Tuesday, 18 February 2020
Sunday, 5 January 2020
Ulang Cetak Jatuh Cinta Sekali Lagi ^^,
Segala puji hanya bagi Allah
Dia Yang Maha Memberi Rezeki
Dia Yang Maha Memberi Petunjuk
Dialah jua Yang Maha Mengabulkan Permintaan
Permulaan tahun baru yang bermakna buat kami berdua
Umi Mirei May dan anakanda Jatuh Cinta Sekali Lagi
Dia di tengah-tengah itu bersama temannya yang lain
Alhamdulillah bini'matihi tatimmus solihaat
Terima kasih Allah
Engkau yang menggerakkan hati pembaca-pembaca itu
untuk mendapatkan novel Jatuh Cinta Sekali Lagi ku
Pujian ini dan rasa syukur ini, hanya layak kupersembahkan buatmu
Terima kasih pembaca
atas sokongan kalian pada karyaku lagi
Doaku, agar kasih sayang yang kucurahkan dalam karya ini
sampai terus ke hatimu dan semoga ada manfaat yang boleh diambil darinya
2020 juga permulaan yang baik buat manja sulungku, Encik Abang Kuda
Dia kembali mendapat permintaan
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Keep flying high my sons
Mari kita hiburkan pembaca dengan kisah kita ^^,
Tadi pergi tempat biasa
Tempat saya selalu mencari ilham
Mungkin perlu ucap selamat tinggal padanya selepas ni
Persekitarannya dah tak senyaman dulu
Tapi tetap saya temui sesuatu yang saya cari di sana ^^,
Sebelum pulang, tinggalkan jejak di pasir
Anakku Jatuh Cinta Sekali Lagi
μΆνν΄μ!
Alhamdulillah bini'matihi tatimmus solihaat
Terima kasih Allah
Engkau yang menggerakkan hati pembaca-pembaca itu
untuk mendapatkan novel Jatuh Cinta Sekali Lagi ku
Pujian ini dan rasa syukur ini, hanya layak kupersembahkan buatmu
Terima kasih pembaca
atas sokongan kalian pada karyaku lagi
Doaku, agar kasih sayang yang kucurahkan dalam karya ini
sampai terus ke hatimu dan semoga ada manfaat yang boleh diambil darinya
2020 juga permulaan yang baik buat manja sulungku, Encik Abang Kuda
Dia kembali mendapat permintaan
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Keep flying high my sons
Mari kita hiburkan pembaca dengan kisah kita ^^,
Tadi pergi tempat biasa
Tempat saya selalu mencari ilham
Mungkin perlu ucap selamat tinggal padanya selepas ni
Persekitarannya dah tak senyaman dulu
Tapi tetap saya temui sesuatu yang saya cari di sana ^^,
Sebelum pulang, tinggalkan jejak di pasir
Anakku Jatuh Cinta Sekali Lagi
μΆνν΄μ!
Thursday, 2 January 2020
Selamat Datang 2020 ^^,
Assalammualaikum. Hai Encik Blog kesayangan. Kita dah masuk tahun....2020!!!! Alhamdulillah. Do you miss me? ^^0
Tahun ni kan, boleh dikatakan hampir semua orang menunggu kedatangannya. Tapi saya tak. Kenapa entah. Rasa biasa-biasa je. Nak sambut pun tak ada mood. Dulu, sanggup berjaga tetengah malam semata-mata nak tengok bunga api. Walaupun nampak sipi-sipi je sambutan dekat dataran tu dari bumbung rumah, tetap juga rela menunggu. Tapi semalam? Hmm...boleh pulak saya tidur dulu.
'Mengantuk, mengantuk nak tidur mana?
Mengantuk, mengantuk tolonglah saya.'
Masuk bilik je terus nampak katil nan indah. Apa lagi? Mim mim ba wau ta alif la kita.
'Yeay! Dah boleh tidur.
Uuu...wuuuu...dah boleh tidur!'
Pagi ni rasa segar luar biasa. Pepagi dah turun bawah, bagi ikan keli makan, bagi burung-burung yang selalu datang rumah saya tu makan, kemudian, saya leka tengok langit.
Sunday, 22 September 2019
Tuesday, 9 July 2019
2019 : LIHAT AKU DI MATAMU dah terbit!!!! ^^,
Assalammualaikum,
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Dia Yang Maha Memberi Rezeki.
Dia jugalah Yang Maha Mengabulkan Segala Permintaan.
Setelah 6 tahun menunggu...penuh rintangan, halangan, gembira, suka duka pengalaman yang dirasai sepanjang penulisan novel ini, akhirnya LIHAT AKU DI MATAMU menemui titik penamatnya. Dan yang paling membahagiakan, LADM juga turut berjaya diterbitkan. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Friday, 6 July 2018
2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Bab 4)}
BAB 4
Akhirnya ketemu video yang dicari-cari selama ini...jazakallah Faizal Tahir ^^,
“Aduh!!”
Berterabur pendrive dan buku notaku di atas lantai
apabila tubuh secara tak sengaja berlanggar dengan seseorang sejurus keluar
dari bilik mesyuarat.
“Sorry, Maira. I tak sengaja.”
Kelam-kabut wanita
itu membantu aku mengemas barang-barangku semula. Suara gemersiknya, macam
kukenal. Aku segera mendongak.
Thursday, 5 July 2018
2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Bab 3)}
BAB 3
“My oh my! Look what I’ve found here.”
Video berdurasi 3
minit itu ditonton buat kali kedua. Puas hati kerana kedua-dua wajah itu sangat
jelas dalam rakaman.
“Dora! Let’s go.” Panggil suaminya yang
baru selesai mengambil barangan peribadi milik mereka di dalam loker. Dora
simpan telefon ke dalam saku pouch.
Renungan masih dipaku pada pasangan kekasih itu yang terlalu teruja mendaki
anak tangga. Dia mencebik. Sakit hati melihat pemandangan di depan mata.
2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Bab 2)}
BAB 2
‘Saya akan jaga awak baik-baik, Maira.
Awak selamat dengan saya.’
Ibarat menanam
tebu di tepi bibir! Kata-kata yang dia luahkan tadi langsung tak boleh diguna pakai.
Menyesal aku ikut lelaki ini tadi. Apa tidaknya. Tengoklah dekat mana aku
berdiri sekarang.
Monday, 25 June 2018
2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Bab 1)}
BAB 1
Mungkin belum pernah kau rasa
Hati yang berkecai sejuta
Jika ada lain ku rela kau pergi
Mungkin cuba untuk lebih setia
“Assalammualaikum...”
Sapaku lembut sejurus saja berhasil menyelongkar beg sandang Carlo Rino dan
mengeluarkan Oppo kesayangan. Lagu Mungkin dendangan Dia Band terhenti apabila
aku meleretkan jari telunjuk ke warna hijau di atas skrin.
Friday, 25 May 2018
2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Prolog)}
PROLOG
“Doktor kata apa
tadi?”
Suara si dia
mewarnai corong telefon bimbitku. Seperti biasa layanannya tiada yang kurang.
Sentiasa dipenuhi pengertian membuatkan tubuh yang pada mulanya lemah, mula
beransur sihat. Pelik betul rasanya pabila hati dihujani dengan perasaan cinta.
Selemah mana pun aku pada saat itu, saat terdengar saja suaranya memberi salam,
hilang terus duka nestapa yang membelenggu. Aku serta-merta menjadi sihat.
Cinta itu Anugerah dari Allah.
Sunday, 22 October 2017
Cerpen: Hati Ini
Pagi di SMK Seri Kenanga...
23 Oktober 2017.
Permulaan minggu baru.
Baru selesai perhimpunan pagi.
Guru-guru masih di bilik guru.
Anak-anak murid kebanyakannya sedang melepak di koridor dan belakang kelas.
Hanya segelintir saja duduk di meja tengah untuk mendapatkan sejuk angin kipas yang berpusing ligat, sambil cuba menenangkan seorang budak perempuan yang paling cantik di antara 18 orang pelajar di kelas 3 Rancangan Khas 1.
"Sabar. Kalau tak betul, buat apa nak respon?"
Wednesday, 13 September 2017
Tips Untuk Mengelakkan Hasad Dengki
Laa hawla walaa quwwata ilaa bilaahil aliyyil adzim...
Ingatan ini untuk pedoman diri sendiri dan juga semua...
In Shaa Allah...
Moga kita sentiasa dalam perlindungan Allah...
Dan terhindar daripada hasad dengki serta fitnah dunia...
Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin
4 Tips untuk Mengelakkan Hasad Dengki
(sumber: Bahagian Dakwah)
1) LETAKKAN SIFAT YANG BAIK-BAIK (Mahmudah) dalam diri kita. Tanamkan dalam jiwa.
2) SELALU BACA DAN HAFAL AYAT AL-QURAN. Yakin dengan nama Allah iaitu Asmaul Husna dan baca selalu nama Allah ini. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
3) JANGAN BERHENTI BERDOA kerana jika kita jarang berdoa, maka senanglah syaitan nak hasut kita dan kotorkan hati kita.
4) SENTIASA BERSYUKUR. Bersyukur ini ialah kelebihan yang Allah beri pada setiap hambaNYA. Perbanyakkan syukur, maka terjauhlah kita dari perasaan hasad dengki. In Shaa Allah...orang yang bersyukur, dia akan rasa pemberian Allah itu cukup untuk dirinya. Orang yang bersyukur juga akan yakin pada kelebihan yang ada pada dirinya dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri tanpa perlu memandang rezeki yang ada pada orang lain.
Aamiin
Wednesday, 28 October 2015
Updated Info Novel: Encik Abang Kuda ^^,
Assalammualaikum,
Alhamdulillah buku pertama saya dah pun menjengah dunia penulisan...
Pada yang berminat untuk mendapatkannya, boleh tengok details di bawah...
Terima kasih daun keladi...
Sayang semua banyak-banyak ^^,
TAJUK : ENCIK ABANG KUDA
PENULIS : MIREI MAY
ISBN : 978-967-13662-0-2
HARGA:
SM : RM 28 + Postage: RM 7 = RM 35
SS: RM 31 + Postage: RM 11 = RM 42
EMEL: mireimay@yahoo.com
untuk urusan pembelian
CERITA-CERITA DALAM NOVEL:
1. Mini Novel Encik Abang Kuda
2. Cerpen Jangan Pernah Lukai Aku Lagi 1
3. Cerpen Suamiku Encik Stalker
Sinopsis:
“Adik
suka lelaki yang loving, caring . Tapi yang paling penting sekali...dia mestilah
pandai tunggang kuda macam Bang Han! Baru adik rasa hidup adik ni indah bak
fairytales.”
Setiap kali ditanya tentang calon suami pilihan oleh abang-abangnya, pasti ketiga-tiga
ciri ini yang meniti di bibir. Khayla Ilham Hakimi yakin, lelaki sebegitu wujud.
Menunggu saat yang terbaik untuk muncul. Dan nak temui lelaki yang memenuhi
ciri ketiga itu, satu saja jalan yang perlu Khayla ambil. Daftar kelas
menunggang kuda!
Takdir yang tertulis memang indah. Hari pertama jejakkan kaki di Pusat
Ekuin UPM, dia dipertemukan dengan seorang jejaka kacak, si pemilik Ninja Hijau!
Loving
dan caring tu macam ada.
Tapi tak kisahlah. Yang Khayla pentingkan sekarang ni, lelaki mata hijau itu sangat
memenuhi ciri utama untuk dijadikan calon suami pilihan sebab...DIA PANDAI MENUNGGANG KUDA!
Tatkala salam perkenalan mahu dihulur, mulut laser Encik Abang Kuda meranapkan terus impian yang berkepuk-kepuk
di dada. Gara-gara insiden perlanggaran depan tandas perempuan membuatkan
helmet lelaki itu jatuh tergolek atas lantai batu, Khayla dijerkah sekuat hati.
“Opps...sori!”
“Macam tu ke cara minta maaf?”
- RAZIN
“Hallo HΟbscher! ” – KHAYLA
ILHAM HAKIMI
“VerrΟckt!”
Orang puji dia handsome, orang balik disumpah gila. Harap muka saja kacak tapi
mulut...Na’uzubillah. Reject!!!
Tambah perisa sakit hati, pengakuan jujur lagi
ikhlas teman akrab Encik Abang Kuda membuatkan dunia Khayla semakin kelam dan
usang.
“Kesian you kena angin lintang
my sweetheart. Forgive him ya. Hari ni mood dia tak baik. Sebab tu dia
marah-marah. Selalunya dia baik dengan semua orang.” - HAIKEL
APA DIA? SWEETHEART? My oh my. Patutlah tak segan-silu marah perempuan. Dia GAY rupanya!!!
RAZIN: Selepas
menyedari Khayla merupakan gadis yang dicari-cari selama ini, dia kembali
memasang strategi untuk memikat. Segala kesempatan yang ada, semua dia rembat janji
budak helmet ini senantiasa dekat dengannya. Jatuh basikal, Razin tolong
rawatkan. Keluarga Khayla tiada di Malaysia saat dia mengalami kecederaan,
Razin bawa balik rumah sendiri jumpa mama kesayangan. Memang tak mahu lepas
lagi sampai bila-bila. Baginya, Khayla Ilham Hakimi adalah miliknya seorang dan
tak sabar nak halalkan hubungan yang terjalin ini.
KHAYLA:
Villa kotej Razin yang lengkap dengan kandang kuda dan padang rumput nan
menghijau sangat mendamaikan hati. Ditambah-tambah kasih Mama Razin yang sangat
menyayangi dirinya membuatkan Khayla tidak canggung tinggal bersama keluarga
kecil ini. Di villa ini dia menemui cinta. Di kandang kuda ini juga kasihnya
tersemai buat lelaki bermata hijau itu. Namun status ‘minat’ Razin yang amat
diragui membuatkan perasaan halus itu dibuang jauh-jauh.
Mampukah Razin meluahkan isi hati jika Khayla awal-awal lagi dah sediakan
jurang pemisah dan menganggap dirinya lelaki songsang semata-mata?
Bagaimana reaksi Haikel tatkala pulang dari outstation di Jepun, ‘sweetheart’nya itu dah pun jatuh cinta pada
orang lain?
Dan apa pula kena-mengena Tisya, bekas kekasih Razin, dalam hidup Khayla
selama ini? Semuanya bakal terjawab dalam ENCIK ABANG KUDA!
“Bang
Han...adik dah jatuh cinta.”
“Good
for you.”
“Tapi
dia gay...”
“Bangkang!”
Saturday, 7 March 2015
Encik Abang Kuda! 4 (Versi Buku)
S
|
EMUANYA berlalu dengan begitu pantas.
Sekelip mata, Tuan Haji dan Aiden mengangkut basikal aku menaiki Toyota Hilux
untuk dibawa pulang ke Pusat Ekuin UPM. Sekelip mata, Zen membawa aku ke
kliniknya di Bandar Baru Bangi untuk memberikan rawatan kecemasan pada lututku.
Sekelip mata, aku tahu dia ialah seorang doktor yang mempunyai klinik sendiri
dan dikongsi bersama seorang doktor jelita yang dikenali sebagai Musliha.
Semuanya sekelip mata!
Doktor Musliha. Fuh! Baik doktor tu. Jeles aku melihat kemulusan kulit Doktor
Musliha. Cantiknya. Macam Kak Fazura. Kalau aku jadi Zen, tak ingin aku jadi
kekasih Haikel. Baik aku sambar Doktor Musliha. Dahlah sama taraf, kerja sama,
buka klinik sama-sama, cantik, sopan santun, lemah-lembut. Haih, kadang-kadang aku tak faham apa yang ada di dalam hati lelaki
bernama Razin ni.
Sunday, 1 February 2015
Encik Abang Kuda! 3 (Versi Buku)
ENCIK ABANG KUDA! 3
P
|
EJAM celik pejam celik, hari
Khamis pun tiba. Tamat saja kuliah Pengurusan Bank, aku terus bergegas pulang
ke kolej. Kauthar dan Yana awal-awal dah beritahu aku mereka akan ke Pusat
Ekuin dengan menaiki kereta Kauthar. Aku diajak sama.
Sebab aku nak bina stamina sebelum melompat atas
badan kuda karang, aku menolak untuk tumpang kereta Kauthar. Aku mahu tunggang
basikal aku sendiri saja nanti. Jual mahal konon. Tak penat ke bawa basikal
naik bukit tinggi tepi ladang kelapa sawit sebelum sampai Stadium UPM tu Khayla?
Hmm...we’ll see on it! Aku ni
suka mencabar diri. Kalau semput karang, adalah alasan aku nak mula lambat
kelas menunggang tu.
Tepat pukul 3 suku petang, Kauthar mesej aku,
kata dah sampai depan SGS (School of
Graduate Studies). Dia dan Yana tunggu aku tepi jalan sebab dia risau aku
naik basikal seorang diri. Nak iringi aku dari belakang katanya. Uh, terharu sungguh dengan keprihatinan
kawan-kawan baikku sayang ini.
Sunday, 25 January 2015
Encik Abang Kuda! 2 (Versi Buku)
ENCIK ABANG KUDA! 2
H
|
ARI Sabtu hari tu, tiba-tiba aku
dapat panggilan daripada abang ketigaku, ajak teman dia pergi shopping dekat
Bangsar Shopping Centre. Bosan duduk rumah bujang seorang-seorang, katanya.
Alang-alang ada dekat KL, nak jugalah feeling-feeling dating dengan adik
sendiri.
Ceh! Sarkastik sungguh abang aku
tu. Nak cakap aku pun tak ada sweetheart la macam dia tapi dalam
intonasi yang lembut tulang dari lidah, gitu? Sweetheart aku masih
kabur-kabur, terlindung sebalik asap. Abang aku tu pula, baru saja girlfriend
enam tahunnya disambar orang.
Tragis sekali kisah cinta mereka. Sebab tu dia
perlukan adik dia yang tak ada perasaan ni teman dia pergi jalan-jalan lepaskan
tekanan. Apa-apalah bang. Demi ahli keluargaku yang tercinta, aku turutkan saja
kehendak abang aku tu.
Friday, 23 January 2015
Encik Abang Kuda! (Versi Buku)
ENCIK ABANG KUDA!
N
|
AMA aku Khayla. Khayla sahaja.
Pelajar tahun akhir, jurusan Pentadbiran Perniagaan, Universiti Putra Malaysia.
Disebabkan aku ni pelajar senior dan banyak subjek-subjek teras Universiti aku
dah khatam awal-awal semester dulu, jadi hujung semester ni aku hanya fokus
pada satu subjek teras dan tiga subjek Elektif sajalah. Dan oleh sebab aku
terlalu banyak masa terluang, nak kerja cari duit dekat The Mines kemalasan tu
bermaharajalela, aku buat kerja gila dengan lima orang kawanku, kami mendaftar
kelas menunggang kuda.
Kuda? Bukan kuda padi ye anak-anak. Kuda betul,
yang orang selalu bawa racing tu. Tinggi-tinggi, besar, gagah
perkasa....hah, kuda itu la. Asalnya
aku pergi Pusat Ekuin UPM hanya nak ambil gambar atas kuda dan pekerja-pekerja
di situ akan tarik tali kuda keliling sand
paddock.
Saturday, 15 March 2014
Cerpen Preview: Jangan Pernah Lukai Aku Lagi!
Assalammualaikum...
Novel Lihat Aku Di Matamu, akan dihentikan dulu penulisannya buat sementara waktu sebab sekarang ni tengah training...don't worry, akan disambung juga...cuma bukan dalam masa terdekat ni la...Hari ni, nak kongsi cerpen yang dah dibuat...tengah plan nak hantar ke tak dekat Penulisan2U..hmmm...pikir dulu, pikir dulu.. hikhik~ Silalah tengok preview ini ya..kalau dapat bagi komen, bagus juga bah! ^_^V

Tajuk Cerpen: Jangan Pernah Lukai
Aku Lagi!
Karya: Mirei May
“Aku terima nikah, Najla Arissa binti Badlisham dengan
mas kahwinnya satu dinar tunai!”
“Sah?” Tanya Tok
Kadi, Tuan Haji Firdaus kepada saksi-saksinya. 2 orang saksi yang duduk
berhampiran dengan pengantin lelaki menganggukkan kepala masing-masing.
“Sah.” Jawab saksi yang pertama.
“Sah.” Kata saksi
yang kedua pula.
“Alhamdulillah...”
Subscribe to:
Posts (Atom)













