BAB 3
“My oh my! Look what I’ve found here.”
Video berdurasi 3
minit itu ditonton buat kali kedua. Puas hati kerana kedua-dua wajah itu sangat
jelas dalam rakaman.
“Dora! Let’s go.” Panggil suaminya yang
baru selesai mengambil barangan peribadi milik mereka di dalam loker. Dora
simpan telefon ke dalam saku pouch.
Renungan masih dipaku pada pasangan kekasih itu yang terlalu teruja mendaki
anak tangga. Dia mencebik. Sakit hati melihat pemandangan di depan mata.
“Hei, hunny. What’s wrong? You tengok
siapa?”
Meliar mata
suaminya ke sekeliling District 21. Mencari subjek yang membuatkan Dora tak
henti-henti mencebik jelak. Dora menggeleng lantas menyilangkan tangannya ke
lengan Nadim. Laju dia menarik suaminya keluar dari pusat itu. Tambahan pula
dia ternampak sesuatu yang membuatkan darahnya mendidih geram. Lagilah Dora tak
sabar nak lari jauh-jauh.
“I nampak dua
belangkas ofis I tadi. Betullah khabar angin tu. Diorang memang ada skandal.
Sohih!”
“Belangkas mana
pulak ni? Siapa yang ada skandal? I kenal ke diorang tu?”
“Yang perempuan tu
you tak kenal sebab dia baru kerja dekat Azrani Holdings. Tapi yang lelakinya....You
kenal sangat, sayang.”
“Oh ye? Siapa?”
Tanya suaminya, tak sabar-sabar nak mencedok rahsia. Dora tersenyum. Sinis.
“Masa kita makan
karang, I cerita dekat you. Tapi video sejoli tu I dah hantar pada kawan I. Oh my God. I harap dia tabah bila tengok
gambar dan video tu. I boleh rasa perasaan dia sekarang. Must be heartbroken melampau.”
“Yang....”
“Yes!” Dora lentokkan kepalanya ke lengan
sasa suaminya.
“You tak risau ke
tershare sesuatu yang mendatangkan
fitnah? Tak takut tindakan you tadi boleh bagi impak besar pada kehidupan orang
lain? Tak takut?” Lembut bicara suaminya namun menikam teruk ke dasar hati
Dora. Dora tegakkan kepala. Anak mata suaminya dicari-cari. Apabila pandangan
mereka berlaga, dia nampak ada riak kurang senang di mata itu.
“You dah hantar
video dan mesej pada kawan you tu kan? Let
see dia dah baca ke belum mesej you. Kalau belum, baik you betulkan semula keadaan. Siapa tahu couple yang you nampak tu datang dengan keluarga atau kawan
memasing tapi terjumpa secara tak sengaja dekat sini? I bukannya apa, yang. Zaman
sekarang ni banyak sangat benda-benda tular berlaku. Kesannya bagi kemudaratan
pada maruah orang yang ditularkan. I tak nak isteri I dapat dosa. At the same time, I pun terpalit sama dapat
dosa you tu. Cukuplah dosa you tak pakai tudung, I kena tempiasnya, yang.
Berbuih mulut I ni nasihatkan you supaya you kenakan hijab masa kita keluar
rumah. Tapi you buat batak je. Sikit pun nasihat I you tak ambil peduli. Tapi
aib orang lain, you sibuk-sibuk nak selak. Tak baik. Kelak nanti, benda tu terbalik
dan terjadi pada you, merana you. Aa-aa-aa-aah, I tak habis cakap lagi. Syutt...”
Ditekan jari
telunjuknya ke bibir isteri sendiri. Tak beri keizinan Dora menyampuk. Nadim
sambung kata-katanya yang terganggu akibat protes si isteri.
“Check semula mesej WhatsApp you. Tengok
sama ada orang tu ada balas apa-apa tak? Kalau dia tak baca mesej you lagi, menjadi
tanggungjawab you untuk betulkan keadaan supaya hati pihak yang menerima mesej
tu terjaga. Kita tak tahu kisah di sebaliknya. Lain kali sayang, jangan cepat
menyebarkan sesuatu berita yang kita tak tahu hujung pangkalnya dan jangan....”
Ditarik hidung mancung isterinya. “...sibuk jaga tepi kain orang lain.”
Tut! Tut!
Dora teguk liur
laju-laju. Di saat dia mula menyesali tindakan sendiri yang terburu-buru
mengikut rasa hati, mesej baru masuk ke dalam aplikasi WhatsAppnya mendatangkan
debaran yang maha hebat di dada Dora.
‘Thank you Dora for your concern.
Really appreciate ‘this’.’
Ya Rabbi! Apa yang
dia dah lakukan? Bertalu-talu gambar ‘Smiley’ menangis memenuhi WhatsApp
daripada temannya itu. Nadim menatap mata isterinya yang digenangi air.
Perlahan-lahan kepala isterinya ditarik lalu didaratkan ke dada bidangnya.
“The damage has been done. Doalah sayang
moga ketiga-tiga mereka cekal hadapi dugaan ni.”
“What should I do, yang? I dah beritahu
dia pasal Fizi dan budak baru tu. Dia pun dah balas mesej I.”
Dora terus
mengongoi. Nadim capai telefon di tangan isterinya. Dengan sebelah tangan tak
henti-henti menepuk bahu si isteri sambil cuba untuk menenangkannya, Nadim
menaip mesej balasan untuk teman baik Dora. Hantar! Dia menanti maklum balas
daripada pihak di sana. Apabila mesej itu kekal bertanda satu calit, Nadim
terus mengeluh. Hampa.
“Doalah yang
terbaik. Moga tak ada apa-apa yang buruk, berlaku.”
“Mok Cik Mairo!!!!”
Suara di talian
kedengaran menjerit dan cuba menyaingi bunyi bising di tempatnya. Aku tergelak
nipis. Tangan masih ligat mengelap rambut yang kebasahan. Keluar saja dari
bilik air, tanpa disangka-sangka, aku mendapat panggilan daripada teman baikku,
Mimi Harleena.
“Yuhuu, ada apa mok cik?”
Disebabkan Mimi
pun berasal dari Negeri Sembilan, hampir semua perkataan yang disebutnya nak
diubah dengan huruf O. ‘Kena’ akan jadi ‘Kono’. Itu biasalah. Dalam loghat
Negeri, kita memang sebut ‘Kono’ pun. Cuma dua perkataan ni saja aku kurang
berkenan sikit. Ada ke patut Maira ditukarnya menjadi Mairo dan mak cik menjadi
mok cik? Jauh panggang daripada api tu. Sabar sajalah Mimi ni.
Perhatian kembali memusat
pada Mimi yang terjerit-jerit meminta suaminya, Mateen, supaya memperlahankan volume TV mereka. Ya Allah, kawan baikku
ini. Tak sakit ke anak tekak tu menjerit-jerit sedari tadi? Aku yang dengar ni
pun dah panas telinga. Bingit. Takkanlah Mimi tak rasa apa-apa pada peti
suaranya? Sudahnya, telefon aku tetapkan ke mod loudspeaker. Membiarkan suara Mimi berkumandang bebas di dalam
kamar tidurku.
“Woit! Aku datang
rumah kau tadi. Kau pergi mana ha?” Jerkah Mimi. Tercampak sikat yang kupegang ke
atas meja solek.
“Pukul berapa kau
datang? Kenapa tak bagitau aku?” Tanyaku sambil berusaha menepis rasa debar.
“Pukul 12 lebih.
Saja je aku nak surprisekan kau.
Sesambil tu buat spot check sekalilah.
Nak tengok, anak dara ni melekat kat rumah ke tidak hujung-hujung minggu macam
ni. Aku tengok kereta kau ada. Bila aku tekan loceng, kau tak keluar-keluar.
Kau poei mano ha budak? Balik kampung
ek? Ke...ikut mak dan ayah kau pergi kenduri tunang Geena?”
Semua cerita
mengenaiku, semuanya berada di dalam poket Mimi. Antara kami berdua memang tiada
rahsia sementelah Mimi pun rapat dengan keluarga aku. Hubungan kami dah macam
adik-beradik, bukan sahabat baik semata. Lantaran itu, berita mengenai
pertunangan Geena turut aku kongsikan bersama kawan baikku ini. Malah, Mimi
juga mengenali sepupuku itu apabila kami pernah mengajak Geena keluar
bersama-sama suatu ketika dahulu.
“Taklah. Aku tak
balik kampung pun. Pergi kenduri Geena pun bukan.”
“Uiks? Habis tu kau pergi mana? Bau ikan
kuat sangat ni. Cer citer dengan aku. Kau keluar dengan
siapa sebenarnya, mok cik?”
Aku sedut nafas
dalam-dalam lalu menghembusnya perlahan-lahan. Berharap Mimi takkan menjerit
apabila terdengar nama ini disebut.
“Aku keluar dengan
Fizi. Kami pergi District 21.”
“Fizi? IOI City
Mall sana?”
Aku mengangguk. Betul
tekaanku. Mimi memang terkejut beruk.
“Keluar berdua je
ke?”
“Ha lah. Berdua.
Lepas main-main dekat situ, kami pergi makan. On the way balik, singgah airport
sekejap sebab Fizi nak jumpa kawan dia.”
“Siapa?” Tanya
Mimi, tak sabar.
“Entahlah. Pilot. Aku tak nampak muka sebab dia
belakangkan aku. Aku duduk dalam kereta je sementara tunggu diorang habis berborak.
Pilot tu baru sampai dari Korea. Kebetulan
Fizi ada pesan barang. So, dia pun
pergilah ambil dekat kawan dia tu. Lepas jumpa pilot tu, kitorang terus balik Melaka. The end.”
“Hmmm....”
Panjang betul Mimi
mengeluh. Aku sekadar mendiamkan diri. Tugasan mengering dan menyikat rambut,
aku sempurnakan setangkas yang boleh. Mata dah mengantuk. Esok aku nak kerja.
Badan yang keletihan setelah seharian membuat aktiviti lasak bagaikan tak
sabar-sabar minta dimanjakan.
“Lain kali, no-no-no keluar berdua dengan Fizi ek.
Aku tahu kau keluar jauh-jauh dengan mamat tu lagi, siaplah. Aku report dekat mak kau.”
“Lah? Takkanlah
sebab aku keluar berdua dengan Fizi sampai kau nak report dengan mak aku pulak? Kau tahu kan aku tengah cari masa yang
sesuai untuk perkenalkan Fizi pada keluarga aku? Janganlah potong jalan dulu,
Mimi. Fizi okay. Dia jaga aku dengan
baik tadi.”
“Ya. Aku tahu dia okay. Tapi entahlah...ada sesuatu pada
dia tu yang membuatkan aku susah nak....”
“Weh aku dah mengantuklah. Kita sambung borak
esok boleh? Kat ofis.”
Bukannya aku
sengaja mencipta alasan. Memang betul pun aku tengah mengantuk sekarang. Bunyi
menguap dah menjadi muzik latar. Aku jamin Mimi boleh dengar suara aku menguap
tak henti-henti sejak dari awal dia menelefonku.
“Hmm...tidurlah. Aku
pun nak tidur jugak ni. Sorrylah
kacau kau malam-malam buta. Kita jumpa dekat ofis esok naa. Good night, kak. Bye. Assalammualaikum.”
Kak pula dah? Aku
tersengih. Lucu mengenang panggilan Mimi padaku.
“Alright, kak. Jumpa esok kat ofis,
Insya-Allah. Good night.
Waalaikumussalam.”
Aku memerhati
skrin Oppo yang telah senyap tanpa suara Mimi. Wajah mak dan ayah yang kububuh
sebagai wallpaper kini mengambil
alih. Perlahan-lahan, aku menyentuh gambar kedua insan kesayanganku itu sambil
menguntum senyum nipis.
“Fizi kata, lepas mak
dan ayah balik dari Kulai, dia nak datang rumah kita. Dia nak minta izin untuk
berkawan dengan Maira. Mak, ayah...kenapa Maira rasa tak sedap hati malam ni?”
Bisikku resah. Lama aku termenung dan memerhati raut wajahku dari biasan
cermin. Ingatan melayang penuh pada Fizi dan kenangan-kenangan manis kami.
Mungkin belum pernah kau rasa....hati
yang berkecai sejuta.....
Baru teringatkan
dia, encik empunya diri dah muncul! Kujeling nama yang terpapar pada skrin.
Puddin’? Ya Rabbi. Bila masa lah Fizi ubah namanya pada Puddin’ ni? Bersama
tawa yang liat mahu berhenti, punat terima segera kutekan.
“Hai, love. Dah tidur ke? Saya dah terlelap
tadi, tapi bila teringat yang saya masih belum cakap semua ni pada awak, terus
terbangun balik. Thank you, love. Walaupun
tengah kalut menahan sakit perut, awak tetap happy ikut saya main semua ride
dekat sana. Saya betul-betul seronok hari ni sebab dapat luangkan masa berdua
dengan awak. Insya-Allah, esok kita jumpa dekat ofis. Good night. Sweet dreams.
I love you. Assalammualaikum.”
Tuttttt!!!!
Ternganga mulut
ini apabila bunyi dering menggantikan suara garau Fizi. Belum sempat aku membalas
semua kata-katanya, dia dah matikan talian. Ini nak marah ni.
‘Not good, awak!!! Tetiba putuskan
panggilan. Saya tak sempat balas apa pun lagi.’
Hantar! Sesaat
kemudian, masuk satu mesej ke dalam telefonku.
‘Ahahahahaa!!! Gotcha! Are you happy
now, my love?’
‘Kenapa tanya soalan macam ni? Mestilah
saya happy. Dah lama teringin nak pergi District 21. Hari ni impian saya
termakbul. Terima kasih, awak. Saya pun seronok sebab dapat luangkan masa
dengan awak hari ni.’
Lambat sikit
balasan daripada Fizi. Aku nampak bersungguh-sungguh dia menaip pada WhatsApp.
‘Sama-sama. Entahlah. Tadi saya mimpikan
awak. Dalam mimpi saya tu, saya nampak awak tengah risaukan sesuatu tapi awak
tak nak cakap dengan saya. Lagi teruk, awak lari tinggalkan saya. Hei, love.
Awak tengah tak sedap hati ke sekarang ni?’
Aku telan liur
bertalu-talu. Tak sangka gerak hati kami serupa.
‘Saya nak lari tinggalkan awak? Tak
mungkinlah, Fizi. Jangan percaya sangat pada mimpi. Tu semua mainan tidur. Tadi
saya memang ada rasa tak sedap hati. Mungkin sebab badan saya letih agaknya.
Biasalah kan? Kalau letih, mudah je benda-benda negatif nak masuk dalam hati kita.
Tapi lepas saya dengar suara awak malam ni, terbang terus semua aura tak best
tu. I’m happier than ever now. Yeay...bangga tak Fizi sebab suara awak ada
magnet kesembuhan dekat hati saya?’
‘Gila tak bangga? Mestilah saya
bangga.’
Dibubuh gambar
ikon hidung kepadaku. Terangkat-angkat bahuku menahan tawa.
‘Awak, saya dah mengantuk.’
‘Me too. Saya pun nak sambung tidur
semula. Selamat malam sayang (please jangan nyanyi lagu FT. Saya jealous). Dan
jangan lupa ambil wuduk dan baca Surah Al-Mulk sebelum tidur ya.’
‘Opps terlambat. Dah nyanyi pun, awak. Hehee...Insya-Allah.
Thank you for your reminder. Awak baca tak?’
‘Saya lagi advance. Pasang terus dekat
handset.’
Berderai tawaku tatkala
membaca mesej terakhir Fizi. Hish, dia ni. Macam manalah rasa kasihku tak
tumpah pada Fizi? Bicaranya sentiasa menceriakan hidupku. Dalam sendanya, ada
juga unsur nasihat terselit.
Ya Allah...mungkin benar kata-kataku
pada Fizi tadi bahawa rasa tak sedap hati ini disebabkan badan aku berasa letih
semata. Jika diberi nikmat bernafas lagi esok, aku harap rasa resah ini akan
berkurangan atau lebih baik, hilang terus dari bermukim di hati ini.
Aku merebahkan
tubuhku di atas tilam. Usai membaca doa dan memasang Surah Al-Mulk di telefon,
aku terus memejamkan mata.
Layan sebentar lagu kesukaan saya daripada penyanyi lelaki kesukaan saya, Faizal Tahir
Terima kasih
Tak lama dah...nanti saya buka order untuk beli novel JATUH CINTA SEKALI LAGI...Follow rapat-rapat ya ^^,
Yours truly writer,
Mirei May
4 comments:
Salah satu doa yg Allah makbulkan, doa org yg dizalimi. Sis Mirei, jgn menghilang lagi. Saya sukaaaa sgt baca citer2 sis. Terasa saya yg jd heroin tu tau. Semua citer sis yg saya baca, semua gitu. Xtaula kenapa πππ Penulisan sis buat saya rindu bila x dpt baca. Bila sis lama x tulis, saya ssdih. Tcari2 manala novelis kesygan saya ni pergi. Rupa2nya..
π Allah bg ujian utk jdkan sis lebih kuat dan tabah. Pengalaman mematangkan kita. Saya nmpk pada penulisan sis yg lebih bagus, penuh dgn titipan nasihat dan agama. Cth: Cerpen Sayang, Cinta Ini dan Cerpen Hati Ini. Saya suka sgt. Teruskan berkarya sis Mirei. Saya akan sokong sis selamanya ππ terima kasih utk bab ni. Dah boleh sediakan tisu siap-siap kan? Oh my Fizi, oh my Maira ππ jgn pisahkn mereka sis!! Saiya takuat
Fathi fathiyah : πππ jenuh nak faham apalah saiya takuat tu? Baruvfaham..Belum boleh sedia tisu lagi, dear...takde yg sedih pun lagi...eh, sedih ke cerita ni? Hehehehe
Luah hnya sekali...untuk beritahu pada semua yang bertanya sampai tak tau bgaimana mau terangkan...bila sis pandang semula pengalaman itu nanti, doa sis I can keep moving forward...cukup sis terangkan di sini, sis takkan luah lagi...terima kasih sayang atas kata2 yg indah tu...sis akan terus buat kesilapan baru (lumrah manusia spt sis s/ada sedar atau tak, kesilapan tetap berlaku)...moga Allah pimpin hati ini untuk meminta maaf dan memaafkan...terima kasih, sayang π
Mimi.....!!!! π±π± finally muncul juga nama itu... Hahahaha... Tggu nama lagi 1 plak... Hehehehe.... Good job sayang... Well done... Love u...
Ahahahaha...yes!!! Finally πππ lepas ni agak berturut jugak tau Mie muncul...yeayyeay...suka bila mie hepi baca part ni..makacih ikuti cerita kita, yang...I love you too ππ
Post a Comment