ENCIK ABANG KUDA! 3
P
|
EJAM celik pejam celik, hari
Khamis pun tiba. Tamat saja kuliah Pengurusan Bank, aku terus bergegas pulang
ke kolej. Kauthar dan Yana awal-awal dah beritahu aku mereka akan ke Pusat
Ekuin dengan menaiki kereta Kauthar. Aku diajak sama.
Sebab aku nak bina stamina sebelum melompat atas
badan kuda karang, aku menolak untuk tumpang kereta Kauthar. Aku mahu tunggang
basikal aku sendiri saja nanti. Jual mahal konon. Tak penat ke bawa basikal
naik bukit tinggi tepi ladang kelapa sawit sebelum sampai Stadium UPM tu Khayla?
Hmm...we’ll see on it! Aku ni
suka mencabar diri. Kalau semput karang, adalah alasan aku nak mula lambat
kelas menunggang tu.
Tepat pukul 3 suku petang, Kauthar mesej aku,
kata dah sampai depan SGS (School of
Graduate Studies). Dia dan Yana tunggu aku tepi jalan sebab dia risau aku
naik basikal seorang diri. Nak iringi aku dari belakang katanya. Uh, terharu sungguh dengan keprihatinan
kawan-kawan baikku sayang ini.