Monday, 28 September 2020

Saya Ada Emel Baru ^^

Assalammualaikum


Selamat malam semua  

^^,

Saya ada sesuatu nak beritahu. Sejak minggu lepas, saya kehilangan akses untuk buka emel saya. Macam-macam cara dah saya cuba buat untuk dapatkan semula emel tu tapi...tak berjaya. T_T My beloved family suruh saya buat emel baru but I refused. Emel tu banyak simpan kenangan dengan pembaca-pembaca saya. Ada yang dah lost contact tapi bila saya baca semula emel pemberi semangat mereka, saya rasa masih dapat bercakap dengan mereka. 

Mungkin semua ni ada hikmah Allah nak tunjuk. Nothing is permanent in this world. Sampai masanya, semua akan pergi. Saya tahu tu but I keep in denial. Saya usaha juga nak dapatkan akses pada emel tu. I'm not giving up. Mungkin suatu masa nanti, saya akan dapat kembali emel lama saya. Entah bila akan dapat semula, wallahu a'lam. Jadi, setelah menenangkan hati, akhirnya saya ikut saranan family. Saya buat emel baru. 

Pada kesayangan yang ada hantar emel dekat saya baru-baru ni (untuk beli buku @ bercerita), saya minta maaf sebab tak balas. Harap kalian tak serik untuk cuba berhubung dengan saya ya.

Apa-apa nanti, kalau nak tanya dan beli novel Encik Abang Kuda, Jatuh Cinta Sekali Lagi, hantar dekat sini tau ^^,


Senang je kan nak ingat alamat emel tu? So, lets keep in touch again, kesayangan Mirei May ^^, Hope to hear from you soon. 

Pada yang masih ingat alamat emel lama saya, jangan hantar apa-apa dekat emel tu. Kotlah kalian nak buat lawak, huhuhuhu...I'm serious ni tau. Saya tak dapat reply sebab emel tu tak boleh buka T_T Jadi, bagilah sepatah dua kata dekat emel baru saya ni. I'm waiting! ^^0

Okay semua. Saya nak kembali menyepi. Panjang umur, saya update blog ni lagi. Siapa tahu, dengan cerita baru yang lebih menggembirakan? Tapi kalau dah rindu sangat nak bercakap dengan saya (hehe) yang tak boleh dibendung-bendung lagi, emel saja saya. In Shaa Allah, pantas saya membalasnya nanti. ^_^V

Jaga diri bebaik ya. Saya doakan semoga sesiapa yang datang ziarah blog saya ni dirahmati dan dilindungi Allah selalu. Aamiin.

Salam sayang...selamanya.

I love you!!! Saranghae!!!


Yang ikhlas,

Mirei May ^^,

Umi kepada Encik Abang Kuda & Jatuh Cinta Sekali Lagi ^^,

Sunday, 20 September 2020

I'm in Love ^^,


Assalammualaikum

Saya selalu ada satu perasaan yang lembut setiap kali buka Instagram ^^, Paling saya suka buat, update story. Then saya suka tengok gambar di explore. Ada macam-macam quotes yang saya save dalam phone sampai kadang-kadang hang telefon ni sebab banyak sangat saya simpan. Nak delete sayang. Nak tulis semula dalam buku nota, entah bila akan buat. Sudahnya, saya transfer ke laptop.

Saya juga kagum dengan mereka yang memanfaatkan instagram mereka dengan content yang bila kita baca, ketenangan dan kelembutan tu dapat dirasai sampai ke hati. Not only about dakwah, but also their normal routines. I salute them. Ada certain orang, dia pandai mengolah ayat yang berbunga-bunga tau. I honestly, tak tahu nak karang ayat begitu walaupun saya seorang penulis novel. I'm not a poetic person. I'm a straightforward type. Bila meluahkan, saya selalu berterus-terang. Hmm...bergantung pada situasi juga, I guess. Ada masa saya nak berkias, saya akan berkias.

Sebelum ni saya pernah guna gambar ni sebagai default picture saya.

Saturday, 29 August 2020

Hargai Yang Kecil-kecil ^^,



Assalammualaikum,


Hectic weeks!

Dah dua minggu saya menyepikan diri dari dunia media sosial. Fokus utama saya hanyalah pada kehidupan realiti sampai saya kurang beri perhatian pada kehidupan sebagai penulis novel. Rindu sebenarnya dengan pembaca. Tapi dek kerana kesibukan melakukan sesuatu, saya terpaksa meninggalkan seketika dunia FB, IG dan blog. Sampailah Awal Muharram hari tu, tetiba je hati ni macam dipanggil-panggil mahu menulis sesuatu di maya. Jadi saya log in Facebook, dan saya mula menulis tarikh Hijriah berserta ucapan tahmid Alhamdulillah dekat situ. My first update after a very long time tak usik media sosial. Ringkas je pun ayatnya. Masa tulis status pendek tu kan, hati saya rasa tenang sangat. Tak ada perasaan lain dalam hati waktu tu. Saya rasai kekosongan yang tenang.

Kosong.

Tenang.

Can you imagine that?

A beautiful feeling ever.

Thursday, 13 August 2020

Rindu : May di Istana Gyeongbok 경복궁



Assalammualaikum


Hai blog ^^, Do you miss me? Blog, semakin menghampiri September, semakin kuat ingatan dan kerinduan ini pada kampung halaman oppa. Ecewah! Hehehe...hari ni kerana kerinduan yang meluap-luap tu, saya share teaser terakhir dekat Facebook ^^, 

Tapi sebelum tu saya nak bagitau, selain Pulau Nami, tempat ni juga adalah tempat yang paling istimewa di hati saya. Rasa nak duduk situ lama-lama.

Tempat apa tu?

Haaa...sila klik button 'Read more' di bawah ^^,



Sunday, 9 August 2020

Tulis Saja Apa Mahumu...



Assalammualaikum


Tulis saja apa mahumu. Kelak yang disoal itu engkau, bukannya aku. 

Amboi, boleh buat lagu tu. Hehe...Hai blog. Selamat malam. Hari ni hari Ahad. Pukul 10.25 malam masa entri ini ditaip. Selalunya waktu-waktu macam ni saya dah beradu. Malam ni lain. Tetiba rasa nak mencoret-coret sebentar di blog. And here we are. Membiarkan jari-jemari mengetuk papan kekunci dan hati berkata-kata sambil otak cuba mencerna ayat yang lebih molek untuk dipersembahkan ke bentuk ayat lengkap. Jemputlah baca nukilan di bawah.

What to story tonight? Hmm...*ketuk-ketuk tepi bibir*

Apa kata kita tulis macam tajuk entri ni? Tulis Saja Apa Mahumu...yup! Apa yang saya tulis ni, muncul secara spontan tau. Harap tak merapu. Bismillah.

Saturday, 8 August 2020

Cinta Berputik di 남이섬 Nami


Assalammualaikum ^^,
안녕하세요

Hari tu saya ada cerita serba sedikit tentang pengalaman saya di Hongdae. Kali ni saya nak cerita tentang Namiseom pula, atau bahasa Melayunya, Pulau Nami.

Sesiapa yang belum pernah datang ke Korea, pasti akan masukkan Pulau Nami sebagai salah satu tempat yang mereka teringin sangat nak lawati. Probably, tu lah yang akan ditulis dulu dalam itinerary. Like me.

Sejujurnya, saya tak pernah tengok pun drama Winter Sonata. We know that, Winter Sonata lah yang melonjakkan populariti Pulau Nami among foreigners. Sejak tu, berduyun-duyun pelancong datang ke sini dan bila ditanya tempat menarik di Korea yang mana mereka nak lawati, Pulau Nami mesti diselitkan antara list yang teratas ^^, Mesti punyalah. Jadi, seorang Mirei May ni pergi ke Pulau Nami, bukan kerana Winter Sonata. Saya pergi, sebab tet ta rara...nanti saya cerita. Kenalah baca post ni sampai habis dulu.

Days before my flight to Korea, saya sentiasa search Nami. Dan kalau nak tahu, Pulau Nami ni dinamakan sempena nama seorang Jeneral yang terkenal di Korea. Nama Jeneral tu, Jeneral Nami. Semasa hayatnya, Jeneral Nami dah menyertai banyak perang dan beliau merupakan seorang yang sangat sangat sangat berani. Malangnya pada usia yang masih muda, 26 tahun, Jeneral Nami meninggal dunia.

Saya ada baca banyak review tentang Pulau Nami daripada mereka yang dah pernah berkunjung ke sini. Ramai yang kata suka datang. Tak dinafikan, ada juga yang kata tak best. Pulau Nami biasa-biasa saja. Tapi saya fahamlah. Persepsi dan kegemaran manusia berlainan. Saya, selagi tak rasai sendiri pengalaman tu, saya akan keep adoring that place. Takkan terpengaruh dengan cakap orang lain. Jadi, bila diizinkan berkunjung ke sini, semestinyalah saya akan teruja dan tak sabar sangat nak menjelajah Pulau Nami. I know you do too.


Kincir air and my love ^^, Credit picture : Instagram namiisland_naminara

Tuesday, 4 August 2020

Sweet Memories : May @ Hongdae 홍대



Assalammualaikum
안녕하세요

Raya Aidiladha hari tu, saya jumpa sepupu dekat kampung. Sepupu saya memang collect semua novel-novel saya. Siap beli lagi. Terharu sangat. So, masa jumpa tu, excitedlah kami bercerita pasal novel saya. Oh ya. Nama sepupu saya Siti. Siti kata, dia dah boleh imagine macam mana Korea lepas baca JCSL. Alhamdulillah. Sejujurnya, saya tak pernah pun tunjuk gambar-gambar saya masa dekat Korea dulu pada sesiapa. Sebelum ni kalau share apa-apa teaser dekat Facebook, saya selalu letak gambar hero dan heroin semata-mata. Even my family pun tak tengok gambar-gambar tu. Balik Malaysia je, saya terus simpan dalam laptop, buat memori ^^0

Nak dijadikan cerita, lepas borak-borak dengan Siti, saya terfikir. Ha'ah kan? Kenapalah saya tak jadikan gambar-gambar saya di Korea sebagai background bila saya buat teaser. Makanya, dengan semangat berkobar-kobar, seorang Mirei May ni gigihlah mengedit gambar-gambar yang dia rasakan perlu, untuk diletak sebagai background.

Niat saya masa share teaser tu, saya nak kongsi keindahan Hongdae dengan pembaca-pembaca. Nak tunjuk macam mana rupa bentuk muka bumi Hongdae yang sebenarnya pada pembaca-pembaca saya seperti yang hero dan heroin nikmati. Tapi...lepas cari punya cari, saring punya saring dan pilih punya pilih, saya tak jumpa satu pun gambar yang sesuai. Baru teringat. Kat Hongdae dulu saya sibuk posing. Gambar bangunan dan gambar jalan dia sikit je saya ambil. Bukan tak ada. Ada. Tapi gambar bangunan tu saya ambil bentuk Potrait, bukan Landscape (Dah macam Microsoft Words pulak). Nak letak gambar buku dan main teaser dekat gambar tu agak tak sesuai dan terhad. Jadi, idokler saya nak share gambar saya berposing peluk pokok untuk buat background teaser kan? Saya tak mau ada gambar sendiri dekat media sosial (uhuk! Dulu ada share gambar kat IG. Yang dah lama follow saya sebelum novel kedua terbit, pernahlah tengok rupa saya. Sekarang, seiring peningkatan usia, terasa nak work behind the screen saja ^^,). Makanya, no choice, saya pilihlah gambar bangunan + pokok-pokok masa saya on the way nak ke MBC. Relate jugaklah dengan teaser yang saya share tu sebab pemandangannya sama saja ^^,




Sunday, 5 July 2020

Julai 2020 : Happy Birthday My Baby


Assalammualaikum,

Setahun yang lalu, anakanda ini menjengah dunia penulisan ^^,

Little did they know
1.7. membawa makna yang sentimental pada Umi Mirei May dan anakanda bongsunya ni...

Walaupun usianya baru setahun, tapi saya dah bersama dengan Jatuh Cinta Sekali Lagi kira-kira 7 tahun yang lalu ^^, Dengan nama Lihat Aku Di Matamu, kami mula bercerita di blog ini. Alhamdulillah, cita-cita dan impian mahu melihat LADM dalam versi cetak dimakbulkan Allah ^^,




Dua minggu sebelum July 1st, saya dapat review LADM/JCSL daripada my dear reader, sis NLiyana di FB.

I'm a happy Umi bila sis Liyana sukakan watak Emil, hero yang berperang dengan depression cuba menggapai bahagianya bersama isteri tersayang, Maira. Kesabaran dan keyakinannya pada Allah saat diuji teruk, berjaya dihayati dengan indah oleh sis Liyana. Alhamdulillah.

Ikutkan hati yang gembira tatkala menerima review ni masa tu, rasa nak je saya share review sis Liyana pada umum. Tak tunggu first July. Tapi saya praktikkan apa yang saya tulis dalam novel. 

Sabar.
Sabar.
Dan sabar.

Penghujungnya pasti ada bahagia yang menanti.

Dan saya bersyukur kerana ikutkan kata hati saya dan belajar bersabar.

Banyak memori yang kami lakar sama-sama sepanjang 7 tahun. Manis, pahit, sedih, kecewa...semua ada. Allah nampak dan tahu setiap pengalaman berharga yang telah saya lalui. 

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Doa saya, semoga niat saya mahu membahagiakan pembaca-pembaca saya, menjadi asbab saya beroleh bahagia juga dunia akhirat bersama insan-insan yang saya sayangi dan cintai. Aamiin. Semoga Allah reda dengan penulisan saya.  Aamiin. Semoga Allah kurniakan ilham yang baik-baik lagi pada saya. Aamiin. Dan semoga dilancarkan urusan rezeki saya bersama anak-anak saya, Encik Abang Kuda juga Jatuh Cinta Sekali Lagi.  Aamiin, Aamiin, Aamiin ya rabbal alamiin

Laa hawla walaa quwwata illaa billahil aliyyil adzim

Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syai un fil ardi walaa fissama'i wahuwassami'ul 'aliim

Sheikh Muzammil Farhan
Umairah Husna
Kim Myungsoo

Umi loves you all...so much! ^^,


Happy first birthday sayang

Tuesday, 18 February 2020

Sunday, 5 January 2020

Ulang Cetak Jatuh Cinta Sekali Lagi ^^,


Alhamdulillah

Segala puji hanya bagi Allah

Dia Yang Maha Memberi Rezeki
Dia Yang Maha Memberi Petunjuk
Dialah jua Yang Maha Mengabulkan Permintaan

Permulaan tahun baru yang bermakna buat kami berdua
Umi Mirei May dan anakanda Jatuh Cinta Sekali Lagi


Dia di tengah-tengah itu bersama temannya yang lain

Alhamdulillah bini'matihi tatimmus solihaat


Terima kasih Allah

Engkau yang menggerakkan hati pembaca-pembaca itu

untuk mendapatkan novel Jatuh Cinta Sekali Lagi ku

Pujian ini dan rasa syukur ini, hanya layak kupersembahkan buatmu


Terima kasih pembaca

atas sokongan kalian pada karyaku lagi

Doaku, agar kasih sayang yang kucurahkan dalam karya ini

sampai terus ke hatimu dan semoga ada manfaat yang boleh diambil darinya


2020 juga permulaan yang baik buat manja sulungku, Encik Abang Kuda

Dia kembali mendapat permintaan

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah


Keep flying high my sons
Mari kita hiburkan pembaca dengan kisah kita ^^,



Tadi pergi tempat biasa
Tempat saya selalu mencari ilham
Mungkin perlu ucap selamat tinggal padanya selepas ni
Persekitarannya dah tak senyaman dulu
Tapi tetap saya temui sesuatu yang saya cari di sana ^^,

Sebelum pulang, tinggalkan jejak di pasir
Anakku Jatuh Cinta Sekali Lagi
축하해요!

Thursday, 2 January 2020

Selamat Datang 2020 ^^,

Assalammualaikum. Hai Encik Blog kesayangan. Kita dah masuk tahun....2020!!!! Alhamdulillah. Do you miss me? ^^0


Tahun ni kan, boleh dikatakan hampir semua orang menunggu kedatangannya. Tapi saya tak. Kenapa entah. Rasa biasa-biasa je. Nak sambut pun tak ada mood. Dulu, sanggup berjaga tetengah malam semata-mata nak tengok bunga api. Walaupun nampak sipi-sipi je sambutan dekat dataran tu dari bumbung rumah, tetap juga rela menunggu. Tapi semalam? Hmm...boleh pulak saya tidur dulu.

'Mengantuk, mengantuk nak tidur mana?
Mengantuk, mengantuk tolonglah saya.'

Masuk bilik je terus nampak katil nan indah. Apa lagi? Mim mim ba wau ta alif la kita. 

'Yeay! Dah boleh tidur.
Uuu...wuuuu...dah boleh tidur!'

Pagi ni rasa segar luar biasa. Pepagi dah turun bawah, bagi ikan keli makan, bagi burung-burung yang selalu datang rumah saya tu makan, kemudian, saya leka tengok langit. 

Sunday, 22 September 2019

2019 : Soar High, Love Endlessly ^^,



Suatu ketika dahulu,
Saya menceriakan pembaca blog ini dengan cerita bergenre komedi,


Tuesday, 9 July 2019

2019 : LIHAT AKU DI MATAMU dah terbit!!!! ^^,

Assalammualaikum,


Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Dia Yang Maha Memberi Rezeki.

Dia jugalah Yang Maha Mengabulkan Segala Permintaan.

Setelah 6 tahun menunggu...penuh rintangan, halangan, gembira, suka duka pengalaman yang dirasai sepanjang penulisan novel ini, akhirnya LIHAT AKU DI MATAMU menemui titik penamatnya. Dan yang paling membahagiakan, LADM juga turut berjaya diterbitkan. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.


Friday, 6 July 2018

2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Bab 4)}





BAB 4


Akhirnya ketemu video yang dicari-cari selama ini...jazakallah Faizal Tahir ^^,


“Aduh!!”

Berterabur pendrive dan buku notaku di atas lantai apabila tubuh secara tak sengaja berlanggar dengan seseorang sejurus keluar dari bilik mesyuarat.

“Sorry, Maira. I tak sengaja.”

Kelam-kabut wanita itu membantu aku mengemas barang-barangku semula. Suara gemersiknya, macam kukenal. Aku segera mendongak.

Thursday, 5 July 2018

2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Bab 3)}




BAB 3
“My oh my! Look what I’ve  found here.”

Video berdurasi 3 minit itu ditonton buat kali kedua. Puas hati kerana kedua-dua wajah itu sangat jelas dalam rakaman.

“Dora! Let’s go.” Panggil suaminya yang baru selesai mengambil barangan peribadi milik mereka di dalam loker. Dora simpan telefon ke dalam saku pouch. Renungan masih dipaku pada pasangan kekasih itu yang terlalu teruja mendaki anak tangga. Dia mencebik. Sakit hati melihat pemandangan di depan mata.

2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Bab 2)}




BAB 2

‘Saya akan jaga awak baik-baik, Maira. Awak selamat dengan saya.’

Ibarat menanam tebu di tepi bibir! Kata-kata yang dia luahkan tadi langsung tak boleh diguna pakai. Menyesal aku ikut lelaki ini tadi. Apa tidaknya. Tengoklah dekat mana aku berdiri sekarang.

Monday, 25 June 2018

2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Bab 1)}




BAB 1

Mungkin belum pernah kau rasa
Hati yang berkecai sejuta
Jika ada lain ku rela kau pergi
Mungkin cuba untuk lebih setia

“Assalammualaikum...” Sapaku lembut sejurus saja berhasil menyelongkar beg sandang Carlo Rino dan mengeluarkan Oppo kesayangan. Lagu Mungkin dendangan Dia Band terhenti apabila aku meleretkan jari telunjuk ke warna hijau di atas skrin.

Friday, 25 May 2018

2018 : Jatuh Cinta Sekali Lagi {Tajuk sebelumnya Lihat Aku Di Matamu (Prolog)}





PROLOG
“Doktor kata apa tadi?”

Suara si dia mewarnai corong telefon bimbitku. Seperti biasa layanannya tiada yang kurang. Sentiasa dipenuhi pengertian membuatkan tubuh yang pada mulanya lemah, mula beransur sihat. Pelik betul rasanya pabila hati dihujani dengan perasaan cinta. Selemah mana pun aku pada saat itu, saat terdengar saja suaranya memberi salam, hilang terus duka nestapa yang membelenggu. Aku serta-merta menjadi sihat.

Cinta itu Anugerah dari Allah.

Sunday, 22 October 2017

Cerpen: Hati Ini




Pagi di SMK Seri Kenanga...

23 Oktober 2017.
Permulaan minggu baru.
Baru selesai perhimpunan pagi.
Guru-guru masih di bilik guru.
Anak-anak murid kebanyakannya sedang melepak di koridor dan belakang kelas.

Hanya segelintir saja duduk di meja tengah untuk mendapatkan sejuk angin kipas yang berpusing ligat, sambil cuba menenangkan seorang budak perempuan yang paling cantik di antara 18 orang pelajar di kelas 3 Rancangan Khas 1.

"Sabar. Kalau tak betul, buat apa nak respon?" 

Wednesday, 13 September 2017

Tips Untuk Mengelakkan Hasad Dengki

Laa hawla walaa quwwata ilaa bilaahil aliyyil adzim...

Ingatan ini untuk pedoman diri sendiri dan juga semua...
In Shaa Allah...
Moga kita sentiasa dalam perlindungan Allah...
Dan terhindar daripada hasad dengki serta fitnah dunia...

Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin

4 Tips untuk Mengelakkan Hasad Dengki
(sumber: Bahagian Dakwah)


1) LETAKKAN SIFAT YANG BAIK-BAIK (Mahmudah) dalam diri kita.  Tanamkan dalam jiwa.

2) SELALU BACA DAN HAFAL AYAT AL-QURAN. Yakin dengan nama Allah iaitu Asmaul Husna dan baca selalu nama Allah ini. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

3) JANGAN BERHENTI BERDOA kerana jika kita jarang berdoa, maka senanglah syaitan nak hasut kita dan kotorkan hati kita.

4) SENTIASA BERSYUKUR. Bersyukur ini ialah kelebihan yang Allah beri pada setiap hambaNYA. Perbanyakkan syukur, maka terjauhlah kita dari perasaan hasad dengki. In Shaa Allah...orang yang bersyukur, dia akan rasa pemberian Allah itu cukup untuk dirinya. Orang yang bersyukur juga akan yakin pada kelebihan yang ada pada dirinya dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri tanpa perlu memandang rezeki yang ada pada orang lain.


Aamiin

Wednesday, 28 October 2015

Updated Info Novel: Encik Abang Kuda ^^,

Assalammualaikum,

Alhamdulillah buku pertama saya dah pun menjengah dunia penulisan...
Pada yang berminat untuk mendapatkannya, boleh tengok details di bawah...

Terima kasih daun keladi...
Sayang semua banyak-banyak ^^,



TAJUK :   ENCIK ABANG KUDA 
PENULIS :  MIREI MAY
ISBN              :  978-967-13662-0-2


HARGA:

 SM : RM 28 + Postage: RM 7 = RM 35
 SS: RM 31 + Postage: RM 11 = RM 42
 
   

 EMEL: mireimay@yahoo.com

untuk urusan pembelian


CERITA-CERITA DALAM NOVEL:

1. Mini Novel Encik Abang Kuda
2. Cerpen Jangan Pernah Lukai Aku Lagi 1
3. Cerpen Suamiku Encik Stalker

Sinopsis:

“Adik suka lelaki yang loving, caring . Tapi yang paling penting sekali...dia mestilah pandai tunggang kuda macam Bang Han! Baru adik rasa hidup adik ni indah bak fairytales.”

Setiap kali ditanya tentang calon suami pilihan oleh abang-abangnya, pasti ketiga-tiga ciri ini yang meniti di bibir. Khayla Ilham Hakimi yakin, lelaki sebegitu wujud. Menunggu saat yang terbaik untuk muncul. Dan nak temui lelaki yang memenuhi ciri ketiga itu, satu saja jalan yang perlu Khayla ambil. Daftar kelas menunggang kuda!

Takdir yang tertulis memang indah. Hari pertama jejakkan kaki di Pusat Ekuin UPM, dia dipertemukan dengan seorang jejaka kacak, si pemilik Ninja Hijau! Loving  dan caring tu macam ada. Tapi tak kisahlah. Yang Khayla pentingkan sekarang ni, lelaki mata hijau itu sangat memenuhi ciri utama untuk dijadikan calon suami pilihan sebab...DIA PANDAI MENUNGGANG KUDA! 

Tatkala salam perkenalan mahu dihulur, mulut laser Encik Abang Kuda meranapkan terus impian yang berkepuk-kepuk di dada. Gara-gara insiden perlanggaran depan tandas perempuan membuatkan helmet lelaki itu jatuh tergolek atas lantai batu, Khayla dijerkah sekuat hati.

“Opps...sori!”
“Macam tu ke cara minta maaf?” - RAZIN
“Hallo Hϋbscher! ” – KHAYLA ILHAM HAKIMI
“Verrϋckt!” 

Orang puji dia handsome, orang balik disumpah gila. Harap muka saja kacak tapi mulut...Na’uzubillah. Reject!!! 

Tambah perisa sakit hati, pengakuan jujur lagi ikhlas teman akrab Encik Abang Kuda membuatkan dunia Khayla semakin kelam dan usang.

“Kesian you kena angin lintang my sweetheart. Forgive him ya. Hari ni mood dia tak baik. Sebab tu dia marah-marah. Selalunya dia baik dengan semua orang.” - HAIKEL

APA DIA? SWEETHEART? My oh my. Patutlah tak segan-silu marah perempuan. Dia GAY rupanya!!!

RAZIN: Selepas menyedari Khayla merupakan gadis yang dicari-cari selama ini, dia kembali memasang strategi untuk memikat. Segala kesempatan yang ada, semua dia rembat janji budak helmet ini senantiasa dekat dengannya. Jatuh basikal, Razin tolong rawatkan. Keluarga Khayla tiada di Malaysia saat dia mengalami kecederaan, Razin bawa balik rumah sendiri jumpa mama kesayangan. Memang tak mahu lepas lagi sampai bila-bila. Baginya, Khayla Ilham Hakimi adalah miliknya seorang dan tak sabar nak halalkan hubungan yang terjalin ini. 

KHAYLA: Villa kotej Razin yang lengkap dengan kandang kuda dan padang rumput nan menghijau sangat mendamaikan hati. Ditambah-tambah kasih Mama Razin yang sangat menyayangi dirinya membuatkan Khayla tidak canggung tinggal bersama keluarga kecil ini. Di villa ini dia menemui cinta. Di kandang kuda ini juga kasihnya tersemai buat lelaki bermata hijau itu. Namun status ‘minat’ Razin yang amat diragui membuatkan perasaan halus itu dibuang jauh-jauh.

Mampukah Razin meluahkan isi hati jika Khayla awal-awal lagi dah sediakan jurang pemisah dan menganggap dirinya lelaki songsang semata-mata? 

Bagaimana reaksi Haikel tatkala pulang dari outstation di Jepun, ‘sweetheart’nya itu dah pun jatuh cinta pada orang lain? 

Dan apa pula kena-mengena Tisya, bekas kekasih Razin, dalam hidup Khayla selama ini? Semuanya bakal terjawab dalam ENCIK ABANG KUDA!

“Bang Han...adik dah jatuh cinta.”
“Good for you.”
“Tapi dia gay...”
“Bangkang!”

Saturday, 7 March 2015

Encik Abang Kuda! 4 (Versi Buku)





S
EMUANYA berlalu dengan begitu pantas. Sekelip mata, Tuan Haji dan Aiden mengangkut basikal aku menaiki Toyota Hilux untuk dibawa pulang ke Pusat Ekuin UPM. Sekelip mata, Zen membawa aku ke kliniknya di Bandar Baru Bangi untuk memberikan rawatan kecemasan pada lututku. Sekelip mata, aku tahu dia ialah seorang doktor yang mempunyai klinik sendiri dan dikongsi bersama seorang doktor jelita yang dikenali sebagai Musliha. Semuanya sekelip mata!

Doktor Musliha. Fuh! Baik doktor tu. Jeles aku melihat kemulusan kulit Doktor Musliha. Cantiknya. Macam Kak Fazura. Kalau aku jadi Zen, tak ingin aku jadi kekasih Haikel. Baik aku sambar Doktor Musliha. Dahlah sama taraf, kerja sama, buka klinik sama-sama, cantik, sopan santun, lemah-lembut. Haih, kadang-kadang aku tak faham apa yang ada di dalam hati lelaki bernama Razin ni. 

Sunday, 1 February 2015

Encik Abang Kuda! 3 (Versi Buku)


ENCIK ABANG KUDA! 3



P
EJAM celik pejam celik, hari Khamis pun tiba. Tamat saja kuliah Pengurusan Bank, aku terus bergegas pulang ke kolej. Kauthar dan Yana awal-awal dah beritahu aku mereka akan ke Pusat Ekuin dengan menaiki kereta Kauthar. Aku diajak sama. 

Sebab aku nak bina stamina sebelum melompat atas badan kuda karang, aku menolak untuk tumpang kereta Kauthar. Aku mahu tunggang basikal aku sendiri saja nanti. Jual mahal konon. Tak penat ke bawa basikal naik bukit tinggi tepi ladang kelapa sawit sebelum sampai Stadium UPM tu Khayla? Hmm...we’ll see on it! Aku ni suka mencabar diri. Kalau semput karang, adalah alasan aku nak mula lambat kelas menunggang tu.

Tepat pukul 3 suku petang, Kauthar mesej aku, kata dah sampai depan SGS (School of Graduate Studies). Dia dan Yana tunggu aku tepi jalan sebab dia risau aku naik basikal seorang diri. Nak iringi aku dari belakang katanya. Uh, terharu sungguh dengan keprihatinan kawan-kawan baikku sayang ini. 

Sunday, 25 January 2015

Encik Abang Kuda! 2 (Versi Buku)


ENCIK ABANG KUDA! 2






H
ARI Sabtu hari tu, tiba-tiba aku dapat panggilan daripada abang ketigaku, ajak teman dia pergi shopping dekat Bangsar Shopping Centre. Bosan duduk rumah bujang seorang-seorang, katanya. Alang-alang ada dekat KL, nak jugalah feeling-feeling dating dengan adik sendiri. 

Ceh! Sarkastik sungguh abang aku tu. Nak cakap aku pun tak ada sweetheart la macam dia tapi dalam intonasi yang lembut tulang dari lidah, gitu? Sweetheart aku masih kabur-kabur, terlindung sebalik asap. Abang aku tu pula, baru saja girlfriend enam tahunnya disambar orang. 

Tragis sekali kisah cinta mereka. Sebab tu dia perlukan adik dia yang tak ada perasaan ni teman dia pergi jalan-jalan lepaskan tekanan. Apa-apalah bang. Demi ahli keluargaku yang tercinta, aku turutkan saja kehendak abang aku tu.