tinggalkan kesan. Second dose ni, licin. Puas saya belek tangan kanan saya, tetap tak jumpa. (Yup, second dose saya pilih tangan kanan pula. Berlaku adil pada kedua-duanya).

Macam mana keadaan saya selepas disuntik kali kedua?

Ramai cakap second dose efeknya teruk. Alhamdulillah, saya tak alami perkara tu. Cuma disebabkan saya ubah tempat suntikan which is dari tangan kiri ke tangan kanan, saya rasa sakitlah dekat tempat suntikan. First day lagi dah tak boleh angkat tangan 😁 Second day sakit sangat-sangat sampai tak boleh nak masak. Terpaksa order delivery. Third day dah kurang. Hari keempat terus okay. Alhamdulillah. Cumanya....haaa...saya jadi manusia suam sampailah sekarang, masa saya menaip entri ni pun, badan saya rasa panas yang comel πŸ˜† Peace!

Kadang sengaja saya pegang tangan mak dan bawa ke dahi dan leher saya. Suruh mak rasa sendiri suhu badan saya. Mak tanya ada gigil tak? Saya kata tak. Hanya badan ni tak macam dulu. Rasa lebih hangat. Mak kata okay tu. Tak ada apa-apa, in shaa Allah. Malah kalau saya pergi kedai, scan dahi, alat scan tu pun kata normal temperature. So, saya tak risaulah.

Suka ke jadi manusia suam, May? ^^0

To be honest, saya suka πŸ˜ŠπŸ’• Ni kalau saya peluk anak-anak buah ni, mau kena tolak muka. Ahahahaha...

To my beloved readers yang masih belum dapatkan suntikan :

Sabar, in shaa Allah masa kalian akan tiba juga. KKM sekarang sedang bertungkus-lumus memastikan semua temu janji di apps MySejahtera tu dipenuhi. Kita bagi peluang KKM jalankan kerja mereka dengan baik ya. 

Walaupun dah suntik dua dos, jangan pandang enteng kesihatan kita. Virus ni masih belum terhapus lagi di muka Bumi. Dah dapat dua dos, tak bermakna anda kebal. Kita tetap ada potensi untuk dijangkiti. So, apa yang boleh kita buat?

Jaga SOP. Bila keluar rumah, pakai mask. Double mask. 3-ply di dalam, fabrik di luar. Macam saya, saya rasa lemas bila pakai double mask. Saya lebih prefer pakai face shield dan mask 3-ply di dalam.

To my beloved readers yang masih menimbang-nimbang untuk mendaftar vaksin :

Sayang...

Tanggungjawab menjaga kesihatan, adalah tanggungjawab kita. Ini ikhtiar kita untuk lindungi diri dari Covid-19. Daftarlah. Ya? Moga niat kita mahu selamatkan ramai orang di sekeliling kita, jadi asbab Allah reda dengan kehidupan kita di dunia ini. 


Bergambar selepas suntik vaksin πŸ˜ŠπŸ’• Sebelum pegang kad ni, saya pakai sanitizer. Dah letak semula kad ni, pakai lagi sanitizer. Video terima suntikan, saya tak share di sini or mana-mana. Untuk simpanan sendiri saja.


MY FINAL C ^^,

Hai guys,

Berakhir sudah cerita tentang pengalaman saya divaksin, kita sambung ke story lain pula ya?

Tak boleh?

Aaa tak kira. Saya nak cerita jugak. Harap sudi baca sampai habis.

Arigatou gozaimas ^_^V

Kalau ada baca entri blog saya sebelum ni, mesti tahu kan yang saya seorang collector? Ya, betul. C tu stand for collections. Saja tulis initial kat tajuk atas πŸ˜ŠπŸ’• Untuk yang baru pertama kali baca coretan saya kat blog ni, Mirei May memang sangat suka mengumpul alat yang hero-hero Jepun gunakan untuk henshin (bertukar!) menjadi superhero. Walaupun taklah banyak mana koleksi yang ada sebab saya memilih alat untuk dikumpul, tapi lumayan jugalah jumlahnya. Penuh satu kotak besar. Hehehe...

Ingat tak, saya pernah cerita yang saya mencari satu alat henshin yang sirinya dah tamat 5 tahun lalu? Siri tu teramat popular di kalangan peminat tokusatsu. Rasanya production pun suka juga dekat hero pujaan hati Mirei May ni. Kerap juga si hero buat comeback dekat siri adik-adiknya yang lain. Untunglah. Dapat tengok dia banyak-banyak kali walaupun dia bukan lagi hero utama, cuma cameo je. Cameo yang wow. Yang membuatkan hero ni disukai ramai, dia pandai berlakon. Kalau Korea, saya suka Jong Suk oppa. Kalau Jepun pula, saya suka dia πŸ˜ŠπŸ’•

Lately, siri terbaharu production ni mula keluarkan alat henshin yang menggunakan suara latar bahasa Inggeris. Mungkin siri ni dah dapat tempat di hati penonton bermata biru sana, jadinya bila hero nak henshin je, alat tu pun cakap BI. No more suara Jepun yang garau menghiasi suasana. Jujurnya, saya kurang gemar yang bahasa Inggeris punya. Saya lagi suka suara Jepun sebab originnya Jepun. Haruslah cakap Jepun kan. Tapi bila dah beralih ke BI, hmm...takpalah. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang. Tak perlu jadi pengumpul lagi.

But I'm still happy sebab alat yang saya dah kumpul ni memang saya suka sangat-sangat siri-sirinya. Tak sabar nak main sama dengan anak-anak buah saya nanti πŸ˜ŠπŸ’• Walaupun dah berhenti jadi collector, saya tak rasa ralat pun. Sebabnya...

Sempena 5 tahun usia siri kegemaran saya itu, Bandai akhirnya keluarkan alat henshin premium yang sama jenis dengan sang hero gunakan dalam cerita tersebut. Bukan DX lagi tau. Tapi premium. Premium lebih bagus kualitinya berbanding DX. Saya pernah kata dulu yang saya dapat cari alat henshin yang hero gunakan kan? Well, alat henshin tu yang sekunder punya which is....pedang. Hero ada juga guna pedang ni untuk bertukar ^^, Tapi yang primer punya, yang sebenar-benarnya, bentuk gerhana bulan cincin. 


Saya tak sangka Bandai wujudkan semula alat henshin ni. Pula tu, versinya sama dengan yang hero pakai dalam cerita dia. Di saat saya dah bertekad nak berhenti menjadi collector, tetiba benda yang saya cari-cari selama ni, muncul. Impian jadi kenyataan. 

Saya dah order satu dan dah bayar habis pun pada seller. πŸ˜πŸ’•πŸ˜πŸ’•πŸ˜πŸ’•Walaupun lama lagi Bandai akan release, takpa. Panjang umur, saya akan tunggu. Nanti boleh main dengan anak buah. Happy, happy ^^, So, that's my final collections, yeorobun

Uiks, collections tu plural. Ada lagi ke beli?

Hee...ada. Once in my lifetime, tetiba saya tercollect satu alat Kamen Rider sebab tertarik dengan warnanya yakni...

Warna pink πŸ˜… Parah. Sebab warna je pun, saya terbeli. Tapi warna bukan sebarang warna tau.  Warnanya mirip sangat dengan buku Encik Abang Kuda kesayangan saya. Bila tengok sut hero tu sama warna dengan manja sulung saya, tak sedar mata ni terus tukar love. I want it so bad.

Alat ni dikeluarkan sempena ulang tahun KR yang ke-50 tahun. Kenapakah nombor 5 berkait dengan saya sejak akhir-akhir ni? Wallahua'lam. Siri ni bakal disiarkan bulan depan. Alat henshin tu pula dijangka sampai di Malaysia, hujung bulan November atau early December. Woah...kalau bulan December, birthday saya tu 😍😍😍 Ibarat beli hadiah birthday untuk diri sendirilah nanti ni. Ya kan?

Lagu dedikasi khas untuk koleksi terakhir saya. Suka sangat lagu ni. Syahdu πŸ˜ŠπŸ’•

Ni cara saya menggembirakan diri dan kesayangan saya. I wish you guys find your happiness too.

Panjang dah bercerita.

Jaga diri bebaik ya semua.

Ada rezeki, saya muncul lagi di blog. Berkongsi-kongsi perkembangan dengan semua.


Sayonara.


Hearts,

Mirei May πŸ˜ŠπŸ’•

Umi kepada anakanda-anakanda tercinta, Encik Abang Kuda dan Jatuh Cinta Sekali Lagi.

(Emel : mireimay@yahoo.com untuk beli novel saya ya. Saya tak jual novel di Shopee dan stok Abang Kuda, hanya ada pada saya seorang saja. Terima kasih for your love to my jantung hati)

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺